Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Selasa, 20 Januari 2009

Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya

Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya
Intan Abdullah
Tue | Jan 20, 09 | 11:42:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.

Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.

Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.

Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.

Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam./wann _

Sabtu, 3 Januari 2009

MAHASISWA UTM BANTAH KEKEJAMAN ZIONIS




UTM Skudai,2 Januari 2009: Keganasan Zionis terhadap umat Islam di Palestin pada 27hb Disember 2008 lepas telah meletuskan api kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. Rentetan daripada peristiwa tersebut, lebih kurang 800 Mahasiswa Islam UTM yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan pelajar, staf-staf UTM telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Ismail UTM bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap kekejaman yang menyebabkan hampir 400 nyawa terkorban dan 2000 yang lainnya cedera di Palestin.

Himpunan aman hari ini dimulakan dengan Laungan-laungan Semangat 'hidup Islam',hancur yahudi' sambil diselang selikan dengan laungan Takbir untuk menarik perhatian golongan-golongan mahasiswa bagi bersama-sama di dalam himpunan tersebut. Pelbagai Sepanduk dan poster yang mengutuk kekejaman Israel telah di naikkan. Turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini adalah Pelajar-pelajar antarabangsa (Indonesia, Iran, Palestin, Turki dll) yang menuntut di UTM Skudai


Himpunan hari ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami, selaku wakil Mahasiswa Islam UTM . Beliau telah memberikan sedikit ucapan bagi menaikkan dan membangkitkan semangat bencikan Israel. Ini merupakan respon dari mahasiswa UTM terhadap tindakan Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Saudara Amin juga meminta umat Islam pada keseluruhannya supaya memberikan bantuan dan sumbangan semampu yang boleh bagi memastikan saudara seakidah kita di palestin tidak terus teraniaya oleh kekejaman Zionis. Selain itu, beliau juga meminta supaya Umat Islam khususnya di UTM memboikot barangan-barangan yahudi dan tidak menggunakan produk-produk keluaran Yahudi ada di dalam negara kita.

Seterusnya, Perhimpunan aman di akhiri dengan bacaan Doa oleh Saudara Firdaus Bin Abd Rahman. Perhimpunan Aman yang dianjurkan hampir 45 minit ini secara keseluruhannya dilihat berada dalam keadaan aman dengan bantuan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengawal keselamatan sepanjang program. Diharapkan , sedikit usaha yang telah dilakukan oleh mahasiswa UTM pada perhimpunan kali ini, dapat menyedarkan keseluruhan Umat Islam khususnya warga kampus UTM tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh yahudi terhadap rakyat Palestin. Orang -orang yang terkorban di Palestin merupakan saudara seagama dengan kita dan kita akan dipertanggungjawabk an terhadap setitis darah yang tumpah akibat kekejaman yang dilakukan oleh Zionis. Hancur Yahudi, Jahanam Yahudi, Laknat Yahudi!!..Allahu Akbar

Mahasiswa Antara 500 Sertai Himpunan Bantah Israel


KUALA LUMPUR, 30 Dis - Kira-kira 250 aktivis mahasiswa antara yang turut sama menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin disamping demonstrator dari pelbagai NGO dan parti politik di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang berjumlah lebih 500 orang itu dikepalai oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); mahasiswa pelbagai kampus dan beberapa NGO tempatan.

Antara wakil mahasiswa yang memberikan ucapan ialah Saudara Syazni Munir, wakil daripada Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia(GAMIS). Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis mahasiswa dari Timur Tengah yang melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Serangan tidak beradap Israel terhadap Pelestin ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia terutamanya di peringkat seluruh mahasiswa meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.-mahasiswakini