KUALA LUMPUR, 8 Mei - Kepimpinan BN negeri dan Pusat perlu mengambil ikhtibar terhadap kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menunaikan janji memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan walaupun baru dua bulan memerintah.
Bekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan pada 1 Jun sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun usaha kerajaan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan konsep negara berkebajikan ini cuba dipolitikkan parti pembangkang yang mendakwa kononnya kerajaan negeri gagal merealisasikan janji-janji manifesto pilihan raya lalu, walaupun pada hakikatnya Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor selama dua bulan.
Dakwaan itu dibuat berikutan keputusan kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan pengurangan bayaran cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan premis komersial 10 peratus.
Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, pemberian air percuma 20 meter padu pertama itu membuktikan tindakan segera dan serius kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan dalam manifesto.
Beliau yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan janji-janji pilihan raya secara berperingkat.
Katanya, adalah mustahil untuk kerajaan baru melakukan perubahan secara drastik kerana setiap keputusan yang diambil perlu melalui kajian dan mematuhi peraturan sedia ada.
"Jika rakyat Selangor boleh bertahan dan bersabar berada di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun mengapa tidak boleh menunggu sedikit masa untuk menanti perubahan yang bakal dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut beliau, adalah mustahil untuk janji-janji manifesto pilihan raya dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sedangkan sidang DUN masih belum berlangsung.
"Baru 60 hari Pakatan Rakyat memerintah, sebahagian janji pilihan raya telah pun dipenuhi, saya yakin BN sendiri tidak mampu melaksanakannya," tegas Sallehen.
Sallehen yang juga bekas calon PAS DUN Sabak berkata, Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika hari pertama dilantik PM berjanji untuk menghapuskan rasuah, tetapi setelah dua penggal menerajui kerajaan janji itu belum terlaksana
WAKIL MB SELANGOR 08'
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com
Khamis, 8 Mei 2008
Baru dua bulan memerintah Pakatan Rakyat Selangor tunai janji
Posted by Student UTMKL at 3:23 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan