Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Rabu, 2 Jun 2010

Mahasiswa Hadir Majlis Umno-BN Boleh, Berfikiran Bebas Dikenakan Tindakan-DSAI

Mohd Ridzuan Bin Othman pada 02hb Jun pukul 7.11 ptg Balas

PETALING JAYA 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kerajaan memberi tekanan ke atas empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia berikutan dakwaan mereka terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor 26 April lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menerima permohonan injunksi empat pelajar UKM tersebut yang dijadual untuk dibicarakan di mahkamah universiti di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Ini menunjukkan sikap hipokrit Umno-BN dan kerajaankerana mereka turut mengundang mahasiswa untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Umno-BN, bahkan turut meminta mereka menjadi anggota Pemuda dan Puteri Umno."

"Tetapi bagi mahasiswa yang menunjukkan sikap bebas atau menunjukkan simpati dan kecenderungan kepada Pakatan Rakyat akan didera," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di sini semalam.

Anwar menjelaskan bahawa adalah hak mahasiswa untuk hadir dalam mana-mana program politik.

Sambil menyatakan simpati dengan nasib yang menimpa empat pelajar itu Anwar berjanji dan memberi jaminan untuk membela dan mempertahankan hak mereka.

sumber: http://suara-keadilan.com/news-section?t=2944

Isnin, 31 Mei 2010

Israel Lancar “Operasi Angin Laut” Halang Armada Kemanusiaan Gaza “Freedom Flotilla “


May 30, 2010

30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)

Khamis, 27 Mei 2010

Israel Mula Tertekan Dengan Kehadiran Konvoi


Israel Mula Tertekan Dengan Kehadiran Konvoi

Tindakan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman ke atas konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza jelas menunjukkan mereka kini berada dalam keadaaan tertekan. Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel.

“Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.

Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Berbagai dakwaan dibuat oleh media dan pemimpin Zionis bagi menghalang pergerakan konvoi ini. “Ini hanyalah satu konvoi bantuan kemanusiaan, tidak ada tujuan lain. Semua mereka yang menyertai konvoi ini adalah mewakili NGO masing-masing. Kami tidak ada apa-apa hubungan, kecuali keikhlasan kami untuk sama-sama membantu rakyat Gaza. Itulah yang menyatukan kami”, tegas Bülent. Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini.

Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi. “Bayangkanlah, semua pihak di Israel, samada Presiden mahupun Perdana Menteri, memberi perhatian yang serius terhadap misi kemanusiaan ini. Apakah mereka fikir kami takut kepada ugutan mereka? Kapal-kapal kami membawa 15,000 tan bantuan kemanusiaan, dan kami tidak faham kenapa Israel ingin menghalang”, tambah Bülent lagi.

Bülent turut menjelaskan bahawa tindakan menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini bukanlah suatu perkara yang dibuat secara tergesa-gesa, sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak. Dalam sidang media tersebut, Bülent telah menunjukkan beberapa pucuk surat yang menjadi bukti kenyataan beliau itu. Menurut beliau, IHH telah menghantar surat permohonan kepada Kedutaan Israel di Turki untuk menghantar bantuan ke Gaza pada 11 hb Februari 2009, iaitu 3 hari selepas tamatnya serangan brutal “Operation Cast Lead”. IHH juga telah menghantar permohonan yang sama kepada Kedutaan Mesir di Turki. “Kami telah melakukan usaha terbaik untuk menyelesaikan permasalahan di Gaza secara diplomasi. Tapi sehingga hari ini kami tidak mendapat apa-apa reaksi daripada mereka. Kami bukanlah secara tiba-tiba ingin ke Gaza. Kami telah membuat peracangan yang begitu lama”, jelas Bülent.

Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun”, kata Bülent. Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini. “Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki”, jelas Bülent lagi.

Ada juga pihak yang mendakwa bantuan ini ditujukan kepada pihak Hamas. Bülent menjawab, “Pihak Berkuasa Palestin (PA), golongan berhaluan kiri, Hamas dan lain-lain mempunyai urusan mereka sendiri. Urusan kami pula hanyalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Jika mereka cuba mengaitkan kami dengan mana-mana organisasi tersebut, mereka telah melakukan satu kesilapan”, tegas Bülent lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara. “Kepada rakyat Israel, kalau kerajaan anda terus dengan polisi mereka (menghalang bantuan kemanusiaan), negara kamu akan ditinggalkan bersendirian kerana kamu bermusuh dengan semua negara. Akhirnya akan berlaku embargo pula ke atas kamu, kerana kamu menentang kemanusiaan. Sekiranya kami masih hidup ketika kamu dikenakan embargo itu, kami berjanji bahawa kami akan bertindak ke atas kerajaan kamu dan berjuang membantu kamu”, jelas Bülent disambut dengan tepukan gemuruh. “Saya percaya dunia ini cukup luas untuk setiap kita hidup dengan aman”, sambung beliau.

Sidang media tersebut turut disertai oleh seorang ahli parlimen Israel, Hanin Zo’bi dan Ketua Bishop Vatican, Ilariona Kapuci. Dalam ucapannya, Kapuci menegaskan bahawa mereka akan terus menghantar bantuan ke Palestin sehinggalah al Quds dibebaskan menjadi ibukota Palestin merdeka. “Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan”, hujah beliau penuh bersemangat.

Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita. [Mohd Nizam/HALUANPalestin]

Ahad, 23 Mei 2010

Tindaka Wanita Layak di Puji

Wanita Umno: Haramkan Inul, 'gelek gerudi'
Mei 22, 10 9:01pm

Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert 'ratu gelek' Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.

"Wanita Umno Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau," katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran Umno Kalabakan, di
Tawau hari ini.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian 'gelek gerudi'daripada mengadakan persembahan di daerah itu.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar di sini bagi membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya.

-- Bernama

Sabtu, 22 Mei 2010

Sokong mahasiswa 21 tahun ada hak berpolitik

Sumber : Harakahdaily.com

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr Toh Kin Woon bahawa mahasiswa berusia 21 tahun ke atas berhak untuk berpolitik.

Mengulangi kenyataan Dr Toh bahawa tindakan empat mahasiswa sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selari dengan seksyen 119 (1a) dalam Perlembagaan Persekutuan, Ketua Penerangannya, Fadhil Osman (gambar) mempersoal kerajaan yang tidak membenarkan mahasiswa 21 tahun ke atas untuk berpolitik dan menyatakan pendirian mereka terhadap mana-mana parti politik.

"Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warga negara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihan raya.

"DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik.

“Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?" katanya kepada Harakahdaily.

DPPWP juga, katanya meminta pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM lebih profesional dan rasional dalam menangani isu ini kerana empat mahasiswa tersebut terlibat dalam kempen di luar universiti, bukan melakukan kesalahan mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kelas pengajian atau manjatuhkan nama baik universiti.

"Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihan raya kecil?" katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPWP berpandangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah tidak relevan kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.

"AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik.

"Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka," katanya.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ekoran terlibat pada PRK Hulu Selangor.

Ekoran itu, mereka tampil membuat bantahan dan memohon agar pertuduhan itu dibatalkan atas dasar Malaysia khususnya universiti sendiri mengamalkan demokrasi seperti yang diwarwarkan kerajaan.

Jumaat, 21 Mei 2010

Protes seluruh negara bantah judi hari ini


Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani
Mei 20, 10
2:05pm

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".

Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kerajaan secara rasmi dilaporkan memberi lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA.

Tindaka
n itu dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Sementara itu, Di Perak, Naib Ketua Pemuda PAS negeri Salman Salleh berkata kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh bagi membantah keputusan kerajaan itu.

Umno juga dijemput

"Semua pertubuhan termasuk Umno, Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO dijemput bersama kita untuk menzahirkan bantahan pemberian lesen judi," katanya.

Menurut Salman, demonstrasi itu akan diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri, Zawawi Hassan.

Di Negeri Sembilan, dijangka 1,500 orang akan menyertai demontrasi di Masjid Negeri Sembilan dekat Seremban selepas solat Jumaat.

Ketua Pemudanya Khairil Anwar Mohd Wafa berkata pihaknya turut menjemput pemimpin Pemuda Pakatan yang bukan Islam, termasuk Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

"Kita tidak pohon permit, kalau hendak tangkap, tangkaplah. Kita buat perhimpunan aman. Dulu masa (demonstrasi) membantah (firma perundin) Apco Worldwide tiada tangkapan pun," kata Khairil Anwar.

Di Pulau Pinang pula ketua Pemuda PAS Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya menganjurkan demontrasi esok di hadapan Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat.

Perhimpunan aman tersebut dijangka seramai 1,000 penyokong Pemuda Pakatan, tambahnya.

Demonstrasi di 22 kawasan PAS

Di Selangor pula keadaan agak berbeza apabila tiada demonstrasi di peringkat negeri dianjurkan PAS.

Ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata Pemuda PAS negeri telah mengarahkan 22 Pemuda kawasan mengadakan demontrasi itu sama ada esok atau Jumaat depan.

"Setakat ini Pemuda PAS kawasan Hulu Langat akan mengadakan demontrasi membantah keputusan kerajaan itu esok," katanya.

Hasbullah berkata, dijangka kira-kira 200 orang bagi setiap kawasan akan hadir dalam demontrasi itu.

Menurut pemimpin negeri yang dihubungi, kesemua perhimpunan esok dijalankan tanpa memohon permit polis kerana "ia adalah satu perhimpunan aman".

Difahamkan, pembangkang di negeri-negeri lain, Perlis, Kedah, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor akan mengadakan demontrasi itu Jumaat hadapan.

Kemuncak kepada siri demonstrasi tersebut akan dilaporkan diadakan pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Isnin, 26 April 2010

Majoriti tipis, menang BN tak berbaloi- Anwar


Kemenangan tipis Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam tidak berbaloi dengan wang yang dihabiskan ratusan juta ringgit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, BN sekurang-kurangnya menghabiskan RM65,000 untuk setiap 1,725 majoriti yang dimenangi mereka.

Apatah lagi seluruh jentera kerajaan digunakan BN termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), namun hasil yang diperolehi langsung tidak memadai.

"Lebih dari RM100 juta dihabiskan oleh BN untuk memenangi majoriti tipis di Hulu Selangor iaitu sebanyak RM65,000 untuk setiap orang.

"Puluhan menteri berkempen setiap hari, Suruhanjaya Pilihan raya sekali lagi melanggar etika tanggungjawab mereka untuk memastikan pilihan raya adil, dan polis melakukan dooble standard kepada penyokong PR malah ada laporan bahawa mereka menghalang beberapa pengundi melaksanakan tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah majoriti tipis itu kata Anwar, menunjukkan BN tidak pernah belajar dari pilihan raya umum Mac 2008 lalu di mana rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa.

"Ini bermakna bahawa Barisan Nasional tidak belajar apa-apa sejak pilihan raya umum pada Mac 2008. Pembunuhan karakter, perkauman, rasuah dan keganasan digunakan untuk membantu mereka memenangi pilihan raya kecil. Tapi rakyat tidak akan tertipu," katanya.

Pakatan Rakyat, jelasnya tidak pernah putus semangat berdepan dengan segala penyalahgunaan kuasa BN sepanjang pilihan raya.

Malah, katanya akan terus berusaha memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan tanah-tanah Rancangan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor. Kita banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai," katanya.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh jentera Pakatan khususnya dari PAS dan DAP yang memberikan sokongan padu kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya berterima kasih kepada petugas dari Pakatan Rakyat termasuk rakan-rakan kita dari DAP dan PAS yang menyokong calon PKR di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

"Puluhan ribu penyokong PR bergabung dengan kami untuk untuk membuktikan setiap rakyat mempunyai hak untuk keamanan, keadilan, dan kemakmuran.

"Saya bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah dipaparkan. Komitmen anda untuk mengubah kepada yang lebih baik," katanya.

Ahad, 18 April 2010

Jumaat, 2 April 2010

Siapa Penasihat Sultan Pahang?

Khidmat masyarakat: Peguam Muslim bantah
Apr 2, 10 1:43pm

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

“Hak dan ku
asa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Sebatan syarie amat ringan

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.

Kartika mula jalani khidmat masyarkat

“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”

Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.

Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.

Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010."


Sumber : http://malaysiakini.com/news/128167

Isnin, 29 Mac 2010

Kelantan Telah Buktikan Perubahan Boleh Dilakukan

JOM HEBOH KELANTAN SANTUNI MISI EKONOMI - DAKWAH

Posted by MisbahulMunir Monday, March 29, 2010

Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.

Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

Dari Sure Heboh ke Jom Heboh

Mungkin atas teguran Mufti Perak, pihak TV3 telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan orientasi hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.

Sensitiviti itu dijadikan sebab bagi TV3 selaku penganjur menukar nama dan konsep Sure Heboh kepada Jom Heboh. Ia boleh berlaku atas sifat TV3 sebagai saluran televisyen swasta yang dipacu oleh orientasi untung perniagaan. Maka, tidaklah pelik bagi TV3 mengambilnya sebagai pencetus bagi mendapat sambutan lebih hangat pelbagai golongan masyarakat dan tidak sahaja golongan muda yang berwatak “happy go lucky.”

Ketika Jom Heboh dikenali dengan Sure Heboh dulu, boleh dikatakan hampir semua bandar besar telah menerima penganjuran karnival TV3 itu yang dimulakan sejak tahun 2003. Sambutan di Johor Baru melebihi 200,000 orang, Melaka melebihi 300,000, di Kuantan 400,000 dan Pulau Pinang melebihi 450,000 dan paling ramai di Ipoh mencecah 500,000 orang.

Dengan persembahan baru pihak penganjur dijangka lebih berjaya menarik lebih ramai pengunjung kalangan ibu-bapa dan para pelajar, di samping golongan peniaga, usahawan dan peminat hiburan. Oleh itu, Karnival Jom Heboh Kelantan dijangka mendapat sambutan hebat seperti mana sambutan kepada beberapa konsert hiburan alternatif seperti Konsert Tautan Kasih melibat penyanyi popular Mawi satu ketika dulu.

Jom Heboh Kelantan

Kini sudah heboh pula, Jom Heboh memasuki Negeri Kelantan, bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh menteri besar, seorang ulamak. Apa jampi yang TV3 tiupkan kepada kerajaan Negeri Kelantan tidaklah dipastikan. Apa yang pasti, pada 26-27 Mac nanti Kelantan sebuah negeri yang meletakkan panduan syariat sebagai asas pentadbiran menjadi tuan rumah. Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat komited di dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Menerusi dasar hiburan itulah diterapkan penguatkuasaan halal dan haram, termasuklah untuk penganjuran Jom Heboh itu.

Kesemua aspek dasar hiburan itu terkandung di dalam enam prinsip dan garis panduan utama Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Menjelaskan perkara itu (TheMalaysiainsider.com, 6 Mac 2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan, di samping penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.
“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.”

“Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.”

“Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Kandungan Jom Heboh itu dipastikan memenuhi kehendak Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan. Antaranya, pada malam 27 Mac program hiburan yang diadakan hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Difahamkan ketika Jom Heboh di Bukit Jalil tahun lalu, pihak Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) turut membuka khemah pameran dan penerangan mengenai kemajuan teknologi berasaskan bio itu.

Sebelum itu, pihak BiotechCorp turut menyertai Jom Heboh di Danga Bay Johor, Petrajaya Kuching dan Batu Kawan Pulau Pinang. Sambutannya amat baik dan hangat yang sekali gus telah mendedahkan kepada golongan muda dan generasi awal mengenai teknologi baru untuk kelestarian hidup ummah sejagat. Ini kerana BiotechCorp merupakan peneraju utama industri berasaskan biotechnology yang dikenal pasti sebagai peneraju penting ke arah pembangunan masa depan negara dalam bidang ekonomi yang berkaitan.

Dalam konteks ini, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Bagi Jom Heboh Kelantan kali ini, Kelantan Biotech difahamkan turut sama menyertai BiotechCorp bagi mempromosikan komitmen Negeri Kelantan di dalam perkembangan teknologi bio itu.

Sudah tentu, rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang menjadi misi Kelantan Biotech di dalam mempromosikan kejadian-Nya melalui sifat semula jadi serta biologinya. Sehingga kini, Kelantan Biotech telah memproses pelbagai produk menggunakan bioteknologi untuk manfaat pembangunan usahawan, perniagaan dan pengenalan produk biobahan novel (penemuan baru).

Peluang memacu ekonomi

Bukan sekadar itu, difahamkan banyak lagi pameran perniagaan dan bidang keusahawanan akan turut serta di dalam Jom Heboh Kelantan kali ini. Ia adalah peluang bagi agensi negeri menjadikan Jom Heboh sebagai pemacu ekonomi negeri dan pelancongan, kerana bersesuaian dengan cuti Keputeraan Al-Sultan Kelantan. Ia juga merupakan peluang bagi pelbagai syarikat, termasuk produk batik, kraft tangan, kesihatan dan pemakanan asli keluaran usahawan Kelantan yang begitu banyak aktif di negeri ini.

Antara yang mengesahkan penyertaan adalah produk perubatan Islam dan ubat-ubatan tradisional daripada pelbagai jenama. Di samping agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti Urusetia Penerangan sedia mempamerkan kemajuan dasar dan program pembangunan Negeri selama 20 tahun di bawah kepemimpinan ulamak.

Begitu juga, difahamkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerusi pelbagai syarikat anak sedia mempromosi produk pembangunannya. Antaranya, menerusi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad akan dipamerkan pelbagai produk Kelantan Best jenis makanan dan minuman; Binaraya mempromosikan produk perumahan, An-Nisa produk klinik bersalin dan Ar-Rahn dengan produk gadaian Islam.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) dimaklumkan turut memberi kerjasama bagi memastikan Jom Heboh berjalan dengan jayanya. Malah MPKBBRI turut terlibat dengan acara perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan VVIP Negeri Kelantan diketuai Pengerusi Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyudin Hassan dengan Pasukan TV3 di sebelah malamnya.

Menyampai misi dakwah

Apa yang penting diambil perhatian, peluang Jom Heboh Kelantan kali ini adalah medan pelbagai kumpulan pengunjung sedia hadir. Paling utama harus dilihat kumpulan pengunjung remaja dan ibu-bapa. Masa itulah pelbagai pihak dari agensi dakwah, Pemuda, Pasukan Amal dan Pasukan Nisa’ serta Muslimat turut menyampaikan risalah penerangan dan seruan keagamaan serta pendekatan terbaik untuk ibu-bapa dan anak-anak mereka. Sewajarnya, pihak penganjur memberi laluan kepada usaha sisipan dakwah itu demi mendapat manfaat bersama bagi keharmonian rakyat Kelantan.

Semoga Tuhan Yang Esa mengawasi dan memberkati perjalanan hidup dan pentadbir Negeri Kelantan sepanjang masa.

Wan Nik Yusuf
Setpol YAB MB Kelantan





Jumaat, 26 Mac 2010

Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden

Abdul Rahim Sabri
Mac 26, 10
3:33pm

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Sumber : http://malaysiakini.com

Isnin, 22 Mac 2010

1Malaysia tidak sampai di Ireland : Pelajar Malaysia diugut jangan bertemu dengan pemimpin PR.


Semangat IMalaysia yang dilaungkan oleh Najib dan kerajaan yang telah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk disebarkan luaskan kepada semua peringkat rakyat dari pegawai kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa.. Sebenarnya bukan tujuan saya untuk membenarkan dasar ini namun yang dikesali ternyata ianya sebagai satu gimik politik dan dasar yang cuma menjadi mainan politik pemimpin BN namun jauh untuk dilaksanakan oleh mereka sendiri termasuklah oleh pegawai kerajaan di bawahnya.

Realiti kepada apa yang berlaku di Ireland dimana sesampai kami disini dimaklumkan hampir semua pelajar tajaan kerajaan seperti dari MARA, JPA dan sebagainya telah diugut oleh jabatan penuntut Malaysia disini dari menhadiri apa saya program yang diatur oleh Kelab Penyokong PAS Ireland yang suatu masa dulu di rasmikan oleh Presiden PAS Sendir.

Secara umumnya tindakan yang dilakukan oleh Pegawai jabatan penuntut yang sering dilakukan bila ada saja pemimpin Pakatan Rakyat samapoi disini adalah satu lumrah. Malah telah ada pelajar Malaysia yang ditarik biasiswa kerana hadir dalam program bersama pemimpin PAS. Sedangkan bila ada saja pemimpin BN dan UMNO yang sampai malah diadakan satu program khusus dan semuanya dipaksa hadir.

Namun saya tetap mengucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut yang telah melakukan tindakan double standard yang ternyata menambahkan kebencian rakyat Malysia termasuk penuntut Malaysia yang diugut itu kepada UMNO dan BN. Inilah rupa pegawai yang dilahirkan selama 50 tahun BN memerintah.

Teruskanlah kerja saudara sampai keahir perkhidmatan yang ada disini dan ingat bahawa kepuasan yang anda perolihi hanya untuk BN dan UMNO dan rakyat Malaysia akan menyimpan dalam hati kecil mereka untuk menghukum BN bila balik ke Malaysia nanti.

Ahad, 21 Mac 2010

Pandangan Ulamak Perlu Didahulukan

Kami minta pemimpin kerajaan Malaysia dan masyarakat mengutamakan pandangan Ulamak dalam apa-apa perkara. Kita tidak mahu perkara yang diputuskan itu terutamanya diperingkat kerajaan hanyalah mengikut pandangan cetek dan nafsu semata-mata. Apatah lagi perkara yang bersangkutan dengan agama kita 'Islam'.

Penggunaan 'Salam 1 Malaysia' di Malaysia sekarang ini sudah semakin menjadi penggunaan yang mesti digunakan kononnya mendokong apa yang dibawa oleh Najib. Niat Najib bagus, mahu menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya, Najib sendiri pun tak mahu bersatu dengan sebahagian rakyat malaysia. Tapi bukan itu yang nak dibincangkan, yang mahu dipersoalkan di sini adakah penggunaan 'Salam 1 Malaysia' itu boleh dan tidak salah dari sisi Islam.

Sebutan asalnya ialah 'Assalamu'alaikum' selamat sejahtera ke atas kamu. Kenapa kita hendak perkecilkan skop salam itu kepada 1 Malaysia sedangkan Islam itu luas. Sekiranya penggunaannya salah disisi Islam, kenapa perlu diteruskan. Tetapi belum ada lagi mereka yang berani menyatakan hkum keatas perkara ini.

Pernah perkara ini diminta kaji semula,

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama

Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.



Jadi timbul keraguan dalam perkara ini.

Rabu, 17 Mac 2010

Bukti kukuh Kelantan berhak dapat royalti

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan antara dua dokumen penting yang mampu menyangkal alasan tiga batu nautika untuk tidak memberi bayaran royalti kepada Kelantan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, penemuan bukti terbaru itu merupakan hujah yang kukuh untuk dibawa ke Parlimen, bagi memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan.

"Saya telah dapat beberapa penemuan baru selepas Parlimen ditanguhkan akhir tahun lepas dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika dan di sini saya telah membawa dua dokumen penting," katanya yang juga naib presiden PAS.

Petronas dalam suratnya kepada kerajaan Terengganu bertarikh 16 September 1978 menjelaskan bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum iaitu sebanyak RM3.2 bilion disebut sebagai bayaran royalti dan tidak menyebut langsung mengenai isu di luar tiga batu nautika.

"Kalau isu tiga batu nautika itu dipertikaikan dan di Terengganu itu memang melebihi tiga batu nautika dan dalam surat petronas kepada pegawai kewangan negeri Terengganu menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroluem 3.2 bilion.

Ini disebut sebagai bayaran royalti. Tidak timbul sama sekali tentang bayaran wang ehsan, isu tiga batu nautika, ataupun isu untuk menafikan fakta mana-mana telaga yang dijumpai di luar pantai,," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Mengenai perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir yang dibuat pada 19 Mei 1975 pula katanya juga tidak disebut mengenai isu tiga batu nautika.

"Sekiranya kita meneliti keseluruhan perjanjian itu tidak langsung menyebut tentang isu tiga batu nautika.

"Di sini jelas memperuntukkan bahawa Petronas sebagai balasan kepada apa yang dikatakan keistimewaan mengenai petroleum yang diletak hakkan pada petronas ialah dengan ini dimeterai. Tidak timbul langsung soal tiga batu nautika, tapi yang penting selagi mana ia diletakkan dalam perairan tersebut," jelasnya.

Namun malangnya usul beliau mencadangkan Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dihantar pada 10 Mac lepas, telah ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

"Ini sebenarnya hujah yang kuat untuk saya bawa usul ini ke Parlimen dan untuk dimasukkan sebagai usul tergempar bagi meyakinkan Parlimen bahawa jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan yang lalu aadalah sama sekali tidak menepati syarat-syarart peundangan dan perjanjian yang telah ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau memberitahu, Pandikar menolak usul tersebut atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Namun tegasnya, penolakan usul itu tidak akan mematahkan semangat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk terus membawa isu itu ke Dewan Rakyat.

"Usul ini ditolak sebab tidak perlu untuk disegerakan. Namun kita berjanji sebagai ahli parlimen akan terus membawa topik ini sebagai topik yang penting dalam perbahasan titah diraja dan semua daripada kami akan mengambil bahagian," katanya.

Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas berkata, Kelantan tidak berhak mendapat royalti petroleum kerana telaga minyak terletak di luar tiga batu nautika dari perairan negeri.

Khamis, 11 Februari 2010

Jumaat, 5 Februari 2010

Timbalan Menteri: Pilihan raya kampus seharusnya lebih telus

Timbalan Menteri: Pilihan raya kampus seharusnya lebih telus

PUTRAJAYA, Feb 4 — Pilihan raya kampus seharusnya dijalankan dengan lebih telus dan sistematik agar ia mampu berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan statusnya yang diadakan di gedung-gedung ilmu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pilihan raya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambutan hangat setiap kali diadakan.

Menurutnya, rakyat khususnya mahasiswa harus melihat pilihan raya kampus sebagai satu proses untuk melahirkan hasil atau produk yang terbaik, sekaligus memenuhi objektif yang disasarkan.

“Apa yang perlu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah kalau boleh, jangan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding kerana kalau ada, ini menunjukkan penyertaan mahasiswa sangat rendah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan sembilan pelajar dari lima buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di kementeriannya di sini hari ini.

Para pelajar berkenaan telah ditahan polis semasa berhimpun secara haram di ibu negara pada 23 Jan lalu kerana membantah proses pilihan raya kampus yang didakwa tidak adil termasuk undian secara elektronik.

Dilaporkan mereka adalah antara 200 mahasiswa dari IPTA di sekiar Lembah Klang yang menyertai bantahan tersebut.

Empat daripada sembilan pelajar tersebut ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dua pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan masing-masing seorang dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Menurut Saifuddin, kementeriannya pada dasarnya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya di semua IPTA walaupun berpendapat ia boleh mencapai tahap yang lebih baik.

“Kesemua calon yang bertanding juga dilihat mematuhi etika dan peraturan berkempen dengan mengenengahkan isu-isu luar tanpa menggunakan isu bersifat peribadi,” katanya.

Mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas sembilan pelajar terbabit, beliau berkata ia bergantung kepada budi bicara pihak universiti.

“Kementerian tidak akan mencampuri tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka kerana ia tertakluk di dalam bidang kuasa pihak universiti, namun diharapkan ia akan memberikan keadilan kepada semua.

“Begitu juga dengan tindakan oleh pihak polis kerana kes tersebut masih dalam siasatan. Kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan,” katanya.

Isnin, 1 Februari 2010

UMNO barsama ASPIRASI

Selama ini Umno menafikan mereka terlibat dalam Pilihanraya Kampus. Namun kini kita ada bukti nyata yang Umno sememangnya terlibat dalam membantu calon-calon Pro-Aspirasi.

Surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Ghani Othman ini jelas membuktikan penglibatan mereka. Dalam masa yang sama Naib Canselor Universiti Tun Hussien Onn, Noh Dalimin menjadi ejen kepada mereka.

Aparat-aparat dalam pentadbiran UTHM yang diketuai oleh Noh ini jelas mempergunakan kedudukan mereka untuk menafikan Mahasiswa mendapat peluang yang adil dalam pilihanraya.

Saya boleh menganggap Bajet Jentera Aspirasi yang dikeluarkan Umno ini umpama rasuah kerana selama ini Universiti seluruh negara menolak penglibatan parti Politik dalam pilihanraya kampus.

Malah mana-mana calon atau mahasiswa yang didapati menerima bantuan dari parti Politik akan dikenakan tindakan tatatertib. Sumber kewangan mereka juga hendaklah dari pihak Univeristi bukan dari parti Politik.

Tindakan UTHM menerima wang ini jelas membuktikan bahawa pengurusannya adalah alat Umno, dan Pilihanraya yang diadakan adalah tercemar. Sekiranya pemilihan dibuat, maka secara automatik semua calon Pro-Aspirasi yang menang dianggap kalah dan tidak layak untuk menjadi wakil pelajar kerana mengunakan duit haram dan rasuah untuk berkempen.

Umno bukan sahaja memberikan sumber kewangan tetapi turut terlibat melatih calon-calon aspirasi melalui siri-siri kem latihan dan membuat pemilihan untuk disenarai pendekkan oleh Universiti.

Dalam hal ini saya mengesyorkan agar Mahasiswa dan tenaga pengajar di UTHM mendesak Noh meletakan jawatan kerana beliau tidak layak duduk disitu lagi. Semua calon Pro-Mahasiswa juga boleh menyaman tindakan Noh ini.

Saya cabar dia untuk bertanding sebagai calon Umno dalam Pilihanraya akan datang.

Sumber: Laman Blog Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil : http://minda-kembara.com


Ehsan http://syukran.wordpress.com/2010/01/28/bukti-umno-terlibat-pilihanraya-kampus-nc-uthm-perlu-letak-jawatan/

Jumaat, 29 Januari 2010

Demo: Pelajar UKM dicekup di masjid

Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang tadi.

NONEMereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.

NONE"Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.

Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.

Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi.

Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Terus bantah, Pro-M terus demostrasi


, Posted by Pro-M at 2:44 PM
Terkini Penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) berkumpul semula di Dewan Tengku Canselor (DTC) selepas solat Jumaat petang ini bagi meneruskan demonstrasi bantahan terhadap E-voting.

Antara tuntutan demonstrasi tengahhari ini adalah menuntut Pilihan Raya Kampus (PRK) diadakan semula, pemansuhan e-voting atau Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) meletakkan jawatan.

Tengah hari tadi desakan meminta penjelasan daripada NC dan TNC HEPA ditangguhkan berikutan memberi laluan kepada solat jumaat kepada penyokong siswa sementara penyokong siswi terus menunggu di tingkat 2 Canseleri.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) saudari Fasihah berkata desakan akan terus dilakukan sehingga pihak pentadbiran bersetuju menerima tuntutan mahasiswa.

"Kita akan terus desak. Kalau mereka tak mahu, kita akan buat demonstrasi petang ini. Kita cuma mahukan keadilan dan hak mahasiswa. Semalam waktu mengundi, kita ada bukti yang sistem e-voting ni disalahgunakan. Sebab tu kita buat bantahan. Kita tak setuju dengan sistem ni(e-voting)" Fasihah.

Tadi NC bersetuju berjumpa dengan 10 orang dari wakil mahasiswa untuk berbincang dan membuat rundingan di bilik beliau. Walaubagaimanapun beliau tidak mahu menerima untuk berbincang dengan pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH), Mohd Aizat dan Jurucakap BANTAH, Riduan Mohd. Keadaan menjadi sedikit tegang dan tuntutan untuk HEPA juga tidak ikut dalam rundingan dibuat oleh mahasiswa.

Terdahulu, Mantan Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) Ayuni mendapat berita terkini mengatakan semua bukti-bukti batahan berbentuk gambar, rakaman dan saksi yang dibuat Pro-M ditolak sama sekali.-ProMkini.

Rabu, 27 Januari 2010

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tidak mahu Universiti menyekat kebebasan bersuara Mahasiswa

Jan 27, 10 9:40am

Pihak universiti diminta bersikap liberal tidak mengenakan banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat awam di sudut pidato, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya mereka perlu mengggunakan kebijaksanaan dan kaedah terbaik bagi kewujudan semula sudut itu di universiti membawa perubahan positif penuntut khususnya dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, katanya.

"Sudut pidato adalah platfom yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang serta mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis.

"Saya bimbang jika terlalu banyak peraturan dikenakan ini akan mematikan mereka dalam meluahkan pelbagai idea sekaligus melenyapkan minat mereka pengucapan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan semula Sudut di perkarangan Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata hala tuju politik di kampus harus ditentukan oleh
mahasiswa dan tidak perlu campur tangan daripada pihak lain kerana mereka pandangan dan hasrat mereka yang tersendiri.

'Jangan cepat label mahasiswa itu pro-pembangkang'

"Suara mahasiswa perlu didengari. Sudah pasti mereka mempunyai pelbagai dan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tetapi janganlah kita cepat melabelkan mahasiswa itu pro-pembangkang apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu hal," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azarae Idris pula berkata pihak unversiti itu sedang merangka garis panduan bagi menentukan kaedah terbaik bagaimana para penuntut boleh manfaat yang positif daripada sudut pidato itu.

"Kita akan kaji dari sudut isi kandungan pengucapan yang bagaimana yang dibenarkan. Kita di sini mempunyai pelajar antarabangsa daripada lebih 80 negara ini yang kita mahu pastikan agar ucapan oleh para penuntut tidak menyalahi agama, politik dan hubungan dua hala antara dua negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak universiti itu akan mengenakan tindakan mahasiswanya yang ditangkap ketika menyertai demonstrasi perhimpunan proses pilihan raya kampus, beliau berkata ia bergantung kepada siasatan yang dibuat oleh polis.

"Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan kita akan bertindak berdasarkan polis. Tetapi jika ada tindakan dibuat ia tidaklah sampai melarang daripada menduduki peperiksaan," katanya.

Pada kejadian Sabtu lalu polis menahan sembilan mahasiswa daripada
pelbagai universiti di sekitar Lembah Klang yang menyertai perhimpunan proses pilihan raya kampus di ibu negara.

- Bernama

Selasa, 26 Januari 2010

"Paksarela atau Sukarela"

Oleh : Pena Pemuda



Salam Kewarasan,

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….” (Surah al-Baqarah : Ayat 30)

Rela dan terpaksa?. Saya ini mengulas beberapa perkara berkaitan dengan topik ini.Tajuk ini saya kecilkan dengan fokus perbincangannya kepada kepimpinan mahasiswa. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, kenapa hanya kepimpinan mahasiswa tuntutan rela dan terpaksa mahu dibongkar permasalahannya. Kenapa tidak kepimpinan rakyat marhain di luar kampus?

Baik, secara mudahnya jika diperhatikan kepada sasaran pembaca artikel ini, maka jawapannya mampu diperolehi. Justeru adalah lebih tuntas kiranya fokus kepimpinan tidak dicapahkan perbincangannya untuk memberikan suatu cetusan idea dan sekadar sebagai taaruf awalan kepada pembaca dalam ruang lingkup kecil dan lebih menumpu.

Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam artikel kali ini adalah kepimpinan mahasiswa yang sifatnya adalah sukarela. Sekalipun ianya terpaksa tetapi tuntutan tanggungjawab seolah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.

Justeru, saya ingin mengutarakan beberapa idea cadangan sebagai peringatan kepada semua pimpinan mahasiswa.Di harapkan gelombang-gelombang minda ini mampu mengimbangkan antara kerelaan untuk memimpin dan keterpaksaan samada atas desakan kepimpinan mahupun desakan persekitaran. Alang-alang berjuang biarlah diredai Tuhan.Kalau tidak RETORIK belaka.Tepuk dada tanya iman anda.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Pertamanya, saya ingin mengajak rakan-rakan pimpinan kolej,persatuan,kelab mahupun mana-mana organisasi dalam kampus untuk menilai konsep keikhlasan dalam bekerja.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal, ayat 27)

Keikhlasan amat penting dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Tambah-tambah lagi kepimpinan mahasiswa yang telah diketahui situasi getirnya. Menjadi kepimpinan mahasiswa seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, Wang saku bulanan juga perlu dikorbankan dan keseronokan serta privacy diri langsung diketepikan untuk memastikan amanah taklifan dilunaskan secara baik.

Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati Al-Ikhlas. Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya dipasakkan dan diukir kemas di hati.

Hati-hati dalam melangkah dan meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung ‘haba’an mansura’ kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah.

Tinggal lagi kalaulah manusia juga memberikan penghargaan dan tasyrifan, maka hati-hati juga perlu diseiringkan dalam setiap langkah aturan. Andai celaan dan cacian yang dihidangkan, suka juga diingat supaya sabar dan teruskan perjuangan. Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negatif. Ikhlaskan niat.

Berikut apa yang ingin sentuh adalah berkaitan dengan satu tindakan yang perlu.Sedar atau tidak anda akan melakukannya.’Bina pengaruh’?

Dua kosa kata ini barangkali memberikan persepsi yang pelbagai dalam benak pembaca. Apa yang saya maksudkan dengan dua kosa kata ini adalah bagaimana setiap pemimpin perlu membina pengaruh dan melahirkan pelapis. Pengaruh perlu dibina bukan untuk tujuan peribadi tetapi demi kolektif kepimpinan yang diperjuangkan. Dengan kata lain, pengaruh perlu dibina untuk memastikan mahasiswa/i disatukan dalam sebuah bahtera yang selamat untuk menggapai mercu Mardhatillah.

Maksudnya, setiap pemimpin tidak hanya bekerja sendirian. Pemimpin yang baik akan membina kerja berkumpulan atau keterikatan kumpulan yang mantap. Sekirannya seorang pemimpin itu hebat dan punyai pakej lengkap sebagai pemimpin, ia hanyalah sebagai bonus dalam dunia kepimpinan. Yang paling penting adalah kebolehan untuk membina pengaruh dan membawa bersama ahli untuk bekerja bersama dalam satu pasukan.

Sabda nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.” (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang digalasnya. Cuma yang membezakan antara satu sama lain hanyalah posisi dan kebolehan. Justeru, pemimpin bukanlah perlu hanya memastikan dirinya sahaja yang memimpin dan menjalankan tugas kepimpinan tetapi perlu juga untuk membahagikan tugas kepimpinan pada yang selayaknya.

