Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 16 Januari 2010

Tak Sungguh Tak Cakap..

Mahasiswa merupakan manusia yang mampu melihat, mendengar dan berfikir. Tahu yang mana betul dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Itu yang sepatutnya, tapi sayang kerana masih ada Mahasiswa yang tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk, betul dan salah.

Mungkin mereka tidak menilainya dengan baik dan penuh teliti juga penghayatan sebagai mahasiswa. Mereka cuma nampak apa yang berada dihadapan mereka tetapi tidak mampu melihat apa yang ada disebalik keindahan yang terpapar dihadapan mereka itu. Apa maksudnya tu? Kamu akan temuinya bila kamu fikir dan mencarinya...

Susah juga nak faham ni.. Baik, saya bagi contoh perkara yang berlaku.

Bila calon MPP yang menang itu bukan dari golongan yang dipilih oleh HEP atau orang kuat HEP, wang ataupun duit yang sepatutnya universiti dapat dari kementerian untuk kegunaan mahasiswa pada tahun itu tidak dapat. Lain pula kalau calon yang menang MPP pada tahun itu dari pihak HEP atau tajaan HEP, bantuan kewangan mudah diperolehi dan hidup lebih senang daripada tahun yang calon mereka kalah. Ok, rasanya dah faham.. Jd, boleh teruskan kajian dan pencarian maklumat dan fakta tersebut..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul gak....benda ni dah lama....masa time aku kat utmkl (dulu time aku ppd-program pengajian diploma) dah mmg berlaku.....x pasti sebelum time aku pun dah berlaku atau x...tapi yg aku sedar benda ni berlaku time aku student biler masuk seorang pegawai baru kat HEP (bekas pelajar utm gak)...so aku xheran kalu terus berlaku....:-P

Tanpa Nama berkata...

Kita ni student, bukan ahli politik. Jadi kan elok ja kita ikut...Asal dapat apa kita nak, dah laaaa. Kalau tak dapat, kita gak yg susah n bengang n x puas hati. Yg penting apa kita nak d tunai.

Tanpa Nama berkata...

apa bende sume ni....??? tiga tahun je kita kat sini...yg awak nk juang politik luar tu wat apa?? apa dapat?? kalau apa kau kata tu betul...memang patut kita ikut je. dapat duit, dapat kemudahan kita.
tidur lena, makan kenyang. Kan gitu??

magic in simplicity berkata...

assalamualaikum.....
manusia diciptakan tuhan dengan memiliki fitrah nya yang tersendiri.. secara mudahnya, suke saya mengulas disini berkaitan posting saudara dengan mengaitkan fitrah manusia. cube kita renungkan sejenak. situasi ini. Kita adalah pemimpin.. namun kita ttp mempunyai pmimpin diatas kita.. Hampir setiap hari, kita perlu berurusan dengan pemimpin atasan tersebut. Malangnya, kita kerap berlainan pendapat secara melulu.. enggan menyuarakan pendapat, cadangan mahupun kritikan mengikut saluran. Bahkan,manifestasi dari permasalahan itu, kita mengeji, memburuk-burukkan bahkan menyemai sentimen membenci pemimpin atasan terhadap pengikut-pengikut kita yang taksub. Tetapi, tiba-tiba, kita memerlukan pula bantuan dari pemimpin atasan tersebut. Secara fitrahnya, jika kita saban hari ditohmah dngan pelbagai cara oleh seseorg, tp tiba2 org yg telah mengeji kita itu memerlukan bantuan dari kita, adakah kita akn memberi bantuan? Kita boleh bercakap secara syariat, islam mengajar kita untuk berbuat baik kepada siapa pun. Namun, harus diingat... Dalam menjaga hubungan sesama manusia, kita juga perlu memahami perasaan dan sikap org lain. Kita boleh tidak menyukai org lain.. Namun kita dituntut untuk tetap adil... xcaye? tanye tok guru nik aziz.....