Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Selasa, 2 Oktober 2007

PEMILIHAN MPP UTM City Campus SESI 2007/2008


2 Oktober 2007 merupakan Hari Pembuangan Undi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Lebih daripada 82 peratus pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) City Campus telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.

Di UTM City Campus, seramai 12 orang calon bertanding merebut 5 kerusi umum UTM City Campus dan 19 orang calon merebut 10 kerusi umum UTM, Skudai.

Kiraan undi dijalankan bermula jam 6.30 petang dengan dibantu oleh 110 orang petugas termasuk pemerhati yang terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih.

Keputusan penuh pemilihan MPP UTM sesi 2007/2008 bagi kerusi Umum UTM Skudai telah diumumkan pada jam 10.30 malam dan 11.30 malam keputusan untuk Kerusi UTM City Campus oleh Y.Bhg. Prof. Ir. Dr Azhari Mohd Salleh, Dekan Kolej Sains dan Teknologi (KST). Turut hadir memantau kiraan undi pada malam tersebut adalah Y.Bhg. Prof. Dr. Hamdani bin Saidi, Pengarah Kampus, UTM City Campus, Kuala Lumpur.

Menurut Prof. Ir. Dr. Azhari, beliau gembira melihat sambutan yang diberikan, walaubagaimana pun beliau turut mengingatkan setiap pelajar supaya menitikberatkan budaya sihat apabila berpolitik di dalam kampus. Beliau juga amat berterima kasih kepada pelajar dan staf yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa melaksanakan tugas.

Berikut adalah keputusan pemilihan MPP UTM City Campus bagi tahun 2007/2008 mengikut undian tertinggi.

Nurul Amaliyana bt Awang 2DDA
Mohd. Azami bin Zokerefli 2 DDA
Mohammad Zaim bin Mustapha 2 DDK
Mohd. Ridzuwan bin Yaacob 2 DDP
Mohd Zaki bin Haron 2 DDJ




-- Koresponden BKS Zaharah Binti Ahmad yang menyumbangkan laporan ini dari sumber Canseleri, Unit Perhubungan Awam, UTM CityCampus, KL

Tiada ulasan: