Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Ahad, 2 September 2007

DASAR ARPATHEID DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

Oleh ARDANI
Muka depan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kemenangan besar kumpulan Aspirasi dalam pilihanraya kampus IPTA.

Hakikatnya, kumpulan Aspirasi tidak memenangi pilihanraya kampus, tetapi mereka sekadar merampas pentadbiran MPP di kampus-kampus melalui dasar apartheid yang diamalkan oleh pentadbir universiti.

Kerajaan MPP kampus yang lahir dari suasana ini tiada bezanya dengan kerajaan kulit putih Afrika Selatan. Orang kulit putih di Afrika Selatan amat maklum bahawa mereka tidak ada peluang langsung untuk membentuk kerajaan kalau tidak kerana amalan apartheid yang diamalkan dalam sistem politik negara tersebut.

Kumpulan Aspirasi di kampus IPTA juga tiada bezanya. Mereka amat maklum bahawa peluang untuk menguasai MPP kampus hampir tidak ada langsung sekiranya amalan apartheid ini tidak diamalkan oleh pentadbiran universiti.

Apa yang dilakukan oleh pentadbir IPTA mempunyai kesan jangka panjang yang signifikan.

Para pelajar adalah pemimpin masa depan. Hari ini mereka telah diasuh dengan nilai yang amat buruk. Mereka diasuh agar tidak bersaing di padang yang rata. Mereka diasuh dengan amalan berat sebelah. Mereka diasuh dengan amalan menindas pihak lawan. Mereka diasuh untuk mencabul peraturan. Mereka diasuh untuk melakukan apa saja untuk menang.

Apakah pemimpin yang diasuh dengan nilai bobrok seperti ini mampu mengangkat martabat negara di dalam masyarakat global? Anda tidak perlukan pandangan dari cendikiawan besar untuk menjawab persoalan ini.

Mana mungkin pemimpin yang diasuh dengan nilai seperti ini membawa negara bersaing di persada antarabangsa, kalau mereka hanya tahu bersaing dengan dengan amalan kuno seperti ini. Pemimpin jenis apakah ini yang hanya mampu hidup dalam sistem yang berat sebelah, menindas, menekan, dan menipu?

Bagi saya tiada apa yang mahu dibanggakan dengan kemenangan kumpulan Aspirasi di kampus IPTA.

Ibarat pasukan bolasepak yang berlawan dengan pasukan lain yang pemainnya diikat kaki dan tangan. Kemenangan 10 0 pun tidak mempunyai apa-apa makna kerana itu sebenarnya bukan permainan bola. Itu hanyalah satu pameran terhadap sikap angkuh, bongkak dan bodoh.

Apa akan jadi dengan masa depan universiti kita? Sudahlah mereka begitu banyak melahirkan graduan yang hanya mampu menganggur. Pastinya 80,000 graduan menganggur di negara kita itu bukannya lulusan Cornell atau Harvard. Pastinya juga bukan lulusan Oxford mahupun Nanyang. Kebanyakan adalah graduan IPTA tempatan.

Sekarang mereka berusaha pula melahirkan pemimpin picisan yang tidak mampu bersaing di padang yang rata. Pemimpin yang hanya tahu menggunakan kuasa pentadbir untuk mengenepikan peluang orang lain. Pemimpin yang tidak malu-malu mencabul kebenaran dan keadilan untuk meraih kuasa dan pengaruh.

Saya mula berfikir semula untuk menghantar anak-anak saya ke universiti. Mungkin wang yang saya simpan untuk perbelanjaan mereka ke universiti kelak, lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Apa perlu membazirkan wang dan masa belajar di universiti yang sudah hilang keupayaan intelek dan nilai-nilai murni.

Saya tidak bimbang sekiranya anak-anak saya tidak layak masuk belajar ke universiti. Hanya masa depan anak-anak saya yang akan terjejas.

Saya sebenarnya lebih bimbang sekiranya universiti-universiti ini tidak layak untuk mendidik anak-anak saya. Seluruh masa depan negara dan anak bangsa akan terjejas.

Dan kebimbangan saya semakin nyata sekarang!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ohhhhh....... Aku baru tau rupanya

Tanpa Nama berkata...

nih la kelincahan pihak universiti dalam mengekang mahasiswa daripada terus bersuara di kampus masing2..diorang igat kita nih robot ape...g kelas pastu balik..wat program yang diorang tetapkan...ingat kuli ke...ha??kita ada hak untuk bersuara..bangunlah wahai sumer mahasiswa...TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

mpp semua poyo...mansuhkan auku seksyen 15....hep semua pun poyo

Tanpa Nama berkata...

jom pakat ubah utmkl

Tanpa Nama berkata...

dah dapat diploma ker yg nak mansuh auku tu....dah cukup kuat ke nak beepakat-pakat ubah utm....silap haribulan masa depan ko yg berubah....

Tanpa Nama berkata...

poyo ja korang nie...nak ubah kampus konon...apa yang korang nak buat...buat demostrasi macam kat batu burok tu ka...smpi tak ingat da akal fikiran korang tuh...smpi nak mati kena tembak pun masih nak salahkan orang lain...padahal sendiri yang bersalah...apa punya bagus la korang nie smpi nak ubah kampus ikut corak korang