Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Rabu, 5 September 2007

Informasi Tentang Proaspirasi

Terdapat information tentang kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA yang sdg 'hangat' di pasaran ipt. sememangnya bagi pengikut2 dlm kumpulan2 ini memang TAK SEDAR-SEDAR lagi hakikat yang sebenar mereka itu dijadikan sebagai ' batu lonjatan' demi memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka yang tidak sedar-sedar lagi tu bagi saya umpama titian yang digunakan, yang dipijak-pijak utk selamatkan kepentingan pihak yang mempergunakan mereka tu tapi tak sedar2 lg.Para Sahabatku sekalian, Cuba kita perhatikan, kalau daripada atasan pun dah adanya pegangan 'cakap tak serupa bikin' ni apatah lagilah di peringkat yang bawahan. inilah tradisi yg mereka terapkan iaitu janji kosong. Kalau sebelum dilantik jd wakil rakyat mcm2 yg hendak di bantu atau dibangunkan, kononnya nk ambil hati rakyat kerana dalam Kitab perlembagaan yang mereka agung-agungkan tu, ada menyebut, definasi pilihanraya, pemimpin dipilih atas kemahuan rakyat iaitu pemimpin berkhidmat utk rakyat atau pemimpin utk rakyat. Namun selepas tu, bila pangkat, harta dan kuasa mengaburi mata, mulalah 'Terlupa' sebab mata dah kena tutup dengan kesenangan dunia.Dahlah begitu, bila dah ada kuasa, dan pangkat senang2 nk hapuskan nyawa org lain, sesuai dgn kes yg sdg hangat di tabloid skrg ni, bila disebut sekali nama pemimpin tu, pastu tidak lagi disebut dan kalau org lain kena bg keterangan, dia bersembunyi di dalam sangkarnya dgn siap hamba2 abdinya yg umpama lembu kena cucuk di hidung. Ikut shj perintah asalkan duit ada, perut kenyang, hati senang. Mata dah jadi buta, dah tak nampak mana yang benar, mana yang salah. semuanya bercampur aduk.Tapi cuba bayangkan, kalaulah org dari luar negara dia blh buat mcm tu, agaknya apa akan jadi dgn rakyat di bawah pemerintahnya kelak??? Mudah aja dia dgn sesuka hatinya mencabut nyawa org2 yg tidak disukai dgn alasan blh mengancam keselamatannya atau negara.Nauzubillah. ... Mereka mengagung-agungkan Kitab perlembagaan yg bagi mereka lebih baik utk umat manusia seperti disatu seminar oleh ipta yang lancarkan program pro-aspirasi. . bila ditanya, adakah kita hendak menolak ketetapan ALLAH SWT atau hadis Rasullah SAW? kerana penceramah tu dgn rela hatinya menerima sistem2 yg dikatakan adil ini. Katanya, tak kisahlah kalau sistem2 tu dtg dari kafir atau tidak, asalkan kita tak dizalimi, asalkan kita takda masalah. mengapa kita nak mempertikaikan? ?? Jawapannya betul2 buat saya CONFUSE. Adakah kita nak tolak ketetapan ALLAH???Adakah kita nak ambil contoh yg selain drpd Rasullah SAW itu sendiri???Bukankah Telah ALLAH nyatakan bahawasanya ALLAH telah lengkapkan agama dan nikmat-NYA dan Redho Islam ini agama yg benar dan lengkap. Kenapa lengkap??? kita semua tahu dlm al-Quran telah menyatakan tentang semua aspek, daripada hal2 perkahwinan, anak2 sehinggalah aspek yg lebih besar iaitu tentang sistem pemerintahan, perniagaan, hubungan antarabangsa dan org2 bkn Islam dan diperkuatkan lg dan diterangkan lg oleh Rasulullah SAW junjungan mulia, ikutan yg utama. Lupa? Tak sedar ke?Adakah kita sehingga sekarang nk pertahankan lg sistem2 barat/kafir yg suatu masa dahulu memperkotak- katikkan maruah agama, maruah bangsa atuk nenek moyang kita dan tanahair itu sendiri??? mereka berjuang dan mati syahid mempertahankannya tapi kita hari ni senang lenang membenarkan duduk di bwh sistem yg di bawa oleh mereka sedangkan mereka di sana terbahak-bahak ketawakan kita sbb kita dh merdeka tapi sebenarnya, hakikatnya masih lg dijajah mereka.saya sedih teramat sangat sbb ramai lg saudara kita yg TAK SEDAR-SEDAR. ...Beliau ada juga berhujah tentang ayat2 ALLAH yg mengatakan dlm sinopsisnya kita tak boleh mengikuti sebahagian dlm kitab kemudian mengingkari sebahagiannya. saya bertambah CONFUSE. Apakah yg dia maksudkan? Setahu saya, ustaz pernah terangkan pada saya ayat ALLAH itu yg bermaksud tidak lain dan tidak bukan adalah Kitab ALLAH, al-Quran itu sendiri, bukannya Kitab Perlembagaan yg dia pertahankan itu. saya ada juga utarakan hadith Rasulullah SAW yg mengatakan tnntg akhir zaman di mana akan adanya Amir yg bodoh di mana dia tak menjadikan al-Quran dan Sunnah sbg rujukan utama serta tak mengikuti jejak Nabi dlm semua perkara maka Nabi Saw bersabda,"Jika rakyat di bawah pemerintahan Amir bodoh ini pun turut mengikuti dan menyokong kebatilan yg dibawanya maka aku bukanlah sebahagian daripada mereka dan mereka bukan sebahagian daripada aku dan di akhirat aku tidak akan mengaku mereka umatku dan takkan mereka dapat datang ke telaga kauthar ku. Namun jika rakyat2 menentang yg batil itu hatta di dlm hati sekalipun maka mereka adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian daripada mereka dan mereka akan ku alu-alukan di akhirat nanti ke telaga kautharku."Maka, saya timbulkan persoalan adakah kita Negara Islam seperti yg dinyatakan dlm perkara 3, agama Islam agama rasmi persekutuan? adakah dgn pernyataan ini telah menjadikan kita negara islam seperti yg dikatakan oleh penceramah tersebut. Namun sekali lg dia menyatakan dalil-dalilnya utk membidas, maka saya pun hanya mampu berdoa utk dia agar diberi hidayah agar ALLAH dpt tunjukkan kebenaran yg sebenar di sebalik tipu muslihat yg di bawa oleh pihak2 yg tertentu. Persoalannya....Kalaulah kita sbg umat Islam sendiri tak mempertahankan Islam ini siapa lagi???Namun dlm hati, saya masih yakin, tidak semua org2 atasan yg menyokong cara politik yang di jalankan. saya pasti mereka sendiri dlm proses utk menegakkan kebenaran dan saya doakan pihak kebenaran pasti akan menang jua akhirnya.Sama2lah kita berkerjasama mendokong tanggungjawab menegakkan syiar ALLAH ini dan banyakkan doa agar ALLAH menghantar pertolongan- NYA walau dari kerajaan langit sekalipun.Bagi saya, KEBENARAN pasti akan terbongkar dgn izin ALLAH. Kebohongan tidak akan mampu bertahan lama, ia akan jatuh di kaki KEBENARAN jua akhirnya.


mahasiswa utmkl 07/08

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maklumat terlalu umum....
cuba spesifik dan kaitkan dengan keadaan atau suasana yang sebenar yang berlaku di kampus...

Tanpa Nama berkata...

oleh sbb gua non-muslim.. mcm mane plk nak pertahan sesebuah negara tu.. sedgkan kita terdiri dr pelbagai agama... tapi, gua memang tidak suka.. kalau itu melayu cakap tidak silupa bikin..

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai bangsa malaysia,selalu teringat tentang masa kecil dari kampung pelbagai kaum hidup dan main sama-sama.memang dari dulu 1960 masa itu kita dapat lihat pelbagai kaum di malaysia hidup dengan aman dan damai.kita tidak kira kaum malayu,cina atau india.dari fikiran pada masa itu lebih morden dari sekarang .dari pakai melayu dulu tidak semacam sekarang !!memang kita ada agama masing-masing tetapi tidak ada orang ingin zaman mordennya tukar lebih "out date!!".kenapa sampai 2000 malaysia boleh menjadi hanya bagi orang islam sahaja,semua wanita mesti tukar pakaian melayu sahaja,bagaimana tidak fikir tentang perasaan kaum lain??zaman tungku abdul rahman, fikiran mereka lebih morden dan jaga kaum kaum lain ,sebab itu malaysia dipanggil berbilang bangsa dan kaum!!walaupun malaysia kebanyakannya warga melayu,di hati kaum lain sama sama kita korban sajaha!