KUALA LUMPUR, 25 Mac - Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Khalid menjelaskan penolakan Ustaz Azizan setelah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis menyarankan agar pagar rumahnya diperbaiki menggunakan peruntukan sedia ada.
Ini kerana pihak UPEN dan polis yang melawat rumah Ustaz Azizan tempoh hari menasihati beliau untuk membina pagar berkenaan atas faktor keselamatan, kata Helmi.
"Kata MB kalau untuk kediaman peribadi beliau akan membiayainya menggunakan duit sendiri dan bukan peruntukan kerajaan negeri," kata Helmi memberitahu Harakahdaily.
Bagaimanapun pihak polis telah bersedia untuk mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membina pondok pengawal di kediaman Ustaz Azizan di Jalan Sultanah Alor Setar, Kedah.
Helmi menjelaskan Ustaz Azizan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal dirumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.
"Kediaman rasmi itu kini dijadikan sebagai rumah tetamu dan setakat ini Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS pernah singgah sebagai tetamu di kediaman tersebut," katanya.
"Tindakan ini mengejutkan banyak pihak kerana pendekatan Ustaz Azizan berbeza dengan kerajaan negeri yang terdahulu. Dan sikapnya ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada rakyat keseluruhannya," kata Helmi.
DARUL AMAN
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Rabu, 26 Mac 2008
MB Kedah tolak peruntukan pagar kediaman, elak kepentingan peribadi
Posted by Student UTMKL at 12:43 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan