Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Isnin, 11 Ogos 2008

PENGETUA KEDIAMAN SISWA JAYA DAN AJK PERSADA’08 TIDAK MENGHORMATI PIMPINAN NEGARA


Sabtu bersamaan 9 ogos 2008 adalah hari ke-4 berlansungnya pesta hari terbuka kediaman siswa jaya UTMKL. Penulis sebenarnya merasakan Pesta hari terbuka ini amat bermakna bagi mereka yang berjaya melaksanakannya. Namun sinar cahaya yang gemilang tidak begitu menyerlah pada PERSADA kali ini jika dibandingkan dengan JUMBARA tahun lalu. Kemerosotan prestasi PERSADA pada kali amat menjengkelkan sekali. Pada awalnya lagi program ini menampakkan ketidakrestuan dari ilahi. Ini semua dapat dilihat apabila khemah di gelanggang bola keranjang terbalik dan naik ke atas khemah yang satu lagi. Sebenarnya bukan isu ini yang ingin utarakan, tetapi isu yang amat memalukan seluruh warga UTMKL apabila ahli parlimen titiwangsa turun ingin bermesra bersama pelajar ketika berlangsungnya PERSADA namun langsung tidak disambut dan dilayannya beliau sebagai ahli parlimen titiwangsa oleh pengetua dan ajk PERSADA. Penulis sebenarnya terkejut apabila ayahanda pengetua kita terus melarikan diri apabila nampak ahli parlimen tersebut, seolah-olah ingin lari dari tanggungjawabnya sebagai pengetua.” Kalau dah bapaknya macam tu, macam mana orang dibawahnya nak buat menda yang betul”.Sepatutnya sebagai orang profesional tidaklah perlu bertindak sedemikian. Penulis pada ketika itu berasa pelik apabila MPP menanyakan”mana En Noh? Tak kan En Noh tak datang tolong iring ahli parlimen ni. Malu kita warga kolej macamni. Ketika itulah penulis terasa amat terkejut. Betul-betul tidak menyangka En. Noh berperagai begitu rupa. Kemudiannya lagi, ajk yang berdekatan dengan kaunter seranta pada ketika itu boleh tidak mengenali nama ahli Parlimen tersebut. Memang terkejut sekali. Betapa ceteknya ilmu mahasiswa kalaulah sebegini rupa. Teruk sekali!!!
Sebagai pengetua sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dalam melaksanakan tugasannya. Sudahlah Pengetua dan AJK PERSADA tidak menjemput langsung ahli parlimen tersebut sebagai tanda hormat kita pada pimpinan yang menerajui Negara, dilayan pula sebegitu rupa walaupun niat ahli parlimen tersebut adalah untuk beramah mesra dengan rakyat. Kalau hari sebelumnya pandai pula mereka menyambut kehadiran Naib Canselor dengan begitu hormat sekali walaupun kehadiran NC ketika itu adalah secara ad-hoc. Penulis mengetahuinya walaupun penulis tidak menyambut NC ketika itu. Kalau dilihat, kehadiran ahli parlimen titiwangsa tersebut sepatutnya sesuatu yang membanggakan kita. Dalam kesibukannya masih ingin berjumpa mahasiswa UTMKL. Tapi apakan daya jika orang tertinggi dalam kolej kita, ayahanda kita melakukan perkara yang sebegini rupa. Paling kurang pun iringlah beliau melawat sekitar kolej ni semasa PERSADA berlangsung. AJK PERSADA pada ketika itu pun lagilah tak buat macam tu.Bukannya senang ingin berjumpa dengan ahli parlimen yang suaranya didengari dalam dewan rakyat. Dah la kampus kita berada didalam kawasan titiwangsa. Macam mana mahasiswa kita nak mudah dapat bantuan dari ahli parlimen kalau orang atas buat macamni. Teruklah Mahasiswa UTMKL kalau macamni.
Penulis rasa cukuplah setakat ni untuk makluman warga kolej dan kampus, marilah kita renungkan bersama, patutkah perkara sebegini perlu berlaku. SEDIH SUNGGUH RASANYA!!!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kepada penulis..

saya sungguh terkejut dengan penyataan ini..

jgn la saudara terus menyalah kan tanpa bertanya dahulu..

saya ter kejut kerana saya dalah ajk persada..

saya sendiri tidak thu menahu mengenai kehadiran beliau(ahli parlimen titiwangsa).

diharap saudara dapat bertanya dahulu kepada pihak kami sebelum membuat andaian..

salam..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas statement penulis di atas... Alhamdulillah... Ada gak orang perihatin terhadap PERSADA kali ni berbanding JUMBARA... Herm... Pasal Ahli Parlimen tu, sekiranya ana tau kedatangan beliau, sudah tentu pihak ana ataupun pihak PERSADA sendiri menyambut kedatangan beliau... Tapi, kami x diberitahu langsung tentang kehadiran beliau dalam program ini... Macam NC, atleast kami diberitahu awal walaupun ia adalah ad hoc... Untuk pengetahuan pihak yang terlibat dengan blog ini, pihak PERSADA sendiri dapat berita mengenai NC akan datang ni pada pukul 3 ptg... Sekiranya pihak Ahli Parlimen tersebut maklumkan kepada pihak PERSADA sendiri akan kedatangan beliau dalam program kami, insyaallah pihak kami akan sambut beliau seperti mana insan lain yang di sambut dengan hebatnya... Saya harap, pihak penulis sendiri seharusnya selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan ini... Sesungguhnya dosa memfitnah lebih buruk daripada membunuh... Harap maklum... Salam Perpaduan daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat...

PERSADA
"Perpaduan Satu Daya Ukhuwah"

Tanpa Nama berkata...

janganlah disebabkan hal peribadi anda kaitkan dengan orang lain...saya tahu anda siapa...
jangan disebabkan anda marah seorang..jangan anda babitkan dengan orang lain...
anda sebagai mahasiswa islam kenalah berfikir sebagai mahasiswa...
anda kena fikir terhadap dua belah pihak...pihak anda yang marahkan pengetua dan di pihak pengetua sendiri yang membuat tindakan tersebut...
Ingat cara anda ni boleh membuatkan orang atau pelajar hilang rasa hormat dengan pengetua....
Ingat..Rasulullah sendiri pun tidak pernah menjatuhkan orang apatah lagi menuduh tindakan orang sepertimana anda menuduh program persada tidak diredhai oleh Allah...
siapa anda hendak menjatuhkan hukum...
fikirkanlah wahai sahabat...

Tanpa Nama berkata...

janganlah disebabkan hal peribadi anda kaitkan dengan orang lain...saya tahu anda siapa...
jangan disebabkan anda marah seorang..jangan anda babitkan dengan orang lain...
anda sebagai mahasiswa islam kenalah berfikir sebagai mahasiswa...
anda kena fikir terhadap dua belah pihak...pihak anda yang marahkan pengetua dan di pihak pengetua sendiri yang membuat tindakan tersebut...
Ingat cara anda ni boleh membuatkan orang atau pelajar hilang rasa hormat dengan pengetua....
Ingat..Rasulullah sendiri pun tidak pernah menjatuhkan orang apatah lagi menuduh tindakan orang sepertimana anda menuduh program persada tidak diredhai oleh Allah...
siapa anda hendak menjatuhkan hukum...
fikirkanlah wahai sahabat...

Tanpa Nama berkata...

salam perpaduan khusus kpd si penulis:
Alhamdulillah...ada yg peka akan sesuatu yg berlaku ketika Persada sedang berlangsung. Malang sekali si penulis amat patriotik kpd seseorang pemimpin sehinggakan terlupa utk menyemak fakta. Pertama, Pengetua tidak pernah lari dari tapak persada kerana ayahanda pemgetua berada di rumahnya ketika itu. Kedua, NC maklumkan pihak pentadbiran kolej dalam linkungan 12tgh, masih ada 9 jam utk membuat persiapan. Ketiga, pemimpin yg dimaksudkan bukanlah pemimpin negara. Pemimpin negara adalah menteri2 kabinet. Saya rasa saudara penulis perlu memohon maaf secara terbuka keatas kesilapan yg dibuat. Selagimana ada dikalangan insan yg masih memegang teguh 'fakta' saudara, selagi tu laa fitnah ke atas ayahanda pengetua berterusan, dan selagi tu pulak laaa dosa saudara tanggung tak pasal-pasal.

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU!!!
SAYA SOKONG !!!
Wahai si PeNuLiS!!!
Bukaklah "MATA" anda...
Jangan la tdo lg...
Xde gune klu asyik nk lemparkn fitnah!!!
Sy stuju dgn cdgn saudara/i tu, pihk penulis seharusnya memohon maaf secara terbuka kepada ayahanda kite sndr dan kpd AJK PERSADA yg terlibat...
Pkir la bebaik...
Xde gunenye tonggang-tonggek malam2 bute smpai nk lebam dahi n lilit serban kt kepala tp, dosa fitnah byk masuk kt dlm kpale tu...
Ingatlah...
Kiamat makin hampir...
Pihk penulis sndr pun tau kn???
BERUBAHLAH !!!!
JANGAN SIBUK DEK MELEMPARKAN FITNAH!!!

Tanpa Nama berkata...

wahai penulis.sesungguh nye ade cr yg lbeh baik kalo nak komen utk kekurangan PERSADA 08 ni.
fitnah dan tomahan yg bukan2 hanye memburukkan name sendiri.
i think u should delete this thing.then minta la maap di atas kesilapan anda.

Tanpa Nama berkata...

BETOL 2!!!
BETOL 2!!!
Cepat2 la padam or pi mintk maaf cepat sebelum pape yg korg wat x diberkati pas ni lak...
Hahahahaaa.....

k-rex berkata...

wahai penulis yg budiman
....asal ko poya sangat ni,,,...
panas plak tlinga aku dengar....
ko ni mmg x de keje lain ke....
cube bagi ayat yg bernas sikit.....
....aku ni x de la kuat agama sgt...
tapi x sggp plak ak nak fitnah org...
org cam ko ni patut kene buang kolej je...
letak kat loji depan tu...
lantak ko r nak kate aku ape........itu ko pye pasal.......

Tanpa Nama berkata...

Salam,
kenapa semua hentam penulis tapi langusng tidak ada maklum balas daripada penulis,
Adakah penulis takut @ penulis sedar yang beliau silap?

saya mmg tak pergi pun Persada tu tp sy tahu ada penganjuran pasal Persada.

Tapi dr apa yg saya baca daripada penulis ternyata penulis tidak menyiasat terlebih dahulu dan bertindak secara melulu.

saya dpt rasakan kedatangan YB itu adalah secara tidak dimaklumkan ataupun pihak penulis sudah mengetahuinya lama tetapi tidak memaklumkan kepada penganjur.

Ini bermakna pihak penulis tidak bekerjasama dengan baik dengan pihak penganjur.

jadi penulis perlu fikir - fikir kanlah sebelum membuat tindakan.

Anda sendiri telah memalukan pihak anda.

Wassalam..

Tanpa Nama berkata...

slam, Bagus penulis, kutuk lagi...
Insya-Allah dosa akan melimpah2 masuk ikut tanda kat dahi ko tuh..
pk lu cblum Tulis sesuatu....
Memalukan...
Walaupun anda 'pembangkang', sepatutnya anda memberi idea, bukan kutuk saja, membabi buta. Macam nih ke pemimpin??????
Malulah dgn junior anda tahun 1 yang melihat persada sbg Daya Ukhuwah.. Pk2kan lah.......

Tanpa Nama berkata...

encik noh memang macam tu.. tak dak buter telur, takut kena pecat dari jadi pengetua.. ckp bedegar2.. profess la skit.. jgn ingat ncarma saja(cari+makan)

Tanpa Nama berkata...

salam kepada semua yang komen..bagus-bagus anda prihatin ttg isu ini...saya x fitnah sesiapapun sebenarnya..ia adalah benar sekali...ayahanda korang sebenarnya dah tahu pun kedatangan ahli parlimen 2...dah ade orang maklumkan dah pun...saye tahu la...sbb ade ajk yang berdekatan bagitahu akan kedatangan beliau...xkan lah xleh kuar sekejap jumpe dengan beliau...ha korang tanyerlah ayahanda korang 2....xde penipuan dalam statement saye...