Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Isnin, 1 Disember 2008

Sukan Universiti Asean: Benarkah Wujud Penipuan Pemilihan Atlet?


KUALA LUMPUR 27 Nov - Sukan Universiti ASEAN akan berlangsung di ibu kota awal bulan depan. Sukan tersebut bakal menyaksikan penyertaan daripada universiti-universiti yang mewakili negara di sekitar asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan negara ASEAN yang lain..

Serentak dengan penganjuran tersebut, pelbagai program serta perancangan jadual telah dirangka oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan beberapa organisasi terlibat bagi menjayakan temasya sukan itu nanti. Entah kenapa temasya sukan yang tidak kurang hebatnya itu agak ’sepi’ daripada publisiti malah promosi mengenainya juga seolah-olah tiada.

MASUM yang dibantu oleh beberapa badan sukan daripada universiti-universiti telah lama memulakan sesi pemilihan pemain bagi mengenal pasti serta memilih pemain untuk mewakili Universiti Malaysia.

Hilmi Ahmad, Exco Sukan MPMUM memaklumkan bahawa peruntukan yang agak besar telah dilaburkan pada temasya sukan antara universiti kali ini kerana setiap pasukan diberikan ‘peruntukan khas untuk ke luar negara’ sebagai ganjaran bagi mereka yang terpilih mewakili sukan masing-masing. Namun peruntukan ke luar itu samada untuk menjalankan latihan atau hanya sekadar lawatan ‘makan angin’ tidak pula diketahui.

“Benarkah berlakunya penipuan pemilihan atlet? Satu persoalan yang perlu sama-sama kita rungkaikan bagi mencari kepastiannya dan apakah pula penipuan tersebut? Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, sesi pemilihan atlet telah lama dilakukan”

“Walau bagaimanapun sesi pemilihan tersebut hanyalah sebagai syarat awal sahaja bagi menampakkan pihak MASUM benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka. Apa yang mengejutkan, peruntukan besar yang diberikan dilihat seolah-olah dibelanjakan secara membazir kerana setiap kali sesi pemilihan pemain diadakan, peserta diberikan elaun sepanjang pemilihan tersebut diadakan.”

“Berdasarkan maklumat yang diberitahu kepada saya, pihak MASUM terpaksa mencari atlet-atlet yang ‘berstatus atlet negara’ bagi mengisi barisan atlet yang bakal menyertai temasya sukan itu nanti. Apa yang mengelirukan rata-rata atlet negara yang diserapkan di dalam skuad yang mewakili Universiti Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan pelajar universiti malah ada juga dikalangan mereka yang belum pun mencapai tahap umur untuk memasuki universiti.” Ujar beliau.

Pihak MASUM dikatakan terpaksa menggunakan ‘taktik kotor’ dengan mendaftarkan mereka sebagai pelajar universiti dan seterusnya bagi membolehkan mereka mewakili Universiti Malaysia. Alasan mereka adalah kerana ingin menjaga nama baik negara.

Jika perkara sedemikian benar-benar berlaku, maka dapatlah kita simpulkan bahawa kita telah ‘mengalah sebelum kita kalah’. Dan sekiranya kita menang pun, maka kita tidaklah boleh mendabik dada mengatakan bahawa atlet universiti negara kita adalah atlet universiti yang hebat.

“Saya tidak bertujuan menuduh atau pun mengeluarkan kenyataan yang bersifat prejudis serta menjatuhkan maruah negara. Ianya lebih kepada satu persoalan yang perlu segera dijawab oleh pihak yang berkaitan.”

Pihak MASUM khususnya, perlulah memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai persoalan ini untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Ini kerana rata-rata atlet yang pernah mewakili universiti mengetahui sedikit-sebanyak perihal ‘kebobrokan’ yang berlaku dalam ‘dunia sukan di universiti.

“Pada hakikatnya kita tidak perlu takut dengan ‘bayang-bayang’ sendiri seperti seekor anjing. Kita tidak perlu merendahkan ‘martabat’ atlet yang benar-benar berdarah ‘pelajar universiti’ dan kita perlu berjuang dengan ikhlas walaupun kuderat kita terbatas”

“Sukan itu sendiri bukan bertujuan untuk menang semata-mata tetapi ianya melebihi daripada itu iaitu demi menjalinkan persahabatan yang sentiasa erat dikalangan warga universiti negara kita dengan warga universiti di seluruh pelosok dunia.”Ujarnya lagi-mahasiswakini

Ahad, 12 Oktober 2008

Lagi taktik jahat KPT kendali pilihan raya kampus

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.
Iklan

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT.

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Satu perjumpaan sulit diatur, dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali (TNC yang mendapat kepercayaan KPT) dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Pertemuan terakhir berjalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 6 Oktober, bermula jam 9 malam. Ia dipengerusikan Idris. Antara arahan yang dikeluarkan ialah melarang wartawan memasuki kawasan kampus semasa pilihan raya.

Mereka menamakan diri sendiri sebagai Sekretariat Kampus ('nama underground', kata Idris) dan merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa yang tidak menyokong BN.

Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dibuat melalui SMS. Tidaklah diketahui bagaimana TTNC dan Dekan HEP ini hendak membuat tuntutan perjalanan dan penginapan tanpa melalui kelulusan Naib Canselor dan tanpa surat jemputan rasmi.

Perjumpaan sulit ini hanya mampu diadakan tiga kali berbanding tahun-tahun lalu sebanyak sembilan kali.

Sebenarnya perjumpaan sehingga jam 2.00 pagi itu mendapat tentangan sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP kerana segala strategi KPT didalangi Mat Hussin yang membuat 'comeback' selepas Dato' Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian.

Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah seolah "diketuk ketampi" Mat Husin, amat menyerikkan!

Di antara keputusan yang dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

Sepatah kata Idris: "Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!" Inilah 'standard' pemikiran seorang timbalan menteri kita?

Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil, "umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!"

Antaranya adalah:

1. KPT mengarahkan istilah Pilihan Raya Kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa bagi KPT boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'. Mahasiswa dilarang menunjukkan 'taring' sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti, apatah lagi kerajaan BN.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

Sebenarnya setiap tahun, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dalam bentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana di belakang mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas menyelenggarakan PRK.

Seolah-olah bagaikan Yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" HEP kepadamahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah umpama Suruhanjaya Riliha raya (SPR) di kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akanmengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan di kalangan media danmahasiswa di kampus.

Beberapa persoalan di bawah wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPTjuga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk "menternak" dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea 'canggih' yang layak dilakukan Yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasidalam isu-isu yang lebih relevan.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ia bukan rahsia lagi. Tetapi KPT 'buat-buat pekak'. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah 'double stardard.' Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario buruk yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakalpimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan "strategi" yang bakal merosakkanpemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri.

Cabaran masa depan negara dan era globalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigma oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai 'politik kampungan' di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar 'mahasiswa tulen' di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!

Seruan saya kepada semua media, masyarakat dan mahasiswa: Gembar-gemburkanlah PRK yang bakal diadakan. Juga dedahkanlah segala pencabulan dan kebejatan KPT dan HEP kepada mahasiswa kerana mahasiswa hari ini sebenarnya sangat memerlukan pembelaan daripada cengkaman 'seorang ayah yang tidak bertanggungjawab!'

Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi

Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi.
Iklan

Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',

ImageMereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.

"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.

Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.

Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.

wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK Imageyang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.

Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.

"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.

"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.

Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, Imageanggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.

Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.

Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.

Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.

Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk Imagemenyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.

"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.

Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan Imagebeberapa front mahasiswa yang lain.

Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.

Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.

Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.

Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik.

Khamis, 9 Oktober 2008

Pilihan Raya Kampus tidak wajar di anjak ke bulan Januari

Selepas Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dibubarkan pada 2hb Oktober yang lalu, kini masing-masing masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenarnya Pilihan Raya Kampus pada kali ini. Begitu juga dengan kampus-kampus yang lain. Semuanya bagaikan nujum pak belalang masing-masing membuat terkaan berkenaan tarikh sebenar PRK.

Berdasarkan khabar-khabar angin yang bergoncang kuat mengatakan bahawa diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat keputusan bersama para pegawai-pegawai Universiti bahawa Pilihan Raya Kampus pada tahun ini di lewatkan sehingga bulan Januari terutamanya bagi Kampus-kampus yang berada di kawasan lembah Klang. Hal demikian kerana, PRK kampus pada kali ini dijangkakan mendapat tempias gelombang perubahan di dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.


Apa yang dirisaukan adalah, sekiranya PRK ditangguhkan semata-mata mahu menyekat angin perubahan yang bertiup kencang dalam kalangan mahasiswa, perkara ini adalah tidak wajar. Sewajarnya, mahasiswa diberi ruang sebebas-bebasnya untuk memilih siapakan yang layak untuk memimpin mereka bukannya.

Menurut sumber laing, yang diperolehi daripada salah seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) disebuah universiti, beliau menyatakan bahawa penggunaan perkataan “Pilihan Raya” akan diubah kepada “Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar”. Hal demikian untuk menghilangkan ruh pilihan raya kampus yang sedia ada dalam kalangan Mahasiswa di Universiti di dalam negara.

Pendirian diperingkat mahasiswa,sekiranya berlakunya penangguhan dalam PRK pada kali ini maka ianya adalah sesuatu yang tidak wajar. Hal demikian kerana, tempoh kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang lepas sudah tamat tempohnya. Kami menggesa supaya pihak KPT menyegerakan PRK pada tahun ini.

Jumaat, 26 September 2008

Pro-Aspirasi UTMKL Hilang Pegangan

Alhamdulillah pertamanya bersyukur kehadratNya. Semakin hari semakin meruncing keadaan UTMKL, tidak kira mahasiswanya sendiri dan pentadbiran UTMKL. Pertamanya UTMKL nampaknya kali ini bermain dengan peperangan yang agak sengit diantara PRO-M dan PRO-Aspirasi. Penulis disini dapat melihat apabila Pro-Aspirasi yang sudah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri di bumi UTMKL. Kebanyakan dari pakatan mereka sudah menjauhkan diri kerana mereka sudah sedar akan kebobrokan yang akan dilaksanakan oleh Aspirasi. Ini semua dilihat apabila Presiden Kolej ke-2 yang tiba-tiba menerajui Pro-Aspirasi selepas kekalahan beliau pada PRK yang lalu menampakkan kegilaan kuasa pada pandangan pakatan-pakatan presiden persatuan yang Pro-Aspirasi. Akhirnya kepercayaan mereka terhadap ketua mereka ini semakin merudum sejak ahli mereka yang baru-baru ini terkantoi apabila mengedarkan flyers dan mendapat liputan didalam harakah.Frany iaitu presiden PEMKA yang tercatat namanya pada post yang lalu dan telah mendapat liputan harakah akibat daripada mengedar flyer bagi pihak Aspirasi dikatakan cuba lagi memanjangkan isu kepada POLIS. Mana kekuatan mereka, mereka pandai sapu orang lain, tetapi apabila diri mereka disapu mulalah menyalahkan orang lain. Kalau benarlah Frany ini membuat report POLIS, sebenarnya dia membuat report supaya dirinya ditangkap ekoran flyers yang diedarnya. Begitu telus sekali. Banyak maklumat dibocorkan oleh pakatan mereka sendiri dan mereka semakin berpihak kepada Pro-M. Nampaknya cara yang digunakan oleh Pro-Aspirasi juga nampakkan kelainan sedikit untuk mengaburkan mata masyarakat kampus. Mereka secara tiba-tiba menggunakan pendekatan islam untuk menarik undi dari warga kampus. Nampaknya mereka sudah melihat kebenaran, tetapi ini menampakkan mereka hilang pendirian kerana mereka tahu bahawa Pro-Aspirasi tidak akan diterima lagi berikutan bapak mereka iaitu kepimpinan UMNO/BN diluar sana sudah menerima kegagalan didalam masyarakat. Blog yang diwujudkan oleh mereka juga menggunakan pendekatan lebih islamik. Pandai pula mereka bermain dengan pendekatan islam. Pro-Aspirasi yang diketua oleh Presiden Kolej ke-2 yang pernah suatu ketika dahulu didalam sebuah program telah menyatakan hasratnya untuk menjadi ketua pemuda UMNO. Inilah diantara bagaimana pihak HEP UTMKL begitu mempercayai beliau untuk menjadi ketua Pro-Aspirasi disini. Namun begitu, bukan presiden kolej ke-2 sahaja yang menjadi dalang kepada pihak HEP untuk memusnahkan kredibeliti mahasiswa disini, Mantan Presiden Persatuan Kejuruteraan Elektrik 06/07 yang dikenali sebagai BOB juga adalah diantara orang yang diberi kepercayaan oleh HEP untuk bersama presiden kolej ke-2 iaitu Azri Marzeen. Kami mahasiswa UTMKL ingin berpesan dengan Pro-Aspirasi supaya janganlah memperlekehkan MAHASISWA UTMKL. Jadilah MAHASISWA yang berjuang untuk MAHASISWA dan bukanlah hanya menjadi orang suruhan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan tertentu…
Wallahualam..

Aspirasi UMNO/BN Terdesak Cari Formula Baru


Setelah Aspirasi berasa gah dengan kemenangan mereka di seluruh Malaysia pada beberapa tahun yang lalu, tahun ini Aspirasi agak tertekan dengan beberapa masalah besar yang melanda mereka. Berdasarkan daripada kemenangan besar mereka sejak 2004 hingga 2007, mereka merasakan kekuatan mereka sukar dicabar oleh kumpulan Pro Mahasiswa. Tahun ini Aspirasi berhadapan dengan beberapa kesukaran khususnya dalam menentukan formula terbaik untuk mereka gunakan dalam PRK 2008 ini. Disamping permasalahan yang sama sepertimana yang terdapat dalam artikel (Lima MPP Aspirasi Akan Jatuh?), mereka juga mengalami dilema untuk mewajahkan jentera mereka untuk menarik perhatian mahasiswa di seluruh negara. Menurut salah seorang alumni Aspirasi yang kini berkhidmat didalam Jentera Aspirasi Nasional, beliau juga tidak menolak kemungkinan kampus-kampus utama dan beberapa kampus di Utara akan tumbang di tangan Pro Mahasiswa.

Aspirasi sedang merangka formula untuk mewajahkan diri mereka diambang PRK 2008. Sebelum daripada ini, mereka banyak menumpang tuah kekuatan UMNO/BN sejak tahun 2004, namun tahun ini tuah itu seakan hilang. Akhir-akhir ini Aspirasi UMNO/BN seakan-akan ditolak masyarakat kampus termasuk pensyarah-pensyarah sekurang-kurangnya di lima buah IPTA. Pendekatan yang sama dibuat oleh mereka saban tahun ditambah dengan beberapa penipuan dijangka akan berulang lagi pada tahun ini.

Maka, Aspirasi UMNO/BN pada tahun 2008 akan cuba mewajahkan semula jentera mereka bagi menarik sokongan dan kepercayaan masyarakat kampus. Mahasiswa-mahasiswa juga pada kali ini cenderung untuk memilih agenda Pro Mahasiswa dan mereka juga bersedia untuk melakukan perubahan secara besar-besaran sebagai tanda protes terhadap Aspirasi UMNO/BN.

Justeru, tidak hairanlah Aspirasi UMNO/BN pada kali ini dilihat cuba untuk berunding dengan beberapa kumpulan minoriti untuk menentang Pro Mahasiswa. Malah, ada dikalangan Aspirasi UMNO/BN dibeberapa buah IPTA misalnya di UIAM sudah mula berjinak-jinak dengan politikus-politikus daripada Pakatan Rakyat untuk menuetralkan imej UMNO/BN yang semakin merosot dan murudum.

Selasa, 2 September 2008

Aspirasi Kantoi!!!

Salam perjuangan buat mahasiswa UTMKL yang bakal menjadi perubah masyarakat Malaysia. Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk mencoretkan kata-kata di dalam blog ini sebagai wakil PRO-MAHASISWA UTMKL. Terima kasih kepada Admin.Pertama kalinya syukur kerana mahasiswa UTMKL sudah sedar akan kepentingan kredebiliti seorang mahasiswa.Namun baru-baru ini penulis terjumpa dengan seorang pengedar flyers mengenai blog gelombangmahasiswautmkl yang dibina oleh mereka dari pro-aspirasi.Sangat memalukan bagi saya kerana mereka yang mengedarkan flyers itu adalah dari presiden persatuan sendiri. Mereka mengedar apabila disuruh oleh pihak tertentu bagi menguburkan nama baik MPP pada kali ini. Rasa meluat jugak kerana presiden persatuan sendiri tidak mempunyai pegangan dan pendirian mereka sendiri. Inilah mereka dari golongan yang bergelar aspirasi. Menjadi lembu yang dicucuk hidungnya. Mereka hanya menjadi lembu-lembu di HEP. Semua ini berlaku apabila pihak HEP menginginkan mereka yang bergelar aspirasi menang pada PRK akan datang. Kebodohan aspirasi baru-baru ini menampakkan ketajamannya apabila HEP mewakili aspirasi untuk meninjau keadaan bas di UTMKL sedangkan pihak MPP sudah pun berurusan untuk kelancaran bas semasa pembangunan di UTMKL berjalan.Dimanakah sebenarnya kredebiliti aspirasi ini.Bagaimana presiden persatuan yang diharap-harapkan ini boleh dipengaruhi dengan mudah sekali oleh pegawai HEP yang ingin kepentingan peribadi mereka terjaga. Malulah wahai presiden persatuan yang menjadi pak turut HEP ini. Presiden persatuan yang dimaksukkan oleh penulis adalah salah seorangnya adalah presiden PEMKA iaitu frany mukhtaddin. Nampak sahaja lembut tetapi mempunyai hidung yang dicucuk oleh HEP. Penulis berani mengatakan sebegini kerana penulis nampak si lembut ini mengedar flyers di blok C KSJ. Memang tiada pendirian langsung. Boleh diperdayakan oleh HEP dan Presiden kolej ke-2(KSJ) yang pior aspirasi. Patutlah pelajar kejuruteraan awam tidak mendapat perhatian daripada PEMKA. Kalaulah penulis menjadi MPP pada ketika ini sudah pasti penulis menyaman si lembut itu dengan mengheretnya kemahkamah civil kerana kita tahu mahkamah Universiti tidak adil. Penulis sempat mengambil gambar si lembut itu ketika membuat kerja-kerja yang tidak memberi kepentingan kepada persatuannya tetapi hanya kepada golongan aspirasi yang mundur tanpa ada pemikiran kemahasiswaan.
Saya menyeru kepada MPP 07/08 yang bertanding atas tiket PRO-M iaitu semua mpp lelaki (bukan MPP perempuan, Amaliana adalah aspirasi) untuk menyaman si lembut itu kerana bukti sudah ada di tangan penulis..
HIDUP PRO-M

Jumaat, 22 Ogos 2008

Asakan Terakhir Helwani GAMIS : Akhirnya Konsert Avril Lavigne Dibatalkan




KUALA LUMPUR, 20 OGOS, 10 am : Sekretariat Hal Ehwal Wanita (HELWANI) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada awal pagi tadi telah menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert Avril Lavigne kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut. Memorandum itu diserahkan oleh saudari Rafidah Jannah Salleh selaku Naib Presiden 1 GAMIS kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi. Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu.




Saudari Rafidah juga menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan, apatah lagi bagi menghormati kehadiran Ramadhan al-Mubarak. GAMIS tidak menyalahkan konsert itu diadakan tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.


Sidang media





kenyataan media rafidah




“GAMIS : Terima kasih Kerajaan” - Malaysiakini

Selasa, 19 Ogos 2008

DEMONSTRASI 2 JAM DALAM HUJAN

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 500 mahasiswa untuk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen yang bermula jam 8.30 pagi tadi. Walaupun beberapa pegawai HEP dari IPT -IPT tertentu turut hadir untuk ‘mengambil gambar’ dan ‘menghantar laporan’ kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar masing-masing, namun ianya tidak sesekali mematahkan semangat mereka yang hadir.

Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari setiap kampus adalah memberangsangkan dalam menjayakan perhimpunan berkenaan.

”Kita optimis dengan kehadiran begitu ramai mahasiswa dalam perhimpunan ini berkeupayaan memberikan kesan yang besar dalam perbahasan rang undang-undang Pindaan AUKU di Parlimen nanti”. katanya

Perhimpunan tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Syazni Munir turut menampilkan ucapan pemimpin-pemimpin mahasiswa dari front-front yang lain.

Perhimpunan tersebut juga menyaksikan lima pemimpin mahasiswa dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat untuk berbincang secara langsung dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun berkenaan bantahan draf pindaan AUKU yang hanya bersifat kosmetik semata-mata.


Kelima-lima pemimpin berkenaan ialah wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohamad, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, saudara Haafizudin Abirerah, , wakil Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM, saudara Faridzul M. Nasaruddin, Exco Pendidikan & Penyelidikan PKPIM, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan Zawani Rosle.

Sementara itu, menurut wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohammad mereka berpuas hati walaupun tujuan perhimpunan itu diadakan ialah untuk menemui sendiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi menyerahkan Memorandum Pemansuhan AUKU 1971 (Pindaan 1975) dan Bantahan Pindaan AUKU 1971 (Pindaan 1975).

“Ok la walaupun tak 100 peratus berjaya. Matlamat kami hari ini ingin berjumpa dengan menteri atau timbalan menteri. Kami berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun kerana sudi menemui kami walaupun dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Tambah beliau, pihaknya tidak akan menerima sebarang tawaran bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada mana-mana wakil kementerian kerana khuatir ia tidak disampaikan kepada menteri.

“Pendirian kami jelas dan kami tidak akan berganjak dengan pendirian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kami kepada menteri atau timbalan menteri walaupun dalam keadaan hujan,” ujarnya.

“Kami berharap supaya ahli Parlimen sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya membahaskan perkara ini dengan serius untuk kepentingan generasi masa depan serta menggantikan dengan akta yang lebih relevan”.

“Selain itu biarlah dengan perbahasan tersebut mampu menghasilkan kesimpulan yang lebih positif kepada semua mahasiswa,” tambah beliau lagi.

Kekecohan berlaku seketika apabila ‘mayat’ yang dibawa oleh mahasiswa dirampas oleh pihak polis. ‘Mayat’ yang dikafankan dengan kain putih sebagai simbolik mahasiswa yang dikongkong AUKU tersebut dirampas selepas perhimpunan bersurai.-mahasiswakini.com

Isnin, 18 Ogos 2008

"PINDAAN AUKU HANYA KOSMETIK"-PENGERUSI SMM(SOLIDARITY MAHASISWA MALAYSIA)


“Pindaan AUKU tanpa sedikitpun perbincangan dengan wakil mahasiswa jelas menunjukkan ia mempunyai motif politik yang tertentu. Pindaan AUKU masih tidak menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi oleh mahasiswa seperti pencabulan hak asasi, pembunuhan potensi dan kredibiliti serta kebejatan moral dan etika murni mahasiswa. Pindaan ini membesarkan lagi kuasa sang Menteri dan Naib Canselor dalam banyak urusan. Mahasiswa terus dinafikan dari terlibat langsung dengan aktiviti-aktiviti luar kampus. Mahasiswa masih tidak dibenarkan terlibat dengan politik walaupun menyatakan simpati, sokongan atau bantahan. Mahasiswa terus dinafikan hak untuk mendapatkan pengadilan yang adil. Justeru mahasiswa menggesa agar pindaan AUKU yang diusulkan oleh KPT ditolak mentah-mentah oleh kesemua ahli Parlimen yang cintakan rakyat, negara dan mahasiswa yang merdeka. ” -Hafizudin Abirerah, Pengerusi SMM merangkap Ahli Majlis Tertinggi GAMIS .
Lihat gambar dan video
Demikian antara kandungan memorandum pemansuhan AUKU 1971 (Pindaan 1975). Memorandum ini telah dipersetujui bersama oleh :
1. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
4. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
5. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
6. DEMA
7. Gerakan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU)
8. Gerakan Mahasiswa Anti-Korupsi (GERAK Mahasiswa)
9. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
10. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
11. Parti Mahasiswa Negara (PMN)
12. Fraksi Pro-Mahasiswa Nasional (PMN)
13. Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)


Simbolik minda mahasiswa ‘dipenjara’ AUKU

Down with AUKU

The “Black” Monday


Memorandum bersama front-front mahasiswa



Intelektualisme dan aktivisme mahasiswa ‘mati’ di bawah AUKU

Wakil KPT yang hadir

MT GAMIS merangkap Pengerusi SMM, Hafizudin menjawab soalan media


Polis memantau demontrasi GMMA, di mana polis ketika UiTM berdemo ?

3 biji kereta polis dihantar untuk mengganggu mobilasi mahasiswa

Simbolik pembebasan minda mahasiswa selepas penjajah AUKU dimansuhkan

Timb. Presiden GAMIS, Ridhuan Osman bersama pimpinan DEMA.


AUKU telah ‘membaringkan’ mahasiswa sehingga lama terlena

AUKU ‘mematikan’ intelektualisme dan aktivisme mahasiswa

Pimpinan GMMA berunding untuk bertemu Timb Menteri Pengajian Tinggi

Jumaat, 15 Ogos 2008

MAHASISWA DIINGATKAN MATANG BERTINDAK, DEMONSTRASI JALAN TERAKHIR


PETALING JAYA 15 Ogos - Presiden Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) , saudara Mohd Hilman Nordin mengingatkan teman-teman mahasiswa di semua kampus agar bijak bertindak khususnya dalam merespon apa-apa isu yang berlaku mutakhir ini.

Beliau kurang bersetuju dengan tindakan melulu mahasiswa UiTM yang terus mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan kuota 10 peratus yang diusulkan oleh Menteri Besar Selangor beberapa hari lepas tanpa melakukan pertemuan atau sebarang rundungan dengan pihak terlibat terlebih dahulu.

“Sepatutnya dalam soal ini, Yang DiPertua MPP UiTM bertemu dengan Tan Sri Khalid dan berbincang dengan baik tentang isu ini.Sampaikan bantahan beliau sebagai mewakili suara teman-teman mahasiswa yang lain.Sepatutnya demonstrasi dijadikan langkah terakhir setelah semua usaha yang dilakukan gagal.Bukankah selama ini mereka anti-demonstrasi?”

Hilman juga melahirkan rasa hairan mengapa mahasiswa UiTM terlalu bimbang dengan cadangan yang dikeluarkan oleh seorang ketua kerajaan negeri yang tiada autoriti dan kuasa untuk melaksanakan cadangan itu.

“Jika cadangan itu dikeluarkan oleh Menteri KPT atau Perdana Menteri, memang wajar demonstrasi dilakukan.Ini sekadar seorang ketua kerajaan negeri yang bercakap.Saya fikir mahasiswa YDP MPP UiTM kena semak semula senarai negeri dan senarai persekutuan yang tercatat di dalam perlembagaan”

Beliau juga mengingatkan teman-teman mahasiswa yang berbilang bangsa agar bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencalarkan keharmonian bangsa di negara ini.-mahasiswakini

Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khali

Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.

Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.

Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).

Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.

Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.

Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.

Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.

Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.

Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.

Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.

Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.

Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?

Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.

Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.

Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.

Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu.

Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?

Isnin, 11 Ogos 2008

PENGETUA KEDIAMAN SISWA JAYA DAN AJK PERSADA’08 TIDAK MENGHORMATI PIMPINAN NEGARA


Sabtu bersamaan 9 ogos 2008 adalah hari ke-4 berlansungnya pesta hari terbuka kediaman siswa jaya UTMKL. Penulis sebenarnya merasakan Pesta hari terbuka ini amat bermakna bagi mereka yang berjaya melaksanakannya. Namun sinar cahaya yang gemilang tidak begitu menyerlah pada PERSADA kali ini jika dibandingkan dengan JUMBARA tahun lalu. Kemerosotan prestasi PERSADA pada kali amat menjengkelkan sekali. Pada awalnya lagi program ini menampakkan ketidakrestuan dari ilahi. Ini semua dapat dilihat apabila khemah di gelanggang bola keranjang terbalik dan naik ke atas khemah yang satu lagi. Sebenarnya bukan isu ini yang ingin utarakan, tetapi isu yang amat memalukan seluruh warga UTMKL apabila ahli parlimen titiwangsa turun ingin bermesra bersama pelajar ketika berlangsungnya PERSADA namun langsung tidak disambut dan dilayannya beliau sebagai ahli parlimen titiwangsa oleh pengetua dan ajk PERSADA. Penulis sebenarnya terkejut apabila ayahanda pengetua kita terus melarikan diri apabila nampak ahli parlimen tersebut, seolah-olah ingin lari dari tanggungjawabnya sebagai pengetua.” Kalau dah bapaknya macam tu, macam mana orang dibawahnya nak buat menda yang betul”.Sepatutnya sebagai orang profesional tidaklah perlu bertindak sedemikian. Penulis pada ketika itu berasa pelik apabila MPP menanyakan”mana En Noh? Tak kan En Noh tak datang tolong iring ahli parlimen ni. Malu kita warga kolej macamni. Ketika itulah penulis terasa amat terkejut. Betul-betul tidak menyangka En. Noh berperagai begitu rupa. Kemudiannya lagi, ajk yang berdekatan dengan kaunter seranta pada ketika itu boleh tidak mengenali nama ahli Parlimen tersebut. Memang terkejut sekali. Betapa ceteknya ilmu mahasiswa kalaulah sebegini rupa. Teruk sekali!!!
Sebagai pengetua sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dalam melaksanakan tugasannya. Sudahlah Pengetua dan AJK PERSADA tidak menjemput langsung ahli parlimen tersebut sebagai tanda hormat kita pada pimpinan yang menerajui Negara, dilayan pula sebegitu rupa walaupun niat ahli parlimen tersebut adalah untuk beramah mesra dengan rakyat. Kalau hari sebelumnya pandai pula mereka menyambut kehadiran Naib Canselor dengan begitu hormat sekali walaupun kehadiran NC ketika itu adalah secara ad-hoc. Penulis mengetahuinya walaupun penulis tidak menyambut NC ketika itu. Kalau dilihat, kehadiran ahli parlimen titiwangsa tersebut sepatutnya sesuatu yang membanggakan kita. Dalam kesibukannya masih ingin berjumpa mahasiswa UTMKL. Tapi apakan daya jika orang tertinggi dalam kolej kita, ayahanda kita melakukan perkara yang sebegini rupa. Paling kurang pun iringlah beliau melawat sekitar kolej ni semasa PERSADA berlangsung. AJK PERSADA pada ketika itu pun lagilah tak buat macam tu.Bukannya senang ingin berjumpa dengan ahli parlimen yang suaranya didengari dalam dewan rakyat. Dah la kampus kita berada didalam kawasan titiwangsa. Macam mana mahasiswa kita nak mudah dapat bantuan dari ahli parlimen kalau orang atas buat macamni. Teruklah Mahasiswa UTMKL kalau macamni.
Penulis rasa cukuplah setakat ni untuk makluman warga kolej dan kampus, marilah kita renungkan bersama, patutkah perkara sebegini perlu berlaku. SEDIH SUNGGUH RASANYA!!!

Isnin, 16 Jun 2008

PRO-Mahasiswa Kembali Bersatu Menyengat!!!


Pada 6-8 Jun telah diadakan Konvensyen Pro-Mahasiswa Nasional. Program ini dirancang bertujuan bagi memperkasakan Badan Bertindak Mahasiswa Negara.

Sejak kebelakangan ini BBMN dilihat sebagai sebuah badan yang lesu dan seperti tidak menyengat. Hidup segan, mati tak mahu. Itulah perumpamaan yang mungkin sesuai untuk saya padankan. BBMN kehilangan pemimpin yang berjiwa besar untuk menerajui kepimpinan disaat-saat menghadapi kekalahan. Ruh pengasas BMMN Dr Zulkifli Yaakob mungkin tidak sampai kepada generasi BBMN yang baru ini. Begitu juga energy yang ada pada Amin Idris tidak lagi diwarisi oleh pendokong BBMN dikala ini.

Bagi ahli Pro-M yang memenangi kerusi samaada diperingkat Umum ataupun Fakulti, mereka merasakan diri kerdil dan tidak yakin untuk menonjol. Seperti seekor semut merah yang kecil saiznya berhadapan dengan Sang Gajah yang begitu besar. Mereka tidak sedar bahawa semut merah ini lebih bertenaga daripada Sang Gajah yang besar tersebut. Bisa menggigit sang gajah. Sudah tentu Sang Gajah akan meronta kesakitan dek kenakalan dan gangguan daripada semut merah ini.Pemerintah yang dianggap “Super Power” seperti Namrud sendiri pun dikalahkan oleh seekor Nyamuk.

Tubuh bukan menjadi ukuran. Yang penting semangat yang membara di dalam ahli BBMN sendiri yang akan menjadikan halatujunya lebih jelas dan tersusun.Melalui ini konvensyen ini, seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa sebulat suara melantik Saudara Hilman B Nordin sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Insya Allah dengan kapasiti yang ada pada beliau saya yakin dan percaya, BBMN pada kali ini mampu untuk bersuara memperjuangkan suara mahasiswa. Di bantu oleh Saudari Nur Izati sebagai timbalan pengerusi , Nor Farhana Farzieana bt Azmi sebagai setiausaha agung dan beberapa wakil yang bakal mengepalai zon masing-masing.Konvensyen ini juga telah memberi signal awal bahawa BBMN sudah bersedia untuk memanjat pejabat PM dan menteri-menteri di Putrajaya untuk memperjuangkan isu mahasiswa.

Kepada sahabat-sahabat BBMN, kalian merupakan pemimpin yang dipilih oleh sahabat-sahabat kita didalam PRK kampus. Kalian umpama YB-YB yang menerima amanah daripada rakyat. Sekiranya GAMIS menjadi himpunan kepada wakil GMI seluruh kampus untuk bersidang, maka BBMN menjadi medan untuk YB-YB dari setiap kampus untuk memperjuangkan isu kemahasiswaan.

BBMN

Jumaat, 6 Jun 2008

Protes beri kerajaan tempoh 5 minggu tarik balik harga minyak


Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.

ImageAmaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa orang wakil NGO dan parti politik yang bertempat di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat.

"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu. Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.

"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.

Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.

ImageTambahnya pada setiap siri bantahan tersebut, Protes akan mengedarkan risalah yang mengandungi hujah-hujah bagi menangkis kenyataan kerajaan berkenaan kenaikan harga bahan api itu.

Dalam pada itu katanya orang ramai juga boleh melayari blog Protes, hargaminyak@blogspot.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya yang akan mengemas kini tindakan yang diambil oleh Protes dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, Protes juga akan meminta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan sokongan daripada parti Pakatan Rakyat bagi mengadakan aktiviti bantahan kenaikan harga minyak ini di tempat masing-masing.

Jelasnya Protes juga akan menghubungi negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat bagi tindakan bersama. Beliau percaya kelima-lima negeri tersebut mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakyat dan boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan pusat.

Sementara itu katanya, Protes juga menggalakkan sebarang organisasi bagi melaksanakan bantahan kerana isu ini bukan hanya melibatkan golongan tertentu tetapi melibatkan semua golongan masyarakat.

Selain itu katanya Protes juga mengalukan mana-mana pihak untuk mengadakan bantahan setiap minggu seperti selepas solat Jumaat di kawasan masing-masing.

"Kemarahan ini menyeluruh dan bukan tindakan politik semata-mata. Kesannya dirasai oleh semua, hinggakan kita dapat melihat bagaimana keadaan kelam kabut apabila rakyat agak terdesak dengan mengisi minyak sebelum tengah malam tadi.

"Jika kerajaan memikirkan masa depan politiknya, seharus kerajaan mengambil tindakan di atas bantahan rakyat ini. Jika kerajaan tidak prihatin juga dengan segala bantahan kita melalui siri ceramah dan demonstrasi, kami akan meneruskan tindakan selanjutnya selepas perhimpunan 12 Julai nanti," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika kerajaan mengambil tindakan menolak segala hasrat rakyat, Protes akan akan mengorak langkah lagi bagi menganjurkan beberapa tindakan massa yang boleh memberi petunjuk kepada kerajaan.

Beliau menaruh keyakinan dengan kenaikan mendadak tersebut usaha yang dilakukan Protes itu akan memberi impak kepada kerajaan.

Kenaikan tersebut katanya sewaktu kerajan tidak bersedia melaksanakan polisi-polisi yang membantu rakyat terlebih dahulu untuk menyediakan mereka yang berdepan dengan suasana tidak mempunyai subsidi.

"Kerajaan tidak meluluskan tuntutan gaji minima yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dan Pakatan Rakyat dengan memberikan pelbagai alasan. Kerajaan tidak menyediakan tahap gaji yang sama seperti negara maju yang lain. Contohnya Singapura sebelum berhujah bahawa harga minyak Malaysia lebih rendah daripada Singapura.

"Gaji kakitangan awam tidak setimpal dan kesan kenaikan bahan api yang tinggi ini tentu tidak akan dapat 'offset' dengan gaji yang sedia ada termasuk kenaikan harga barang sebelum ini yang menyusahkan rakyat. Tabung Pemberhentian Kerja yang dicadangkan MTUC juga ditolak, sedangkan ini merupakan salah satu cara membantu rakyat yang kehilangan kerja," katanya.

Jelasnya tindakan kerajaan menolak tuntutan rakyat ini, tidak memberi keadaan adil kepada rakyat apabila berlaku kenaikan harga minyak dan barang.

Sementara itu mengulas mengenai rebet yang disediakan oleh kerajaan, beliau berkata ia umpama 'umpan' pilihan raya untuk menakluk hati rakyat. "Setiap kali pilihan raya ada 'umpan' seperti ini untuk memujuk rakyat. Dengan RM50 mereka mengundi BN dan mereka menderita lima tahun hanya kerana 'umpan' RM50 itu. RM625 untuk menyelamatkan 800 liter minyak, dalam masa sebulan atau dua akan habis.

