, Posted by Pro-M at 2:44 PM
Terkini Penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) berkumpul semula di Dewan Tengku Canselor (DTC) selepas solat Jumaat petang ini bagi meneruskan demonstrasi bantahan terhadap E-voting.Antara tuntutan demonstrasi tengahhari ini adalah menuntut Pilihan Raya Kampus (PRK) diadakan semula, pemansuhan e-voting atau Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) meletakkan jawatan.
Tengah hari tadi desakan meminta penjelasan daripada NC dan TNC HEPA ditangguhkan berikutan memberi laluan kepada solat jumaat kepada penyokong siswa sementara penyokong siswi terus menunggu di tingkat 2 Canseleri.
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) saudari Fasihah berkata desakan akan terus dilakukan sehingga pihak pentadbiran bersetuju menerima tuntutan mahasiswa.
"Kita akan terus desak. Kalau mereka tak mahu, kita akan buat demonstrasi petang ini. Kita cuma mahukan keadilan dan hak mahasiswa. Semalam waktu mengundi, kita ada bukti yang sistem e-voting ni disalahgunakan. Sebab tu kita buat bantahan. Kita tak setuju dengan sistem ni(e-voting)" Fasihah.
Tadi NC bersetuju berjumpa dengan 10 orang dari wakil mahasiswa untuk berbincang dan membuat rundingan di bilik beliau. Walaubagaimanapun beliau tidak mahu menerima untuk berbincang dengan pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH), Mohd Aizat dan Jurucakap BANTAH, Riduan Mohd. Keadaan menjadi sedikit tegang dan tuntutan untuk HEPA juga tidak ikut dalam rundingan dibuat oleh mahasiswa.
Terdahulu, Mantan Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) Ayuni mendapat berita terkini mengatakan semua bukti-bukti batahan berbentuk gambar, rakaman dan saksi yang dibuat Pro-M ditolak sama sekali.-ProMkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan