Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Isnin, 31 Disember 2007

Mana lebih bahaya, antara himpunan tahun baru dan demonstrasi jalanan

Tahun baru bakal menjelma lagi. Serentak itu perhimpunan untuk menyambut ketibaannya sedang rancak diatur pelbagai pihak. Acara paling tidak dilupakan di setiap majlis sebegitu ialah pertunjukan hiburan dan pesta-pestaan.


Itu lah hakikat yang sangat mendukacitakan kita. Ketika masyarakat dilanda kebimbangan berhubung keruntuhan nilai moral dan peningkatan gejala sosial, terutama di kalangan remaja, di manakah kewajarannya untuk kita terus membiarkan gaya hidup bebas dan terbabas mewarnai masyarakat kita?

Perlu diingat, kebanyakan budaya hidup merosakkan yang menular di kalangan remaja kini berlatarbelakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. Kita boleh meninjau budaya-budaya kuning seperti Black Metal, Skinhead, Punk, Hip Hop, Grunge dan sebagainya. Kesemua mereka tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti meminum arak, dadah, pesta muzik dan seks bebas.

Menyambut ketibaan tahun baru dengan perhimpunan yang menyajikan hiburan dan pergaulan bebas bagaikan menyediakan medan terbaik bagi golongan seumpama ini menyempurnakan tabiat buruk mereka. Ia malah turut memudahkan budaya buruk itu berjangkit dan merebak di dalam masyarakat.

Berdasarkan pengalaman lalu, acara sambutan tahun baru banyak mendorong anak muda kita hanyut dalam kehidupan bebas dan terbabas. Keasyikan berhibur dan berfoya melupakan mereka kepada akar umbi sebagai bangsa Timur, apatah lagi jika nak dinilai berdasarkan nilai agama Islam.

Kita sebenarnya telah mewarisi budaya hidup cukup murni dan boleh dikatakan sempurna dalam konteks melahirkan insan yang beradab dan berbudi pekerti mulia. Malangnya warisan itu dipunahkan oleh kita sendiri dengan membiarkan budaya asing menguasai kehidupan kita.

Sebagaimana sedia dimaklumi umum, beberapa lokasi di ibu negara seperti Bintang Walk, Dataran KLCC, Dataran Merdeka dan Bangsar sering menjadi tumpuan warga kota, terutama kalangan anak muda berpesta di setiap perayaan. Namakan saja, sama ada sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Krismas, mahu pun tahun baru, lokasi-lokasi itu tidak akan ketandusan manusia.

Amat mendukacitakan, ia dipenuhi pasangan remaja dengan lagak bebas dan terpesong. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dengan berpeluk-cium tanpa segan silu, saling tak tumpah gelagat remaja Barat yang kita lihat menerusi kaca tv. Kelakuan sebahagian mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan dan sensitiviti orang lain yang turut berada di situ.

Disko, pub dan bar dipenuhi orang ramai, kebanyakan remaja. Mereka meminum arak serta membuat aksi yang bertentangan nilai keagamaan dan norma ketimuran. Ada remaja yang terpaksa dipapah rakan-rakan dalam keadaan mabuk, termasuk remaja perempuan yang diusung teman-teman lelaki. Tidak sukar kita menelah apa yang berlaku selepas itu, bukan?

Keadaan itu turut mendorong kepada beberapa penyakit sosial lain, seperti pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang membahayakan nyawa pengguna lain, pergaduhan, laku musnah, perogolan dan seumpamanya.

Pernah dilaporkan media dua kumpulan remaja saling berbalas serangan di awal pagi tahun baru selepas terlibat dengan pertelingkahan semasa menghadiri satu perhimpunan menyambut kedatangan tahun baru di sekitar ibu negara.

Dilaporkan juga cerita gelagat sekumpulan remaja Skinhead berpesta muzik di khalayak ramai di pekarangan Stadium Darulmakmur, Kuantan. Mereka yang rata-rata tidak berbaju dirakamkan sedang meloncat dan berjoget secara liar disyaki dalam keadaan mabuk.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang terkenal dengan adab dan sopan-santun. Sepatutnya dalam bab sebeginilah para pemimpin negara perlu berteriak, “ini bukan budaya kita!” Betul, tak?

Masalahnya, perhimpunan seumpama ini tidak pula digema-riuhkan sebagai perhimpunan haram di sisi undang-undang negara. Dalam beberapa keadaan, ia bukan sahaja dibenarkan kerajaan, malah disediakan lokasi atau tempat paling sesuai untuk keselesaan peserta.

Pihak berkuasa tempatan dan polis bukan sahaja memberikan mereka permit untuk berhimpun, malah segala bentuk kerjasama menjayakannya. Media massa turut mengiklankannya bagi menarik kehadiran orang ramai.

Dalam sebilangan acara, ia malah turut dijayakan para pemimpin tertinggi negara dan negeri. Kelibat polis di simpang dan jalan raya menuju ke lokasi majlis itu bukan untuk mengadakan sekatan, tetapi bagi melancarkan perjalanan peserta.

Di lokasi perhimpunan pula, kehadiran polis bukan untuk menyurai hadirin dengan lontaran bom asap atau pancutan air berasid, tetapi bagi memastikan aturcara dibauri maksiat dan keruntuhan moral itu berlangsung dengan lancar.

Itulah gambaran persepsi songsang tentang nilai moral dan akhlak masyarakat kita sekarang. Perlu diingat bahawa moral dan akhlak menjadi teras bagi tamadun sesuatu bangsa. Dalam keadaan yang ada kini, apa lagi yang boleh kita banggakan dengan tamadun bangsa kita?

Isu gejala sosial dan keruntuhan akhlak sangat berleluasa dalam masyarakat terutama di kalangan remaja. Satu fenomena jelas di kalangan mereka ialah kegilaan kepada hiburan dan gaya hidup bebas.

Apakah kita dalam suasana yang sangat gersang hiburan dan pesta-pestaan sehinggakan memaksa kita menganjurkan sekian banyak perhimpunan untuk bersuka-ria setiap adanya perayaan atau sambutan? Tidak cukup lagikah lambakan hiburan dipaparkan media berbagai saluran saban malam yang boleh ditonton di rumah masing-masing?

Mengambilkira kesan jangka panjang perhimpunan dan pesta seumpama ini kepada keruntuhan moral dan jatidiri rakyat, ia sepatutnya dijauhi atau ditegah. Pihak berkuasa tempatan, polis dan jabatan agama sebagai agensi kerajaan sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam membasmi gejala merosakkan ini.

Kerosakan akhlak dan keruntuhan moral sebenarnya jauh lebih bahaya daripada kerosakan harta benda, lebih bahaya daripada sekadar kesesakan jalanraya beberapa jam. Ia merupakan ancaman paling menakutkan kepada masa depan negara dan sepatutnya dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Mengapa? Kerana, majoriti golongan dirosakkan perhimpunan hiburan itu adalah remaja. Suka atau tidak, perlu diakui bahawa hanya pada mereka kita mampu sandarkan harapan untuk menerajui dan mencorakkan negara di masa depan.

Kita tidak akan mampu menongkat langit dan hidup seribu tahun. Selepas ketiadaan kita, mereka inilah bakal mewarisi teraju masyarakat. Baik atau bobrok, itulah pemimpin masa depan. Maka, jika kita yang bertanggungjawab merosakkan mereka hari ini, jangan salahkan mereka jika di belakang hari nanti negara punah-ranah di tangan mereka.

Menurut ajaran Islam, corak kehidupan rakyat sesebuah negara banyak bergantung kepada cara hidup para pemimpinnya. Jika pemimpin mabuk arak, apa peliknya rakyat mabuk dadah, pil kuda, arak dan samsu? Jika pemimpin menyeleweng, merasuah dan menyalah guna kuasa, bagaimana mahu dibanteras penyakit itu dalam masyarakat?

Sama juga, jika para pemimpin turut serta menjayakan acara yang mendorong rakyat untuk bebas dan terbabas, sampai bila kita akan dapat mengubati penyakit moral dan gejala sosial mereka?

Sehingga kini telah berbuih teguran ini diperkatakan. Namun ia bagaikan hinggap di telinga yang pekak badak. Dasar liberal dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional nampaknya masih tidak dapat menerima perkara ini sebagai saham kepada kerosakan masyarakat.

Barangkali rakyat tiada pilihan jika mahu memperbetulkan kepincangan sosial ini, melainkan sama-sama kita bersepakat menunjukkan BN pintu keluar pada pilihan raya umum nanti! - mks.

Ahad, 25 November 2007

PETISYEN BANTAHAN TERHADAP RM72.00 YANG MEMBEBANKAN PELAJAR KEDIAMAN SISWA JAYA

KEDIAMAN SISWA JAYA UTM CITY CAMPUS 18 November 2007- Satu petisyen bantahan telah dikeluarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008 yang diketuai oleh Mohd Azami Bin Zokerefli sebagai Naib Presiden MPPUTMKL bagi membantah satu pekeliling pelajar yang telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Kediaman Siswa Jaya. Bantahan yang dikemukakan adalah mengenai syarat-syarat yang dikenakan terhadap penyewaan bilik semasa cuti semesta yang sebelum ini tidak pernah diwujudkan. Tambahan pula yuran penyewaan yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00 perhari. Ini bermakna pelajar perlu membayar sebanyak RM72.00 iaitu selama 36 hari. Undang undang yang tidak pernah dilaksanakan ini bukan sahaja memeranjatkan pelajar, tetapi menjadi satu bebanan kepada pelajar yang mendiami kediaman ini. Notis yang dikeluarkan juga adalah terlalu lambat dan menyebabkan pelajar disini berfikir panjang untuk membayar sewa tersebut. Keadaan ini menimbulkan ketidakpuashatian pelajar-pelajar khasnya yang tinggal dikediaman siswa jaya. Pekeliling yang dikeluarkan juga menjadi tanda tanya, apabila pekeliling itu tidak diketahui oleh pihak HEP, Pengarah kampus dan jabatan-jabatan lain yang perlu dirujuk sebelum pekeliling boleh dikeluarkan untuk tindakan lanjut. Namun begitu surat bantahan serta petisyen bantahan telah dikeluarkan bagi membantah undang-undang yang dikatakan tidak relevan itu. Surat bantahan telah dihantar pada keesokan harinya setelah mendapat tandatangan majority pelajar yang membantah harga penyewaan tersebut. Setelah perundingan dilakukan oleh MPPUTMKL, pengetua telah bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran kepada pelajar-pelajar seperti sebelum ini. Namun begitu, setelah pihak MPP membawa harapan besar pelajar Kediaman Siswa Jaya untuk tidak dikenakan bayaran menjadi hampa apabila pengetua Kediaman Siswa Jaya, Encik Noh Mohammad Adlan Bin Mohd Noh cakap tak serupa bikin. Kekecewaan ini berlaku apabila satu pekeliling pelajar dikeluarkan sekali lagi pada 21 November 2007 di atas pengesahan pengetua kediaman ini yang menyatakan bayaran tetap dikenakan iaitu sebanyak RM15.00. Kekecewaan mula bertandang di dalam hati pelajar kadiaman ini. Janji-janji manis yang dihamburkan dihadapan MPP untuk tidak dikenakan bayaran adalah omong-omong kosong belaka. Kerakusan pihak pengurusan Kediaman Siswa Jaya untuk memperolehi wang telah menyebabkan pelajar menjadi tertekan. Beginikah yang dikatakan menolong pelajar? Mereka sebenarnya bukanlah tidak mengetahui bahawa pelajar tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka. Pelajar adalah pelajar bukannya pekerja yang dibayar gaji setiap bulan. Sedarkah mereka akan hakikat ini? Pentadbiran Kediaman Siswa Jaya yang diketuai oleh Encik Noh Mohammad Adlan Bin Mohd Noh nampaknya membebankan pelajar sekaligus mengganggu konstrentasi pelajar didalam pelajaran mereka. Kewibawaan pelajar nampaknya telah diperlekehkan oleh pihak pengurusan Kediaman Siswa Jaya. Namun begitu, keberanian pelajar untuk membantah dengan menurunkan tandatangan di atas kertas petisyen merupakan satu titik permulaan bagi kebangkitan mahasiswa di UTMKL sebenarnya. Oleh itu, mahasiswa juga disarankan agar tidak takut untuk menolak undang-undang yang tidak relaven. Walaupun masalah ini tidak selesai sepenuhnya, namun marilah sama-sama mahasiswa UTMKL untuk berjuang menuntut hak kita sebagai mahasiswa dan bukannya hanya menjadi pak turut ataupun bagai lembu yang dicucuk hidungnya yang hanya menurut kata-kata dan undang-undang yang bercanggah.

Sabtu, 24 November 2007

BAHANA "MAHASISWA PEREKA"..


Budaya hedonisme semmgnya sudah membarah dalam kampus UTMKL… malah boleh dikatakan pada ketika ini sudah menyebarkan virusnya mengjangkiti segenap hati dan pemikiran mahasiswa UTMKL! Belum usai isu tarian yg mencemarkan hari raya yang mulia, timbul pula jamuan maksiat yg DIREKA oleh PEREKA2 yang kononnya terlatih atas dasar SENI yang DIBINA dengan alasan meraikan kejayaan “KAMI MEREKA”.
Dengan hilai tawa “mahasiswi2” serta sorakan “mahasiswa”, tanggal jam 11 malam pihak kami tertanya2 apakah yg terjadi dikala kebanyakan mahasiswa sibuk menelaah untuk peperiksaan pada keesokan hari.. rupa2nya, persoalan kami terjawab dengan mata kepala kami sendiri apabila melihat segelintir “mahasiwa pereka” yang tidak kurang sibuknya memperkayakan lagi budaya hedonisme anjuran MEREKA. Pekikan gitar yang membingitkan dengan diiringi lagu barat yang sememangnya bukan budaya kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu menyebabkan ramai dikalangan kami tertanya2 bagaimana program seumpama ini diluluskan oleh pihak universiti? Adakah matlamat universiti ingin melahirkan penyanyi2 ala barat yang lansung tak berbakat bagi menyaingi Akademi Fantasia? Hairan dan pelik mengapa “mahasiswa2 PEREKA” ini tidak dipantau langsung oleh mana2 pihak? Sedih dan hiba mendengar jeritan dan pekikan mereka yang jelas dari masjid. Tidakkah mereka terfikir oleh keintelektualan mereka itu bahawa tempat maksiat yang diadakan adalah sangat2 hampir dengan rumah Allah? Di mana hilangnya rasa hormat dan pertimbangan akal yang Allah kurniakan? Sungguh tertipulah akal mereka umpama haiwan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.Mengapa dikatakan demikian??kerana Allah Taala berfirman :

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”
Surah al-a’raf, 179


Sekali lagi ditegaskan, ini bukan budaya kita!!! Jika mereka tidak mahu menilai dari aspek seorang Islam sekalipun, maka nilailah dengan pemikiran intelektual seorang mahasiswa. Adakah mahasiswa sebegini yang diharapkan boleh menjadi pemimpin2 masyarakat sedangkan mereka pula yang membawa barah dan virus kepada masyarakat dan menjadi bebanan kepada negara amnya? Layakkah mereka bergelar seorang mahasiswa yang kononnya akan membangunkan negara dengan segulung diploma sedangkan ia mungkin tiada ertinya dengan akal pemikiran yang sempit?
“Kami cuma berhibur melepaskan tension selepas abis exam dan berjaya siapkan assignment. Takkan itupun salah?” jelas seorang mahasiswa PEREKA yang turut sama dalam program maksiat tersebut. Sememangnya penulis tidak mengatakan hiburan itu salah, tetapi ia sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya mereka berhibur dengan cara seorang mahasiswa, bukannya seperti mat rempit, bohjan2, artis2 murahan,kutu2 jalanan atau yang sewaktu dengannya. Sedarlah mahasiswa sekalian, kita sebenarnya membawa imej dan contoh yang besar kepada masyarakat. Rosak mahasiswa, maka rosaklah institusi pendidikan tinggi di negara ini.Maka tidak hairanlah Universiti2 dinegara ini tada langsung dalam senarai Universiti terbaik didunia. Wahai mahasiswa PEREKA, Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lumpur yang dibawa oleh mahasiswa2 PEREKA ini telah terpalit kepada seluruh warga kampus UTMKL. Penulis menegaskan sekali lagi bahawa hiburan adalah tidak salah, malah digalakkan oleh Islam tetapi ia mestilah mengikut landasan dan batas2 yang disyariatkan.
Wahai mahasiswa sekalian! Sedarlah dari tidurmu yang panjang. Kita mendokong satu tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan pendidikan serta menjunjung ilmu itu sendiri. Tidakkah terfikir oleh kita bagaimana generasi akan datang sekiranya generasi kita sudah terleka dengan pelbagai hiburan? Fikir2kan… ilmu itu suatu yang bersih dan murni, bagimanakah kita tergamak untuk mengotorkannya dengan hiburan2 dan maksiat2 yang kita sendiri laksanakan? Panjangkan akalmu, pendekkan nafsumu.
Penulis bimbang apabila program seumpama ini diadakan bukan sekadar menularnya budaya hedonisme bahkan juga pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat melampau. Masih terngiang2 jeritan2 gedik yang jelas kedengaran datangnya dari Studio alam bina. Dari jauh penulis melihat pergaulan yang mesra di antara “mahasiswa dan mahasiswi PEREKA” yang kononnya “teman tapi mesra”. Sungguh menjijikkan bagi seorang yang berpaksikan syahadah pada hatinya. Terinagt penulis pada sepotong ayat Al-Quran :

“Katakanlah wahai Muhammad lepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka”

Dan dalam ayat yang lain pula :

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperliharkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” An-Nur, 31

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya. Dan kesedihan lebih berpanjangan apabila mahasiswa yang diharapkan menjadi pelapis kepimpinan Negara turut terjajah dengan budaya ini..
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).

Kepada semua warga kampus yang terbaca luahan kesedihan dari penulis ini, sedarlah dunia ini hanya fatamorgana semata. Jangan tertipu dengan nafsu yang menggoda.Hindarilah maksiat dengan cara apa sekalipun supaya setiap persoalan daripada Allah diakhirat kelak kita mempunyai jawapannya..Wallhualam..

Siswi Peka.

Islam membenarkan demonstrasi, 12 nokhtah perhatian

Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran.

Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus .
Tapi kalau dirujuk kepada 'Maqasid al Syaria'ah' ia mungkin menjadi 'Mandub' atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .
Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat .
Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.
Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya .
Suara dan teriakkan ribuan para demonstran di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pastikan akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan kekuatan umat membanteras kejahatan . Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral ; malah dia adalah syiar agama.
Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya dan menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunatpun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis keraian orang orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini.
Sama ada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka. Kepentingan dan Keabsahan Demonstrasi Memandangkan masih ramai kalangan yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam terhadap demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan.:
Pertama: Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman.
Kaum Quraisy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Rasululluh yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang satu dikepalai oleh Hamzah dan satu lagi diketuai oleh Saidina Omar Ibnu al Khattab.
Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.
Kedua: Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakayat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain.
Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati .( dan itu adalah selemah-lemah iman). Rasulullah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu.
Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman. Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fathu al Bari mengatakan: Wajib melaksanakan amr ma'ruf bagi yang berupaya meskipun ianya mungkin berbaur maksiat.
Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amr makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma'ruf .
Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu.
Ketiga: Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda .
Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah.
Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan . Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar.
Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na'im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.
Di mana diriwayatkan Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; sama ada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri .
Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :
Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku.(Lihat Hilyatul Aulia Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59}
Keempat: Semangat Perundangan Islam Membenarkannya Syariat Islam banyak mengandungi syiar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dan dakwah Islam itu sendiri.
Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah sendiri memerintahkan agar kaum wanita samadan yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan :
Mereka hendaklah melihat( meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syiar-syiar Islam.
Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamirkan kekuatan umat .
Sebab itu baginda pernah berkata kepada Usamah R.A. "Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa."
Kelima: Demonstrasi Pada Asasnya adalah Harus Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah.'Al Asl fi al Wasaail al Ibahah.' (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus )
Oleh itu kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid .
Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman , mendedahkan kejahatan golongan tirani . meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan.
Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat.
Keenam: Demonstrasi Memperkasa dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani. Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah tentang perangai buruk jiran tetangganya (sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran) .
Baginda berkata kepadanya; Keluarkan barangan rumah tangga saudara di luar rumah. Diapun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya .Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.
Maka orang yang lalu lang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah . Rasulullah bertanya apa masaalah saudara. Dia menceritakan kepada baginda bahawa orang ramai mengutuknya .
Baginda menjawab . Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda. Orang itu menjawab . Kalau begitu aku taubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku. Ia pulang menemui jiranya dengan berkata. Angkatlah barangan masuk ke rumah saudara semula saya berjanji tidak akan menyakit suadara lagi ( sebagai jiran).
Ketujuh; Demonstrasi Dalam Zaman Modern Ini Adalah Sebahagian Daripada Wasilah Perjuangan Media informasi, sama ada tulisan , imej , video, demontrasi dan sebagainya adalah sebahagian daripada 'kempin raya' untuk memenangkan sesuatu agenda perjuangan atau peperangan.
Sebab itu kalau kita meneliti gerak kerja Zionist dalam hal ini kita akan dapati betapa gerakan mereka begitu rapi, banyak dan berpengaruh untuk menjuari perjuangan mereka. Peperangan media begitu gencar sekarang terhadap umat Islam.
Informasi Barat , Amerika khasnya sengaja menggelapkan berita berita kebangkitan dan demonstrasi orang Islam menentang penindasan mereka, kecuali berita yang membayangkan keburukan dan kemunduran Islam maka itu akan mereka paparkan seluas-luasnya .
Penampilan media mereka sampai kepada pembuat keputusan dan pengendali kuasa politik umat , Mereka sedar betapa seriusnya peranan informasi termasuk demonstrasi dalam menggegarkan sendi pemerintahan diktator dan penguasa yang zalim di dunia ini . Massa rakyat akan segera menyahut dan bertindak atas kebejatan mereka .
Ia adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat. Kalaulah tidak kerana kesedaran pehak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan penzalim tidak akan mengurangkan kezalimannya kerana adanya demo-demo menentang kezaliman mereka.
Umat Islam tidak kurang memiliki kesedaran seperti ini. Mereka tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri dan rakyat . Mereka wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam berbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka .
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang muslim adalah saudara orang muslim yang lain. Ia tidak wajar menyerahkan orang muslim yang lain (untuk dizalimi) atau membiarkannya (dizalimi)." Prinsip ini juga berlaku terhadap sesama manusia dan sesama warga negara .
Kelapan: Kalau Ada Fatwa Yang Mengharamkan Demonstrasi Maka Ia tunduk Kepada Perubahan Keadaan Namun ada juga segelintir yang terpengaruh dengan fatwa kumpulan Tariqat atau Tasauwuf tertentu yang mengharamkan perbuatan demonstrasi kerana terpengaruh dengan pendapat syaikh mereka yang agak terhad pemikiran mereka . Terhadap golongan ini mereka wajar bertaqwa kepada Allah .
Mereka tidak harus terbelenggu dalam minda terhad Syaikh-Syaikh mereka . Mereka tidak sepatutnya mengikut – begitu sahaja - secara membuta tuli . Yang benar atau al haq lebih wajar dipatuhi berbanding figure atau orang tertentu; betapapun besarnya mertabat orang berkenaan. Para Syaikh yang baik itu mungkin terpengaruh pada isu dan masa tertentu .
Manakala latar belakang isu berkenaan telah berubah dan tidak wujud lagi sekarang.Fiqh leluhur silam atau Fiqh Salafi sentiasa dinamis menurut keperluan dan tuntutan lingkungan.
Sebab itu fatwa mereka boleh berubah dengan perubahan situasi. Kalau Salafi difahamkan sebagai period masa lampau maka dia telah berlalu dengan ciri khasnya. Kalau al Salafi itu dihubungkaitkan dengan Manhaj atau methode maka tentulah ia manhaj yang responsive terhadap perubahan lingkungan dan zaman. Kini adalah zaman ilmu dan akal .
Sesungguhnya menurut Rasulullah adalah selaras dengan tuntutan kontemprori atau al Muasarah yang didambakan oleh orang sekarang. Manhaj yang baik ialah manhaj yang sentiasa responsive dengan bijak terhadap perkembangan situasi dan kondisi semasa. Ia bukan manhaj yang beku dan statis.
Kesembilan: Hujjah Amalan Para Ulama Sepanjangan sejarah para alim ulama ramai yang telah meluahkan perasaan dan pandangan mereka melalui demontrasi aman tanpa dipersalahkan oleh ulama yang muktabar. Di Kuwait, algeria, Mesir dan Syam.
Ulama seperti Rashid Redha Rahimullah pernah turut berdemo untuk mengeluarkan penjajah Perancis dari tanah air mereka . Ulama Azhar pernah keluar beramai-ramai berdemo menentang penjajah Inggeris pada tahun 1919 dan baru baru ini menentang regim tirani di Mesir.
Tiada seorang ulama pun mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Malah Sami Budha Burma pun turut tampil berdemo untuk menuntut keadilan dan demokrasi dalam Negara mereka.
Kesepuluh: Demonstrasi Parameter Denyutan Keperihatinan Massa Tunjuk perasaan aman adalah petanda hidupnya keperihatinan massa rakyat; baik kafir mahupun muslim pada zaman ini. Kita tidak akan dapat mengesan pandangan rakyat terhadap golongan atau parti yang memimpin mereka yang memerintah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan kepentingan rakyat melainkan dengan gerakan massa seperti ini yang mendedahkan golongan mana yang tidak setuju dan golongan mana pula yang bersekongkol.
Demonstrasi aman seperti ini bukan perkara baru dalam sebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik - memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.
Kesebelas: Hasil Demonstrasi Ialah Umat Berjaya Mengatasi Sebahagian Kemusykilan Hidup Mereka Demonstrasi besar-besaran di berbagai pelusuk dunia telah menghasilkan buahnya yang positif di beberapa buah negara sepanjang sejarah.. Yang terakhir ialah dapat kita lihat kejayaan demonstrasi rakyat Afrika selatan sehingga berhasil memerdekakan negara mereka.
Di Indonesia rakyat berjaya meruntuhkan kekuasaan Suharto yang korup dan digantikan dengan pemerintahan era reformasi golongan Orde Baru. Di Yugoslovia rakyat yang berdemonstrasi secara besar-besaran berjaya menjatuhkan Slobodan Milosonich dan mengembalikan maruah dan kehurmatan bangsa mereka dari dilumuri kehinaan dan kebejatan regim yang korup. Malah dalam banyak lagi negara negara lain kita melihat kejayaan demonstrasi rakyat mengubah nasib mereka; samada sebahagian atau keseluruhan sosok dan wajah kehidupan mereka.
Keduabelas: Demonstrasi Perlu Demi Mempertahankan Kebenaran di Samping Menentang Kebatilan dan Kezaliman Keluar beramai-ramai menobatkan kebenaran, menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah .
Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan munkar . Sebab itu Allah memerintahkan agar perlaksanaan hudud diperlihatkan kepada segolongan orang ramai . Allah juga memerintahkan supaya umat keluar beramai-ramai menyambut hari raya , bahkan beginda Rasulullah menggesa rakyat agar ikut serta mengucapkan pamitan kepada rombongan mujahid dan pejuang Islam yang akan bergerak ke medan tempur atau menyambut kepulangan mereka ketika mereka kembali dari medan perjuangan.
Baginda pernah memamirkan kekuatan dan kehebatan ketumbukan tentera Islam kepada Abu Sufian agar dia tidak berani bertempur dengan ketumbukan berkenaan. Sebelum itupun Rasulullah pernah menyuruh umat Islam yang menunaikan tawaf di Mekah agar melakukannya dengan tangkas , berlari anak sambil mendedahkan bahagian bahu dan lengan (Kaedah al Raml dalam tawaf) sebagai petanda keperwiraan , kecekatan dan kesiapsiagaan umat Islam untuk berjuang .
Perincian perkara ini boleh dirujuk dalam huraian mengenai bab Haji atau Umrah. Seandainya kita semua – sebagai bangsa dan rakyat yang merdeka - enggan melahirkan sikap penentangan kita terhadap kejahatan , penipuan , rasuah dan kezaliman yang berlaku serta tindakan pengkhianatan dan menghakis kemerdekaan dan maruah umat yang dilakukan oleh pehak-pehak tertentu; dengan cara yang berkesan maka apakah lagi yang ada dari sifat kejantanan dan dakwaan kemerdekaan kita sebagai umat yang bermaruah.
Jelas daripada hujah di atas bahawa melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka.
Semoga Allah memberikan kita semua keyakinan dan keberanian untuk merubah nasib umat dan rakyat. Semoga bangsa, warga dan rakyat Malaysia amnya bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

nukilan mahasiswa 0708

Ahad, 11 November 2007

Seandainya Kerajaan Masih Berdegil....

Rakyat telah membuktikan bahawa ugut dan ancamlah mereka dengan apa jua cara, namun kuasa sebenar bukan di tangan Polis, bukan di tangan wartawan pelacur upahan UMNO yang disiarkan oleh media arus perdana malah bukan dengan suara nyaring Perdana Menteri yang menyatakan dirinya "pantang dicabar".

"Dia kata pantang dicabar. Yang lebih layak berkata ialah rakyat lagi pantang dicabar haknya!

"Dan terbukti bahawa rakyat telah berjaya mencabar untuk menunjukkan bahawa mereka berjaya melakukan himpunan secara aman dan mahu sebuah demokrasi yang bersih!" kata Anuar Tahir di dalam ceramahnya di Taman Melewar di malam selepas perhimpunan aman 10 November.

Namun masih kedapatan angota polis yang bertindak seperti binatang sekalipun rakyat telah berkali-kali memberi amaran awal bahawa polis juga perlu mematuhi undang-undang. Polis tidak serik-serik menganiaya dan menzalimi rakyat. Beberapa insiden yang mendukacitakan terutama di Masjid Jamek di mana anggota FRU melepaskan asid pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman. Kekerasan dan keganasan digunakan untuk menghalau rakyat dari situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan :

"polis tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mereka."

Kita mempunyai bukti-bukti bergambar bahawa masih ramai polis yang tidak bertamadun, persis terlepas dari kandang haiwan membelasah rakyat sesuka hati. Dasar binatang ini (baik angota polis lelaki atau perempuan) masih terus-terusan menjadi budaya polis selama ini dan kami mempersoalkan kata-kata Musa Hassan kononnya polis tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan para peserta perhimpunan!


Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan dengan menggunakan bahasa Inggeris yang mengkal dan separuh masak sewaktu menyelar siaran berita stesyen antarabangsa Al-Jazeera menyatakan bahawa polis hanya menggunakan air biasa. Namun Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara sendiri mengakui bahawa "pihak polis telah meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air."




Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang berkata:

"Rakyat memilih jalan raya, setelah melihat pilihan raya yang penuh dengan kekotoran dan penyelewengan, yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat iaitu pilihan raya, ujarnya.

Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya."

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal. Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan. Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik. Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," tegasnya lagi.

Rakyat akan kembali ke jalanraya dengan angka yang lebih ramai di dalam jangka waktu yang terdekat jika Kerajaan masih terus angkuh dan berdegil mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengekalkan kuasanya.

Rakyat telah memberi amaran awalnya supaya Perdana Menteri dan Timbalannya bersiap sedia untuk "bungkus" pada pilihanraya umm yang bakal menjelang sepertimana keputusan pilihanraya 1999 selepas demonstrasi reformasi ketika itu.

Para akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP, TheStar, Metro malah agensi berita negara BERNAMA sekalipun turut boleh gulung tikar jika masih terus-terusan menghina rakyat dengan menghidangkan mereka berita-berita jelek yang palsu dan berat sebelah dan terus-terusan menjadi pelacur murahan kepada kerajaan BN/UMNO.

Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah


Gelombang Kuning - itulah namanya! 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagal perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai susah payah, halangan, ujian dan dugaan, ingin memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke Istana Negara diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Kita amat terkilan dengan tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dengan ganas dan zalim melepaskan semburan asid kepada orang ramai yang berada di hadapan bangunan bank OCBC, setesen LRT, dan kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan bawah LRT.

Harakahdaily melaporkan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang merupakan ketua peserta himpunan di Masjid Jamek terus meminta semua peserta mara ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan para peserta sedang mara ke Dataran Merdeka, FRU sekali lagi menghala semburan kepada mereka menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam kebut dan mereka berlari bertempiaran sambil menjerit-jerit.

Beberapa minit kemudian, para barisan FRU yang terdiri daripada 10 orang sekali gus melepaskan tembakan gas pemedih mata di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek dan di celah lorong ke Masjid India menyebabkan para peserta himpunan lari menyelamatkan.

Ada di antara peserta yang terpaksa kembali ke masjid untuk mengelak dari terkena gas pemedih mata malah ada di kalangan mereka terbahak-bahak sehingga termuntah kerana terhidu gas pemedih mata.

Segerombolan FRU mengejar para peserta himpunan menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan masjid, di samping itu kira-kira 20 orang FRU berbaris sambil memegang perisainya di hadapan pintu pagar masjid menyebabkan para peserta himpunan tidak dapat keluar.

Hampir setengah jam, para peserta tidak kira tua, muda, remaja, bahkan kanak-kanak terpaksa berlindung seketika di dalam Masjid Jamek sambil membersihkan muka yang terkena semburan asid dari FRU.

Akhirnya peserta himpunan berunding dengan pihak FRU untuk keluar dari kawasan masjid dan memberitahu mereka para himpunan akan bersurai.

Kelihatan para peserta memecat semula baju kuning mereka sebagai taktik untuk keluar dari perkarangan masjid kemudian selepas itu mereka memakai semula 'T-Shirt Bersih untuk sama-sama berarak ke Istana Negara.

Dan kita mengkagumi semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) yang menjadi benteng pertahanan rakyat dari dikasari dan dizalimi oleh anggota FRU sekalipun beberapa anggota Unit Amal telah ditangkap tatkala mereka nekad merempuh sebuah trak water canon yang menghala kepada orang ramai yang berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek.

Semuga Allah membalas jasa mulia mereka serta memberikan kehinaan ketas anggota FRU yang ganas dan kejam itu.

Ada hikmahnya apabila Dataran Merdeka ditutup. Peserta-peserta perhimpunan terpaksa berpecah kepada beberapa tempat sehinggakan gerombolan lebih 50,000 yang dipimpin oleh Presiden PAS telah tiba di Istana Negara, yang terpaksa merempuh pelbai halangan yang dibuat oleh polis sekitar jalan ke Istana Negara.

Mana mungkin melupai detik bersejarah ini dan semuga ia menjadi titik mula untuk mempastikan kita akan dapat menikmati sistem demokrasi yang sebenar, bertanding di tanah yang seimbang dengan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih.

Aneh! BERNAMA kata hanya 4 ribu sahaja....

Memang telah menjadi dasar berita BERNAMA selama ini, untuk membelitkan apa juga laporan yang tidak menyenangkan kerajaan BN/UMNO.

Di dalam berita yang diterbitkan oleh BERNAMA dan disiarkan oleh MSTAR dikatakan:

"Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang."

Di dalam satu berita lain pula BERNAMA menyatakan:

Sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek hari ini dan polis telah menahan 245 orang.

Bukankah itu melucukan sedang dunia menyaksikan puluhan ribu manusia (laporan AFP meyatakan 30 ribu sementara BERSIH Malaysiakini dan lain-lain pertubuhan menyatakan 40 ribu) yang berhimpun di perkarangan Istana Negara, belum lagi dicampur yang masih dalam perjalanan dari tempat berhimpun masing-masing?

Jika di Dataran Merdeka sememangnya kosong, bukan kata 4 ribu, seorang pun tidak ada, tempat yang sepatutnya Perhimpunan Aman itu diadakan. Tetapi malang, peserta perhimpunan dihalang dari memasuki kawasan Dataran merdeka, justeru itu peserta 100,000 orang itu terpaksa berpecah di empat tempat yang berlainan iaitu Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Jika tidak kerana kawalan ketat polis di ibu negara sudah tentu lebih ramai wargakota dan rakyat Malaysia amnya menyertai perhimpunan hari ini.

Berkut ialah catatan seorang penulis ternama MSO:

Sore tadi kira-kira lebih 70,000 rakyat baik yang sempat berhimpun di hadapan Istana Negara, yang terkandas di Jalan Raja Laut, yang tersekat di Jalan Masjid Jamek, yang berselindung di belakang masjid negara, yang bercemperaian di Pasar Seni, yang terkurung di Sogo dan yang datang dari berbagai arah seperti kelkatu keluar dari lubang selepas hujan merasa puas dan bangga kepada apa yang sudah berlaku.

Jelek sungguh BERNAMA ini. Apa-apa pun kita akan tengok sampai bilakah ia mampu berbuat demikian sebelum nanti hukuman menimpanya lantaran pembohongan yang sengaja dlakukan untuk menipu pembaca khususnya dan rakyat amnya.

Berikut ialah foto-foto yang dikutip dari pelbagai sumber.











Sabtu, 10 November 2007

Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Salleh

PERHIMPUNAN dan perarakan aman lebih 100 ribu rakyat menuju ke Istana Negara berjaya diadakan walaupun banyak sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan oleh pihak polis.

Sekatan di daerah Gombak bermula di jalan Setapak hingga Titiwangsa bermula malam Sabtu. Manakala pagi tadi, jalan dari Kampung Padang Balang, Gombak dan Sentul sesak untuk menuju ke bandaraya.

Unit Amal Malaysia diiringi Seri Kandi telah bergerak ke beberapa lokasi seperti di Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara jam 11.30 pagi.

Selepas itu beberapa orang pimpinan AJK PAS Pusat antaranya, Ustaz Mujahid Yusof Rawa; Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Lo'Lo', Dr Mariah Mahmood, Mohamad Sabu mula bergerak ke Masjid Negara.

Lebih 5000 orang peserta perhimpunan aman berkumpul dan menunggu team dari Masjid Jamek, Kampung Baru dan Sogo untuk bersama berarak ke Istana Negara.

Walaupun hujan lebat namun peserta perhimpunan aman tidak berganjak daripada perkarangan masjid Negara. Unit Amal Malaysia gagah berdiri mengawal suasana manakala Seri Kandi tetap bersemangat walaupun dalam suasana hujan lebat.

Belum sempat Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyampaikan pesanan, peserta himpunan di Masjid Negara melaungkan takbir, Allahu Akhbar! apabila melihat perarakan gelombang kuning berada di hadapan Masjid Negara.

Kesungguhan Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ustaz Idris Ahmad mendahului perarakan, walaupun dalam suasana hujan yang lebat. Laungan Allah Hu Akhbar!, Bersih, Bersih, Bersih dan ingatan jaga disiplin serta keselamatan daripada Unit Amal Malaysia terus bergema.

Perarakan terhenti lebih kurang 100 meter daripada Istana Negara apabila enam trak FRU dan satu `water canon', polis telah menghalang di kedua-dua belah jalan raya.
Laungan takbir dan laungan Daulat Tuanku terus bergema. 30 minit peserta perhimpunan menanti dengan penuh kesabaran, Setiausaha KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guang Eng, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Dato' Kamarudin Jaffar telah mengadakan perbincangan dengan pegawai polis, Sulaiman. v Dalam perbincangan itu, Khalid Ibrahim meminta pihak polis bersabar dan tidak melakukan serangan kepada peserta memandangkan temu janji untuk menyerahkan memorandum jam 5 petang.

Perbincangan dipersetujui tujuh orang pimpinan boleh masuk ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

Sementara menanti kehadiran Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Lim Kit Siang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim, FRU telah bersiap sedia menghalakan muncung `Water Canon'.

Seorang pegawai polis memberi amaran kepada pimpinan parti, FRU akan membuat serangan disebabkan peserta perhimpunan bising melaungkan beberapa slogan.

Lebih kurang jam 4 petang, Anwar, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah, Salahuddin Ayub, Azmin Ali tiba di perkarangan Istana Negara.

Bagaimanapun, serahan memorandum itu hanya disampaikan kepada Pegawai Istana di hadapan pagar Istana Negara.

Perhimpunan di hadapan Istana Negara tidak mencetuskan sebarang pertelingkahan dan tangkapan. – mr

Sumber: HarakahDaily.net

Jumaat, 9 November 2007

Malaysia bukan negara junta - Salah apa demonstrasi aman?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.

Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.

Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.

Jika saya tiada masalah kesihatan, saya akan turut bersama dalam mana-mana kesempatan untuk menyatakan protes terhadap apa yang tidak betul dengan syariat Allah S.W.T.

Sungguhpun pihak berkuasa ada mempunyai hak untuk menghalang dengan tidak mengeluarkan permit tetapi biarlah seboleh-bolehnya semua pihak mendahului kaedah perundingan.

Cubalah mencari formula yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak.

Suasana "win-win" ini perlu ada dalam segenap ketika.

Inilah juga apa yang selalu disebut-sebut sebagai semangat permuafakatan.

Jika tak boleh demonstrasi secara berdiri, maka duduklah.

Jika tak boleh berhimpun di Masjid Jamek, maka tak bolehkah bersolat hajat di Masjid India atau berpidato secara tenang di Dataran Merdeka? Jangan sampai tak boleh langsung.

Di Kelantan, suasana di sini sangat tenang. Alhamdulillah. Pihak polis di sini cukup pandai menyesuaikan diri antara undang-undang dan peraturan dan kehendak agama yang turut difahami oleh rakyat.

Setiap ceramah dan perhimpunan awam di sini tidak diganggu kerana masing-masing pihak tahu sempadan dan hak masing-masing.

Kelemahan kerajaan punca protes rakyat

Kadang-kadang isu harga barang yang tidak terkawal, harga minyak yang diuar-uarkan akan naik, tuduhan skandal dalam kes pita rakaman video V.K. Lingam, teguran KDYMM Sultan Perak ke atas sistem kehakiman yang bercelaru, tuduhan rasuah yang melibatkan RM puluhan juta wang rakyat.

Juga pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pelbagai salah laku dan pengkhianatan terhadap wang pembayar cukai dan kekhuatiran rakyat yang menyeluruh terhadap SPR dalam Pilihan Raya Umum Kali Ke 12 yang akan datang - ini semua adalah haba.

Ia adalah sesuatu yang hangat. Larva dan magma daripada sebarang gunung berapi boleh meletus jika ditutup mulutnya dengan tudung periuk dan gunung berapi boleh diam buat sementara, tetapi dia akan meletus juga satu hari nanti.

Oleh kerana rakyat merasakan mereka mempunyai fakta dan fakta ini pula tidak dilayan walaupun telah disampaikan melalui saluran demokrasi, maka mereka wajar diberikan laluan untuk berhimpun secara aman.

Selagi mereka memohon dan berjaya untuk menyampaikan protes dengan hujah secara tertib secara aman dengan premis dan masa yang telah diberikan, maka tugas pihak berkuasa ialah untuk memantau.

Bukankah akrabnya kesetiakawan polis dan rakyat itu ada terlambang dalam lencana polis yang berjabat tangan? Dan, hak-hak ini turut diakui oleh pihak SUHAKAM.

Ia adalah hak yang tersedia di dalam Perlembagaan dan boleh dinikmati oleh setiap warganegara seperti yang disebut di dalam Perkara 10 Ceraian 1 A & B iaitu (Every citizen has the right to freedom off speech and expression. All citizens has the right to assemble peaceably and without arms).

Demonstrasi sebenarnya sama juga dengan pernyataan perasaan.

Dalam prinsip dakwah, kita ada 3 saluran iaitu Bilhikmah yakni segala hikmah, nasihat dan tegur menegur atau membangkang secara beradab dan ketiganya bermujadalah yakni bersemuka untuk menyatakan pandangan.

Ketiga-tiga saluran ini dibenarkan oleh Islam. Kenapa pula tiba-tiba dengar khabar, ia akan ditutup semuanya?

Polis patut ikut kata PM, lupakan perkara lama

Dalam pelancaran ECER pada 29 Oktober lalu, kita telah mendengar seruan Perdana Menteri supaya lupakan perkara-perkara yang telah lama.

Beliau mengajak kita untuk memandang ke hadapan dan lupakan perkara-perkara yang lepas.

Cerita tidak memberikan permit ini adalah cerita lama. Oleh itu, kita hendaklah meninggalkannya.

Kita mulakan mulai sekarang, kita perlu membuka agenda baru dengan memulihkan demokrasi dan kembalikan hak rakyat seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan yang saya sebutkan.

Ini hak setiap rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau mahu ambil petikan hak orang Islam seperti yang dijaminkan oleh Allah S.W.T., ia ada disebutkan dalam al-Quran Surah Yaasiin ayat 19 (sebahagian ayat) yang bermaksud, "Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Adakah sekadar mahu memberikan peringatan kepada masyarakat pun tidak boleh, sedangkan Islam berkata boleh.

Ringkasnya, beri layanan yang adil kepada semua rakyat.

Jika pemuda Umno pun boleh diberikan permit untuk berdemonstrasi semasa Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Malaysia, maka apa salahnya membenarkan pemuda PAS membuat demonstrasi di atas sesuatu isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pokoknya aman tanpa provokasi.

Jika inilah syaratnya dan ini telah dipatuhi oleh parti pembangkang maka saya mahu bertanyalah "salahnya dimana?"
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan - mr

sumber: harakahdaily

Isnin, 5 November 2007

Mahasiswa berpolitik lesu di malaysia

TUKAR PULAK DAH!!!

“Ibaratnya perompak mencuri barang kita, kemudian perompak tersebut bersetuju memulangkan balik barang kita tersebut dengan syarat kita mengiktiraf barang tersebut adalah pemberiannya” pengiktirafan itulah yang Umno/BN minta rakyat jelmakan melalui kertas-kertas undi pada pilihan raya akan datang .walhal memang wajibpun dia mengembalikan barang tersebut(sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu) tanpa mengharapkan apa-apa balasan.Ingat, ini hanyalah ibarat!.

Sebelum itu Menteri Pelajaran mengumumkan penggunaan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik akan ditangguhkan pada tahun 2008.

Demi untuk meraih undilah Umno/BN mengubah bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggreris, dan demi meraih undi jugalah Umno/BN menukar kembali bahasa pengantar subjek tersebut ke dalam Bahasa Ibunda. Jika tanpa kajian mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek tersebut maka tanpa kajian jugalah mereka mengembalikan bahasa pengantar subjek tersebut ke dalam Bahasa Ibunda.semudah itu mereka berubah tetapi itulah Umno yang bersifat pragmatisme; tidak berpegang tetap kepada mana-mana dasar dan rujukan.

Kita imbas kembali, mengapa satu ketka dahulu Umno/BN beria-ia benar mahu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar? Jawapannya begitu memalukan; mereka menggunakan Bahasa Inggeris bagi kedua-dua subjek tersebut supaya pelajar (khususnya pelajar Bumiputera) dapat menguasai bahasa tersebut.(Bahasa Inggeris) Bukannya ia digubal untuk memantapkani sains dan matematik.dikalangan pelajar. Lain yang sakit lain yang dibebat.

Bukti yang jelas ialah Kementerian Pelajaran Malaysia hanya melakukan “translations” kedua-dua buku teks subjek tersebut ke dalam Bahasa Inggeris tanpa mengubah sistem yang sedia ada. Kalau tidak percaya balik dan buka buku adik-adik kita..Jika Umno/BN mengatakan ingin memantapkan sains dan matematik dikalangan pelajar, mengapa mereka tidak menukar sistem dan kaedah pembelajaran kedua-dua subjek tersebut yang lebih bersifat eksperimental, emperikal dan logik; bukanya hafal dan muntahkan dalam peperiksaan. tetapi malangnya sistem masih sama “hafal-muntah”. tetapi hanya bahasa yang berbeza. Dangkal sungguh pemikiran mereka.

Yang menjadi mangsa ialah pelajar-pelajar Bumiputera(khususnya Orang Melayu).
Jika sebelum bahasa penjajah mengambil alih, anak bumiputera hanya lemah dalam satu subjek sahaja iaitu:
1)bahasa inggeris sahaja,

tetapi selapas “kolonial” bahasa berlaku pelajar bumiputera lemah dalam tiga subjek:
1)bahasa inggeris
2)sains
3)matematik.

Memetik kertas kerja Khalid Abdul Samad yang yang bertajuk “Mengembalikan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Ibunda Di Sekolah Rendah.” Menyebut ”pada 30hb Jun 2005, Menteri Pelajaran, dalam kenyataan media yang disiarkan oleh stesyen-stesyen televisyen dan dalam akhbar pada 1hb Julai 2005 mengisytiharkan bahawa peratusan pelajar di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran sains adalah hanya 41% di tingkatan satu dan 43% di tingkatan dua. Untuk mata pelajaran matematik pula, peratusan pelajar di luar bandar yang lulus adalah 57.5% di tingkatan satu dan 59.6% di tingkatan dua sahaja.”

Terlalu bebalkah adik-adik kita kita di luar Bandar (semestinya bumiputera) sehingga hanya 41% sahaja yang lulus di tingkatan 1, 42% ditingkatan 2 dalam subjek sains pada tahun 2005?
Bodoh sampai tak boleh ajarkah adik-adik kita dalam subjek matematik sehingga yang lulus 57.5%(tingkatan 1) dan 59.6%(tingkatan 2). Tidak mahasiswa sekalian,. “dosa” mereka hanya tidak pandai mengusai berbahasa Inggeris.

Mungkin ada yang mengatakan statistik ini sudah lama, sudah tiga tahun berlalu. Mungkin ada statistik yang menunjukkan “peningkatan” mendadak dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tetapi kita harus sedar, angka boleh saja ditukar-ganti tetapi kesan kepada pelajar siapa yang dapat memyembunyikan. Sikap Umno/BN dalam perkara ini ibarat seorang pak cik tua yang disahkan doctor mengidap kencing manis, tetapi enggan percaya dan melaung kepada orang ramai bahawa dia sihat ;doktor tersebut memberitahu terpulanglah sama ada pak cik tersebut hendak percaya atau tidak, tetapi melalui kepakarannya pakcik tersebut tetap mengidap kencing manis. Itu realitinya.

Adakah “pakcik” yang “berpenyakit” kencing manis ini telah sedar akan “kesan” penyakitnya. Adakah Umno/BN ingin mengembalikan bahasa pengantar kepada Bahasa Ibunda disebabkan kajian Khalid Abdul Samad dan beberapa ahli akedamik dan beberapa tokoh pendidikan yang lain? Tidak sama sekali, ianya tidak lain tidak bukan kecuali hanya”gendang perang pilihanraya” untuk mencanang bahawa mereka prihatin terhadap bangsa dan seterusnya memberi kemenangan kepada mereka pada pilihan raya akan datang. Begitulah selalunya sifat opportunis Umno/BN. Jika mereka jujur dan ikhlas telah lama mereka mengubah system “kolonial bahasa” tersebut, tanpa menunggu musim-musim “bunga” pilihan raya. Sudah menjadi kepakaran mereka dengan dua “senjata” perang ini. Satu “perisai” kedaulatan bangsa dan satu lagi dijanjikan seribu “bom” pembangunan.

Di sidang Retoriklah(Persidangan Agung Umno) merekalah berteriak bertempit menjerit, melaung, dan menghunus keris mengenai perkara-perkara tersebut.(lihat Utusan Malaysia 3 Nov. 2007, Wakil Umno dari Terngganu membawakan isu mengenai pembangunan dan wakil dari Johor dijangka membawa isu kedaulatan Bangsa pada persidangan Umno yang akan datang) kita lihat pada sidang retorik yang lepas mereka dengan lantangnya “menjerit” kepada kumpulan inter-faith commissioner(IFC) “jangan cabar kami”, tetapi selepas itu,adakah kita lihat apa-apa pelan tindakan susulan mereka? Adakah front-front yang mereka wujudkan?

Sudah jauh kita melencong tetapi lencongan untuk penjelasan…
Kita sebagai mahasiswa perlu jelas dalam perkara ini, kita perlu mengusai Bahasa Inggeris tetapi jangan sampai mengagungkan bahasa “penjajah” tersebut,sehingga ianya menjajah kita. Seorang tokoh akedamik mengatakan yang dimaksudkan dengan bahasa penjajah bukannya bahasa itu milik penjajah, tetapi bahasa inggeris itu sendiri yang menjadi penjajah kepada kita.

Kita juga harus sedar bahawa mereka yang berada di bangku sekolah sekarang merupakan adik-adik kita. Merekalah suatu hari nanti menjadi mahasiswa seperti kita, dan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Kita perlu juga ingat mereka ini bersama-sama kita mewarisi negara yang kita cintai. Bersama bertanggungjawab memajukan negara negara yang kecil ini. Wajarkah masa depan kita dan adik-adik kita digadai dengan kertas-kertas undi oleh mereka yang ketagihkan undi dari bangsa lain, diserahkan kepada tangan-tangan yang “mencacamerbakan” halatuju dasar pendidikan kepada generasi akan datang,tentang pembinaan generasi pelapis.

Jangan ada yang mengatakan isu ini dipolitikkan, sedangkan Umno telah lama menjadikan isu ini sebagai bahan politik yang menguntungkan. Tiada perniagaan yang lebih meguntungkan kecuali manipulasi. Mereka mempolitikkan isu ini untuk kepentingan peribadi anak cucu mereka. Tanpa segan silu sanggup mereka menggadaikan masa depan generasi pewaris negara. Jangan pula kita menganggap perkara ini tidak ada kena mengena dengan mahasiswa Cukuplah orang melebelkan mahasiswa lesu, non-sense, mandul dan pelbagai label lagi. Kembalilah kedaulatan Bahasa Ibunda kita dengan cara yang terhormat dan bertanggungjawab. Tidak rugi kiranya ianya dijadikan sebagai bahasa ilmu seperti zaman kegemilangannya yang terpahat kukuh dalam sejarah kita dahulu. Bukankah kita hendak mencapai Wawasan 2020 dengan acuan sendiri.Bersabarlah menanti hasilnya.

Kepada mahasiswa sekalian, meminjam kata-kata sasterawan negara Dato Shahnon Ahmad untuk dijadikan azimat yang tersemat kukuh di dalam diri” jadilah lalang-lalang yang bertiup mengikut arus keadilan dan keamanan”

“wind of the change”

-kunci bilik.

Jumaat, 2 November 2007

Jangan Takut Untuk Hadiri Perhimpunan 10 Nov!


Written by Greenboc, Tranungkite

Tinggal hanya beberapa hari lagi, perhimpunan 100,000 rakyat untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil akan berlangsung di Dataran Merdeka 10 November ini. Ini adalah satu perhimpunan sekalian rakyat. Ini adalah perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Ini adalah perhimpunan raksaksa bagi memanifestasikan keluhan rakyat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu banyak sumbing dan tempangnya. Justeru, tiada sebab ia perlu dihalang oleh sesiapa saja samada polis mahupun kerajaan sendiri.

Banyak pula kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersap sedia untuk "menggempur" perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal "tertembak" dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan.

Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan.

Kita ingin menyeru kepada pihak Polis agar tidak sewenang -wenangnya melakukan sekatan-sekatan ataupun tindakan-tindakan provokasi ataupun penyalah-gunaan kuasa untuk mendera dan bertindak kejam ke atas para hadirin yang hadhir di perhimpunan berkenaan.
Sudah cukup banyak kejadian di masa lalu polis-polis telah bertindak ganas dan kasar, menggunakan kekerasan tidak kena pada tempatnya, menyembur gas pemedih mata secara kejam dan zalim semata-mata beralasan untuk menyuraikan satu perhimpunan aman, menyeret-memukul-mendera rakyat menjadi tabiat polis di mana sahaja demonstrasi aman diadakan, provokasi polis serta pengunaan senjata api untuk "menembak" rakyat yang tidak berdosa adalah insiden Batu Burok yang masih segar di dalam ingatan sekalian rakyat.

Kepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precedent mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang disiksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Saudara Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.


Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!
Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia untuk menerima rafak sembah rakyatnya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Peserta perhimpunan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
• Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.
• Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.
• Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.
• Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.
• Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.
Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis
• Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis.
• Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu
• Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan
• Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segera
Polis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:
• mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan
• mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas
• mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)
• bertanya kawan jika ada yang mengenali "orang yang bertindak ganjil" itu
• bertindak untuk menasihat "perbuatan ganjil" itu dihentikan
• melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)
• pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan.

Semoga PERHIMPUNAN 10 NOVEMER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.

GreenBoc
JUMPA DI SANA.....

Khamis, 1 November 2007

Hentam Keromo dan bodoh sendiri seorang Menteri Pelajaran

Ketua Perusuh

Bahasa Melayu memang mempunyai banyak kosa kata dan peribahasa yang sesuai dengan pelbagai keadaan dalam kehidupan kita sehari-harian.

Pada dasarnya Bahasa Melayu adalah satu 'lingua franca' yang digunakan hampir diseluruh nusantara dan Asia Pasifik. Malah perkataan 'IKAN' yang merujuk kepada ikan itu sendiri juga digunakan oleh banyak bangsa di sekitar nusantara dan Asia Pasifik.
Kali ini saya ingin menggunakan satu perkataan iaitu 'Hentam Keromo'.

Hentam Keromo adalah satu tindakan (perbuatan) yang biasanya dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa membuat kajian menyeluruh ataupun tanpa kajiselidik.

Biasanya 'Hentam Keromo' berlaku apabila sesuatu tindakan tersebut boleh mendatangkan keuntungan segera (tanpa memikirkan kesan sampingan) kepada pihak yang melakukannya.
Kementerian Pelajaran (diubah dari nama lama iaitu Kementerian Pendidikan) yang diketuai oleh Hishamuddin Tun Hussein adalah satu daripada beberapa Kementerian di dalam Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan sikap (perlakuan) 'Hentam Keromo'.
Ini kerana beberapa tindakan yang dijanakan (dilakukan) oleh mereka biasanya tidak didahului dengan kajian menyeluruh melainkan mengikut idea (nafsu) para pegawai atasan termasuklah Menteri Pelajaran (dahulunya Menteri Pendidikan).

Kita boleh ambil satu contoh yang paling ketara (yang pincang) berlaku dalam Kementerian Pelajaran iaitu keperluan untuk menjadikan Bahasa Inggeris (English) sebagai bahasa perantaraan (bahasa pengajaran) dalam subjek Sains dan Matematik.
Tujuan kononnya Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik adalah untuk memudahkan serta memahirkan para pelajar dalam penguasaan subjek tersebut. Kononnya juga ini membolehkan para pelajar mudah menguasai Bahasa Inggeris dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan bangsa lain.

Pada dasarnya ramai tenaga pengajar (guru dan pendidik) tidak bersetuju sama sekali kedua-dua subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris.

Ini kerana tindakan tersebut secara 'otomatis'nya akan menyebabkan para pelajar yang berada diluar bandar keciciran kerana kurangnya penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan kadar nisbah pelajar luar bandar berbanding pelajar di bandar adalah pada sekitar 8:2.

Rakan kepada isteri saya kini sedang mengajar Matematik disebuah sekolah luar bandar di Pantai Timur Malaysia.

Selalunya rakan isteri saya ini merungut bilamana para pelajar (yang rata-rata anak nelayan) tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kurangnya pengetahuan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Malah para pelajar ini juga mendapat markah yang amat rendah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Bagaimana pula mereka ini akan dapat menguasai subjek Sains dan Matematik yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka masih lagi merangkak-rangkak dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata pelajar sekolah rendah di luar bandar (terutamanya Melayu) amat kurang penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Bukan sahaja Bahasa Inggeris, namun mereka juga amat kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu (terutamanya pelajar di Kelantan dan Terengganu yang kuat menggunakan bahasa loghat dalam pertuturan seharian).

Ini secara tidak langsung akan mengganggu gugat pembelajaran para pelajar ini yang secara umumnya akan membantutkan usaha percambahan ilmu kepada mereka.
Tindakan 'Hentam Keromo' yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran biasanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan kajian yang menyeluruh. Terlalu banyak kes (contoh) yang boleh dikaji pada tindakan 'Hentam Keromo' yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya dilaksanakan tahun depan, ditangguhkan (yang kononnya atas arahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi).

Saya lihat tindakan penangguhan ini lebih bersifat politik kerana Abdullah Ahmad Badawi amat gusar sekiranya isu ini dimainkan (dicanangkan) oleh semua parti pembangkang.

Ini bermakna tindakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik pada awalnya tidak tepat (lebih bersifat 'hentam keromo').
Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa sikap Kementerian Pelajaran yang sewenang-wenangnya berbuat 'hentam keromo' atas dasar pendidikan negara sememangnya secara langsung akan membantutkan usaha pendidikan diperingkat rendah dan menengah yang melibatkan majoriti penduduk luar bandar.

Oleh itu jangan jadikan 'akal pendek' para Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai atasan Kementerian Pelajaran menjadi pemangkin yang akhirnya akan meranapkan institusi pendidikan negara.

Tolong...sekali lagi saya ulangi Tolong jangan jadikan sikap bodoh anda penyebab para pelajar di Malaysia ini menjadi sebodoh anda.

Jika anda bodoh atau bangang, jangan sabitkan (libatkan) para pelajar di seluruh Malaysia. Biarlah anda bodoh atau bangang sendirian. - ketuaperusuh.wordpress

Khamis, 25 Oktober 2007

Jamuan SPECIAL di Hari Raya


Atas nama sambutan hari raya dan rumah terbuka Universiti Teknologi Malaysia City Campus tidak terkecuali merayakan perayaan tersebut. Sambutan dari pihak pelajar amat mengalakkan sehinggakan orang ramai beratur panjang mengambil makanan. Diserikan dengan lagu yang bertemakan hari raya yang menambahkan keserian perayaan yang asalnya merupakan perayaan agama telah bertukar menjadi perayaan budaya dan etnik masyarakat majmuk Bukan kemeriahan itu yang hendak dibincangkan disini, tetapi ada beberapa perkara yang dirasakan penting dan perlu untuk diketengahkan.

Kemeriahan majlis tersebut “diserikan” lagi dengan “menu” yang julung-julung kali dihidangkan. Sempena sambutan jamuan hari raya kali ini kita dapat lihat perkara “pelik” yang tidak pernah “ditayangkan” kepada tetamu sempena sambutan hari raya sebelum-sebelum ini,menu ini sudah biasa pada majlis-majlis rasmi yang lain seperti malam penutup Pesta Hari Terbuka Kolej Pertama.(PRISMA 07) Karnival Kolej Kedua (Jumbara 07) dan majlis rasmi yang lain.
“Menu” pada tahun ini ditambah dengan satu menu istimewa yang kononnya satu-satunya budaya yang masih wujud di digalaksi yang kita diami ini.

Penulis tertanya-tanya hanya inikah budaya bangsa yang kita ada? Hanya tari menari sajakah yang boleh diketengahkan hingga keperingkat antarabangsa? Kalau kita lihat asal usul tarian jenis ini bukannya merupakan budaya masyarakat melayu pada asalnya. Tarian yang diimport tanpa “cukai” dari masyarakat jahiliah timur tengah ini diangkat martabatnya menjadi tarian agung di alam melayu ini. Tetapi malangnya atas maklumat yang kabur . puak-puak nasionalis mengaku tarian ini yang mereka punya dan harus diperjuangkan atas nama seni budaya agung.
.
Mungkin juak-juak Nasionalis mempertikaikan tulisan ini ”ni la melayu bodoh pasal seni budaya! seni sendiri pun kutuk”. Tetapi itulah realiti fahaman nasionalisme; kepentingan budaya bangsa dan negara melebihi kepentingan agama. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan tarian zapin ini, perluaskanlah selagi boleh, tetapi yang menjadi masalahnya ada perilaku dan “adegan-adegan” yang bercanggah dengan nilai-nilai agama, Apa salah kiranya pelaksanaannya menepati budaya nilai(value culture) masyarakat Malaysia, iaitu berpegang kepada nilai-nilai agama yang utuh. Zapin itu sendiri merupakan budaya material(material culcute) bagi sesetengah masyarakat melayu Malaysia. Bila timbul kontradiksi antara value culture yang baik dan material culture yang terhegeh-hegeh: maka, jelas kita perlu mempertahankan value culture yang baik tersebut.

Izinkan penulis mendefinasikan budaya itu sendiri mengikut apa yang penulis pelajari secara ringkas, “budaya merupakan sesuatu yang kukuh di dalam diri sesorang yang akan menyebabkan mereka menzahirkan perkara tersebut secara tidak terpaksa dan nampak terpaksa” Budi akan mendayakan diri untuk melakukan secara kebiasaan dan tidak nampak dibuat-buat. Maka, jika dibuat-buat juga; ia juga merupakan satu budaya iaitu budaya suka membuat-buat (budaya hipokrit). Jika puji yang dibuat-buat ia merupakan budaya mengampu. Kedua-dua budaya ini hidup subur dalam UMNO.

Kembali kepada tajuk kita…
Adakah budaya namanya jika terinjak-injak menari bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram secara bebas dengan wangian dan mekap yang tebal, dengan pakaian yang berklip-kelip.?mungkin juga kita akan mendengar “Apa salahnya, kami bertudung, tutup aurat” TETAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA PERGERAKKAN PEREMPUAN YANG TERGEDIK-GEDIK ITU SALAH SATU DARI AURAT YANG WAJIB DITUTUP.

Jika kita kembali kepada takrif budaya diatas ada beberapa jawapan yang sesuai;

1)Bagi si penari dan penganjur, memang ini merupakan satu budaya; budaya yang mereka anggap boleh memamartabatkan maruah bangsa supaya agung diarena antarabangsa. Tetapi mereka tidak sedar budaya ini mampu mengundang dosa dan bala dari Allah S.W.T.

2)Bagi sang pelajar ”Ini bukan budaya kami”. “kami tak nak tengok pun”.”apa benda tu, tengah hari, panas-panas nak menari jugak””janji perut aku kenyang”Memang betul, dari pemerhatian penulis,pelajar tidak menghiraukan tarian-tarian tersebut.

3)Bagi sesetengah pemimpin dan pembesar, ini memang budaya kami. Buktinya kita dapat lihat sejak zaman dahulu lagi, tarian dan istana tidak dapat dipisahkan. Malahan di akhir pemerintahan melayu melaka pun tarian ini semakin rancak, sehinggakan negeri sedang berperang pun masih ada majlis tarian dan arak (rujuk novel 1515 karya Faisal tehrani).

Adakah ilmu menjadi budaya pada hari ini dikalangan mahasiswa khususnya? Usahlah berbangga dapat menggapai angkasa lepas andai dibumi masih pincang budayanya. Berbanggakah kita jika hanya budaya yang berbentuk material (gasing, kuih bangkit, rendang lemang, ketupat dan baju batik )dibawa ke anggkasa lepas jika di bumi budaya nilai yang baik(berani, tegas, menyatakan kebenaran,sopan santun,hormat orang tua,jimat cermat, menuntut ilmu, amalkan ilmu dan sebagainya) kian terhakis.digantikan dengan budaya(pengecut,fitnah,hipokrit,mencarut,lepak, seks bebas, gangster, buli rempit dan sebagainya) jelik. Pelik rasanya jika pusat ilmu tetap menjana hiburan yang tidak menepati peraturan persembahan.

Cukuplah Jasmin Ahmad dan Syarifah Amani dengan GUBRAnya yang gabra itu menjadi pengajaran kepada kita semua”if bikin filem mencemarkan budaya lets make if often”.

-Kunci Bilik.