Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Khamis, 25 Oktober 2007

Jamuan SPECIAL di Hari Raya


Atas nama sambutan hari raya dan rumah terbuka Universiti Teknologi Malaysia City Campus tidak terkecuali merayakan perayaan tersebut. Sambutan dari pihak pelajar amat mengalakkan sehinggakan orang ramai beratur panjang mengambil makanan. Diserikan dengan lagu yang bertemakan hari raya yang menambahkan keserian perayaan yang asalnya merupakan perayaan agama telah bertukar menjadi perayaan budaya dan etnik masyarakat majmuk Bukan kemeriahan itu yang hendak dibincangkan disini, tetapi ada beberapa perkara yang dirasakan penting dan perlu untuk diketengahkan.

Kemeriahan majlis tersebut “diserikan” lagi dengan “menu” yang julung-julung kali dihidangkan. Sempena sambutan jamuan hari raya kali ini kita dapat lihat perkara “pelik” yang tidak pernah “ditayangkan” kepada tetamu sempena sambutan hari raya sebelum-sebelum ini,menu ini sudah biasa pada majlis-majlis rasmi yang lain seperti malam penutup Pesta Hari Terbuka Kolej Pertama.(PRISMA 07) Karnival Kolej Kedua (Jumbara 07) dan majlis rasmi yang lain.
“Menu” pada tahun ini ditambah dengan satu menu istimewa yang kononnya satu-satunya budaya yang masih wujud di digalaksi yang kita diami ini.

Penulis tertanya-tanya hanya inikah budaya bangsa yang kita ada? Hanya tari menari sajakah yang boleh diketengahkan hingga keperingkat antarabangsa? Kalau kita lihat asal usul tarian jenis ini bukannya merupakan budaya masyarakat melayu pada asalnya. Tarian yang diimport tanpa “cukai” dari masyarakat jahiliah timur tengah ini diangkat martabatnya menjadi tarian agung di alam melayu ini. Tetapi malangnya atas maklumat yang kabur . puak-puak nasionalis mengaku tarian ini yang mereka punya dan harus diperjuangkan atas nama seni budaya agung.
.
Mungkin juak-juak Nasionalis mempertikaikan tulisan ini ”ni la melayu bodoh pasal seni budaya! seni sendiri pun kutuk”. Tetapi itulah realiti fahaman nasionalisme; kepentingan budaya bangsa dan negara melebihi kepentingan agama. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan tarian zapin ini, perluaskanlah selagi boleh, tetapi yang menjadi masalahnya ada perilaku dan “adegan-adegan” yang bercanggah dengan nilai-nilai agama, Apa salah kiranya pelaksanaannya menepati budaya nilai(value culture) masyarakat Malaysia, iaitu berpegang kepada nilai-nilai agama yang utuh. Zapin itu sendiri merupakan budaya material(material culcute) bagi sesetengah masyarakat melayu Malaysia. Bila timbul kontradiksi antara value culture yang baik dan material culture yang terhegeh-hegeh: maka, jelas kita perlu mempertahankan value culture yang baik tersebut.

Izinkan penulis mendefinasikan budaya itu sendiri mengikut apa yang penulis pelajari secara ringkas, “budaya merupakan sesuatu yang kukuh di dalam diri sesorang yang akan menyebabkan mereka menzahirkan perkara tersebut secara tidak terpaksa dan nampak terpaksa” Budi akan mendayakan diri untuk melakukan secara kebiasaan dan tidak nampak dibuat-buat. Maka, jika dibuat-buat juga; ia juga merupakan satu budaya iaitu budaya suka membuat-buat (budaya hipokrit). Jika puji yang dibuat-buat ia merupakan budaya mengampu. Kedua-dua budaya ini hidup subur dalam UMNO.

Kembali kepada tajuk kita…
Adakah budaya namanya jika terinjak-injak menari bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram secara bebas dengan wangian dan mekap yang tebal, dengan pakaian yang berklip-kelip.?mungkin juga kita akan mendengar “Apa salahnya, kami bertudung, tutup aurat” TETAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA PERGERAKKAN PEREMPUAN YANG TERGEDIK-GEDIK ITU SALAH SATU DARI AURAT YANG WAJIB DITUTUP.

Jika kita kembali kepada takrif budaya diatas ada beberapa jawapan yang sesuai;

1)Bagi si penari dan penganjur, memang ini merupakan satu budaya; budaya yang mereka anggap boleh memamartabatkan maruah bangsa supaya agung diarena antarabangsa. Tetapi mereka tidak sedar budaya ini mampu mengundang dosa dan bala dari Allah S.W.T.

2)Bagi sang pelajar ”Ini bukan budaya kami”. “kami tak nak tengok pun”.”apa benda tu, tengah hari, panas-panas nak menari jugak””janji perut aku kenyang”Memang betul, dari pemerhatian penulis,pelajar tidak menghiraukan tarian-tarian tersebut.

3)Bagi sesetengah pemimpin dan pembesar, ini memang budaya kami. Buktinya kita dapat lihat sejak zaman dahulu lagi, tarian dan istana tidak dapat dipisahkan. Malahan di akhir pemerintahan melayu melaka pun tarian ini semakin rancak, sehinggakan negeri sedang berperang pun masih ada majlis tarian dan arak (rujuk novel 1515 karya Faisal tehrani).

Adakah ilmu menjadi budaya pada hari ini dikalangan mahasiswa khususnya? Usahlah berbangga dapat menggapai angkasa lepas andai dibumi masih pincang budayanya. Berbanggakah kita jika hanya budaya yang berbentuk material (gasing, kuih bangkit, rendang lemang, ketupat dan baju batik )dibawa ke anggkasa lepas jika di bumi budaya nilai yang baik(berani, tegas, menyatakan kebenaran,sopan santun,hormat orang tua,jimat cermat, menuntut ilmu, amalkan ilmu dan sebagainya) kian terhakis.digantikan dengan budaya(pengecut,fitnah,hipokrit,mencarut,lepak, seks bebas, gangster, buli rempit dan sebagainya) jelik. Pelik rasanya jika pusat ilmu tetap menjana hiburan yang tidak menepati peraturan persembahan.

Cukuplah Jasmin Ahmad dan Syarifah Amani dengan GUBRAnya yang gabra itu menjadi pengajaran kepada kita semua”if bikin filem mencemarkan budaya lets make if often”.

-Kunci Bilik.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm...

jamuan hari raya ye...atau jamuan maksiat..

baik tak yah buat la jamuan kalau di sajikan dengan benda2 maksiat..

aku harap2 mpp0708 yang baru nie ubah lah bumi kampus kita..aku dah tak sanggup hidup dalam bumi kampus yang penuh dgn maksiat..

aku tak sabar2 nak hidup dalam cahaya Islam yang sebenar..baru balaja masuk skit..nie kuar bilik je terus dapat dosa,macam mana pelajar kat utm nak cemerlang...hapuskan maksiat kat kampus kita k...

Tanpa Nama berkata...

gkepada HEP korang hanya manusia biasa..tak hebat mane pun korang..jgn nak cabar ALLAH s.w.t

boleh sakit korang nanti..

jgn nampak pada pakaian je elok tapi perangai hampeh nak2 yang pakai sampin hari tue..insaf la k..

sebelum nyawa ke hujung halkum bertaubat la k..

aku just nasihat je

Tanpa Nama berkata...

"AKU NAK KAT CITY CAMPUS TAK DE LAGI PROGARM YANG BERUNSUR MAKSIAT OK.."KATA HEP


AGAK2 BOLEH TAK HEP BUAT CAM TUE YE?MESTI MUSTAHIL KAN!!!!..DAH NAMA BALACI UMNO!!!!

KAT DUNIA BOLEH R NAK TUNJUK HEBAT..INGAT R,MAKHLUK TAK DE KUASA WEI..JGN NAK TAKUT KAN ORG R..INGAT SKIT,ORG YANG DIZALIMI DOA MEREKA TIADA HIJAB TAU

Tanpa Nama berkata...

salam...aku pn pelik...yg orang menari 2 pn bodo...rela menari tgh2 panas x pakai slipar wt maksiat...x ke bongai namenyer tu....klu beribadat cam 2 xpe...ak pn dah bosan la...ak harap2 mpp bru dapat ubah sume ni...yg aku thu skang sharil la orang paling x suke ngn mpp skang...die tkut penyelewengan yg die wt mpp dedahkan....sharil mmg x patut langsung ada kt utm ni...sbb die la...student hancur...sharil mmg x sdr dr btul....aku tempeleng jgk kang...

Tanpa Nama berkata...

abis la utm yang ku sayang ni da mula tersebar virus maksiat macam u lain..ia lah orang atasan pun wat program maksiat apa kan lagi agen2 dia(hep) terutama en.Tutttt..dia la pengerak utama virus ni tersebar patutla ramai student kena tendang sbb pelajar da tak berkat da kena virus mereka.... tak pa nantikanlah dan saksikanlah akan ada datang pemburuh virus biar sampai akar umbinya menjadi BERSIH..