Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 15 September 2007

LAPORAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 2006

-Kampus Skudai, Johor-

BAB 1 : BUKU SYARAT DAN PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN YANG MEMBEBANKAN

• 4.0 BANTAHAN PENGUMUMAN CALON
4.1 Bantahan mengenai pencalonan mestilah dikemukakan bersama wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus) kepada Urusetia Pemilihan MPP pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di dalam Notis Pengisytiharan Pemilihan MPP dengan menggunakan borang yang ditetapkan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan.

• 7.0 WANG CAGARAN
Wang cagaran yang ditetapkan oleh Urusetia Pemilihan MPP bagi tujuan pemilihan ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) untuk calon kawasan fakulti dan RM150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh) untuk calon kawasan umum.

• 12.0 BANTAHAN KEPUTUSAN
12.2 Cara Bantahan
12.2.1 Bantahan mestilah menggunakan Borang Bantahan Keputusan Pemilihan MPP dan dikemukakan kepada Urusetia Pemilihan MPP bersama dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus)


SYARAT DAN PERATURAN YANG TIDAK LOGIK
• 1.0 SYARAT DAN PERATURAN PENDAFTARAN MENJADI CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
1.1 Kelayakan Menjadi Calon MPP
1.1.5 Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 semester penuh pengajian lagi di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar yang merancang atau terlibat dalam Latihan Industri, Latihan Praktikal dan Latihan Mengajar tidak dibenarkan menjadi calon.
(Rujuk lampiran untuk silibus Fakulti Pendidikan)

SYARAT DAN PERATURAN YANG MENGELIRUKAN
• 6.2 Peraturan Poster Pemilihan MPP
6.2.2 Penggunaan Poster Dalam Pemilihan MPP
6.2.2.1 Tidak dibenarkan menampal poster samada di dinding, tiang dan tempat-tempat kemudahan awam seperti perhentian bas. Poster hendaklah digantung sahaja.
6.2.2.2 Calon bertanggungjawab menanggal dan menurunkan poster yang ditampal serta memastikan kawasan tersebut bersih dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pengundian pemilihan MPP selesai.


BAB 2 : CALON DIUGUT OLEH PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN

1. Calon Umum - Seorang calon siswi diugut oleh pengetua kolej kediaman supaya menarik diri dari menjadi calon pilihanraya atas sebab memasuki pilihanraya tidak melalui pengetahuan beliau. Jika tidak menarik diri, pengetua mengarahkan agar calon siswi tersebut mengaku bahawa beliau adalah calon Aspirasi. Siswi tersebut juga dikecam tindakannya dihadapan ahli jawatankuasa kolej. Ini menjatuhkan imej dan kredibiliti siswi tersebut sebagai seorang calon kerusi umum.
2. Calon Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) - Seorang calon siswa dipanggil mengadap pengetua kolej kediamannya supaya mengaku bahawa beliau adalah calon Aspirasi.
3. Calon Fakuulti Pendidikan (FP) - Seorang calon siswi dituduh oleh pengetua kolej kediamannya bahawa calon siswi ini adalah calon pembangkang. Calon siswi mempertahankan bahawa beliau adalah calon bebas. Beliau juga dituduh mempunyai kumpulan yang menjadi pembangkang kepada universiti. Pengetua mengugut agar menarik diri dari menjadi calon pilihanraya kerana menjejaskan imej kolej dari dilabel kolej pembangkang. Pengetua juga menjelaskan bahawa dia ada menerima panggilan dari pengetua kolej lain supaya merayu calon ini agar menarik diri.
4. Calon Kejuruteraan Awam (FKA) - Seorang calon siswa diugut oleh pengetua kolej kediaman beliau supaya menarik diri dari menjadi calon pilihanraya. Beliau juga diugut bahawa beliau akan dibuang dari kolej jika tidak berbuat demikian. Selain itu, jika menarik diri, calon ini akan ditawarkan jawatan dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKM). Calon ini juga dipanggil oleh felo kolej kediaman atas ugutan yang sama.
5. Selain itu, ada sesetengah calon bebas menerima sms daripada nombor yang tidak diketahui. Antara isi kandungan sms tersebut adalah kecaman ke atas calon kerana bertanding bukan atas label Aspirasi

Penjelasan:

• Syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Urusetia Pilihanraya adalah terlalu membebankan mahasiswa. Pilihanraya adalah medan melahirkan pemimpin masa depan Negara tapi mengapa mahasiswa disekat dengan unsur kewangan. Seringkali media melaporkan bahawa peruntukkan biasiswa dan pinjaman yang tidak mencukupi untuk kegunaan mahasiswa, masakan mahasiswa dapat mengeluarkan wang untuk menjadi calon. Wang bantahan yang tinggi juga dirasakan seolah-olah pihak urusetia tidak mahu sebarang bantahan dilakukan. Jadi, pihak urusetia bebas mengeluarkan sebarang keputusan. Di sini boleh dipersoalkan faktor ketelusan oleh pihak urusetia dalam mengendalikan pilihanraya.
• Syarat dan peraturan yang tidak logik serta mengelirukan menunjukkan pihak urusetia seolah-olah bersikap sambil lewa dalam menetapkan syarat dan mengendalikan pilihanraya.
• Daripada kes-kes ugutan yang dilaporkan, jelas bahawa kebebasan mahasiswa dalam kampus disekat oleh pihak pentadbiran. Sedangkan pilihanraya adalah bebas sama ada dari pihak luar atau dari pihak pentadbiran universiti sendiri.
• Tindakan sesetengah pengetua kolej kediaman mengugut agar calon melabelkan diri sebagai Aspirasi adalah bercanggah dari arahan Menteri Pengajian Tinggi bahawa calon Pilihanraya Kampus (PRK) tidak boleh melabelkan diri sama ada Aspirasi atau Pembangkang (Berita Harian : 19 September 2006)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha2 menulis artikel2 yg mcm ni..menaikkan smgt bergelar mahasiswa...buknnya mcm mpp yg lembik dan layu!

cikadak berkata...

korang dah habis fikir ker....???

Tanpa Nama berkata...

hanya omong2 yang tidak pasti kepastianya....

Tanpa Nama berkata...

bleh bagitau sapa calon yang diugut tu x? nie stakat cakap 1 org 2 org, 3orang, orang-orang...semua orang boleh....

adakah kenyataan itu benar, ataupun penipuan semata-mata bak kata pemimpin PAS.. kami tidak terlbat didalam rusuhan di Kuala Terengganu hari tue..tapi terang - terangan gambar beliau ada disitu..

Tipu DOSA, MASUK API NERAKA...

Tanpa Nama berkata...

aik mana post ana sebelum nie...
xkan dah dibuang kot...

x bagus laa nie...kebenaran perlu di tegakkan

Tanpa Nama berkata...

woi ko nak tau takkk.yang ari tue polis yang mula2 robohkan pentas kat batu burok..pe kesss laa salahkan org pas pulak.dah orang mintak permit elok2 tak nak bagi.pas tue nak tembak org pulak..jahat betul polis malaysia nie kan!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mpp ceroi mcam cendol basih!! bukan nak mengata tapi kenyataan kamu semua boleh tengok sendiri dengan personaliti mereka da la tak mesra alam sedekah senyuman pun nak berkira.....oiiii ada emas ke dalam mulut nanti ditarik nikmatkan baru nak insaf...oi mpp sedarlah pintu taubat masih terbuka bagi kamu..sampai bila nak kekalkan rantai belenggu kat leher kamu tu.ingat!!setiap apa yg kamu buat tu akan mendapat saham di akhirat nanti..

Tanpa Nama berkata...

ingatlah juga wahai pembaris lurus...dengan kata-katamu itu juga akan mendapat balasan...

"setiap apa yg kamu buat tu akan mendapat saham di akhirat nanti.."

kata-kata dari mulut / hati sendiri akan membinasakan diri sendiri...

"sedarlah pintu taubat masih terbuka bagi kamu..sampai bila nak kekalkan rantai belenggu kat leher kamu tu."