Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 22 September 2007

Demonstrasi dan boikot besar-besaran pilihan raya kampus!

2 Oktober 2007 adalah tarikh pilihanraya kampus (PRK). Tarikh keramat ini sepatutnya menjadi tarikh mahasiswa bergelanggang membuktikan bakat kepimpinan secara bebas dan gentlemen.

Malangnya dalam sebuah negara yang mendabik dada sebagai negara bebas dan demokrasi berparlimen ini, segalanya tinggal angan-angan sahaja.

Mahasiswa ternyata tidak sebebas dahulu lagi. Tidak sebebas dan sehebat di zaman Anwar dan Hishamudin Rais berpencak. Nikmat kebebasan tak mampu diulang kembali.
Makanya, untuk apa mahasiswa masih sanggup untuk digula-gulakan untuk berpilihanraya?
Untuk apa mahasiswa masih rela untuk diperbudakkan untuk dipermain-mainkan seumpama anak-anak patung?

Untuk apa mahasiswa pasrah untuk dijadikan bidak-bidak catur yang semuanya diremote control oleh Umno dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)?

Mahasiswa hari ini wajar sekali celik dan sedar hakikat yang berlaku ini.
Agenda utama mahasiswa kini bukan lagi rela dan pasrah untuk diperbudakkan, dipermainkan dan diremote control Umno dan KPT lagi. Itu bukan mahasiswa namanya!
Terlibat dalam PRK seumpama itu adalah satu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan!
Kira dan bilanglah sendiri sudah berapa lama mahasiswa menanggung aib dan malu dengan kekalahan demi kekalahan. Kalah besar pulak tu! Ini semua hasil dari kongkongan dan penindasan dari Umno dan KPT? Tidak serik-serikkah lagi mahasiswa diperlakukan begitu? Bagi saya, mahasiswa tetap ada pilihan. Saya sebagai penganalisa setia dan berhubung rapat dengan KPT ingin memberi cadangan terhadap terhadap nasib dan masa depan mahasiswa. Saya mencadangkan dua pilihan yang utama kepada semua mahasiswa. Kecuali mahasiswa di UIAM.

Boikot dan Demonstarasi
Boikot adalah pilihan terbaik bagi menyatakan protes terhadap campurtangan yang sangat menjolok mata di kalangan Umno dan KPT. Boikot adalah lambang ’kekuasaan’ mahasiswa.
Ianya adalah kuasa memilih mahasiswa. Memilih untuk tidak terlibat dalam PRK samada mengundi atau menjadi calon. Hendak mengundi siapa lagi kalau sudah tahu kita akan kalah? Memilih calon-calon ’barua’ di kalangan Aspirasi Umno adalah satu dosa. Memilih untuk membuang masa di universiti semasa PRK adalah membuat kerja-kerja lagha yang ditegah mana-mana agama.
Maka, boikot adalah pilihan yang paling tepat kerana mahasiswa berjaya meluahkan rasa menyampah dan meluat terhadap kongkongan yang berlebihan terhadap mahasiswa dan pentadbiran universiti.

Kesan boikot yang menyeluruh akan membuka mata masyarakat luar terhadap kezaliman dan ketidakadilan KPT terhadap mahasiswa. Rakyat seluruhnya akan mula menyelami dan cuba memahami penderitaaan yang dialami oleh mahasiswa sekarang.
Masyarakat akan tertanya-tanya apakah sebab mahasiswa begitu berani memboikot pilihanraya kampus?

Namun boikot sahaja tanpa disususuli dengan demonstasi tidak akan ke mana. Ianya akan lebih berkesan sekiranya disusuli dengan demonstrasi pada tarikh keramat itu. Pada tarikh berlangsungnya PRK.

Bayangkan, di saat-saat mahasiswa lain sibuk mengundi, nun di sana terdapat ribuan mahasiswa yang lainnya pula memilih untuk mengadakan demonstrasi aman di hadapan istana-istana seluruh Malaysia.

Bertemu dengan canselor-canselor mereka menyatakan bantahan terhadap KPT dan Umno. Mahasiswa akan menjemput wartawan pro pembangkang bagi mendapat publisiti meluas dalam dan luar negara.

Demo dan menghantar memorundum secara beramai-ramai akan mencatatkan satu sejarah besar dalam perjuangan membebaskan mahasiswa dari belenggu penjajahan KPT dan Umno.

Rasional terhadap cadangan boikot dan Demo adalah mudah:

1. Sudah hampir 5 tahun semenjak KPT ditubuhkan, mahasiswa bukan pro kerajaan kalah berturut-turut.
2. Umno dan KPT secara menjolok mata memberi bantuan ribu kepada jentera dan calon Aspirasi Umno setiap kali PRK selepas KPT ditubuhkan (Wallahi ! saya bercakap benar!)
3. Cengkaman terhadap HEP oleh KPT bagi memenangkan calon Aspirasi Umno bukan rahsia lagi.
4. Calon dari mahasiswa bukan pro pembangkang kekurangan dana dan bantuan. Biasanya akan kalah.
5. Ugutan dan penipuan oleh HEP untuk memenangkan calon pro Aspirasi Umno adalah mainan bagi mereka.
6. Penglibatan TTNC HEP bekerjasama dengan pemuda Umno dan Puteri Umno bukan rahsia lagi.

