Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 21 September 2007

Selangor Paling Banyak Berlaku Jenayah Sepanjang Tahun Lepas

Dewan Rakyat dimaklumkan Negeri Selangor mencatatkan rekod kejadian jenayah paling banyak sepanjang tahun lepas dan secara keseluruhannya perbuatan jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh negara meningkat kepada 198,622 kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilaporkan tahun lepas jauh meningkat berbanding 157,459 dalam tahun 2005 dan 156,455 kes pada 2004.
Macamana Khir Toyo memerintah negeri, jenayah paling tinggi. Rakyat Ijok kena fikir sejenak. Jangan beri muka Khir Toyo memerintah sesuka hati. Dengan dasar Kemiskinan sifar, Setinggan sifar, yang akhirnya habis orang Melayu merempat di negeri sendiri. Ha ni satu masalah lagi dengan pendedahan Perdana Menteri mengenai indeks jenayah di negeri Selangor. Nak letak kat mana muka Khir Toyo.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Alexander Nata Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (24 April 2007), Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata jenayah kekerasan tahun lepas ialah sebanyak 42,343 kes berbanding 22,133 dalam tahun 2005 manakala jenayah harta benda 156,279 kes berbanding 135,326 kes tahun 2005.
Alexander dalam soalannya meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah selama lima tahun (dari tahun 2002 hingga 2006).
Abdullah berkata jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun termasuk menggunakan senjata api, pemerasan, ugut jenayah, merusuh dan mencederakan.
Beliau berkata Selangor mencatatkan jenayah kekerasan paling tinggi tahun lepas sebanyak 12,395 kes, diikuti oleh Johor (6,617) dan Kuala Lumpur (6,091).
Katanya jenayah harta benda pula terdiri daripada perbuatan curi harta benda, curi kenderaan, ragut dan pecah rumah.
Tiga negeri yang sama mencatatkan kes jenayah harta benda paling banyak iaitu Selangor 41,875, Johor (21,852) dan Kuala Lumpur (19,145).

siswa peka 0708

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAH TIBANYA KITA GUNAKAN HUKUM ALLAH S.W.T. YAKNI NI HUDUD,QISAS TA'ZIR.... JGN LAH BERDEGIL WAHAI ORG UMNO DAN BARISAN NASIONAL...UBAH LAH PEMIKIRAN KAMU.KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH..JGN SAMPAI TERPESONG AKIDAH.INSAF LAH KK..

Tanpa Nama berkata...

aku setuju ngn jenab...dah lah kite gune hukum manusia..semua nyer mengarut..lagi bertambah masalah ade lah....ingatlah dunia ini tidak kekal selamanya..di bulan ramadhan ini same2 kita pikirkan..ingat lah pintu taubat selalu terbuka buat kamu....

Tanpa Nama berkata...

selangor paling teruk kes jenayah dan maksiat. (arak,sport toto,pusat pelacuran,disko,pusat judi terbesar,konsert jom heboh,hiburan yang melampau-lampau,kes murtad,zina,kes bunuh,kes ragut,kes buang bayi,mat rempit dan macam2 lagi)...semua negeri org umno yang perintah..sedarlah masyarakat dan mahasiswa sekalian sudah tiba masenya kita pilih pemimpin yang dapat ubah cara hidup kita....kembali lah kita kepada cara hidup islam...

Tanpa Nama berkata...

cuba la korang semua..cuba pilih mereka..kita tgk apa mereka boleh buat...apatah lagi di UTMKL, hmm...

semua sama saja..sana kata sini, sini kata sana...sana tuduh sini, sini tuduh sana...

kalau hidup hanya sementara....apatah lagi belajar di UTMKL tu, lagi sementera....sebelum minta orng lain ubah fikiran...fikir dulu fikiran benak sendiri...yang tak kemana.....