Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 26 September 2008

Pro-Aspirasi UTMKL Hilang Pegangan

Alhamdulillah pertamanya bersyukur kehadratNya. Semakin hari semakin meruncing keadaan UTMKL, tidak kira mahasiswanya sendiri dan pentadbiran UTMKL. Pertamanya UTMKL nampaknya kali ini bermain dengan peperangan yang agak sengit diantara PRO-M dan PRO-Aspirasi. Penulis disini dapat melihat apabila Pro-Aspirasi yang sudah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri di bumi UTMKL. Kebanyakan dari pakatan mereka sudah menjauhkan diri kerana mereka sudah sedar akan kebobrokan yang akan dilaksanakan oleh Aspirasi. Ini semua dilihat apabila Presiden Kolej ke-2 yang tiba-tiba menerajui Pro-Aspirasi selepas kekalahan beliau pada PRK yang lalu menampakkan kegilaan kuasa pada pandangan pakatan-pakatan presiden persatuan yang Pro-Aspirasi. Akhirnya kepercayaan mereka terhadap ketua mereka ini semakin merudum sejak ahli mereka yang baru-baru ini terkantoi apabila mengedarkan flyers dan mendapat liputan didalam harakah.Frany iaitu presiden PEMKA yang tercatat namanya pada post yang lalu dan telah mendapat liputan harakah akibat daripada mengedar flyer bagi pihak Aspirasi dikatakan cuba lagi memanjangkan isu kepada POLIS. Mana kekuatan mereka, mereka pandai sapu orang lain, tetapi apabila diri mereka disapu mulalah menyalahkan orang lain. Kalau benarlah Frany ini membuat report POLIS, sebenarnya dia membuat report supaya dirinya ditangkap ekoran flyers yang diedarnya. Begitu telus sekali. Banyak maklumat dibocorkan oleh pakatan mereka sendiri dan mereka semakin berpihak kepada Pro-M. Nampaknya cara yang digunakan oleh Pro-Aspirasi juga nampakkan kelainan sedikit untuk mengaburkan mata masyarakat kampus. Mereka secara tiba-tiba menggunakan pendekatan islam untuk menarik undi dari warga kampus. Nampaknya mereka sudah melihat kebenaran, tetapi ini menampakkan mereka hilang pendirian kerana mereka tahu bahawa Pro-Aspirasi tidak akan diterima lagi berikutan bapak mereka iaitu kepimpinan UMNO/BN diluar sana sudah menerima kegagalan didalam masyarakat. Blog yang diwujudkan oleh mereka juga menggunakan pendekatan lebih islamik. Pandai pula mereka bermain dengan pendekatan islam. Pro-Aspirasi yang diketua oleh Presiden Kolej ke-2 yang pernah suatu ketika dahulu didalam sebuah program telah menyatakan hasratnya untuk menjadi ketua pemuda UMNO. Inilah diantara bagaimana pihak HEP UTMKL begitu mempercayai beliau untuk menjadi ketua Pro-Aspirasi disini. Namun begitu, bukan presiden kolej ke-2 sahaja yang menjadi dalang kepada pihak HEP untuk memusnahkan kredibeliti mahasiswa disini, Mantan Presiden Persatuan Kejuruteraan Elektrik 06/07 yang dikenali sebagai BOB juga adalah diantara orang yang diberi kepercayaan oleh HEP untuk bersama presiden kolej ke-2 iaitu Azri Marzeen. Kami mahasiswa UTMKL ingin berpesan dengan Pro-Aspirasi supaya janganlah memperlekehkan MAHASISWA UTMKL. Jadilah MAHASISWA yang berjuang untuk MAHASISWA dan bukanlah hanya menjadi orang suruhan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan tertentu…
Wallahualam..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hinanya bangsa melayuislam yang bercita2 tinggi.. nak jd ketua pemuda umno.. buktinya, saudara semelayu islamnya yg memperlekehkan dalam blog.. Hinanya jd pro-a..anak umno/bn katenye.. Bile xislamic, jd bahan di lidah pewaris2 pakatan liberal pragmatik.. Tp bile cube jd islamic pon jd bahan depa.. Biasela sebok nak tunjuk sape lebih islam.. Alahai melayuislam ku.. Bile akan habis politik KAWANAN ANJING(sekadar meminjam term sasterawan muda Faisal Tehrani) ini...

someone berkata...

Hentikan kata-kata yang mengundang fitnah semata-mata..bukankah lebih baik berdiam diri dari berkata sesuatu yang tak pasti.fikir secara logiknya..kawan xpercaya kata2 yang tak berbukti..

Tanpa Nama berkata...

hahaha....da ucap syukur kepada tuhan...mulut pastu mgutuk..potong lidah laa wei...

Tanpa Nama berkata...

bapak poyo!!

Tanpa Nama berkata...

bodo!

Tanpa Nama berkata...

...zaki2...

Tanpa Nama berkata...

RPO DA KALAH..
PADAN MUKA...
2 LA, MAIN HEMBUS JER...
LAIN KALI TAPIS CKIT AYT KO 2...

Tanpa Nama berkata...

korang ni bodo laaa....ape ke hal pro aspirasi ke pro mahasiswa ke...korang tu student....ni pilihanraya untuk cari wakil pelajar....suara untuk kebajikan pelajar.....bukan utk wakil parti politik kerajaan or pembangkang...yg korang sibuk2 nak jadi wakil pembankang or kerajaan kat dalam pilihanraya kampus ni wat pe????bodo laaa korang ni???xpaham aku...time aku student xdak pulak istilah pro aspirasi ni sumer....biler istilah ni muncul pun aku xtau...hhuhuh....makin mengarut mahasiswa sknag ni....sibuk nak berpolitik.....apekehal????sepatutnyer pikir pasal kebajikan kawan2 korang....pikir mcm mane nak majukan diri korang sebagai PELAJAR....xpayah nak amik kira ideologi politik sempit masing2...