Tahun 2010 telah pun menjelma dan Januari sudah masuk pertengahan bulan. Namun tarikh Pilihan Raya Kampus atau singkatannya PRK belum diketahui oleh mahasiswa UTMICKL.
Adakah pihak HEP masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh keramat itu? Atau mungkin calon-calon yang akan dipertandingkan tidak ditemui? Tak pun HEP takut? Macam-macam yang mahasiswa fikirkan bila perkara penting (PRK) ini dilambat-lambatkan.
Sedar atau pun tidak, sekarang ini kampus sedang mengalami masalah kepimpinan mahasiswa. Sukar untuk kita lihat mahasiswa yang benar-benar menampilkan keperibadian yang menampakkan kepimpinannya. Tambahan pula jika ingin diletakkan sebagai calon untuk kerusi MPM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa.
Kerana bukan calang-calang orang yang sepatutnya berada di kerusi ini. Apa guna kalau Jawatannya mewakili Mahasiswa tetapi hakikatnya tidak sebaliknya mewakili HEP dan Pengetua. Kenapa saya mengatakan demikian, kerana mereka bertanding atas tajaan HEP dan Pengetua. Poster dan segala bahan kempen mereka ditanggung oleh HEP dan kuncu-kuncunya. Jadi bila 'papa' dah suapkan, maknanya kenalah jadi anak yang taat kepada 'papa' yang telah banyak menyuap ni. Arahan HEP mesti kena ikut, kalau mahasiswa ada masalah kena bawa bertenang. Kita perlu ikut apa yang HEP cakap.
Huh, apa ni YB? Kata wakil mahasiswa, ni dah jadi wakil HEP ni..
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Khamis, 14 Januari 2010
YB oh YB..
(Bersambung....)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
adakah revolusi ikut telunjuk HEP?? mana buktinya??? mata mane satu yg nmpk kami bersengkongkol ngan hep.. tiada bukti maka fitnah la namanya.. utk pengetahuan saudari.. kami dh cba brbaik ngan pro-m madu diberi racun diterima.. inikah pemimpin baik.. kita perlu bersatu demi nama mahasiswa 2 sendiri.. HEP atau hal ehwal pelajar bertujuan utk memberikan tunjuk aja mahupun tunjuk jalan kepada kita untuk menjadi pemimpin yang baik dan mantap dari segi pemikiran bkn mcm pro m yg menggunkan emosi utk berjuang.. slah 2 adk2.. slh sgt2
inilah hasilnya..
bila sudah berbaiah...
bila sudah ke tamrin...
suma yang berkaitan kerajaan dilihat sbagai batil...
tidak syar'ie....
agama hanya disepandukkan.
tidak di fakihi....
Catat Ulasan