"Janganlah rebet ini digunakan untuk 'menggula-gulakan' seolah-olah kerajaan bersimpati dengan rakyat. Kami menganggap ini merupakan salah satu cara untuk memujuk rakyat supaya menerima 'malapetaka' yang lebih besar," katanya yang mengharapkan rakyat tidak terpukau dan tertipu dengan pemberian rebet tersebut.

syabab

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%

Isnin, 12 Mei 2008

Bila Qur'an Dipijak....


" Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet.

Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan airmata kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang.Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil.


Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman "cuci bersih" (ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci bersih", dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.

Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali. Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci bersih puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati.

Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual mengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs. Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak (bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannya didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah "keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries" atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.

Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh). Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.

Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan.. ) Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku..Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu. Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana.

Turkey, bukannya negara Islam,walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh di campur. Golongan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar"oleh ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor).

Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup digurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT).

TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan 'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina.

Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua ketawa terbahak-bahak.

Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu 'alam.

Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah."

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut..

Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): yang bermaksud "Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih." (Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan):yang bermaksud "Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran. Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya.

Misalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa.

Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya. Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua?

Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja.

Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-saudari Islam kita. Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman.

KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
memohon keampunan Allah SWT.
bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji masing-masing.
berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.

Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh.

Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya.

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu.

Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.

Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah", tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.

Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa.

Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka. Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu 'alaa Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

CATITAN PENTING:

Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa.
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.

Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah?

Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan takberlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah keatas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.

TENTERA ALLAH

Khamis, 8 Mei 2008

Majlis Maufakat Melayu... Kearah Tragedi 13 Mei?



“UMNO adalah parti perkauman..” Itulah kata-kata yang terdengar di telinga kami, sewaktu kereta kami melalui berhampiran sebuah padang di Kampung Medan Selangor malam tadi kira-kira jam 11.13 malam diprogram ceramah Pakatan Rakyat,.. Antara katanya lagi, beliau mahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) dipinda supaya tidak mengkayakan golongan tertentu dalam UMNO sahaja, tetapi sepatutnya membantu golongan miskin tidak kira kaum, termasuk India dan lain-lain bangsa.


Bila kami dekati rupanya, penceramah itu adalah Dr Mujahid Hj Yusuf Rawa, YB PAS dari Parit Buntar, Perak, anak bekas Presiden PAS ke 5. Ucapan beliau membela penahanan 7 orang bukan Melayu di bawah ISA yang masih belum dibuktikan kesalahannya di mahkamah. Bukan seperti keadilan yang ditunjukkan oleh Islam, dimana di zaman lampau Khalifah (Presiden) Islam Ali bin Abi Talib pernah menuduh seorang Yahudi di mahkamah Islam atas kesalahan mencuri, tetapi tidak mampu menunjukkan bukti atas pertuduhannya.


Menurut Dr Mujahid lagi yang juga menjadi Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, maka pertuduhan Khalifah itu ditolak, walaupun akhirnya si Yahudi itu sendiri mengaku salah. Bukan seperti kerajaan sekarang menahan tanpa dibuktikan di mahkamah, yang bukan saja menyalahi undang-undang Islam bahkan menyalahi undang-undang antarabangsa hak asasi manusia.


“Ya, betul kata beliau. Bila BN kalah, baru kelam-kabut nak pakat-pakat sesama Melayu, nak pertahan Melayu konon. Tubuh 4M.. Majlis Maufakat Melayu Malaysia (MMMM). Fasal apa waktu belum kalah PRU 12 tak mahu tubuh? Pada hal bukan kerusi UMNO yang banyak merosot, tetapi kerusi rakan-rakan bukan Melayu BN yang kalah teruk! Pengundi bukan Melayu yang menolak BN.. Maknanya bukan mereka (pejuang-pejuang Melayu kononnya) nak pertahan UMNO atau Melayu tapi nak pertahan BN. Nak pertahankan kuasa. Kerana dacing BN dah senget, tak mampu timbang betul-betul lagi!” Kata salah seorang dari kami.


Saya pula berpendapat, “Bagaimana kalau kaum-kaum lain pun tubuh pakatan masing-masing? Kalau Melayu boleh, fasal apa kaum-kaum lain tak boleh?? Ini bererti penubuhan MMMM boleh membawa padah tercetusnya api perkauaman… berulangnya tragedi 13 Mei 69. Pada saya MMMM perlu dibubarkan, kerana maufakat sebenarnya perlu dibuat atas dasar Islam.”


“Bagaimana pula dengan DEB yang berfungsi untuk menutup jurang kemiskinan antara kaum? Perlu dipinda ke?”


“DEB sebenarnya sudah tidak releven lagi, tidak mencapai matlamat. Gagal dan tidak mampu menutupi kemiskinan, bahkan perlu dipinda ke arah yang lebih releven. Kerana DEB dipimpin oleh pemimpin parti perkauman UMNO. DEB perlu membantu orang termiskin atau miskin tegar, tidak mengikut kaum. Kalau orang Melayu ramai termiskin, maka orang Melayulah yang ramai perlu dibantu. Kalau orang India ramai termiskin, maka orang India yang perlu dibantu. Kan itu lebih adil?


Itulah keadilan Islam. Seperti juga keadilan dalam masalah ISA tadi, bukan undang-undang durjana ‘Ikut Suka Aku’ yang diselewengkan UMNO itu. Sebab itu perkara ini perlu diterangkan betul-betul pada orang bukan Islam, lebih-lebih lagi orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. Banyak lagi yang perlu mereka tahu tentang keadilan Islam, supaya tidak keluar suara-suara sumbang menentang negara Islam kerana mereka faham Islam macam fahamanpemimpin-pemimpin UMNO itu. Oleh itu saya setuju sangat dengan pandangan Dr Mujahid tadi!”


ANTI UMNO