Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 24 November 2006

Program maksiat di Studio baru-baru ini


Budaya hedonisme semmgnya sudah membarah dalam kampus UTMKL… malah boleh dikatakan pada ketika ini sudah menyebarkan virusnya mengjangkiti segenap hati dan pemikiran mahasiswa UTMKL! Belum usai isu tarian yg mencemarkan hari raya yang mulia, timbul pula jamuan maksiat yg DIREKA oleh PEREKA2 yang kononnya terlatih atas dasar SENI yang DIBINA dengan alasan meraikan kejayaan “KAMI MEREKA”.

Dengan hilai tawa “mahasiswi2” serta sorakan “mahasiswa”, tanggal jam 11 malam pihak kami tertanya2 apakah yg terjadi dikala kebanyakan mahasiswa sibuk menelaah utk peperiksaan pada keesokan hari.. rupa2nya, persoalan kami terjawab dengan mata kepala kami sendiri apabila melihat segelintir “mahasiwa pereka” yang tidak kurang sibuknya memperkayakan lagi budaya hedonisme anjuran MEREKA. Pekikan gitar yang membingitkan dengan diiringi lagu barat yang sememangnya bukan budaya kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu menyebabkan ramai dikalangan kami tertanya2 bagaimana program seumpama ini diluluskan oleh pihak universiti? Adakah matlamat universiti ingin melahirkan penyanyi2 ala barat yang lansung tak berbakat bagi menyaingi Akademi Fantasia? Hairan dan pelik mengapa “mahasiswa2 PEREKA” ini tidak dipantau langsung oleh mana2 pihak? Sedih dan hiba mendengar jeritan dan pekikan mereka yang jelas dari masjid. Tidakkah mereka terfikir oleh keintelektualan mereka itu bahawa tempat maksiat yang diadakan adalah sangat2 hampir dengan rumah Allah? Di mana hilangnya rasa hormat dan pertimbangan akal yang Allah kurniakan? Sungguh tertipulah akal mereka umpama haiwan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.Mengapa dikatakan demikian??kerana Allah Taala berfirman :

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”
Surah al-a’raf, 179

Sekali lagi ditegaskan, ini bukan budaya kita!!! Jika mereka tidak mahu menilai dari aspek seorang Islam sekalipun, maka nilailah dengan pemikiran intelektual seorang mahasiswa. Adakah mahasiswa sebegini yang diharapkan boleh menjadi pemimpin2 masyarakat sedangkan mereka pula yang membawa barah dan virus kepada masyarakat dan menjadi bebanan kepada negara amnya? Layakkah mereka bergelar seorang mahasiswa yang kononnya akan membangunkan negara dengan segulung diploma sedangkan ia mungkin tiada ertinya dengan akal pemikiran yang sempit?
“Kami cuma berhibur melepaskan tension selepas abis exam dan berjaya siapkan assignment. Takkan itupun salah?” jelas seorang mahasiswa PEREKA yang turut sama dalam program maksiat tersebut. Sememangnya penulis tidak mengatakan hiburan itu salah, tetapi ia sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya mereka berhibur dengan cara seorang mahasiswa, bukannya seperti mat rempit, bohjan2, artis2 murahan,kutu2 jalanan atau yang sewaktu dengannya. Sedarlah mahasiswa sekalian, kita sebenarnya membawa imej dan contoh yang besar kepada masyarakat. Rosak mahasiswa, maka rosaklah institusi pendidikan tinggi di negara ini.Maka tidak hairanlah Universiti2 dinegara ini tada langsung dalam senarai Universiti terbaik didunia. Wahai mahasiswa PEREKA, Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lumpur yang dibawa oleh mahasiswa2 PEREKA ini telah terpalit kepada seluruh warga kampus UTMKL. Penulis menegaskan sekali lagi bahawa hiburan adalah tidak salah, malah digalakkan oleh Islam tetapi ia mestilah mengikut landasan dan batas2 yang disyariatkan.
Wahai mahasiswa sekalian! Sedarlah dari tidurmu yang panjang. Kita mendokong satu tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan pendidikan serta menjunjung ilmu itu sendiri. Tidakkah terfikir oleh kita bagaimana generasi akan datang sekiranya generasi kita sudah terleka dengan pelbagai hiburan? Fikir2kan… ilmu itu suatu yang bersih dan murni, bagimanakah kita tergamak untuk mengotorkannya dengan hiburan2 dan maksiat2 yang kita sendiri laksanakan? Panjangkan akalmu, pendekkan nafsumu.
Penulis bimbang apabila program seumpama ini diadakan bukan sekadar menularnya budaya hedonisme bahkan juga pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat melampau. Masih terngiang2 jeritan2 gedik yang jelas kedengaran datangnya dari Studio alam bina. Dari jauh penulis melihat pergaulan yang mesra di antara “mahasiswa dan mahasiswi PEREKA” yang kononnya “teman tapi mesra”. Sungguh menjijikkan bagi seorang yang berpaksikan syahadah pada hatinya. Terinagt penulis pada sepotong ayat Al-Quran :

“Katakanlah wahai Muhammad lepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka”

Dan dalam ayat yang lain pula :

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperliharkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” An-Nur, 31

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya. Dan kesedihan lebih berpanjangan apabila mahasiswa yang diharapkan menjadi pelapis kepimpinan Negara turut terjajah dengan budaya ini..
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).


Kepada semua warga kampus yang terbaca luahan kesedihan dari penulis ini, sedarla h dunia ini hanya fatamorgana semata. Jangan tertipu dengan nafsu yang menggoda.Hindarilah maksiat dengan cara apa sekalipun supaya setiap persoalan daripada Allah diakhirat kelak kita mempunyai jawapannya..Wallhualam..

Siswi Peka.