Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Ahad, 1 Mac 2009

.:MALAM PENUH GHAIRAH:.

TARIKH : 28/2/09
PROGRAM : MALAM PRA-GRADUAN

TEMPAT : HOTEL FLAMINGO AMPANG
MPG( Malam Pra-Graduan ) yang biasanya dibuat setiap tahun bagi meraikan pelajar tahun 3 iaitu pelajar tahun akhir bagi mahasiswa/si di UTMKL ini. Namun apa yang terjadi pada malam tersebut iaitu pada 28/2/09, malam yang sepatutnya menjamin seribu satu makna bagi mahasiswa bagi mencapai hasrat negara dan universiti untuk melahirkan mahasiswa yang yang bertoleransi dan berkaliber serta akhlak yang baik akhirnya gagal. MPG yang sebelum ini memberi makna MALAM PRA-GRADUAN AKHIRNYA bertukar menjadi MALAM PENUH GHAIRAH. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa pada hari ini begitu bangga dengan fesyen yang keterlaluan sehingga menyebabkan mereka langsung tidak terdidik dengan adat ketimuran yang menjadi sanjungan kepada masyarakat di Malaysia. Apakah ini semua berkaitan dengan dasar pendidikan Negara, atau dasar Universiti yang tidak begitu jelas, atau disebabkan pengarah MPG itu sendiri, dan boleh jadi juga Kepimpinan mahasiswa iaitu MPP pada kali ini yang tidak tegas dengan Prinsip sendiri. Sebagai seorang yang berfikiran waras seharusnya kita sedar kemanakah sebenarnya arah tuju masa depan kita nanti. Memang hebat sungguh apa yang berlaku pada MPG kali ini. Mereka datang berpasang-pasang pasangan, sudahlah berpasangan, pakaiannya sungguh menjolok mata, yang pakai tudung dikampus apabila tiba disini, abis terbang tudungnya. Datang berdua didalam satu kereta, program yang berlangsung tamat pada 11.30 malam, tidak tentu samada balik ke kolej ke tidak. Amat menyedihkan lagi apabila ada yang melompat melolong bagai tidak tentu hala di dalam tempat makan apabila lagu berbentuk band dinyanyikan oleh rakan-rakan mereka. Hasrat Negara yang ingin melihat jiwa muda ini memegang kepimpinan Negara adakah seperti ini. Tiada kesedaran akan tanggungjawab terhadap agama sendiri, Negara sendiri. Zaman apakah seperti ini.? Jika inilah yang memegang kepimpinan Negara suatu hari nanti, kesudahannya Negara akan dijajah lagi, mungkin lagi hebat lagi. Sudahlah minda dijajah. Betapa gembiranya YAHUDI pada hari ini melihat kejatuhan umat islam dengan merosakkan pemikiran, akhlak, hati umat yang mengaku sebagai islam. YAHUDI bangga kerana mereka jatuhkan islam dengan tidak berperang. Apakah ini pewaris-pewaris yang patut di tegakkan. Jiwa yang sepatutnya diisi dengan ilmu yang berguna dan kemantapan akhlak, namun pada mala mini jugalah melihatkan akan wajah-wajah yang sebenar mereka yang bertopengkan akhlak ketimuran. Ada sesetengah mereka yang mengatakan “Be your self” “jangan nak hipokrit”, tanggapan mereka seperti ini sepatutnya diubah. Ingatkah kita akan ayat Al-Quran yang membawa mafhum “tidak akan berubah nasib seseorang sehingga dia sendiri yang mengubahnya”.
ADAKAH INI PEMUDA-PEMUDA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ek eleh...
kalo dorg xbuat kat sini skalipon....
kat luar cam dorg xbuat...
kat luar lagi bebas....
jgn nk salah kan pgrm...~

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya anda yang ghairah.. bukankah begitu?

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha
Yang kau orang pergi buat program mcm ni, aPa pasal? Bukan kah program ni sendiri berunsur kebaratan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ni ghairah awak duduk rumah jangan pegi mane2 lagi. Duduk la malaysia shaja. Keluar negara ghairah habis...mmg x bole belajar luar negara. ikut nabi kite. kalau terpandang...sekali sudah....jgn pandang lagi.. ni sampai ambik gambar...

setuju. jangan salahkan pihak penganjur pulak. walaupun ala barat tetapi kite pown sepatutnye ade majlis perpisahan dan yang seumpama. dahla...maksiat menular. semua orang tau. awak nak tulis, pegi la bwat reseach benda lain. banyak lagi yang berfaedah.

Tanpa Nama berkata...

suara mahasiswa ni dah lama dalam pengawasan utm. tapi tak diambil tindakan atas sebab memberi peluang kebebasan. tapi hati2 sikit ye.

saya berkata...

minta maaflah. cara penulis menulis ni macam menghentam tanpa memikirkan solusinya..

bukankah bagus kalau orang kuat program MPG itu terdiri dari kalangan orang yang anda mahukan...

keluar dari kepompong... buka mata... bergaul dengan mereka, kenali hati budi mereka, jangan nak pakai hentam...

paling penting, pikir solusi.
kita lebih melihat kepada masalah luaran tanpa memikirkan masalah dalaman...

nadia berkata...

napa blog nie banyak cerita pasal politik ey, suara mahasiswa ke nie 0.0 haha, yeah mcm org yg tulis blog nie ghairah semacam sebb dia spot baekpunya tempat.haha
hesh,ko pg program cam gini memang nak tgok gambar cam gini ey =.=

Tanpa Nama berkata...

1. org buat blog nie syok sendiri.
2. tak yah buat mpg.. habis citer.
kalau free tak pe gak.. heheh

Tanpa Nama berkata...

oklah .... mana ada ghairah pun ... ahak !!! penulis nie yg terasa ghairah kot .. huhuhuu .... perlu mendalami ilmu lagi yer wahai penulis blog .. jgn sampai makan diri nanti ... hahahahaha