Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 24 Julai 2009

ISA Patut Dikuburkan


Kami mahasiswa UTMKL ingin menyatakan bahawa ISA ini patut di kuburkan dengan segera. Kami juga menyokong sepenuhnya bantahan dan desakan rakyat untuk menghapuskan akta ini. Tidak perlu lagi mana-mana pihak hendak mempertahankan akta ini kerana ianya jelas akta yang menzalimi manusia dan merupakan senjata bagi pihak-pihak tertentu.

Sudah ramai mereka yang telah ditahan tanpa usul periksa mahu pun perbicaraan mahkamah, sebaliknya hanya tuduhan-tuduhan yang hanya direka cipta semata-mata. Keluarga kepada mereka yang di tahan hidup dengan kesengsaraan, anak-anak tidak dapat meneruskan pengajian kerana ibu tidakmampu menanggung yuran sekolah, isteri mereka terpaksa berkerja keras demi menyara hidup bersama anak-anak, ini kerana tindakan kejam pihak tertentu menyumbat ketua keluarga mereka ke dalam ISA.

Tempoh penahanan bukannya singkat, tetapi bertahun-tahun lamanya. Ianya disengajakan atas alasan kes belum selesai. Polis tidak sepatutnya bersikap seperti lembu yang di cucuk hidung, hanya patuh kepada pihak yang punyai kuasa ke atas mereka. Kerana nafsu yang inginkan kesenangan hidup dan tidak sanggup diberhentikan kerja, sanggup buat apa sahaja walau pun bercanggah dengan ajaran Islam. Ingat apa yang terdapat pada lencanamu, ia akan menyoal setiap apa yang kamu lakukan wahai Polis. Siapa yang gigit lada, dia yang akan merasa pedas.

Nantikan hari di mana ISA dan kemunting akan terkubur. Bersedia wahai anak muda dalam melawan kebatilan. Jangan sampai kalian akan dipersoalkan oleh mereka-mereka yang dianiaya, apakah sumbangan kamu dalam membebas dan membela kami??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang ada baiknya ISA nie.. kadang2 ada buruknya.. Disitu ada kebaikan, disitujugalah ada keburukan..