Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Ahad, 2 September 2007

Kerajaan, jangan hanya berteriak dalam media sedangkan tindakan sifar!

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kerajaan yang ada pada hari ini hendaklah mengambil inisiatif dengan lebih giat seiring dengan tahap kemajuan yang telah dicapai saat ini.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily semalam menyatakan bahawa mahasiswa akan bersama kerajaan sekiranya kerajaan bersedia untuk mengubahkan segala dasar kerajaan yang bersendikan kolonialisme dan mengekalkan dasar-dasar Islam.

"Jangan hanya berteriak dalam media sedangkan tindakan sifar," ujar Presiden Gamis, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor mengingatkan semua pihak yang berkenaan.

Ujarnya, Gamis berpandangan inilah erti merdeka yang ingin dikecapi yang bukannya semangat yang hanya dilaungkan secara lantang semata-mata, malah dengan manifestasi melalui perbuatan dan tingkah laku berteraskan ajaran Islam.

"Janganlah hanya mendabik dada, berbangga dengan negara berbilang kaum melalui kebudayaan semata-mata, sebaliknya kerajaan mestilah serius untuk menjaga kebajikan rakyat," tegasnya.

Ujarnya, mutakhir ini kebejatan sosial yang kian membarah dengan budaya ketagih rokok di kalangan kanak-kanak seawal usia lapan tahun, kes murid tahun dua melakukan hubungan seks dalam kelas, ibu bapa yang tidak melarang anaknya bersedudukan dengan lelaki bukan mahram, ketagihan dadah, dan lain-lain mencemarkankan nama negara.

Tegasnya, kerajaan yang merdeka hendaklah menyahkan budaya kuning walau apa cara sekalipun, serius menghapuskan jenayah kolar putih seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, yang telah merugikan Negara sekaligus melaksanakan perlemabagaan berteraskan Islam

Beliau juga turut memberikan jaminan bahawa mahasiswa akan berusaha sedaya upaya dan akan melakukan apa sahaja bagi memerdekakan pemikiran mahasiswa daripada kongkongan penjajah.

Malah, Gamis juga dengan tegas menyatakan komitmen mereka untuk membebaskan seluruh rakyat Malaysia daripada bentuk penjajahan yang melampau ini.

Walau bagaimanapun, Dzul Khairi juga menekankan agar kerajaan jangan sesekali memperalatkan dan mempolitikkan mahasiswa

"Janganlah sekali-kali menghalang mahasiswa berpolitik kerana ia akan merencatkan proses pembinaan jati diri mereka yang bakal menerajui kepimpinan negara," ujarnya lagi.

"Saya mewakili kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan kepada seluruh warganegara, anak bumi Malaysia yang dikasihi sekalian," katanya.

Beliau mengharapkan agar kemerdekaan yang disambut ini dapat menjadi batu loncatan ke arah menganjakkan idealisme dan sinergi semua pihak supaya sentiasa energetik.

Beliau yang telah menghantar surat secara peribadi kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi menyatakan sokongan terhadap segala upaya Abdullah dalam usaha menghidupkan Islam.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa Abdullah untuk menghapuskan segala budaya dan gejala kuning yang tidak sihat.

Selaku Presiden Gamis, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada beberapa front mahasiswa dalam membela dan memperjuangkan isu mahasiswa

Dzul Khairi mengucapkan tahniah kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang telah mengadakan beberapa siri demonstrasi membantah penipuan Pilihan Raya Kampus (PRK) termasuk demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atas kejayaan mengumpulkan 500 mahasiswa menghantar memorandum kepada pihak pentadbiran universiti berhubung penyelewengan dalam PRK lalu.

Selain itu, saya tahniah juga kepada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang telah berjaya mempelbagaikan metodologi dakwah di kampus dengan penganjuran Temasya Sukan dengan kerjasama kumpulan Nasyid Raihan, serta mengadakan Forum Wanita dan 50 Tahun Kemerdekaan.

Ujarnya, mahasiswa akan terus giat berusaha dengan mempelbagaikan pendekatan untuk menggapai hakikat kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar./wann

DASAR ARPATHEID DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

Oleh ARDANI
Muka depan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kemenangan besar kumpulan Aspirasi dalam pilihanraya kampus IPTA.

Hakikatnya, kumpulan Aspirasi tidak memenangi pilihanraya kampus, tetapi mereka sekadar merampas pentadbiran MPP di kampus-kampus melalui dasar apartheid yang diamalkan oleh pentadbir universiti.

Kerajaan MPP kampus yang lahir dari suasana ini tiada bezanya dengan kerajaan kulit putih Afrika Selatan. Orang kulit putih di Afrika Selatan amat maklum bahawa mereka tidak ada peluang langsung untuk membentuk kerajaan kalau tidak kerana amalan apartheid yang diamalkan dalam sistem politik negara tersebut.

Kumpulan Aspirasi di kampus IPTA juga tiada bezanya. Mereka amat maklum bahawa peluang untuk menguasai MPP kampus hampir tidak ada langsung sekiranya amalan apartheid ini tidak diamalkan oleh pentadbiran universiti.

Apa yang dilakukan oleh pentadbir IPTA mempunyai kesan jangka panjang yang signifikan.

Para pelajar adalah pemimpin masa depan. Hari ini mereka telah diasuh dengan nilai yang amat buruk. Mereka diasuh agar tidak bersaing di padang yang rata. Mereka diasuh dengan amalan berat sebelah. Mereka diasuh dengan amalan menindas pihak lawan. Mereka diasuh untuk mencabul peraturan. Mereka diasuh untuk melakukan apa saja untuk menang.

Apakah pemimpin yang diasuh dengan nilai bobrok seperti ini mampu mengangkat martabat negara di dalam masyarakat global? Anda tidak perlukan pandangan dari cendikiawan besar untuk menjawab persoalan ini.

Mana mungkin pemimpin yang diasuh dengan nilai seperti ini membawa negara bersaing di persada antarabangsa, kalau mereka hanya tahu bersaing dengan dengan amalan kuno seperti ini. Pemimpin jenis apakah ini yang hanya mampu hidup dalam sistem yang berat sebelah, menindas, menekan, dan menipu?

Bagi saya tiada apa yang mahu dibanggakan dengan �kemenangan� kumpulan Aspirasi di kampus IPTA.

Ibarat pasukan bolasepak yang berlawan dengan pasukan lain yang pemainnya diikat kaki dan tangan. Kemenangan 10 � 0 pun tidak mempunyai apa-apa makna kerana itu sebenarnya bukan permainan bola. Itu hanyalah satu pameran terhadap sikap angkuh, bongkak dan bodoh.

Apa akan jadi dengan masa depan universiti kita? Sudahlah mereka begitu banyak melahirkan graduan yang hanya mampu menganggur. Pastinya 80,000 graduan menganggur di negara kita itu bukannya lulusan Cornell atau Harvard. Pastinya juga bukan lulusan Oxford mahupun Nanyang. Kebanyakan adalah graduan IPTA tempatan.

Sekarang mereka berusaha pula melahirkan pemimpin picisan yang tidak mampu bersaing di padang yang rata. Pemimpin yang hanya tahu menggunakan kuasa pentadbir untuk mengenepikan peluang orang lain. Pemimpin yang tidak malu-malu mencabul kebenaran dan keadilan untuk meraih kuasa dan pengaruh.

Saya mula berfikir semula untuk menghantar anak-anak saya ke universiti. Mungkin wang yang saya simpan untuk perbelanjaan mereka ke universiti kelak, lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Apa perlu membazirkan wang dan masa belajar di universiti yang sudah hilang keupayaan intelek dan nilai-nilai murni.

Saya tidak bimbang sekiranya anak-anak saya tidak layak masuk belajar ke universiti. Hanya masa depan anak-anak saya yang akan terjejas.

Saya sebenarnya lebih bimbang sekiranya universiti-universiti ini tidak layak untuk mendidik anak-anak saya. Seluruh masa depan negara dan anak bangsa akan terjejas.

Dan kebimbangan saya semakin nyata sekarang!

Mesyuarat 'rahsia' Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pilihanraya kampus?

Satu siri menyuarat rahsia diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dihadiri pegawai kementerian, wakil Umno dan pelajar pro-kerajaan, yang dipercayai untuk merangka strategi bagi membantu memastikan kejayaan calon-calon mereka dalam pilihanraya kampus akan datang.

Satu dokumen yang diperolehi malaysiakini, menunjukkan pihak kementerian menjemput timbalan naib canselor hal-ehawal pelajar di kesemua 17 universiti awam dan swasta untuk menghadiri salah satu mesyuarat tersebut, bertempat di ibu pejabat Umno pada 27 Julai.

Surat yang ditandatangani oleh ketua bahagian kebajikan kementerian berkenaan, Prof Madya Dr Muhammad Hussin, menyatakan bahawa mesyuarat tersebut yang dipanggil mesyuarat penyelarasan aktiviti pelajar universiti juga dihadiri pemimpin majlis pelajar universiti terbabit.

Dokumen yang dikembarkan bersama surat itu, mengandungi senarai aktiviti dan taklimat yang dirancang oleh pihak kementerian mulai bulan Ogos sehingga September ini, untuk pihak berkuasa kampus serta calon-calon pro-kerajaan (atau aspirasi kerajaan) bagi menghadapi pemilihan kampus kali ini, yang dijangka bulan depan.

Tajuk-tajuk taklimat tersebut menyentuh strategi untuk mempengaruhi calon-calon lawan supaya menarik dari daripada bertanding, taktik cara berkesan membuat bantahan, menyediakan rancangan sokongan, mengenalpasti strategi untuk memancing undi dan petua berkempen.

Adalah difahamkan bahawa wakil Pemuda dan Puteri Umno turut menghadiri mesyuarat-mesyuarat mingguan tersebut sejak Julai lalu.

Senarai penerima surat tersebut, termasuklah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh dan Setiausaha Parlimennya, Dr Adham Baba.

Pemimpin terpilih

Apa yang berlaku ini dianggap selaras dengan percubaan-percubaan yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya dalam usaha untuk memastikan semua kampus dikuasai kumpulan aspirasi kerajaan. Pada masa ini tiga kampus dikuasai kumpulan anti-kerajaan (atau mahasiswa idealis).

Bagi Universiti Islam Antarangbangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pihak kementerian telah menjemput wakil dari kelab aspirasi kerajaan, dan bukannya pemimpin majlis pelajar yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

(Di UIA, kebanyakan pelajar dilihat sebagai bersimpati kepada parti pembangkang, PAS).

Ketika dihubungi, Muhammad mengesahkan yang mesyuarat tersebut memang diadakan.

Ianya seperti mesyuarat kabinet. Kita membincangkan aktiviti pelajar, bagaimana mengendalikan pilihanraya kampus, tetapi kita tidak bincangkan bagaimana hendak berkempen untuk (calon) aspirasi kerajaan, katanya.

Beliau menafikan yang mesyuarat tersebut diadakan kerana pilihanraya kampus akan diadakan bulan depan, kerana menurutnya, ia sudah lama diamalkan.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan kandungan surat tersebut, yang menyatakan bahawa mesyuarat pada 27 Julai itu adalah yang kedua diadakan.

Ditanya mengapa mesyuarat tersebut diadakan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau menjawab: Mengapa tidak? Kita mampu (mengadakannya) di Hotel Pan Pasifk, jadi kami menyewa (bilik) di pejabat Umno kerana lebih murah.

Tetapi kami juga pernah mengadakan mesyuarat di tempat-tempat seperti Hotel Vistana dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad mendakwa, pemimpin pelajar yang pro-kerajaan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut kerana pihak kementerian meminta kerjasama mereka untuk melancarkan aktiviti berkaitan Rukun Negara.

Pemimpin majlis pelajar UIA dan UPSI bukan dari kumpulan aspirasi, sebab itulah kami tidak menjemput mereka. (Sebaliknya) kami menjemput pemimpin kelab pelajar aspirasi, kata beliau ketika ditanya mengenainya.

Komen bercanggah

Mengenai kehadiran wakil Pemuda dan Puteri Umno dalam mesyuarat tersebut, Muhammad berkata: Kita tidak menjemput mereka. Tetapi mereka hadir, takkanlah kami hendak meminta mereka keluar, kan?.

Bagaimanapun, ia bercanggah dengan komen ketua biro pendidikan Puteri Umno, Nolee Ashilin Mohamed Radzi, yang mengesahkan menghadiri mesyuarat tersebut atas jemputan pihak kementerian.

Nolee yang pada mulanya telah menafikan hadir di mesyuarat tersebut mengesahkan kehadirannya hanya selepas ditanya berulangkali tetapi menegaskan yang ia tiada kena mengena dengan pilihanraya kampus.

Saya dijemput selaku biro pendidikan Puteri Umno. Kami bekerjasama dengan pihak kementerian untuk menyediakan latihan pembinaan kerjaya untuk sisawazah wanita, termasuk kemahiran temuduga...kami menurunkan pengalaman profesional kami, katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Puteri Umno terbabit dalam melatih calon-calon pro-kerajaan, sambil menegaskan yang pergerakan tersebut tidak pernah campurtangan dalam pilihanraya kampus.

Manakala ketua biro pendidikan Pemuda Umno, Ahmad Ikmal Ismail, yang dikatakan turut menghadiri mesyuarat tersebut, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan daripadanya.

Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Alias Mohd Noor, yang merupakan antara yang dijemput menghadiri mesyuarat tersebut, ketika dihubungi, enggan mengulas mengenainya.

Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan kepada media...kami kena marah dengan menteri. Ada arahan supaya jangan bercakap dan memang terdapat pekeliling mengenainya,katanya tapi enggan mengulas lanjut.

Pada tahun 1998, berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kelahiran gerakan reformasi, kumpulan anti-kerajaan berjaya menguasai beberapa buah universiti.

Bagaimanapun, kumpulan pro-kerajaan berjaya menguasainya semula beberapa tahun lalu di mana terdapat berlaku salahlaku, politik wang dan penggunaan taktik ugutan sewaktu pilihanraya kampus.

Pilihanraya kampus menjadi tumpuan ramai kerana keputusannya akan mencerminkan kecendurungan sokongan para pelajar sama ada kepada PAS atau Umno.

Suara Mahasiswa


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamulaikum w.b.t..

Terima kasih kepada mahasiswa-mahasiswi kerana sudi melayari laman web ini. Memo yang anda dapat ini adalah salah satu cara daripada pihak kami untuk memberi kesedaran politik kampus khusunya student UTM city campus. Kami bukanlah kumpulan bawah tanah tapi kami adalah mahasiswa yang mahu memperjuangkan nasib mahasiswa. Kami adalah mahasiswa seperti anda juga. Inilah adalah satu cara kami memandangkan tidak ada saluran khusus untuk menyalurkan pendapat, teguran dan untuk memperjuangkan nasib mahasiswa. Kami akan bersama dengan anda. Lemparkan segala permasalahan anda kepada kami. Apa jua masalah yang sedang anda hadapi ini mendapat perhatian. justeru itu dapatlah kita bersama-sama berganding bahu untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang

Laungan 'student power' bergema di Putrajaya



PUTRAJAYA, 13 Ogos - Laungan 'Student Power' bergema lagi buat kali keempat dan kali ini ia dilaungkan di parcel E, Putrajaya.

Hampir 1,000 mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar lembah Klang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hadir di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas selesai menunaikan solat Jumaat, untuk bertemu dengan Menteri KPT, Dato' Mustapa Mohamed bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 10 Ogos yang lalu, telah menghantar satu memorandum mahasiswa Menuntut Kebebasan dan Keadilan dalam proses perlaksanaan Pilihan raya kampus bagi tahun ini.

Namun begitu, mereka gagal bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed tetapi pihak KPT hanya menghantar wakilnya iaitu pegawai Khas kepada Menteri tersebut, Ahmad Ikmal Ismail yang juga merupakan exco Pemuda Umno.

Sebelum ini, SMM juga mendesak untuk bertemu dengan menteri sendiri, tetapi mereka hampa kerana KPT hanya menghantar 'ikan bilis' mereka untuk menyelesaikan hal ini.

Bahkan, bagi pihak menteri, Ahmad Ikmal membenarkan kumpulan mahasiswa ini untuk datang sekali lagi dan beliau berjanji akan menyediakan makanan yang lazat serta ruang perbincangan yang lebih selesa tanpa perlu duduk di atas kaki lima di hadapan pintu masuk kementerian itu.

Namun begitu, pelawaan beliau tersebut ditempelak oleh SMM bahawa mereka tidak memerlukan layanan seperti yang ditawarkan bahkan menurut SMM mereka telah cukup kecewa dan terguris dengan sikap serta tindakan KPT terhadap demokrasi yang kini telah mati.

"Mahasiswa tidak perlukan kemewahan dan keselesaan, tetapi apa yang kami mahukan ialah kembalikan semula demokrasi di kampus," tegas Pengerusi SMM, Syeikh Omar sebagai respon kepada wakil KPT yang berjanji akan menyediakan makanan dan tempat perbincangan

"Meskipun wakil KPT tadi berkata beliau terguris dengan tindakan kami mengadakan perhimpunan di hadapan kementerian ini, tetapi ingin dijelaskan di sini bahawa kami telahpun lama terguris sejak tiga sesi yang lepas, kami sangat kecewa dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak KPT," tegasnya lagi setelah selesai pertemuan dengan Ahmad Ikmal yang menyatakan rasa kesal dengan tindakan mahasiswa yang berkumpul di hadapan bangunan kementerian tersebut secara berbondong-bondong.

Walaupun Ahmad Ikmal meminta agar SMM memperincikan aduan yang telah dikemukakan kepada beliau, SMM pula menuntut agar pihak KPT dapat turun sendiri ke kampus bagi menyiasat dakwaan SMM tersebut.

Dalam perhimpunan tersebut juga, SMM mengadakan pelancaran kain rentang 'Mahasiswa Menuntut PRK bersih dan adil' dengan motif seorang pesalah yang dihukum gantung dengan label padanya, 'Auku - Kampus mati'.

Sementara menanti perbincangan antara pihak SMM dengan KPT selesai, mereka sempat menyanyikan lagu 'student power' dan ucapan wakil pelbagai pertubuhan mahasiswa bagi mengisi masa tersebut, sambil diperhatikan oleh beberapa orang pegawai keselamatan dan kakitangan KPT.

Kelibat serta laungan mereka turut menarik perhatian pegawai-pegawai polis bertugas yang meminta agar mahasiswa menurunkan semua sepanduk dan kain rentang yang dibawa.

Sepanduk-sepanduk dan kain rentang yang dibawa dengan slogan-slogan 'Mansuhkan Auku', 'HEP jangan campurtangan', 'mahasiswa bukan boneka', 'Mahasiswa tuntut PRK adil', ' mahasiswa bergotong royong menegakkan demokrasi' dalam pelbagai bahasa.

Perhimpunan yang bermula pada 2.30 petang diakhiri dengan nyanyian lagu 'student power' pada jam 4.45 petang.

Ia adalah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan disokong oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(Gamis), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (Dema), Forum Lorong Tengah (For - Lot), Gabungan Anak muda dan Pelajar (Gamp), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Univesity Malaya Association of New Youth(Umany), Food Not Bomb (FNB) dan Jawatankuasa Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sabtu, 1 September 2007

Mahasiswa Malaysia Hanya Milik UMNO?

Oleh ahmadfawwaz

Paranoid. Diskriminasi. Hipokrit. Ini sebahagian label yang selayaknya dikalungkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi khususnya kepada Menteri Dato’ Mustafa Muhammad. Kenyataannya dalam Berita Harian dan tindakan susulannya jelas menunjukkan satu isyarat ugutan kepada mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa dalam konteks ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Siri-siri pilihan raya kecil dalam tempoh 2004 hingga 2007 telah dijadikan sebagai satu medan pencabulan amanah semua Naib Cancelor, Timbalan Naib Cancelor, pegawai dan pencacai Hal Ehwal Pelajar di seluruh IPTA di Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya mengarahkan seluruh puppet (baca:barua) IPTA untuk mengugut mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan diambil tindakan tatatertib di bawah AUKU (akta drakonian) sekiranya mereka dilihat membantu pihak pembangkang sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pemerkosaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukanlah satu perkara yang baru. Jawatan-jawatan seperti Naib Cancelor, Timbalan Naib Cancelor, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, dekan-dekan fakulti, pengetua-pengetua kolej termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar adalah posisi-posisi strategik untuk dikudakan oleh UMNO. Ini tidak termasuk sebahagian posisi di bahagian unit tatatertib dan divisi kewangan universiti yang mungkin juga diguna pakai oleh UMNO untuk memuaskan serakah mereka.

Jelasnya, proksi-proksi UMNO di kampus Malaysia ini seolah-olah merasakan mereka ini tidak dipertanggungjawabkan dengan akta universiti mahupun AUKU sendiri. Sebagai contoh, bagaimanakah biro Pemuda UMNO boleh mempengerusikan mesyuarat bersama dengan semua TNC secara berkala di sekitar hotel-hotel Lembah Klang? Apakah nilai intelektual seorang TNC apabila diarahkan oleh seorang balaci UMNO untuk menjayakan agenda imperialis UMNO di kampus? Apakah pula kelayakan pegawai-pegawai HEP di kampus untuk mengkoordinasikan badan-badan pelajar sedangkan mereka tidak pernah bergiat aktif dengan kegiatan sosial sewaktu di kampus? Dan lebih teruk lagi, mereka ini pula yang menganggotai Jentera Mahasiswa Aspirasi untuk pilihan raya kampus saban tahun? Ini hanyalah di antara modus operasional pihak tertinggi universiti untuk mendoktrin mahasiswa supaya hanya mengundi UMNO atau Barisan Nasional dan lupakan yang lain. Ini juga adalah satu strategi saraf mereka untuk menanamkan budaya mahasiswa angguk kepada kerajaan dan lebih kronik lagi apabila mereka telah berjaya memandulkan Gerakan Mahasiswa Islam di kampus dengan ajaran ‘fear & abolish!’

Optimisnya secara peribadi berpendapat bahawa reformasi penstrukturan keseluruhan tapak karat UMNO di Malaysia mampu di bersihkan menjelang tahun 2020. Teori ini cuba digagaskan apabila kita menyedari walaupun hampir kesemua kerusi MPP IPTA di Malaysia ini di’kata’kan adalah milik Aspirasi-BN, namun kualiti dan kontribusi yang dibuat oleh mereka tidak layak untuk dibanggakan. Secara kasarnya, kerusi-kerusi MPP pada sesi kali ini hanya 2% sahaja milik balaci UMNO dan selebihnya adalah mahasiswa tajaan UMNO yang hanya ingin terlibat untuk menyumbang sesuatu kepada universiti dan untuk kemaslahatan masa depan diri sendiri. Segelintir kecil itu pula tidak mempunyai pemahaman dan idealisme yang jelas untuk membawa agenda UMNO di kampus.

Maka, HEP akan memainkan peranan untuk menyusun almanac dan agenda tahunan MPP tersebut dan golongan 2% ini pulalah yang hanya tahu melaksanakan. MPP Aspirasi ini pula terlalu bermegah dengan kedudukan mereka sehingga terlupa untuk mencabut sticker-sticker Pemuda UMNO di kereta, bilik malah di almari mereka juga. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan perancangan peribadi, bermesyuarat bersama GPMS dan KPT dan mungkin juga disebabkan ‘lawatan-lawatan percutian’ di Beijing, Mesir dan Australia. Sudah pastinya, peruntukkan untuk ‘lawatan sambil belajar’ ini menggunakan duit universiti atau suntikan dana dari KPT. Program-program anjuran MPP dan Jawatan Kuasa Kolej Kediaman juga sering kali dikolobrasikan dengan logo UMNO atau dengan menjemput pemimpin-pemimpin UMNO peringkat kawasan sebagai ahli panel ataupun speaker program.

Rentetan daripada itu, untuk menguatkan lagi penyuburan doktrinisasi UMNO di kampus, maka mereka akan menggunakan sepenuhnya program Haluan Siswa atau orientasi pelajar sebagai platform awal memperkenalkan figura-figura proksi UMNO di kampus. Tidak dilupakan, program wajib hadir Biro Tata Negara juga dipergunakan sepenuhnya untuk meracuni dan mencandu minda bersih mahasiswa supaya bencikan pembangkang, bencikan front mahasiswa yang menuntut kebenaran dan keadilan dan bencikan juga pemimpin-pemimpin mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan. Tetapi, yang janggalnya mereka langsung tidak mampu menunjukkan model kepimpinan yang karismatik, beridealisme, berjiwa rakyat, bermoral tinggi dan sebaliknya.

Jadi, kalau inilah mahasiswa aspirasi harapan perjuangan UMNO untuk meneruskan survival mereka menjelang tahun 2020, maka bersiap sedialah untuk menunggu saat kejatuhannya. Peluang inilah yang seharusnya digunakan oleh mahasiswa idealis yang sering kali dilabelkan dengan pro-pembangkang. Walaupun diugut, diheret ke mahkamah universiti, dikenakan community services, digantung dan dibuang pengajian, dicemuh dan lain-lain tetapi komited dengan arus perjuangan. Hanya mereka-mereka yang mampu mendepani cabaran inilah yang boleh dinobatkan sebagai ‘dream team’ untuk berkhidmat kepada rakyat, untuk agama dan negara. Sekali lagi ditegaskan, kalaulah kerajaan atau KPT sering kali memanipulasi perlembagaan dengan berkonsepkan ‘law of the jungle’ dan mempergunakan mahasiswa hanya untuk kepentingan politik sempit mereka maka ia tidak merugikan mahasiswa idealis ini tetapi sebaliknya merugikan UMNO dan kerajaan sendiri. Kita juga percaya, kehebatan mahasiswa aspirasi di kampus hanya sekadar kosmetik luaran yang disuntik botox dan ramuan tiruan semata-mata dan bukannya kehebatan yang asli. Sekadar pandangan.

suara mahasiswa
suara rakyat

Jumaat, 24 November 2006

Program maksiat di Studio baru-baru ini


Budaya hedonisme semmgnya sudah membarah dalam kampus UTMKL… malah boleh dikatakan pada ketika ini sudah menyebarkan virusnya mengjangkiti segenap hati dan pemikiran mahasiswa UTMKL! Belum usai isu tarian yg mencemarkan hari raya yang mulia, timbul pula jamuan maksiat yg DIREKA oleh PEREKA2 yang kononnya terlatih atas dasar SENI yang DIBINA dengan alasan meraikan kejayaan “KAMI MEREKA”.

Dengan hilai tawa “mahasiswi2” serta sorakan “mahasiswa”, tanggal jam 11 malam pihak kami tertanya2 apakah yg terjadi dikala kebanyakan mahasiswa sibuk menelaah utk peperiksaan pada keesokan hari.. rupa2nya, persoalan kami terjawab dengan mata kepala kami sendiri apabila melihat segelintir “mahasiwa pereka” yang tidak kurang sibuknya memperkayakan lagi budaya hedonisme anjuran MEREKA. Pekikan gitar yang membingitkan dengan diiringi lagu barat yang sememangnya bukan budaya kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu menyebabkan ramai dikalangan kami tertanya2 bagaimana program seumpama ini diluluskan oleh pihak universiti? Adakah matlamat universiti ingin melahirkan penyanyi2 ala barat yang lansung tak berbakat bagi menyaingi Akademi Fantasia? Hairan dan pelik mengapa “mahasiswa2 PEREKA” ini tidak dipantau langsung oleh mana2 pihak? Sedih dan hiba mendengar jeritan dan pekikan mereka yang jelas dari masjid. Tidakkah mereka terfikir oleh keintelektualan mereka itu bahawa tempat maksiat yang diadakan adalah sangat2 hampir dengan rumah Allah? Di mana hilangnya rasa hormat dan pertimbangan akal yang Allah kurniakan? Sungguh tertipulah akal mereka umpama haiwan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.Mengapa dikatakan demikian??kerana Allah Taala berfirman :

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”
Surah al-a’raf, 179

Sekali lagi ditegaskan, ini bukan budaya kita!!! Jika mereka tidak mahu menilai dari aspek seorang Islam sekalipun, maka nilailah dengan pemikiran intelektual seorang mahasiswa. Adakah mahasiswa sebegini yang diharapkan boleh menjadi pemimpin2 masyarakat sedangkan mereka pula yang membawa barah dan virus kepada masyarakat dan menjadi bebanan kepada negara amnya? Layakkah mereka bergelar seorang mahasiswa yang kononnya akan membangunkan negara dengan segulung diploma sedangkan ia mungkin tiada ertinya dengan akal pemikiran yang sempit?
“Kami cuma berhibur melepaskan tension selepas abis exam dan berjaya siapkan assignment. Takkan itupun salah?” jelas seorang mahasiswa PEREKA yang turut sama dalam program maksiat tersebut. Sememangnya penulis tidak mengatakan hiburan itu salah, tetapi ia sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya mereka berhibur dengan cara seorang mahasiswa, bukannya seperti mat rempit, bohjan2, artis2 murahan,kutu2 jalanan atau yang sewaktu dengannya. Sedarlah mahasiswa sekalian, kita sebenarnya membawa imej dan contoh yang besar kepada masyarakat. Rosak mahasiswa, maka rosaklah institusi pendidikan tinggi di negara ini.Maka tidak hairanlah Universiti2 dinegara ini tada langsung dalam senarai Universiti terbaik didunia. Wahai mahasiswa PEREKA, Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lumpur yang dibawa oleh mahasiswa2 PEREKA ini telah terpalit kepada seluruh warga kampus UTMKL. Penulis menegaskan sekali lagi bahawa hiburan adalah tidak salah, malah digalakkan oleh Islam tetapi ia mestilah mengikut landasan dan batas2 yang disyariatkan.
Wahai mahasiswa sekalian! Sedarlah dari tidurmu yang panjang. Kita mendokong satu tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan pendidikan serta menjunjung ilmu itu sendiri. Tidakkah terfikir oleh kita bagaimana generasi akan datang sekiranya generasi kita sudah terleka dengan pelbagai hiburan? Fikir2kan… ilmu itu suatu yang bersih dan murni, bagimanakah kita tergamak untuk mengotorkannya dengan hiburan2 dan maksiat2 yang kita sendiri laksanakan? Panjangkan akalmu, pendekkan nafsumu.
Penulis bimbang apabila program seumpama ini diadakan bukan sekadar menularnya budaya hedonisme bahkan juga pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat melampau. Masih terngiang2 jeritan2 gedik yang jelas kedengaran datangnya dari Studio alam bina. Dari jauh penulis melihat pergaulan yang mesra di antara “mahasiswa dan mahasiswi PEREKA” yang kononnya “teman tapi mesra”. Sungguh menjijikkan bagi seorang yang berpaksikan syahadah pada hatinya. Terinagt penulis pada sepotong ayat Al-Quran :

“Katakanlah wahai Muhammad lepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka”

Dan dalam ayat yang lain pula :

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperliharkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” An-Nur, 31

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya. Dan kesedihan lebih berpanjangan apabila mahasiswa yang diharapkan menjadi pelapis kepimpinan Negara turut terjajah dengan budaya ini..
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).


Kepada semua warga kampus yang terbaca luahan kesedihan dari penulis ini, sedarla h dunia ini hanya fatamorgana semata. Jangan tertipu dengan nafsu yang menggoda.Hindarilah maksiat dengan cara apa sekalipun supaya setiap persoalan daripada Allah diakhirat kelak kita mempunyai jawapannya..Wallhualam..

Siswi Peka.