Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 24 November 2007

BAHANA "MAHASISWA PEREKA"..


Budaya hedonisme semmgnya sudah membarah dalam kampus UTMKL… malah boleh dikatakan pada ketika ini sudah menyebarkan virusnya mengjangkiti segenap hati dan pemikiran mahasiswa UTMKL! Belum usai isu tarian yg mencemarkan hari raya yang mulia, timbul pula jamuan maksiat yg DIREKA oleh PEREKA2 yang kononnya terlatih atas dasar SENI yang DIBINA dengan alasan meraikan kejayaan “KAMI MEREKA”.
Dengan hilai tawa “mahasiswi2” serta sorakan “mahasiswa”, tanggal jam 11 malam pihak kami tertanya2 apakah yg terjadi dikala kebanyakan mahasiswa sibuk menelaah untuk peperiksaan pada keesokan hari.. rupa2nya, persoalan kami terjawab dengan mata kepala kami sendiri apabila melihat segelintir “mahasiwa pereka” yang tidak kurang sibuknya memperkayakan lagi budaya hedonisme anjuran MEREKA. Pekikan gitar yang membingitkan dengan diiringi lagu barat yang sememangnya bukan budaya kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu menyebabkan ramai dikalangan kami tertanya2 bagaimana program seumpama ini diluluskan oleh pihak universiti? Adakah matlamat universiti ingin melahirkan penyanyi2 ala barat yang lansung tak berbakat bagi menyaingi Akademi Fantasia? Hairan dan pelik mengapa “mahasiswa2 PEREKA” ini tidak dipantau langsung oleh mana2 pihak? Sedih dan hiba mendengar jeritan dan pekikan mereka yang jelas dari masjid. Tidakkah mereka terfikir oleh keintelektualan mereka itu bahawa tempat maksiat yang diadakan adalah sangat2 hampir dengan rumah Allah? Di mana hilangnya rasa hormat dan pertimbangan akal yang Allah kurniakan? Sungguh tertipulah akal mereka umpama haiwan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.Mengapa dikatakan demikian??kerana Allah Taala berfirman :

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”
Surah al-a’raf, 179


Sekali lagi ditegaskan, ini bukan budaya kita!!! Jika mereka tidak mahu menilai dari aspek seorang Islam sekalipun, maka nilailah dengan pemikiran intelektual seorang mahasiswa. Adakah mahasiswa sebegini yang diharapkan boleh menjadi pemimpin2 masyarakat sedangkan mereka pula yang membawa barah dan virus kepada masyarakat dan menjadi bebanan kepada negara amnya? Layakkah mereka bergelar seorang mahasiswa yang kononnya akan membangunkan negara dengan segulung diploma sedangkan ia mungkin tiada ertinya dengan akal pemikiran yang sempit?
“Kami cuma berhibur melepaskan tension selepas abis exam dan berjaya siapkan assignment. Takkan itupun salah?” jelas seorang mahasiswa PEREKA yang turut sama dalam program maksiat tersebut. Sememangnya penulis tidak mengatakan hiburan itu salah, tetapi ia sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya mereka berhibur dengan cara seorang mahasiswa, bukannya seperti mat rempit, bohjan2, artis2 murahan,kutu2 jalanan atau yang sewaktu dengannya. Sedarlah mahasiswa sekalian, kita sebenarnya membawa imej dan contoh yang besar kepada masyarakat. Rosak mahasiswa, maka rosaklah institusi pendidikan tinggi di negara ini.Maka tidak hairanlah Universiti2 dinegara ini tada langsung dalam senarai Universiti terbaik didunia. Wahai mahasiswa PEREKA, Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lumpur yang dibawa oleh mahasiswa2 PEREKA ini telah terpalit kepada seluruh warga kampus UTMKL. Penulis menegaskan sekali lagi bahawa hiburan adalah tidak salah, malah digalakkan oleh Islam tetapi ia mestilah mengikut landasan dan batas2 yang disyariatkan.
Wahai mahasiswa sekalian! Sedarlah dari tidurmu yang panjang. Kita mendokong satu tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan pendidikan serta menjunjung ilmu itu sendiri. Tidakkah terfikir oleh kita bagaimana generasi akan datang sekiranya generasi kita sudah terleka dengan pelbagai hiburan? Fikir2kan… ilmu itu suatu yang bersih dan murni, bagimanakah kita tergamak untuk mengotorkannya dengan hiburan2 dan maksiat2 yang kita sendiri laksanakan? Panjangkan akalmu, pendekkan nafsumu.
Penulis bimbang apabila program seumpama ini diadakan bukan sekadar menularnya budaya hedonisme bahkan juga pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat melampau. Masih terngiang2 jeritan2 gedik yang jelas kedengaran datangnya dari Studio alam bina. Dari jauh penulis melihat pergaulan yang mesra di antara “mahasiswa dan mahasiswi PEREKA” yang kononnya “teman tapi mesra”. Sungguh menjijikkan bagi seorang yang berpaksikan syahadah pada hatinya. Terinagt penulis pada sepotong ayat Al-Quran :

“Katakanlah wahai Muhammad lepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka”

Dan dalam ayat yang lain pula :

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperliharkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” An-Nur, 31

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya. Dan kesedihan lebih berpanjangan apabila mahasiswa yang diharapkan menjadi pelapis kepimpinan Negara turut terjajah dengan budaya ini..
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).

Kepada semua warga kampus yang terbaca luahan kesedihan dari penulis ini, sedarlah dunia ini hanya fatamorgana semata. Jangan tertipu dengan nafsu yang menggoda.Hindarilah maksiat dengan cara apa sekalipun supaya setiap persoalan daripada Allah diakhirat kelak kita mempunyai jawapannya..Wallhualam..

Siswi Peka.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budak archi memang camtu. teruk nak mampus. wakaf diorang buat, diorang harumkan nama utmkl kat universiti lain. takde daripada diorang kena tangkap basah. budak course lain ramai. teruk kan budak archi.

Tanpa Nama berkata...

btul la..diorg mmg jahat sbb x kene tangkap..aku sokong! jahat....

Tanpa Nama berkata...

ermm betul tu. kami memang jahat.MALAH TERLAMPAU JAHAT. ye la kan, KAMI mana ada kes kena tangkap basah atau terlanjur macam pelajar kursus lain ataupun persatuan terutama berunsur AGAMA. lepas tu kami pula ade usaha cantikkan kawasan utm dengan menyumbangkan tenaga untuk membuat wakaf.makin bertambah jahat lagi bila kami juga harumkan nama universiti dengan memenangi pertandingan di perjumpaan pelajar arkitek di Universiti ISLAM MALAYSIA pula tu. ermm..betullah jahat kan kami ini.

Tanpa Nama berkata...

e eh....budak archi slalu je pergi subuh tiap2 pagi kalau buat kerja smpai pagi..tapi kan? selain pelajar2 arab luar negara dan pakcik2 imam utm tu mana pelajar-pelajar kursus lain yer? terutama yang duduk dekat aje dgn masjid tu....

Tanpa Nama berkata...

apa bukti korang semayang subuh? aku tak nampak pun? aku time tu tido.

Tanpa Nama berkata...

to 'siswa pekak'

your comment can best be described with one word

'ignorant'

so just shut up before you make an even bigger fool of yourself.

Tanpa Nama berkata...

siswa pekak mu lagi teruk diselimuti dengan kulit babi tika subuh berlalu.erm sangat menarik.nantikan la balasan Allah diakhirat kelak ye cik siswa PEKAK...tentang tangkap basah hanya Allah yang lebih mengetahui tentang kami.kamu yang yang memfitnah kami 2 cepat2 la bertaubat kerana doa orang2 yang dianiaya akan dimakbulkan oleh Allah dengan kadar segera.kepada siswi peka kalau betul anda ingin berdakwah bkn begini cara nye dengan mengaibkan saudara seagamamu sendiri.ini adalah cara musuh islam.jika betul anda ingin berdakwah datang kpd kami & tegur la ape yg silap.

Tanpa Nama berkata...

kt sini, bukan kita nk tuduh org tu teruk, org ni tak betul, org tu jahat, org ni salah.. tp amik PENGAJARAN!!!
jgn jdi mcm budak2... bila budak A mengata kat budak B, budak B ejek balik.. bila ditanya kat budak B kenapa ejek balik budak A, nanti die ckap, dah budak A ejek saya, saya ejeklah balik...
wah! kita MAHASISWA! MAHASISWA ISLAM!
kalau mcm ni perangai mahasiswa, baik tak payah jd mahasiswa..SEBIJIK MCM BUDAK2!!!

Tanpa Nama berkata...

And anyway, where did the writer get the photos from? Must be from someone of the 'Pereka' community's camera? (I have doubt about this) And is it that Islamic to judge anyone without trying to discover the truth? This is just so ridiculous.

Tanpa Nama berkata...

buat sekalian jiwa yang sedar..atau sesiapa shj yg sdg berfikir..sungguh tidak berpatutan sama sekali -siswi peka- begitu lantang menyuarakan pendapatnya tanpa mengemukakan ape2 bukti siasatan terhadap KAMI MEREKA..sungguh tak patut..
Tidakkah anda -siswi peka- terfikir yg anda harus memperbetulkan diri anda sendiri dulu sebelum anda membetulkan org lain..anda -siswi peka- tak terfikir ke kenapa siswa2 n siswi2 PEREKA tidak dpt menerima teguran anda tu?? jwpn nye..sbb teguran tu tidak dtg dari natijah yg sepatutnya..pernahkah anda -siswi peka- meletakkan diri anda di tempat MEREKA??hanya KAMI yang MEREKA yang memahami situasi KAMI itu sendiri..
fikir2 kn lah wahai -siswi peka-

Tanpa Nama berkata...

btol2..dak2 archi plg jahat seyh..diorg nie slalu mramaikn msjid..jahat gle seyh..dak2 archi nie design kompleks dewan sekolah agama al amin tanpa amek sbarang bayaran..jahat btol dak2 nie..dak2 archi nie da le slalu meramaikn masjid tym subuh, tman pokcik2 n foreigner2..bapok jahat dak2 archi..diorng da la xpnah de lgsung rekod kne tgkap bsah mcm kos2 laen..nmpak sgt diorang nie adalah dak2 archi yg sgt2 jahat..dak2 archi gak slalu kuarkn wit sendri tuk wut design2 tuk props pd program2 yg utm anjurkan n diorg xpnah dpt wlw 1 sen pn dr utm..jahat nk mampos..dak2 archi utmkl gak jahat sebab blajar n cbe mempraktikkan islamic architecture dlm kehidupan diorang,slalu di fitnah, dituduh, sbab diorng nie jahat..jahat sangat2 kn dak2 archi..tol x siswa bute? eh bisu, eh pekak,eh tuli..ishhk..jap2..siswa peka?.urmm..

Tanpa Nama berkata...

Anjing menyalak bukit,bukit tidak akan runtuh bermaksud orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
itu sahaja yg boleh dikatakan.Faham2 lah sendiri...kalau x faham....mahasiswa jenis ape kamu ni siswi peka....???

Tanpa Nama berkata...

yang penting dah tau sapa siswi peka tu. hehe..

Tanpa Nama berkata...

SALAM, LAMA XKUNJUNG BLOG NI, ALHAMDULILLAH WALAUPUN BYK KOMEN KONTRA DALAM ARTIKEL YG SY TULIS, TTP SY XKSH, HIKMAHNYA..HARAP SEMUA MENGAMBIL PENGAJARAN DILAIN WAKTU DAN LEBIH BERHATI2 DALAM SETIAP TINDAKAN..SYABAS KEPADA MAHASISWA PEREKA..TERUSKAN MEREKA YANG BAIK2 SHJ UNTUK KEMENANGAN ISLAM YE..JGN SEKADAR DIHATI BAIK TETAPI PRAKTIKAL NYA..WALLAUA'LAM..SEMOGA ISLAM GEMILANG KALI KEDUA..TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

siswi peka dah grad daaa... camne perubahan yang berlaku di bumi utmkl seperti yang dijanjikan tu?