KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) - Demam Pilihan raya kampus (PRK) kini terus melanda mahasiswa dengan beberapa tindakan agresif yang didakwa mula dimainkan oleh pihak bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Aspirasi.
Terbaru di Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi.
Menurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.
Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.
Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.
Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.
Namun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.
Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.
Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.
Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK.
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Selasa, 18 September 2007
Pilihan raya kampus: Laptop siswa dirampas, bilik digeledah, notis ugutan!
Posted by Student UTMKL at 11:20 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
They copy Musyrikin's action...
HEP and Aspirasi - supported by UMNO - United Musyirikin Nation Organization..
tolong berjaga - jaga
wahai saudaraku..terdapat orang yang SAMA(PROKSI UMNO) menulis dihalaman ini dengan mengeluarkan kata2 kesat spt d atas.pkra ini amat MENDUKACITAKAN.berilah komen yang membina bukn mcaci bgitu rupa. lebih2 skrg bulan Ramadhan.BERHATI2..TAK USAH TERPEDAYA..
Bangang dulu kini dan selamanya
Pencacai UMNO BN ni mmg bangang. dok saja kat U tapi otak lebih teruk dari JKKK kg orang asli. Takat nak habuan RM 50 tu kami pun boleh bagi. Jangan la pasai 50 sanggup jilat jubuq umno.
"Takat nak habuan RM 50 tu kami pun boleh bagi. Jangan la pasai 50 sanggup jilat jubuq umno."
sedar dan hati2 dengan apa yg dikirimkan.....
Kalau korang pun boleh bagi RM50, kepada penerima ni pula...jilat jubuq sapa?.....jubuq korang pulak diaorang jilat...so....
tak payah tunding2 jari....otak ada...fikir-fikirkan lah....
kesian kawan2 kita nie yang tak reti dengan apa diucapkan tuh...kalo kita menuding jari kepada pencacai2 UMNO tp yang dia tuh pencacai2 PAS/BA...apa semua nie...nak salah sapa...??tengok diri la...kalo dia sangup tuk jilat pungkok to syeikh dia aku leh kasi 1 juta....amacam ok nak tak???
apasal la korang nie kotar sangat la cakap..relax2 r.kita sebagai mahasiswa mesti berfikiran terbuka.jgn nak hentam2 pihak tertentu plak.umno ke pas kita same2 pandai nilai. yang mane bawak islam???.takk elok kita same2 bergaduh.lebih kita bergabung tenaga dalam memerangi musuh islam sekarang.same2 pikirkan k.orang yahudi sekarang sedang rancang nak musnahkan islam.jgn la pulak kite sama2 bergaduh sedangkan yahudi bersorak sorai coz dier dapat perdayakan kite dengan idea2 secular,nasionalisme,komunisme dan sebagai..bersihkan pemikiran anda sekalin
Catat Ulasan