KUALA LUMPUR, 30 Dis - Kira-kira 250 aktivis mahasiswa antara yang turut sama menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin disamping demonstrator dari pelbagai NGO dan parti politik di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.
Himpunan yang berjumlah lebih 500 orang itu dikepalai oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.
Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); mahasiswa pelbagai kampus dan beberapa NGO tempatan.
Antara wakil mahasiswa yang memberikan ucapan ialah Saudara Syazni Munir, wakil daripada Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia(GAMIS). Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis mahasiswa dari Timur Tengah yang melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.
Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.
Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.
Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.
Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
Serangan tidak beradap Israel terhadap Pelestin ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.
Justeru rakyat Malaysia terutamanya di peringkat seluruh mahasiswa meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.-mahasiswakini
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Sabtu, 3 Januari 2009
Mahasiswa Antara 500 Sertai Himpunan Bantah Israel
Posted by Student UTMKL at 12:43 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan