Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 24 Julai 2009

ISA Patut Dikuburkan


Kami mahasiswa UTMKL ingin menyatakan bahawa ISA ini patut di kuburkan dengan segera. Kami juga menyokong sepenuhnya bantahan dan desakan rakyat untuk menghapuskan akta ini. Tidak perlu lagi mana-mana pihak hendak mempertahankan akta ini kerana ianya jelas akta yang menzalimi manusia dan merupakan senjata bagi pihak-pihak tertentu.

Sudah ramai mereka yang telah ditahan tanpa usul periksa mahu pun perbicaraan mahkamah, sebaliknya hanya tuduhan-tuduhan yang hanya direka cipta semata-mata. Keluarga kepada mereka yang di tahan hidup dengan kesengsaraan, anak-anak tidak dapat meneruskan pengajian kerana ibu tidakmampu menanggung yuran sekolah, isteri mereka terpaksa berkerja keras demi menyara hidup bersama anak-anak, ini kerana tindakan kejam pihak tertentu menyumbat ketua keluarga mereka ke dalam ISA.

Tempoh penahanan bukannya singkat, tetapi bertahun-tahun lamanya. Ianya disengajakan atas alasan kes belum selesai. Polis tidak sepatutnya bersikap seperti lembu yang di cucuk hidung, hanya patuh kepada pihak yang punyai kuasa ke atas mereka. Kerana nafsu yang inginkan kesenangan hidup dan tidak sanggup diberhentikan kerja, sanggup buat apa sahaja walau pun bercanggah dengan ajaran Islam. Ingat apa yang terdapat pada lencanamu, ia akan menyoal setiap apa yang kamu lakukan wahai Polis. Siapa yang gigit lada, dia yang akan merasa pedas.

Nantikan hari di mana ISA dan kemunting akan terkubur. Bersedia wahai anak muda dalam melawan kebatilan. Jangan sampai kalian akan dipersoalkan oleh mereka-mereka yang dianiaya, apakah sumbangan kamu dalam membebas dan membela kami??

Khamis, 2 Julai 2009

Pentadbiran Perlu Lebih Seruis Soal Akhlak Dan Sahsiah Mahasiswa

Sesi pengajian baru hampir bermula, mahasiswa baru juga sudah mendaftarkan diri mereka di UTM Internastional Campus pada 28 Jun 2009 baru-baru ini.

Perjalanan Minggu Haluan Siswa atau singkatannya MHS pada kali ini berbeza dengan tahun sudah. Pada kali ini mahasiswa tidak terlalu terikat sangat dengan jadual pada minggu haluan siswa kerana hanya dua hari yang pertama sahaja mahasiswa diwajibkan untuk terlibat demgan aktiviti dan program ceramah yang dijalankan selama lima hari tempoh keseluruhan.

Tidak dapat dinafikan perubahan ini akan ada positif dan negatifnya. Positifnya yang dapat kita lihat di sini mahasiswa tidak tertekan dengan disiplin waktu yang ditetapkan seperti sebelum ini. Yang kedua, ianya untuk memberi pendedahan awal bahawa mahasiswa perlu berdikari. Ketiga, pihak AJK tidak perlu membuang tenaga dan membazir masa dalam memastikan setiap mahasiswa mengikuti aktiviti atau program ceramah yang telah dijadualkan.

Manakala yang negatifnya disini bilamana pelajar bebas untuk terlibat atau pun tidak dalam program ceramah terutamanya berkaitan dengan soal agama dan sahsiah, maka akan ada mahasiswa yang tercicir dari pengisian atau peringatan yang telah disampaikan oleh penceramah. Mungkin ianya nampak biasa sahaja tetapi hakikatnya tidak, kerana mereka yang tidak suka dengan majlis-majlis ilmu dan pada mereka program sebegini membosankan tentu tidak akan sertai. Sepatutnya program agama dan seumpamanya perlu diwajibkan keatas setiap mahasiswa untuk terlibat kerana kita mahu membentuk mereka dengan acuan yang sepatutnya iaitu Islam.

Pelbagai perubahan telah berlaku di kampus, apa yang kita dapat saksikan adalah proses pembangunan sedang giat dilakukan termasuk pembinaan masjid baru. Dan perubahan yang paling penting yang kita harapkan pada kali ini adalah perubahan pada pihak pentadbiran agar lebih serius dalam memastikan mahasiswa yang akan dihasilkan adalah yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat dan negara disamping bersih dari virus gejala sosial dan hiburan melampau yang sedang aktif di luar sana.

Kami teguh bersama tema universiti "Kerana Tuhan Untuk Manusia". Pahamilah maksud yang tersirat di sebalik tema tersebut.


Komen anda amat kami hargai.