Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Isnin, 1 Oktober 2007

MAHASISWA CETEK ILMU @ MPP LESU??

Sedar ataupun tidak kita telah berada dalam minggu Pilihan Raya Kampus (PRK) dan hari ini genap hari yang ke 5 calon-calon melancarkan perang poster semenjak penamaan calon pada 26hb september yang lalu. Suasana penamaan calon di UTMKL ini amat suram dibandingkan dengan Universiti-universiti yang lain. Bahkan tidak ramai yang tahu dan mahu mengambil tahu tentangnya. Jika kita lihat Universiti Malaya heboh dengan poster-poster dan banner bagi menyokong calon masing-masing samaada dipihak Pro Mahasiswa atau Pro Aspirasi, begitu juga hangatnya situasi di UKM, UIAM, UPM dan lain-lain.Bahkan wartawan-wartawan media dari pelbagai lapangan datang untuk lebih mehangatkan suasana dan sudah tentu untuk menghangatkan akhbar atau berita mereka untuk keesokan harinya.. Melaui pengamatann saya, tidak melebihi 10% mahasiswa UTMKL yang tahu tentang hari bersejarah tersebut.Ini amat menyedihkan. Nampknya mahasiswa UTMKL masih belum merdeka dari penjajahan minda semasa Minggu Haluan Siswa. Mereka masih ditakuk lama. Masih seperti pelajar MHS yang tersesat jalan didalam kampus dari DK5 ke blok S..Namun perjuangan perlu diteruskan. Calon-calon tetap dengan pendirian untuk merebut 5 jawatan yang sebenarnya penting selama ini bagi membela nasib mahasiswa. Malangnya,jawatan tersebut dijajah selama 2tahun..Ingat semua mahsiswa UTMKL, kita dijajah selama 2 tahun tanpa tempat mengadu, bergantung dan tempat menemui hak masing-masing. Tetapi penjajahan yang paling zalim ialah apabila kita sendiri tidak tahu kita dijajah. Bayangkan dengan hanya beberapa ketul ayam KFC maruah kita terus dijajah, kesedaran yang hadir sebentar cuma terus-terusan dijajah.Sedarlah mahasiswa, tinggikan prinsip dan maruah kita. Maruah mahasiswa, supaya kita tidak terus melarat dengan rasuah dan riba’ apabila berada diluar sana. Diluar yang lebih zalim godaannya. Diluar yang penuh tipu dakyahnya.

Walaubagimanpun syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya bertanding julung-julung kalinya pada tahun ini. Mereka ialah :

1. Mohd Azami bin Zokerefli 2DDA -CALON PERSENDIRIAN
2. Mohd Za’im bin Mustapha 2DDK -CALON PERSENDIRIAN
3. Mohd Rizuwan bin Yaakob 2DDT -CALON PERSENDIRIAN
4. Muhammada Zaki Haron 2DDJ -CALON PERSENDIRIAN
5. Adib Hazwan bin Halim 2DDJ -CALON PERSENDIRIAN
6. Mohd Airil Syah bin Nordin 2DDB -CALON PERSENDIRIAN
7. Umi Khalthum Binti Md. Isa 2DDC -CALON ASPIRASI
8. Muhammad Amir Afiq bin Lokman 2DDV -CALON ASPIRASI
9. Mohd Nizam bin Mazenan 2DDC -CALON ASPIRASI
10. Muhammad Azri bin Marzen 2DDB -CALON ASPIRASI
11. Nur Amalina bt Awang 2DDA -CALON ASPIRASI
12. Aiza Elyana bt Azri 2DDG -CALON PERSENDIRIAN

Persaingan yang sengit berlangsung pada tahun ini setelah UTMKL kemurungan selama 2 tahun. Nampaknya anjakan paradigma yang berlaku begitu pesat sekali. 7 daripada calon akan tersingkir selepas pembuangan undi pada 2 oktober nanti. Dengan adanya banyak pilihan yang diberi, semua mahasiswa di seru memilih yang paling berkualiti sebagaimana apabila kita hendak membeli barang. Malah tepatnya ia lebih berat daripada itu, kita perlu memilih pemimpin, maka pilihlah yang sebenar-benar layak..pilihlah yang dapat menegakkan yang benar dan menongkah yang batil, bukan menjadi pak turut alam dan sekeliling..kerana apa???kerana mereka adalah wakil kita, wakil bagi mahasiswa UTMKL. Jika wakil yang dipilih buruk akhlaknya, rendah moralnya, lesu fikirannya dan lambat pergerakkannya, maka semua mahasiswa UTMKL akan terpalit nilai-nilai tersebut.. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Malah lebih buruk lagi pemimpin tersebut tidak dapat berbuat apa-apa sehingga berakhirnya tempoh kepimpinan mereka. Amat malang bagi kita jika keadaan tersebut berlaku, sepertimana yang berlaku 2 tahun sebelum ini. Diharap pisang tidak berbuah bagi kali yang ketiga, kerana pisang tersebut hanya menghasilkan buah yang busuk. Buah yang tidak memberi manfaat langsung. Malah jika dicampak kepada beruk pun akan dibuangnya. Tebang sahaja pokok tersebut dan tanamlah yang baru, yang berkualiti asasnya, maka nanti akan eloklah daun, batang, buah dan keseluruhan miliknya. Langsung, tanaman-tanaman renek disekeliling juga boleh menumpang hasil.

Wahai mahasiswa UTMKL sekalian,

Nampaknya semua calon telah menghumban pelbagai janji manis untuk meraih undi. Melalui pemerhatian saya, isu-isu yang diketengahkan semua calon sangat berkait rapat dengan masalah dikampus. Berkaitan kelengkapan kolej la, masalah lif la, masalah penempatan, bas dan byk lagi isu lapuk yang diketengahkan dan ini menyebabkan saya dapat menilai pemikiran calon yang sangat sempit dan tertutup. Tidak dinafikan isu-isu didalam kampus sangat penting dan keutamaan tapi dimanakah isu-isu selanjutnya?? Isu didalam Negara, isu diluar Negara?? Kemanakah perginya??Nampaknya calon-calon hanya berfikir untuk jangka masa pendek dan diruang lingkup mereka sahaja. Yang duduk di kolej kedua hanya mengemukakan isu kolej kedua begitu juga yang dikolej pertama. Tidak habis-habis dengan isu bangunan nak roboh..memangla nak roboh tapi xkanlah pihak Universiti bangang sangat xfikir masalah pelajar. Sebetulnya, perkara ini bukanlah sesuatu isu yang sangat-sangat penting yang perlu diketengahkan calon-calon, dan ini tidak bermaksud isu tersebut adalah remeh. Ingin saya bertanya, bagaimana dengan isu luar yang lebih kritikal??sebagai contoh baru-baru ini kita lihat betapa tragisnya adik kita yang disayangi NURIN diperlakukan dengan kejam. Pada ketika isu ini di perdebatkan, dimana suara mahasiswa??adakah hanya sekadar membaca dan tumpang bersedih?? Memanglah ini tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa tapi sebagai mahasiswa kita perlu bersuara. Tunjukkan kebencian kita pada masalah ini. MPP perlu panggil semua mahasiswa berkumpul dan luahkan ketidakpuasan hati dan gesa kerajaan memberikan hukuman yang seberat-beratnya pada penjenayah terbabit. Barulah mahasiswa dipandang tinggi, menjadi agen kepada masyarakat. Isu ini isu masyarakat, isu rakyat, perlu diambil berat..kerana apa???kerana kitalah pemimpin masa depan..kita..kita dan kita..bukan orang yang tidak lulus SPM yang akan menjadi menteri. Kitalah yang perlu bantu kerajaan, lahirkan ketidakpuasan hati pada rasuah contohnya. Ini sangat penting untuk kesejahteraan bersama tidak kira apa bangsa, agama, bahasa, atau fahaman.

Jika kita lihat mahasiswa dizaman 70 dan 80-an, mereka sangat aktif, menjadi suara kepada masyarakat, dipandang tinggi dan dihormati. Apabila berlaku sesuatu masalah dikampung misalnya, siapa yang dicari untuk bersuara dengan pak menteri?? Siapa lagi, kalau bukan mahasiswa..kerana apa? Kerana mahasiswa pada masa itu sangat dekat dengan isu masyarakat disamping isu-isu mereka didalam kampus. Bahkan ramai daripada mereka yang menjadi orang-orang besar pada ketika ini. Tidak perlu saya senaraikan nama-nama tokoh terbabit kerana semua telah sedia maklum, bahkan bekas PM kita sendiri semuanya dari kalangan pemimpin mahasiswa satu ketika dahulu. Disinilah sebenarnya peranan mahasiswa yang kita harapkan akan kembali gemilang. Jika MPP yang dipilih berfikiran sempit, tidak hairanlah semua mahasiswa kini berfikiran seperti katak didalam gelas, dengan pemikiran kelas bawah yang sempit,lesu, mandom, dan dipandang remeh. Bahkan
boleh dikatakan pak cik Abu yang selalu minum teh tarik di kedai kopi sambil bermain dam lebih kedepan dalam isu potik, sosial dan ekonomi Negara (kerana kerap mebaca surat khabar selepas minum teh) berbanding mahasiswa. Begitulah kesan tragic apabila pemimpin yang dipilih tidak sebenar-benar pemimpin, maka dengan ini benarlah kata pepatah China, busuk ikan bermula dari kepalanya
( maksudnya busuk rakyat@ mahasiswa bermula dari pemimpinnya.)

Rakan-rakan mahasiswaku yang dikasihi sekalian,


Jadi apa tunggu lagi??Bangkitlah, lakukan perubahan sekarang, segala kuasa ditangan anda. Daripada kesemua calon yang tersenarai maka selidiklah prestasi, akhlak dan asas perjuangan mereka sebelum membuat pilihan. Jangan tunggu sampai esok, bertindaklah sekarang. Semoga Mahasiswa Gemilang kali ke2..Selamat mengundi..:)

SISWI PEKA 07

2 ulasan:

admin_webaktivisme berkata...

slm.... walau pun pak abu minum kopi di gerai roti canai india.... pemikiran dia masih lagi dipengarusi... isu yang membanggakan umno .. disebabkan isu yang terdapat dalam media massa malaysia dipengaruhi,dikuasai,ditekan,dikongkong oleh kuasa-kuasa yang berkuasa siapa lagi bukan umno.Kita ambil kes altas tangan altantuya contohnya,walaupun kita tahu pengeluaran bom adalah berkuasa penuh atas tangan menteri pertahanan... semua sepeti menutup mata seperti tak ada kena mengena dengan najib tun razak, mengenai bendera malsia di bakar oleh pengikut pas sewaktu mendengar ceramah.. semua rakyat malaysia dipengaruhi oleh kelakuan mengedit gambar.. sehinggakan pm sendiri mengulas mengenai gambar yg telah diedit... apa ka bodoh sangat pm kita hari ini... telah ditipu oleh gambar yg telah diedit... hidup united blogger... suara mahasiswa utmkl.. patut di perluaskan... insyallah dlm sedikit masa lagi... sy akan publishkan link suara_mahasiswa ke seluruh blogger aktifistisme malaysia... wallahualam

Tanpa Nama berkata...

PRK UTMKL je yg len dari yg len