Maksudnya, pemimpinan sebenanrnya perlu bijak dalam membagikan tugas kepimpinan dengan pecahan-pecahan yang selayaknya. Kiranya pepimpin hanya hebat sendiri dengan meninggalkan orang lain, maka ia belum layak digelarkan kepimpinan. Bina pengaruh, lahirkan pelapis dan yang paling mustahak pastikan kepimpinan dijelamakan dalam bentuk yang kolektif.

Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan. Justeru sama ada anda pemimpin lantikan secara rasmi berjawatan atau hanyalah sekadar pemimpin kampungan yang lahir daripada pengaruh ramai, yang paling penting keduanya-duanya perlu seiring dan bergandingan.

Tidak lengkap pemimpin berjawatan tanpa pengaruh ahli. Juga tidak sempurna pemimpin yang terbina dengan pengaruh ramai tanpa kuasa dan panduan. Justeru bina pengaruh dan pastikan pelapis juga turut dihasilkan.Apa yang lebih penting bagi kita sebagai pemimpin, muhasabah kembali sama ada kita pemimpin yang perlu dipimpin ataupun pemimpin yang boleh memimpin?.

Sebagai pemimpin juga,saya ingin menegaskan kita perlu tenang dalam sebarang tindakan.Apatah lagi ia adalah sifat baik yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Pastikan kita sentiasa mempamerkan ketenangan dan kematangan ketika berhadapan dengan mereka yang dipimpin. Jangan sekali-kali menggunakan pendekatan emosional dan terburu-buru. Pandu minda dan hati serta ekpresikan wajah dan perilaku dengan teratur dan tenang.Jangan menggelabah.

Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah Tanziman ada menggariskan panduan kepimpinan dalam kosa kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut (Hamka,2002) :

“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”

Justeru, pendekatan yang paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional dan tenang.Guna sebaik mungkin minda kurniaan Ilahi.

Sebelum mengakhiri kalam bicara ini, barangkali ada yang menelah setiap perkara yang dikongsikan di atas. Siapalah diri saya dalam memperkatakan soal kepimpinan.Cuma satu harapan agar yang baik dapat sama-sama dimanfaatkan dan ia hanyalah sekadar peringatan untuk diri dan semua sama ada yang telah,sedang mahupun akan bergelar.

Jadi, apa yang lebih penting bagi kita yang melabel atau dilabel sebagai pemimpin, perlu muhasabah kembali sama ada kita pemimpin yang perlu dipimpin ataupun pemimpin yang boleh memimpin?.Sekian.

penapemuda – dari bertatih cuba berjalan kemudiannya berlari..

(Ehsan UTM Today)

Sabtu, 16 Januari 2010

Tak Sungguh Tak Cakap..

Mahasiswa merupakan manusia yang mampu melihat, mendengar dan berfikir. Tahu yang mana betul dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Itu yang sepatutnya, tapi sayang kerana masih ada Mahasiswa yang tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk, betul dan salah.

Mungkin mereka tidak menilainya dengan baik dan penuh teliti juga penghayatan sebagai mahasiswa. Mereka cuma nampak apa yang berada dihadapan mereka tetapi tidak mampu melihat apa yang ada disebalik keindahan yang terpapar dihadapan mereka itu. Apa maksudnya tu? Kamu akan temuinya bila kamu fikir dan mencarinya...

Susah juga nak faham ni.. Baik, saya bagi contoh perkara yang berlaku.

Bila calon MPP yang menang itu bukan dari golongan yang dipilih oleh HEP atau orang kuat HEP, wang ataupun duit yang sepatutnya universiti dapat dari kementerian untuk kegunaan mahasiswa pada tahun itu tidak dapat. Lain pula kalau calon yang menang MPP pada tahun itu dari pihak HEP atau tajaan HEP, bantuan kewangan mudah diperolehi dan hidup lebih senang daripada tahun yang calon mereka kalah. Ok, rasanya dah faham.. Jd, boleh teruskan kajian dan pencarian maklumat dan fakta tersebut..

Khamis, 14 Januari 2010

YB oh YB..

Tahun 2010 telah pun menjelma dan Januari sudah masuk pertengahan bulan. Namun tarikh Pilihan Raya Kampus atau singkatannya PRK belum diketahui oleh mahasiswa UTMICKL.

Adakah pihak HEP masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh keramat itu? Atau mungkin calon-calon yang akan dipertandingkan tidak ditemui? Tak pun HEP takut? Macam-macam yang mahasiswa fikirkan bila perkara penting (PRK) ini dilambat-lambatkan.

Sedar atau pun tidak, sekarang ini kampus sedang mengalami masalah kepimpinan mahasiswa. Sukar untuk kita lihat mahasiswa yang benar-benar menampilkan keperibadian yang menampakkan kepimpinannya. Tambahan pula jika ingin diletakkan sebagai calon untuk kerusi MPM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Kerana bukan calang-calang orang yang sepatutnya berada di kerusi ini. Apa guna kalau Jawatannya mewakili Mahasiswa tetapi hakikatnya tidak sebaliknya mewakili HEP dan Pengetua. Kenapa saya mengatakan demikian, kerana mereka bertanding atas tajaan HEP dan Pengetua. Poster dan segala bahan kempen mereka ditanggung oleh HEP dan kuncu-kuncunya. Jadi bila 'papa' dah suapkan, maknanya kenalah jadi anak yang taat kepada 'papa' yang telah banyak menyuap ni. Arahan HEP mesti kena ikut, kalau mahasiswa ada masalah kena bawa bertenang. Kita perlu ikut apa yang HEP cakap.

Huh, apa ni YB? Kata wakil mahasiswa, ni dah jadi wakil HEP ni..

(Bersambung....)