Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Khamis, 3 April 2008

Berita Harian:PM ulangi pendirian tidak akan lari daripada tanggungjawab terajui negara(memang dasar pak lah tak tahu malu)





PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

"Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga, tetapi amat kukuh... itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi itu, yang timbul ekoran gesaan beberapa pemimpin termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang Abdullah patut memikul tanggungjawab bagi prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dan meletakkan jawatan.

Kelmarin, pada satu forum anjuran sebuah laman berita internet di Petaling Jaya, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi menggesa Abdullah berundur.

BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas memenangi hanya 140 daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi. BN juga tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal merampas kembali Kelantan daripada Pas.

Abdullah yang jarang menghadiri majlis rasmi akhir-akhir ini, turut menyemarakkan spekulasi itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata gesaan ahli dan bekas pemimpin Umno supaya Abdullah berundur bukan saja tidak adil, malah berniat jahat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, beban kesalahan tidak seharusnya diletakkan ke atas Abdullah kerana kemerosotan prestasi BN itu disebabkan pelbagai faktor, terutama dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi internet.

Katanya, ahli dan pemimpin parti di peringkat bahagian dan negeri sepatutnya melihat faktor sebenar kemerosotan sokongan rakyat, termasuk kelemahan masing-masing dan membantu pucuk kepemimpinan melakukan pemulihan bagi memperkasakan semula Umno dan BN.

"Yang paling tidak adil ialah melonggok perkara itu atas Perdana Menteri. Saya fikir ini tidak adil dan berniat jahat... lain yang bengkak, lain pula yang bernanah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Muhammad berkata, soal Abdullah perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak timbul kerana BN masih menang dengan majoriti selesa pada pilihan raya umum lalu.

Malah, katanya, Dr Mahathir juga tidak digesa meletakkan jawatan walaupun selepas BN kehilangan Sabah dan Terengganu pada pilihan raya umum sebelum ini, sebaliknya diberi peluang memperkukuhkan semula parti.

"Jika benar Abdullah adalah faktor kemerosotan prestasi BN, sudah tentu negeri lain seperti Johor, Terengganu dan Pahang akan turut jatuh ke tangan parti pembangkang. Ada juga tuduhan seolah-olah senarai calon dicadangkan orang lain. Sebenarnya cadangan itu dikemukakan Pengerusi BN negeri dan hampir semua diterima," katanya.

Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.

Katanya, pembohongan pembangkang itu dilakukan secara berterusan menerusi internet sehingga ramai pengundi terpengaruh dan membenci kerajaan.

"Ia sudah jadi pilihan raya maya, bukan pilihan raya realiti. BN tewas dalam pilihan raya maya. Tak adil berlawan cara ini, seolah-olah BN diikat tangan ke belakang," katanya yang mengakui pembangkang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mempengaruhi pengundi.

Beliau berkata, keadaan ini diburukkan lagi apabila Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin yang berpengaruh, menghentam kerajaan dan pucuk kepemimpinan parti, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.

"Memanglah kita menggelupur bila guru silat kita pukul kita masa kita bertarung dengan orang lain... guru kita pukul kita, kita bukan berlawan dengan satu orang, kita berlawan dengan guru kita dan guru silat kita pula terkenal di seluruh negara," katanya.

Ditanya kenapa tindakan disiplin tidak diambil terhadap ahli parti yang membantu pembangkang, Muhammad berkata: "Orang tak berani cadang supaya diambil tindakan disiplin sebab pemimpin itu pemimpin besar, suaranya didengar dan dihormati di seluruh dunia.

"Tapi, hari ini, oleh kerana orang itu orang kebal, tindakan disiplin tidak boleh diambil ke atasnya. Lagi sekali, kita tak nampak keadilan dan sekali lagi Pak Lah jadi mangsa."

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, pula menafikan Abdullah mengongkong dan tidak membenarkan ahli MT menyatakan pendirian masing-masing secara bebas.

"Mana dia (Dr Mahathir) tahu... dia tak duduk dalam mesyuarat, dakwaan beliau ahli MT hanya ikut perintah Abdullah adalah satu kenyataan umum.

"Satu perkara yang berbeza mengenai Abdullah ialah beliau tidak kongkong dan awak boleh tengok reaksi dan kenyataan yang kami beri kepada media berbeza-beza," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Ditanya mengapa wujud persepsi ahli MT sebagai 'pak turut' seperti yang didakwa Dr Mahathir, Mohd Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata: "Tanyalah Dr Mahathir mengapa wujud persepsi sedemikian."

Mohd Khaled juga meminta orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai dakwaan terdapat pakatan antara Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti.

"Ada pihak menggunakan SMS untuk menyebarkan khabar angin dan fitnah. Lihat saja kesan daripada penggunaan SMS dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dan ia berbahaya," katanya.


anti pak lah

Selasa, 1 April 2008

GeertWilders"-Fitna untuk jawapan umat Islam





"

‘GEERT WILDERS- FITNA’ YANG PERLU DIJAWAB UMAT ISLAM


‘Fainqaataluukum faqtuluuhum…yang bermaksud jika mereka memerangi kamu maka perangilah mereka …demikian lah antara ayat-ayat Allah yang diketengahkan oleh Geert Wilders yang disertakan dengan paparan video kezaliman umat Islam sebagai bukti mengapa beliau cuba menghasut dunia supaya membenci Islam dan menggambarkan bahawa Yahudi baik dan perlu dibela..

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh umat Islam selain pendekatan demonstrasi dan boikot .

Dengan mengambil ruh ayat itu juga bermaksud bahawa umat Islam juga perlu mengetengahkan bukti untuk menjawab dan juga membikin dokumentari yang sama taraf nya juga untuk menunjukkan tentang kezaliman mereka terhadap saudara kita yang telah syahid diseluruh dunia di Falastin, Iraq, Afghanistan, Chehnya, Sudan, Ethiopia, Mindanao, Pattani dan sebagainya.

‘GEERT WILDERS- FITNA’ YANG PERLU DIJAWAB UMAT ISLAM


‘Fainqaataluukum faqtuluuhum…yang bermaksud jika mereka memerangi kamu maka perangilah mereka …demikian lah antara ayat-ayat Allah yang diketengahkan oleh Geert Wilders yang disertakan dengan paparan video kezaliman umat Islam sebagai bukti mengapa beliau cuba menghasut dunia supaya membenci Islam dan menggambarkan bahawa Yahudi baik dan perlu dibela..

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh umat Islam selain pendekatan demonstrasi dan boikot .

Dengan mengambil ruh ayat itu juga bermaksud bahawa umat Islam juga perlu mengetengahkan bukti untuk menjawab dan juga membikin dokumentari yang sama taraf nya juga untuk menunjukkan tentang kezaliman mereka terhadap saudara kita yang telah syahid diseluruh dunia di Falastin, Iraq, Afghanistan, Chehnya, Sudan, Ethiopia, Mindanao, Pattani dan sebagainya. Tunjukkan klip video bagaimana askar Yahudi meletupkan masjid dan meletupkan kepala seorang pemuda Islam, tentera Amerika meletupkan rumah keluarga Islam yang sedang berbuka puasa, mendera dan menyeksa umat Islam dipenjara, menembak jamaah solat subuh di Nablus, meletupkan Syeikh Yaasin pengasas Hamas selepas keluar daripada masjid dan jutaan kezaliman golongan kuffar terhadap umat Islam. Umat Islam kini ramai pakar dan cerdik IT dan broadcasting perlu ‘bertempur’ dengan mereka dalam bidang ini dengan memasukkan dokumentari lawan yang bermutu untuk diglobalisasikan dalam UTube dan sebagainya.

Geerrt Wilders cuba membangkitkan kemarahan umat Islam sedunia disamping cuba membangkitkan solidarity golongan Yahudi dan Kristian dibarat dan Amerika mungkin kerana petunjuk dan hidayah Allah telah menembusi hati-hati ramai generasi baru golongan bukan Islam di Eropah terutama sekali di Jerman , Belanda, Denmark dan kawasan sekitarnya. Islam kini adalah agama yang paling aktif berkembang dari segi populasi dan kemajuan di Amerika dan Barat. Ianya dicemburui oleh Yahudi dan Nasara sebagaiamana yanga di sebutkan oleh Allah Taala diadlam surat Al-Baqarah ‘ Walantardho ankal Yahudu walan Nasara hatta tattabiamillatahum….." Dan tidak akan sekali-kali akan redha golongan Yahudi dan Nasara sehinggalah kamu mengikuti agama mereka …

Geert Wilders menggunakan ayat AlQuran dengan terjemahan secara harfiah dan memutarbelitkannya untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa menjadi tanggungjawab umat Islam supaya memadamkam ayat-ayat tersebut daripada Al-Quran. Secara tidak langsung dia mengajak umat Islam supaya meninggalkan Al-Quran dan Islam. Dengan diselitkan peristiwa 119 kemusnahan WTC, video terbakarnya kulit mangsa yang di sertakan dengan ayat Allah yang menggambarkan siksaan keatas golongan tidak beriman dineraka dimana kulit-kulit mereka akan dibakar dan digantikan dengan kulit baru untuk terus dbakar bagi merasakan kesakitan tak terhingga, digunakan untuk memburukkan Islam dengan peristiwa 119 tersebut.



Diantara papaparan video yang diketengahkan tersebut termasuk tafsiran sendiri ayat alQuran , sikap tidak fleksibel Islam terhadap golongan murtad, temuramah dengan budak 3.5 tahun, ceramah jihad bersemangat dimasjid, hujah peribadi individu dan yang kesemuanya cuba dijadikan bukti tentang kezaliman umat Islam Bagaimana mereka mendapat bukti tersebut secara tidak langsung bersumberkan orang Islam sendiri yang turut memberi sumbangan kepada musuh untuk menghancurkan agama Allah. Mereka membangkitkan bahawa holocaust yang sebenar akan diakukan oleh umat Islam dan untuk mengapi-apikan Islam dengan bukan Islam didunia ini mereka menghebohkan kenyataan Islam nak menakluk dunia dan memusuhi semua agama lain Yahudi , Kristian, Buddha , Hindu dan sebagainya.

Justeru itu semua umat Islam diingatkan supaya senantiasa berada dalam tali Allah kerana semakin dunia ini menghampiri Qiamat golongan kuffar akan bersatu menentang Islam dalam segala aspek dan menjadi tanggungjawab umat Islam memperjuangkannya sehingga keakhir hayat.

Menteri: Sabah terus desak

PUTRAJAYA 31 Mac – Permintaan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya diberi lebih banyak wakil dalam Kabinet sebenarnya mewakili suara rakyat Sabah yang menjadi penyumbang terbesar kemenangan parti pemerintah itu sejak 1990-an.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, ia berikutan BN negeri berjaya membuktikan rekod hampir 100 peratus kemenangan pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan terbaru pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

‘‘Jangan nak cerita nombor sahaja (berapa jawatan menteri Kabinet untuk wakil Sabah)... nanti jumpalah Perdana Menteri dahulu.

‘‘Ini suara daripada rakyat Sabah yang sumbang banyak (kemenangan) sejak 1990-an. Kita (BN Sabah) perlu sedikit ganjaran selepas mencapai kemenangan besar,” kata beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.

Mohd. Shafie ditanya jumlah jawatan Menteri yang dikehendaki oleh BN Sabah setelah pertemuan beberapa pemimpin BN negeri dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok mahukan BN Sabah diberikan jumlah wakil yang seimbang dalam Kabinet Persekutuan selepas BN negeri itu menyapu 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya lepas.

Sebelum itu, beberapa Ahli Parlimen Sabah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan sentimen rakyat dan penyokong BN Sabah berhubung soal pelantikan wakil negeri itu dalam Kabinet.

Ditanya mengenai hasil perjumpaan tersebut, Mohd. Shafie berkata, perjumpaan tersebut merupakan satu proses untuk membawa pandangan akar umbi rakyat Sabah kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, masing-masing Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu meningkatkan persefahaman antara satu sama lain khasnya dalam isu membabitkan pembangunan infrastruktur di negeri itu.

Katanya, walaupun beberapa kawasan di Sabah ketinggalan dari segi pembangunan tetapi rakyat negeri itu masih bersabar dan memahami keadaan tersebut.

‘‘Tempat seperti Cheras dan Bukit Bintang walaupun penduduknya menyokong pembangkang tetapi mereka memperoleh kemudahan yang lebih baik antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) akan segera membaiki jalan yang rosak di situ.

‘‘Di kawasan saya, jalan di situ tidak bertar, ia memakan masa bertahun-tahun untuk membawa pembangunan ke situ. Kita bagaimanapun faham bahawa pembinaan bangsa bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Stadium Melawati bergema laungan takbir, reformasi, Makkal Shakti

SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) - Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'.

Image

Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno.

Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah.

Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan.

Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium.

Image

Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To' Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.

Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia.

Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Image

Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara.


Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya.

Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR.

Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

Image

Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya.

"Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah," luah beliau pada awal ucapan.

Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan.

Image

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan.

Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran.

"Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat," katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir.

Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno.

"Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya," katanya.

Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa.

Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; "Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat'.


Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya.

Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan.

Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN.

Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. - lanh