Dalam arus negara yang sedang menuju kearah kegemilangan, haruslah mempunyai sifat dinamik dan progresif tehadap permasalahan rakyat. Rakyat merupakan elemen penting dalam sesebuah negara selain wilayah, perundangan dan pemerintahan. Bahkan jika melihat kepada elemen-elemen tersebut ianya berkaitan secara langsung dengan rakyat yang pastinya bertujuan untuk memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat sepenuhnya.
Satu daripada banyak fungsi sesebuah kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat jelata. Jika kita melihat dalam pemerintahan Islam, ekonomi mempunyai tiga ciri penting iaitu kestabilan peruntukan dan pengagihan. Jika kita menganalisis perkara ini dalam sebuah kerajaan Hadhari Malaysia adakah ketiga-tiga fungsi ini berfungsi secara optimum.
Dalam peruntukan sumber dan pengagihan hasil negara , contohnya dalam Dasar Pertanian yang dipopularkankan kembali,. Adakah kerajaan yang ada sekarang sedar petanian dimonopoli oleh tauke-tauke besar dari satu kaum tertentu, mereka yang sedia kaya inilah lebih mendapat nikmatnya kerana “pinggan†mereka besar. Pertanian mereka berskala besar.Kehidupan petani tradisi (melayu/bumiputera) tetap tidak merasakan apa-apa kesan dari pengagihan ini selain benih subsidi dan baja subsidi. Sama seperti sebelum karidor-karidor pembangunan diperkenalkan. Ini jika kita bercakap mengenai peruntukan dan pengagihan. Dua fungsi kerajaan dalam ekonomi. Akhirnya akan wujudkah kestabilan(fungsi yang ketiga)?
Jika kita mengambil kronologi peristiwa yang melibatkan keluh resah rakyat dalam satu sela masa yang agak pendek dengan bermulanya piket yang dilakukan oleh Kesatuan Sekerja(MTUC) sehinggalah countdown tahun baru 2008 yang disambut dengan “pemansuhan yuran†seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia benar-benar menyedarkan golongan pekerja sekaligus ibu bapa dan sekaligus juga rakyat malaysia bagaimana pentingnya sebuah kerajaan berkebajikan.Ini belum ditambah dengan demonstrasi kenaikan harga minyak, harga barang dan sebagainya.
Bagaimana MTUC yang mendesak pihak kerajaan memwujudkan dasar gaji minimum dan elaun sara hidup(COLA), tetapi dengan angkuhnya Perdana Menteri menjawab tindakan dan tuntutan mereka boleh menyebabkan pelabur asing lari. Persoalannya, benarkah pelabur asing lari disebabkan terpaksa membayar gaji minimum kepada pekerja di Malaysia atau ranking daya saing pekerja Malaysia merudum ke bawah. Persoalan lain juga yang harus ditimbulkan, haruskan dibiarkan pelabur kapitalis asing memerah tenaga rakyat negara kita dengan ganjaran yang tidak setimpal.. Pemimpin harus menjawab persoalan ini secara jujur bukannya memutarbelit fakta bahawa Malaysia ranking ke-6 di dunia.
Dalam melusuri hati nurani rakyat marhaen, keluhan ibubapa yang merasakan mereka “diperbodohkan†berkenaan pemansuhan yuran seperti yang diumumkan benar-benar meruntun hati nurani.. Hal ini jelas menunjukkan rakyat dipermainkan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan sekarang ini. Rata-rata ibubapa terutamanya di kampung-kampung mulanya berasa lega dengan pemansuhan yuran seperti diumumkan dalam bajet 2008. rupa-rupanya yuran tersebut (RM4.50 untuk sekolah rendah dan RM9.00 bagi sekolah menengah) yang tidak diketahui sebelum ini kewujudannya digandakan lagi dengan yuran maintenance dan selenggaraan sanitary. Pemansuhan yuran sepenuhnya hanya akan benar-benar berlaku dalam sistem pemerintahan Negara berkebajikan.
Pemansuhan sepenuhnya yuran sepatutnya telah berlaku sejak dahulu lagi, disebabkan dengan pemborosan yang dilakukan oleh kerajaan dalam pembelian dan perbelanjaan barangan, perkara ini mereka berasa berat untuk laksanakan. Ini boleh dirujuk kepada laporan ketua audit negara. Belum lagi ditambah dengan komisyen pembelian kapal-kapal perang dan kapal selam yang dikaut oleh agen-agen kroni bernilai ratusan juta. Semua ini berlaku dalam kementerian pertahanan.
Eksperimen negara berkebajikan ini telah berjaya dilakukan oleh AKP di Turki dan Hamas di Palestin. Sehinggakan di Palestin, Hamas menguasai hampir keseluruhan badan-badan kebajikan di sana. Sehinggakan desakan dari Amerika dan sekutunya Israel supaya menyekat bantuan kepada badan kebajikan yang pro Hamas tidak berjaya. Jika menyekat bantuan kepada badan kebajikan yang pro Hamas bermakna mereka menyekat semua bekalan untuk rakyat Palestin.
Trek rekod Pas dalam mewujudkan negeri berkebajikan berjaya dibuktikan oleh Kerajaan negeri Kelantan. Berbagai skim yang diperkenalkan sehingga ditiru oleh beberapa negeri yang diperintah oleh BN dan kerajaan Pusat sendiri. Antaranya cuti bersalin selama 60 hari, Cuti bekerja dua hari seminggu telah lama dilakukan, berbelas tahun lebih awal dari kerajaan Pusat. Skim armalah yang membantu ibu-ibu tunggal, takaful Kifalah sejenis takaful yang didaftarkan secara automatik bagi warga emas yang berumur 60 tahun keatas, skim takaful ini ditiru oleh kerajaan negeri selangor bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo baru-baru ini dengan nama skim Jasamu(sudahla meniru kemudian mengaku satu-satunya di Malaysia) Jihad ternak bagi membantu golongan muda yang meencebur diri dalam perternakan, program Ladang Rakyat yang ditiru oleh kerajaan pusat dengan nama yang sama. Apabila kerajaan negeri menjadikan kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara, paklah datang ke Kelantan memperkenalkan Terminal Makanan Negara.
Tawaran Pas kepada rakyat berkenaan negara berkebajikan ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Rakyat khususnya pengundi-pengundi haruslah menggunakan peluang yang tersedia untuk merubah halatuju negara. Parti itu sudah terkeluar dari kepompongnya dari bercakapkan soal hukuman dan undang-undang semata-mata kepada kebajikan yang hendak diberikan kepada rakyat. Negara berkebajikan juga merupakan salah satu dari ciri-ciri negara Islam. Ini dapat dilihat dalam Dokumen Negara Islam Pas."lalang tak perlu ditanam, padi jangan biar tidak berbaja"
KUNCI BILIK
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Rabu, 13 Februari 2008
Negara Berkebajikan vs Negara Berkeuntungan.
Posted by Student UTMKL at 3:13 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan