KUALA TERENGGANU: Satu perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Rosdi Baba.
Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, di sini dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.
“Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.
“Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.
“Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan,” katanya lagi sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani “dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.”
Setiausaha PKR negeri, Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui “kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana.”
Sebelum ini Bernama melaporkan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyarankan Perdana Menteri dan Idris Jusoh supaya menghadap pihak istana bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang kian meruncing.
Muhyiddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, jika terdapat sebarang masalah antara Idris dengan pihak istana, ia perlu diselesaikan segera supaya tidak memberi kesan kepada rakyat.
Menurutnya, isu pelantikan Menteri Besar Terengganu harus ditangani dengan cara terbaik kerana yang penting adalah hati rakyat harus dijaga kerana mereka mungkin akan merajuk dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang
ganu kite
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Selasa, 25 Mac 2008
Himpunan 10 ribu rakyat nyatakan sokongan kepada istana
Posted by Student UTMKL at 3:15 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan