Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Ahad, 30 Mac 2008

Sokongan kepada Istana Terengganu, lebih 2000 rakyat sertai solat hajat





KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinamakan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) kini semakin dikenali ramai apabila dilihat paling lantang dalam isu menyokong, membela serta berusaha mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan khususnya di Terengganu.

Isu tersebut timbul apa Barisan Nasional (BN) Terengganu yang berjaya memenangi 24 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu menghadapi kemelut perlantikan jawatan Menteri Besar (MB).

ImageKeputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said ditentang oleh bekas MB, Dato' Seri Idris Jusoh serta 22 Adun-adun lain.

Berikutan itu, bantahan serta protes dilakukan terhadap Istana Tuanku dan MPPR oleh penyokong Umno/BN Terengganu di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, dekat sini, pada 23 Mac 2008 lalu.

Tindakan tersebut telah menimbulkan reaksi kurang senang serta kemarahan rakyat umumnya apabila terdapat slogan kain rentang yang dipercayai menghina pihak Istana Tuanku dan MPPR.

Antaranya, 'kami Nak Idris, Natang' (Binatang) yang menimbulkan kontroversi, 'Kami Menyokong Kepimpinan YAB Dato' Seri Idris Jusoh' ; 'kami Mahukan Idris Jadi MB' dan sebagainya.

Sehubungan itu, berpuluh aduan dan laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan NGOs yang prihatin serta menentang sebarang usaha mencemar nama baik Tuanku Sultan dan Istana.

Semalam, MAMPAT turut mengadakan Majlis Pelancaran Pengumpulan Tandatangan Sokongan dan Pembahagian Riben Kuning di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) di Kuala Ibai, Khamis lalu.

Manakala, pada sebelah malam diadakan solat hajat dalam Program Munajat Perdana yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad bagi memohon perlindungan, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t ke atas Baginda, Pemangku Raja serta rakyat jelata.

Tinjauan Harakahdaily mendapati lebih 2000 rakyat menyertai program solat hajat tersebut dan orang ramai yang hadir masih berpeluang menandatangani sokongan kepada Istana Terengganu.


budak ganu 08'

Tiada ulasan: