Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 15 September 2007

Luahan Mahasiswa Utm City Campus Kl

Sedarkah mahasiswa suasana dalam campus utm kita semakin hari semakin porak peranda. Kalau dulu nya ramai wanita-wanita Islam bertudung dan berpakaian sopan. Tapi malangnya sejak beberapa dekad ini ramai anak-anak gadis melayu Islam campus universiti kita membuka aurat tanpa segan silu.tidak tahu mana yang haram mana halal. Yang bertudung sekarang hanya boleh bilang sahaja. Yang pakai baju ketat melambak-lambak Masalah yang bertudung pun tidak tahu cara pakai yang betul. Main letak atas kepala sahaja. Entah apa nak jadi dengan campus kita sekarang. Macam ini yang kita katakan Negara Islam? Pelik tue
Saya nak Tanya pembaca sekalian Siapa yang harus dipersalahkan? Kita nak salahkan kepada individu semata-mata pun tidak boleh kan….. Saya ingin tuan-tuan dan puan-puan fikirkan. Jikalau undang-undang dalam universiti mewajibkan dan menguatkuasakan pelajar-pelajar wanita melayu Islam bertudung. Agak-agak nya wanita Islam di campus kita ikut atau tidak? Dimana penguatkuasaan universiti? Dimana badan yang bergelar hal ehwal pelajar(HEP)? Dimana kuasa pak guard yang hanya semata-mata bertugas sebagai pengawal lalu lintas saja!!
Dimana majlis perwakilan pelajar(MPP) 06/07? Apa tugas anda sebagai majlis perwakilan pelajar? Hanya duduk diam saja!! atau menurut apa yang HEP suruh sahaja? Sama lah macam istilah kerbau dicucuk hidung kan?ish-ish kesian betul!! Satu lagi,Mana kebajikan kamu kepada seluruh pelajar? Ingatlah orang yang tidak berpegang kepada janji dan amanah tergolong dalam orang munafik!!!
Disini saya senaraikan kesalahan-kesalahan HEP yang boleh kita pikirkan bersama sebagai mahasiswa yang berstatus agama Islam
• HEP membenarkan campur gaul antara lelaki dan perempuan diatas pentas antaranya tarian zapin
• HEP membenarkan perempuan menari dan berjoget sewaktu Jumbara’07
• HEP mendedahkan pelajar-pelajar dengan muzik-muzik yang melalaikan.
• Malam pragraduan penuh dengan hiburan semata-mata. Band-band muzik luar dipanggil untuk menghiburkan para mahasiswa.
• HEP memang confirm terlibat dengan politik UMNO diluar
• HEP mengawal MPP, MPP lansung tidak boleh bersuara
• HEP hanya memilih sahaja calon untuk menjadi majlis perwakilan pelajar.akhirnya calon-calon yang dipilih oleh HEP pun menanglah tanpa bertanding.Hebat betul HEP kan,tuan-tuan?kotor plak tu!!!
• HEP tidak membenarkan kaum-kaum lain untuk mengambil calon dalam pilihanraya kampus.Macam ini kita katakan Negara demokrasi!!!
• Banyak program-program luar yang dianjurkan oleh HEP dan konco-konconya yakni aspirasi bercampur dengan badan politik luar(UMNO) antaranya program utm aspirasiku dan program bakti siswa.
• Dengan terlibatnya mpp dan hep dengan parti umno,ini terbukti mereka telah melanggar peraturan seksyen 15(1,2,3,4)Akta universiti kolej universiti(AUKU)..teruk!!!!!!
Sama-samalah tuan-tuan dan puan-puan pikirkan……………
Sedikit nasihat saya kepada pembaca dan seluruh warga utm city campus sedarlah kalian.bahawasanya kita semakin hari semakin disekat dan dikawal oleh agensi-agensi tertentu yang menggunakan undang-uindang AUKU sebagai kuasa untuk melemahkan semangat pelajar untuk berpolitik. Kalau dulunya politik di campus kita begitu hebat sekali sampai ada sesetengah pelajar kita dibuang universiti semata-mata menegakkan keadilan dan kebenaran di campus kita. Suara-suara mahasiswa lantang menyuarakan rasa ketidakpuashatian apabila timbulnya sesuatu isu. Tapi sekarang mahasiswa semua lesu malah mpp sekarang semuanya lembab.Saya ambil sedikit contoh apabila Nabi kita Dihina ada ke MMP atau HEP menyuarakan atau mengadakan aktiviti yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap isu ini?sungguh teruk keadaan kampus kita. Saudara saudari sekalian sungguh malang sekali pada dekat ini lansung tidak ada suara mahasiswa yang menentang pihak yang melakukan kezaliman!! Dimana hak anda sebagai mahasiswa?hanya datang ke sini untuk belajar semata-mata sahaja ke?


Walaupun maksiat semakin bermaharajalela kita hanya buat tidak tahu saja kan….??ingat saudara saudari sekalian anda adalah seorang yang bergelar mahasiswa,pemikiran anda mestilah kehadapan seiring dengan kemajuan negara..Jangan biarkan kepimpinan kaum kuffar ini merosakkan bumi kampus kita.BANGKITLAH MAHASISWA UTMKL SEKALIAN.BERSATULAH KITA MEMERANGI KAUM KUFFAR!!!!!!!


Wakil seluruh pelajar utmkl 07’

9 ulasan:

cikadak berkata...

Walaupun maksiat semakin bermaharajalela kita hanya buat tidak tahu saja kan….??ingat saudara saudari sekalian anda adalah seorang yang bergelar mahasiswa,pemikiran anda mestilah kehadapan seiring dengan kemajuan negara..Jangan biarkan kepimpinan kaum kuffar ini merosakkan bumi kampus kita.BANGKITLAH MAHASISWA UTMKL SEKALIAN.BERSATULAH KITA MEMERANGI KAUM KUFFAR!!!!!!!


macam mana dengan kehidupan selepas tamat pengajian? back to normal...time tu korang nak memeranggi????????

Tanpa Nama berkata...

kita patut sedar apa tujuan sebenar datang ke utmkl...adakah untuk menyatakan fahaman serta budaya samseng yang keterlaluan....korang kena pikir kan masa depan bila da abih belajar...takkan hanya menjadi Fasilitator kepada orang2 pembangkang...ikut ke hulu ke hilir dengan meracuni pemikiran rakyat....adakah itu yang korang inginkan... pikirkan la masa depan sendiri...usah jahanamkan masa depan rakan2 yang lain...belajar smpi abih dulu...

Tanpa Nama berkata...

ish bunyi macam shahril tak pun rakan2 sewaktu dengan dier..sabar ye encik.kite orang bukan budak samseng.tapi kite orang nak bawak ape yang sepatut perlu bawak..encik jgn mudah tertipu dengan dunia.saye tahu encik nampak kesenanagn dunia.tapi alam yang menanti kita nanti belum tahu lagi...jadi kami nak menyatakan apa yang benar..kan negara malaysia negara demokrasi..saya juga sedar apa tujuan datang utmkl.pelajaran amat2 penting bagi saya..dan memjuangan hak mahasiswa dan manusia perlu saya pertahankan..saya nak tanye encik,apa tujuan encik datang ke dunia???mungkin tak de matlamat kan???

Tanpa Nama berkata...

orang yang sibuk dalam perjuangan tidak akan mengabaikan pelajaran nya..mereka bukan nyer bodoh.buangkan tanggapan dan persepsi anda terhadap mereka..nilai diri anda sendiri

Tanpa Nama berkata...

kenapa masalah ini ditujukan kepada orang itu...aku tak faham..aku yg perjuangkan hak kawan di pihak aku..orang itu plak yg ko nasihatkan...kita sama kita je sekarang ni...tak de kena mengena dengan orang lain....

apa aku nak sampaikan pa yg telah ko sampaikan ...

"pelajaran amat2 penting bagi saya"

so..belajarlah wahai kawan...silap langkah gelap masa depan...dapatkan dulu diploma tu...saya ulang..dapatkan dulu diploma tu...ingat keluarga...terutama mak ayah...dunia mahasiswa hanya sementara...apatah lagi UTMKL...kecil je...

Tanpa Nama berkata...

konpius aku... korang nie x berpolitik ker?? korang nie x sokong PAS ker?? kalo x salah aku yang mengajar berblog mcm nie semua kerja PAS n PKR...

nampak jelas lagi nyata korang pun menidakkan perkara yang benar...

Tanpa Nama berkata...

PAS DAN KEADILAN TIDAK PERNAH PINGGIRKAN MAHASISWA - ANWAR

http://www.tvpas.com/material.php?id=5287&cat=berita

nie ayat ayahanda anda katakan...

Maksudnya sememangnya PAS n PKR terlibat didalam PRK

Tanpa Nama berkata...

korang betul2 berfikiran sempit dan kolot dan penuh keduniaan..diploma hanya fardhu kifayah je oiiii tapi buat kerja islam nie wajib oiioioi tapi ...org yang bantu agama Allah , Allah akan bantu dier....kami tidak takut.semua nya kepada Allah s.w.t kami harap kan..takbirrr!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sedikit aku nak beri peneranagn kepada kakakikikuku yang belum sedar lagi...

ok aku nak timbulkan persoalan..

1.adakah PAS or BA di benarkan masuk ke IPTA?
2.umno pulak macam mane?
3.adakah HEP itu orang UMNO?
nak tahu lebih lanjut try tanye en.shahril?...tak pun stiker kat kereta dier pun dah terbukti dah pun....

sebuah negara yang demokrasi sepatutnya tiada sekatan dalam memilih parti yang akn memerintah..semua org ada hak bersuara dan mengundi..tapi negara umno ini tidak begitu...semua dier nak concore..teruk2