Suara UTMKL mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di atas pembentangan Bajet Prihatin 2008 yang banyak membantu segenap lapisan rakyat. Peruntukan lebih RM 40 bilion untuk transformasi sektor pengajian rendah, menengah dan tinggi pastinya menggembirakan ‘modal-modal insan’ pelapis masa depan kepimpinan negara ini.
Walau bagaimanapun, bantuan kerajaan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini hanya khusus untuk lebih kurang 90,000 mahasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja yang sedang menuntut di dalam dan luar negara. Sedangkan jumlah keseluruhan mahasiswa di peringkat IPTA/IPTS seluruh Malaysia pada hari ini, khususnya mahasiswa yang terpaksa menggunakan khidmat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi membiayai pengajian masing-masing adalah lebih ramai.
Justeru, mahasiswa menyeru keprihatinan yang sama dari pihak Kerajaan. Sekiranya pihak Kerajaan sedar bahawa kos sara hidup pelajar semakin meningkat, sehingga elaun sara hidup pelajar tajaan JPA naik dari 23% sehingga 84%, manakala jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaan JPA di IPT Malaysia ditingkatkan dari 5,000 kepada 10,000 mulai 2008, maka lebih wajar ke atas Kerajaan untuk mengumumkan penukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, atau sekurang-kurangnya menghapuskan terus caj 3 % perkhidmatan yang dikenakan sebagai pembuktikan pendidikan percuma ke segenap peringkat pendidikan termasuk pendidikan tinggi.
Caj 3 peratus yang dikatakan untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran di dalam surat tawaran dan borang perjanjian PTPTN adalah tidak munasabah sama sekali kerana PTPTN adalah di bawah pembiayaan Kerajaan dan ia merupakan tanggungjawab sosial Kerajaan terhadap pendidikan negara. Kerajaan tidak akan rugi sedikitpun dari penghapusan caj perkhidmatan ini kerana pulangannya tetap kembali kepada kerajaan kerana pelajar-pelajar inilah yang akan menjadi harapan untuk membangunkan negara ke arah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, melalui sektor kerajaan dan swasta yang akan diceburi kelak. Tambahan pula, golongan pelajar yang benar-benar memerlukan pendidikan percuma ialah pelajar di instituti pengajian tinggi, sama ada peringkat ijazah mahupun diploma. Hal ini kerana kos yuran pengajian berserta buku-buku pelajaran dan kos sara hidup pelajar di IPT adalah berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding harga yuran sekolah dan buku-buku teks.
Mahasiswa yang kebanyakannya datang dari latarbelakang keluarga yang kurang berada tidak diberi pilihan melainkan terpaksa berhutang dan kemudian akan melalui prosedur perundangan yang tegas jika tidak membayar semula kepada PTPTN dalam jangka masa yang ditetapkan. Justeru, GAMIS dan seluruh mahasiswa meyakini pemberian PTPTN dalam bentuk biasiswa dan penghapusan caj 3 % perkhidmatan akan memanifestasi keprihatinan serius Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia dalam membahagikan kekayaan negara secara adil kepada seluruh rakyat jelata, tanpa mengira latarbelakang sosial, bangsa dan agama masing-masing.
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Jumaat, 21 September 2007
Mahasiswa mahu pendidikan percuma di IPT
Posted by Student UTMKL at 6:26 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
perlaaa korang nie... kata nak minta kerajaan hentikan sumbangan-sumbangan yang boleh menyebabkan bangsa malas...
lepas tue biler dah kerajaan nak bantu, diminta lebih plak
kalau nak tajaan JPA study laa rerajin...
"Dah beri siku nak paha plak"
rasa-rasnya nanti kerajaan BA bleh kasi pelajaran IPT percuma kepada semua ker?????????
kalau nak tajaan JPA study laa rerajin...
xyah laa berpolitik berlebihan...
eleh kaki..ko jgn nak selindungla..ko pn berhutang ngan PTPTN..siap kn byr riba' lg..nk kecoh pe..
memanglaa ana buat pinjam PTPTN..
bila masa ana kata ana tak pinjam PTPTN..
Tapi ana kata kalo nak dapat biasiswa JPA kena study bagus-baguslaa...
Dapatkan pointer yang tinggi... barulah dapat biasiswa JPA..
Lepas tu boleh laa kerja ngan kerajaan..yalahkan nak dapat Biasiswa JPA adalah syarat-syaratnya..
Tapi kalo asyik nak cari salah kerajaan, macam mana laa pulak nak kerja dengan kerajaan...
eleh ko tau x kaki..PTPTN tu makan riba..tula kerajaan yg ko snjung tu..skali ngn ko terheret ngn dosa..tuala org suh blaja usul fiqh xnak..
Catat Ulasan