Jika fakta-fakta yang diberikan di atas masih menyebabkan mahasiswa bukan pro Umno hendak bertanding juga, bagi kami orang yang dekat dengan kerja-kerja penipuan KPT akan tersenyum dan mengegeleng-gelengkan kepala, kerana apa?
Kerana ” Mengapalah bodoh sangat kita nak masuk bertanding padahal kita dah tahu CONFIRM akan kalah”

Semak dan muhasabah balik, berapa sangat dana yang kita ada? berapa kuat jentera kita dan siapalah yang nak bantu kita? Dan usah tanyalah dengan persiapan tarbiah kita.
Pandangan Dr Yusuf Al Qardawi dalam fikh aulawiyat perlu sangat dihayati oleh para mahasiswa.

Kerja utama mahasiswa adalah membuang ikatan tangan dan kaki. Bukan bertanding!
Fokuslah kepada bagaimana hendak dirungkaikan ikatan dan pasungan di kaki dan tangan yang semakin ketat ini. Bila sudah dibuka, barulah sedap hendak berpencak.
Hari ini dengan ikatan kaki dan tangan, lawan dengan mudah akan memaksa mahasiswa membuka mulut dan meludah ke dalam mulut.

Takkanlah setiap tahun mahasiswa akan muntah dek ludahan Aspirasi Umno? PRK kali ini bersediakah untuk diludah lagi?

Fokuslah untuk membuang ikatan tangan dan kaki! Kemudian barulah berfikir untuk masuk gelanggang dan berpencak silat atau bertinju.

Hakikat di depan kita hari ini PRK yang akan berlangsung tidak lebih dari Mike Tyson akan bertinju dengan Mustapa Mohamed yang diikat tangan dan kaki.
Dan kita masih nak tanya lagi soalan bodoh ini ”Siapa yang akan menang?”
# Satu lagi yang utama ialah TARBIYAH BERTERUSAN wajar digembeling bersungguh-sungguh dan sistematik! - mr

(Untuk info terkini pilihan raya kampus sila lawati laman http://kampusnegara.net - Editor)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak boikot kat semua IPTA kecuali UIAM...

kalo nak boikot, boikot laa semua.. nampak UIAM mereka akan menang dan mereka tak mboh boikot...

tadi kata KPT tipu.. 5 tahun berturut2 tipu.. kalo tipu kena UIAM masih dipegang belah sana...

BETUL KER NAK BOIKOT!!!! nanti jadi macam kes Pilihanraya kecil KATA nak BOIKOT last tak jadi lepas tue letak calon bebas konon...

Tanpa Nama berkata...

(Untuk info terkini pilihan raya kampus sila lawati laman http://kampusnegara.net - Editor)

Kata nak BOIKOT... kalo nak boikot tak yah lah ambil tahu pasal PKR

Tanpa Nama berkata...

PRK la kaki..ko ni ape cm bdk bengong je aku tgk..xtau nilai ke magkuk..bc n suluh betol2 br nak ckp..tgk kat UIAM bp lm amk ms nak iktirf kemenagn diorg..last2 xtau nak kelentong pe lg, terpaksala berlakon adil konon, cb klu aspirasi menang..xmenyempat2 nak umum..tgk UTMKL dahla lps penamaan calon je xde org bertanding cpt2 tampal muka MPP xtau malu 2 dekat seluruh kampus..bangga konon xde saingan..blahla..kaki korup sharil..kat hep tu dia bukan ada jawatan besar sgt pn belagak je lebih..mcm bagus je..ada program melibtkan YB je..kalut nak tayang muka..xtau malu langsung..cis nak ludh je rasa aku tgk muka bangang tu

Tanpa Nama berkata...

Ana xkisah kalo nak panggil ana kaki...

Kenapa tetiba memaki hamun nie kakasmart...janganlah cepat melatah dengan memaki hamun...

Macam nie nak menegakkan agama, menegakkan bangsa, menegakkan negara dan yang paling penting di kampus untuk menegakkan rakan-rakan jikalau asyik maki hamun...

Macam nie ker seorang pemimpin yang kita mahukan, maki hamun xtentu pasal...

Kalo ana lah kan, x mboh aaa...xder budi pekerti langsung, xder budi bahasa langsung...

Ana mohon maaflah pasal salah eja, maklumlah ketikan di keyboard nie amat laju hinggakan nak kata PRK tertulis PKR..maafkan ana nyer kakasmart..

Sedang Nabi ampunkan umatnya nie kan pula kita sebagai umatnya..

Tanpa Nama berkata...

eleh blahla kaki..nak tunjuk alim konon..mcmla aku xtau ko sape..

Tanpa Nama berkata...

aik mu kenal ker sapa ku...kakasmart...
smart sungguh aaa...kaka nie...

tp ku tidak mengemali mu wahai kakasmart...tilikan kakasmart tue salah,jangan buat tuduh melulu... tak pasal-pasal orang yang kakasmart tue tuduh dapat nama...kesian dia...

Tanpa Nama berkata...

utk utmkl aku memang tidak setuju kalau boikot... alamatnya menag tanpa bertanding lagilah si aspirasi tu... dah la kelompok aspirasi... hampeh.... sampai bila2 pun... prog bwh si sahril tu tetap run...

Tanpa Nama berkata...

alaa otak terburai, diaorg tipu jer nak boikot... mana ada diaorg boikot... biasalah cakap x serupa bikin...