"Mengambil tindakan mengoyakkan gambar Tan Sri Rashid walaupun sebagai gimik merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh diterima. Tindakan itu memang melampau dan kalau ada undang-undang boleh mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, ia perlu diambil."
ImageDemikianlah reaksi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi terhadap tindakan pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang baru-baru ini telah bertindak mengoyak gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman di hadapan para wartawan semasa satu sidang akhbar.
Sudah pastilah tindakan tersebut bersebab, dan takkanlah bertindak demikian juga bertentangan dengan undang-undang? Sudahlah hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun dikekang dan disekat, bertindak mengoyak gambar pun mahu diambil tindakan. Ini mengalahkan kerajaan diktator kuku besi!
Pastinya tindakan mengoyak gambar sesiapa pun yang hidup atau yang mati adalah melampau dan memang boleh dianggap biadap. Soalnya, mengapa tindakan itu dilakukan? Menurut salah seorang penggerak Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad, tindakan tersebut diambil kerana Rashid selaku pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya telah gagal, malah menghalang usaha-usaha untuk mereformasikan sistem pilihan raya dalam negara.
ImageTambah Dr Dzul lagi, beberapa tuntutan utama Bersih masih tidak dipedulikan termasuklah menghapuskan undi pos, melanjutkan tempoh berkempen dan memberishkan daftar pengundi. Justeru, tindakan mengoyakkan gambar beliau itu adalah simbolik kemarahan Bersih yang mewakili rakyat Malaysia, terhadap beliau dan SPR.
Biadapkah tindakan itu?
Rashid baru-baru ini menggesa parti-parti pembangkang agar tidak menyertai pilihan raya jika tidak percaya kepada beliau dan SPR. Jadi, siapa yang lebih biadap? Sebelum itu Rashid telah menghina Presiden PAS yang katanya berserban besar tetapi berbohong; siapa lebih biadap? Rashid juga pernah mendakwa bahawa PAS merasuah para pengundi dengan syurga; siapa lebih biadap?
Kalau Abdullah juga bersekongkol dengan Rashid, maka beliau pun sama seperti Rashid. Kalau Bersih mengoyak gambar Rashid kerana protes terhadapnya, rakyat pula perlu bangun menolak BN sebagai protes menolak Abdullah dalam pilihan raya umum nanti. Biadapkah rakyat?
utmkl biadap 08'
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Isnin, 4 Februari 2008
Apabila rakyat mula biadab
Posted by Student UTMKL at 8:51 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan