Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Selasa, 23 Oktober 2007

Mengapa TV3?


Jika kita boikot rtm, akankah ada perubahan?Kalaupun tidak ada manusia lagi yang menonton rtm,rtm akan terus hidup kerana ia media milik kerajaan.Pastinya duit rakyat akan digunakan untuk menghidupkan rtm.Tetapi tv3 berbeza.Tv3 bergantung kepada syarikat media prima sebagai sumber modal untuk beroperasi.Syarikat seperti tv3 memerlukan sokongan terus daripada penonton, dengan itu banyaklah syarikat lain yang menggunakan khidmat tv3 sebagai tapak iklan.

Kita mungkin tidak menggunakan tv3 untuk mempromosikan sesuatu.Tetapi dengan menonton tv3, secara tidak langsung ia akan menggalakkan syarikat lain untuk mengiklankan syarikat atau produk mereka di tv3.Dengannya pendapatan tv3 akan bertambah dan mulalah tv3 naik tocang!

Pada permulaan, kita memerlukan fokus untuk kempen ini.Fokus kita ialah tv3.Bukan tv7, tv8 atau tv9 walaupun dibawah syarikat induk yang sama.Fokus inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Niat kita bukan untuk meranapkan bisnes mereka.Niat kita ialah supaya mereka sedar, tampa penonton siapalah tv3.Bukannya tampa tv3 siapalah penonton!

Kita mengharapkan perubahan.Kita mengharapkan kebebasan dan kualiti media itu dikembalikan.Kita mengharapkan mereka professional dalam kerjaya mereka dan tidak hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk!

Sebarkan logo diatas ke setiap blog, web portal, dan dimana sahaja anda berada...

1 ulasan:

sss berkata...

tp syg... tv3 masih takut dan ragu2 untuk mennonjolkan dirinya sbg dunia prima.. yang berani berdiri atas kaki sendiri.. d sebabkan... penyumbang terbesar program2 tv3 adalah dr kerajaan sendiri.. sekiranya mereka(tv3) memberhentikan untuk bergantung dengan kerajaan sendiri alamatnya bangkrup la.. kami... atau pun lesen utuk media tv3 ditarik balik... ingat boleh senagn aja.. ka mau bikot kita olang(tv3)