KOTA BHARU, 25 Mac � Kerajaan Kedah tetap membatalkan projek petrokimia di Yan, biar pun ia bakal mendatangkan keuntungan besar kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, projek itu dibatal dengan mengambil kira keperluan rakyat dan bukannya keuntungan kepada kerajaan semata-mata.
�Tanah di kawasan tersebut cukup subur dan dianggap kelas A untuk tanaman padi. Jadi mengambil kira keistimewaan tersebut kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan projek petrokimia yang pernah dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
�Saya sudah umumkan pembatalan projek itu selepas mengangkat sumpah menerima jawatan Menteri Besar sebelum ini,� katanya pada persidangan media sempena kunjungannya ke Kelantan di JKR 10 petang ini.
Beliau dan rombongan dari Alor Setar tiba di JKR 10 kira-kira jam 3 petang tadi dengan kereta. Malam ini beliau akan diraikan pada majlis makan malam oleh kerajaan Kelantan.
Selepas itu beliau akan menyampaikan ceramah bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Putik.
Ustaz Azizan berkata, biar pun menerima bantahan pembatalan projek petrokimia di Yan daripada pemimpin Umno, namun kerajaan negeri tetap tidak berganjak daripada keputusan sebelum ini.
Menurutnya, kerajaan negeri mahu mempertahankan status sebagai jelapang padi dan tidak membiarkan kesuburan tanah digunakan bagi faedah lain.
Beliau juga berkata, kerajaan Kedah akan menjadi Kelantan sebagai model rujukan selepas PAS berjaya mentadbir negeri ini sejak lebih 18 tahun lalu.
�Bagaimanapun pengubahsuaian dasar perlu dilakukan secara beransur-ansur memandangkan Kedah mempunyai bilangan penduduk bukan Islam lebih 30 peratus.
�Sedangkan jumlah penduduk bukan Islam di Kelantan sekitar empat peratus sahaja. Matlamat yang sama dengan kerajaan di Kelantan untuk membangun bersama Islam,� katanya.
Misalnya katanya jualan arak masih boleh dilakukan dan akan dikawal secara berperingkat peringkat.
Mengenai pembangunan di Kedah katanya, ia akan diteruskan dan tumpuan utama sekarang memulihkan kembali projek-projek yang terbengkalai.
Katanya, perbelanjaan wang kerajaan akan dilakukan secara herhemah seperti diamalkan di Kelantan sekarang.
Menurutnya juga kerajaan Kedah di bawah pentadbiran baru sekarang akan berusaha sedaya mungkin bagi mencapai matlamat rasuah sifar.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah memberitahu pihaknya sedang berusaha menjelaskan kepada rakyat PAS dan pakatan Barisan Alternatif juga mampu mentadbir negeri itu.
�Sebelum ini rakyat sering digambarkan hanya BN dan Umno sahaja yang mampu memerintah. Kita sedang berusaha yakinkan rakyat terhadap kemampuan kerajaan baru.
�Dan berdasarkan kepada perkembangan sekarang didapati rakyat dan kakitangan kerajaan Kedah suka dengan perubahan kerajaan negeri sekarang. Di mana sahaja saya pergi ramai orang muda datang.
�Saya lihat rakyat seronok dengan perkembangan politik yang berlaku sekarang,� katanya.
Beliau juga menasihatkan kakitangan kerajaan di Kedah tidak takut kepada kerajaan baru dan mereka diberi kebebasan untuk menyokong mana-mana parti kerana ia merupakan hak individu.
Di samping itu mereka perlu melaksanakan tugas yang diamanah sebaik mungkin.
Begitu juga katanya, ahli-ahli majlis kerajaan tempatan yang dilantik kerajaan lama boleh meneruskan tugas mereka seperti biasa.
Menurutnya perkembangan positif juga dapat dilihat dalam sektor ekonomi apabila ada pelabur asing menyatakan minat untuk melabur di Kedah termasuk dari Korea dan Belgium.
darul aman
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Rabu, 26 Mac 2008
Kerajaan Kedah pertahankan hak petani di Yan - MB
Posted by Student UTMKL at 12:28 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan