Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Jumaat, 22 Februari 2008

Presiden PAS lancar manifesto 'Negara Berkebajikan'





KUALA LUMPUR, 21 Feb - Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan' yang diuar-uarkan sebelum ini akhirnya dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.

ImageDalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state.

"Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih.

Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma.

ImageBukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah.

Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat kepercayaan daripada masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare State' yang dibuat di negara Barat.

Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam.

Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain.

ImageTurut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi pandangan kepada kerajaan.

Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan sebaiknya.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan.

Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu.

ImageAbdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan.

Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara, * Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional. - mks.

Selasa, 19 Februari 2008

VIDEO Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal..


Seorang pelancong telah datang melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid Kristal.

Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut. Kenapa jadi begitu?

Masjid yang menghabiskan duit rakyat jutaan ringgit namun tidak boleh ditunaikan solat Jumaat.

Mungkin video klip ini akan menjadi satu peringatan buat kita semua dan tanda amaran buat Idris Jusoh.

Saksikan video ini..

MASYAALLAH.......

http://www.youtube.com/watch?v=5Rmpx0qk-Ks

Download video ni..

http://www.zshare.net/download/76730766530e4f
"

PMN rakam penghargaan kepada KPT atas kebenaran bertanding pilihan raya

KUALA LUMPUR - Parti Mahasiswa Negara (PMN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed atas kenyataan membenarkan mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.



PMN menerusi satu kenyataan akhbarnya yang dihantar kepada Harakahdaily menggambarkan pendirian yang diambil KPT sebagai suatu petanda yang positif kepada perjuangan mahasiswa.

"Ia merupakan petanda baik kepada mahasiswa bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bukan lagi menjadi penghalang utama kepada mahasiswa untuk terlibat sama dalam mencorakkan masa depan negara.

"Kami amat menghormati undang-undang, kerana kemunculan kami dalam pilihan raya kali ini adalah salah satu usaha yang mengikut lunas dan prosedur," ujar Presiden PMN, Azlan Zainal dalam kenyataan itu.

PMN juga katanya, merasakan AUKU perlu dikaji semula bagi membolehkan pemansuhan kepada beberapa fasal yang mengekang keterlibatan pelajar dengan politik.

"Mana mungkin dapat melahirkan generasi warga negara yang baik jika mereka tidak didedahkan secara menyeluruh dengan pendidikan politik yang akhirnya boleh menimbulkan kesedaran dan bijak memilih pemimpin mereka sendiri," katanya.

Ujar Azlan lagi, adalah tidak wajar mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang prihatin dan peka ini dek kerana keterlibatan mereka secara langsung dalam kancah politik negara kerana ia adalah salah satu proses pembelajaran yang unik dan mematangkan mahasiswa selain membolehkan mahasiswa menunaikan amanah sebagai warga negara yang mewakili suara generasi muda Malaysia.

Pada pilihan raya ke-12 ini, Parlimen Kepala Batas, Parlimen Jeli dan Parlimen Semberong menjadi kawasan sasaran menandakan sikap optimis Parti Mahasiswa Negara (PMN) untuk terlibat secara langsung sebagai representasi Malaysia.

Dengan slogan "Mahasiswa Bersama Rakyat," generasi baru menuju ke arah Malaysia baru PMN menyatakan hasratnya yang bertujuan untuk memastikan dan mengangkat suara mahasiswa ke Parlimen Malaysia bagi membela hak rakyat dan membawa hasrat generasi muda secara terus kepada mantan pemimpin utama negara ini terutamanya pemimpin yang bertanggungjawab terus terhadap mahasiswa dan pelajar.

Dalam pada itu, PMN turut mencadangkan agar Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran mempunyai sekurang-kurangnya status bertaraf Professor, Professor Madya atau mempunyai PhD sebagai latar belakang pendidikan yang membolehkannya disegani dan dicontohi oleh para pelajar sebagai teladan yang baik.

Semalam, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, PMN telah menyatakan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas bagi menentang Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi secara satu lawan satu.

Begitupun, permintaan mereka untuk mencapai tujuan itu masih belum diberikan jawapan oleh pihak pembangkang yang masih belum menamakan calon di kawasan itu.

MAHASISWA BERSAMA RAKYAT

Jumaat, 15 Februari 2008

Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran, kata Rosol Wahid

"Sesiapa yang mengundi dan menyokong BN pada pilihan raya umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon PAS tidak mendapat sebarang ganjaran.

"Bercakap ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2008 di pekarangan Masjid Kampung Nasi Dingin, di sini kelmarin (31 Januari), Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid berkata sokongan itu perlu bagi membolehkan kerajaan BN meneruskan agenda membangunkan syariah dan umat Islam. "Katanya, walaupun kepemimpinan PAS sering mengatakan perjuangan mereka berlandaskan Islam, tetapi tiada program mengembangkan syariat Islam dilakukan apabila diberi peluang memerintah negeri ini." - Berita Harian, 2 Februari 2008, di bawah tajuk 'Rakyat kena sokong BN' (berita dipetik dari Kuala Berang).

Terkedu penulis tatkala membaca berita ini. Apa sudah jadi? Kalau Rosol Wahid, pemimpin Umno negeri boleh membuat fatwa sendiri tentu lebih ramai lagi pemimpin Umno, terutama di peringkat Pusat boleh membuat fatwa. Di sini jelas sekali Rosol Wahid sudah bermain api. Orang bermain api seperti Rosol Wahid boleh diambil tindakan seperti dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak lama dulu.

Melalui berita Star News, Rabu 3 Mac, 2004 dengan tajuk 'PAS never promised heaven, says Hadi', Abdul Rashid berkata; "stern action would be taken against those who deceive the people to win votes."

Petikan penuh berita itu; KUALA TERENGGANU: PAS says it has never promised a passage to heaven for its supporters and voters if they give the party their backing.

Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who is also Terengganu Mentri Besar, alleged that Umno was smearing PAS' name by making such claims.

"I saw these posters pasted on trees along the roadside in Kedah recently and PAS leaders told me it was the work of Umno members," he told newsmen at his office in Wisma Darul Iman here yesterday.

He alleged that his party had caught Wanita Umno members, disguised as PAS members, making such claims in previous general elections.

He was commenting on a warning by Election Commission chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman that stern action would be taken against those who deceive the people to win votes.


Abdul Rashid had alleged political parties were making empty promises such as claiming that those who voted for them would go to heaven.

Jadi sekarang, Rosol Wahid sudah meletakkan dirinya untuk diambil tindakan oleh SPR. Apa kata SPR mengenai perkara ini?

Berhubung kes Rosol Wahid ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dalam laman webnya menulis: "Ucapan Rosol Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan.

"DPPKT menyeru agar Rosol menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan pilihan raya umum yang akan datang sudah semakin hampir.

"Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.

"Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, "Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala?

"Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud; "Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka."

"Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik?"

Mengenai dakwaan Rosol Wahid, penulis teringat akan ceramah seorang imam dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis tidak lama dulu. Katanya, melalui filem pun ditunjukkan bahawa orang Islam begitu bersemangat mendaulatkan hukum-hukam Islam.

Dalam filem 'Semerah Padi' jelas ditunjukkan pelaksanaan hukum-hakam Islam. Pasangan berzina dihukum sebat atau rejam, tetapi hari ini apabila orang disabitkan kesalahan zina, hakim akan berkata; "kesalahan ini hukumannya mengikut syariah adalah sebatan 100 kali, tetapi berdasarkan kuasa diberi pada saya, saya menjatuhkan hukuman denda...kepada kamu."

Imam itu bertanya hadirin, "agak-agak kamu lepas tak hakim dan masyarakat daripada penghakiman Allah SWT apabila melaksanakan hukum sedemikian." Hadirian tidak menjawab. Iman meneruskan, "tentulah tidak."

Imam itu tidak melanjutkan hujahnya tetapi bagi orang yang berfikir akan terbayang di otaknya; "Jika hakim tidak lepas, masyarakat tidak lepas, tentulah kerajaan yang tidak menegakkan hukum-hakam Allah SWT tak akan terlepas daripada hukuman Allah SWT di akhirat nanti. Malah di dunia lagi akan menerima akibatnya!"

Jadi macam mana Rosol Wahid boleh berkata, undi BN dapat pahala!




SISWA UTMKL

Khamis, 14 Februari 2008

Tempoh kempen lebih panjang perlukan akses media

KUALA LUMPUR, -Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pilihanraya umum ke-12 ialah pada 8 Mac ini.

Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Rashid berkata hari pembuangan undi tersebut jatuh pada hari permulaan cuti sekolah.

Katanya, SPR menentukan bahawa daftar pemilih induk 2007, yang diwartakan pada 5 Februari 2008 akan digunapakai untuk pilihan raya ini.

"Mengikut daftar pemilih tersebut terdapat seramai 10922139 orang pemilih layak mengundi iaitu 10701054 adalah pemilih awam dan 221085 pemilih pos layak mengundi dalam pilihan raya kali ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, SPR mengingatkan kepada semua pihak terutama parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat dalam pilihan raya umum ke 12 nanti memberi kerjasama kepada SPR.

Semua pihak diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur pengurusan pilihan raya serta etika kempen yang ditetap dan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, kata Rashid.

Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusof berkata, BN dijangka akan menggunakan kesempatan tempoh kempen yang panjang (14 hari ) untuk memperjelaskan segala isu bagi memulihkan sokongan rakyat kepada mereka.

Agenda tersembunyi Abdullah

"Mungkin Presiden Umno, Abdullah Badawi ada agenda tersembunyi untuk memjawab isu-isu dalam negara bagi mengekalkan sokongan rakyat kepadanya," katanya kepada Harakahdaiy.

Tegasnya, pihak pembangkang juga sudah bersedia untuk menghadapi strategi 3M yang diamalkan BN iaitu, 'machinery' (jentera kerajaan), media dan 'money' (wang) bagi memastikan kemenangan mereka dapat dipertahankan,

"3M merupakan kekangan yang dihadapi pembangkang yang digunakan kesempatan oleh Abdullah serta jenteranya," ujarnya.

Beliau menganggap apa yang dilakukan oleh Abdullah adalah kesan daripada rasa cemas terhadap sokongan terhadapnya yang kian merosot berdasarkan kajian yang dibuat oleh satu badan penyelidik.

Berpandukan kepada kajian tersebut, populariti Abdullah yang sebelum ini telah jatuh sebanyak 70 peratus, merosot lagi sebanyak 10 peratus baru-baru ini.

Sungguhpun tempoh tersebut lebih panjang daripada pilihan raya sebelum ini, Wan Nik berpendapat ia tidak memberikan keselesaan kepada pembangkang untuk menjalankan kempen.

"Hal ini adalah disebabkan tindakan kerajaan menafikan akses pembangkang terhadap media," katanya lagi.

Tempoh masih tidak cukup

Sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula merasakan bahawa tempoh kempen yang diperuntukkan tidak mencukupi akibat dinafikan hak untuk akses kepada media.

"Saya yakin dan pasti apa yang dilakukan ini adalah untuk menguntungkan Umno-BN semata-mata, bukan untuk memberi kemudahan dan keadilan kepada semua pihak," katanya semasa dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah juga berpendapat sistem pilihan raya yang dijalankan di Malaysia merupakan antara sistem pilihan raya kuno serta tidak bertamadun.

"Walaupun tempoh berkempen dipanjangkan kepada 14 hari, ini tidak bermakna ia telah memberikan keadilan kepada semua pihak.

Tiada akses media


"Ia disebabkan pembangkang tidak diberikan ruang untuk akses kepada media arus perdana dan terpaksa bergantung dengan media alternatif yang tidak menyeluruh kepada rakyat," katanya.

Sivarasah yang juga merupakan pengamal undang-undang menegaskan hujah yang menyokong pendapat tersebut adalah berkaitan hak sebagai warganegara yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan.

"Saya mempertikaikan hal ini kerana ia adalah hak yang tertulis di dalam perlembagaan. Tempoh 14 hari adalah tidak cukup bagi pembangkang dalam keadaan hak untuk akses kepada media dicabuli.

"Bukan sekadar hendak puaskan hati kami di pihak pembangkang, tetapi hal ini berkait rapat dengan hak kita," tegasnya.

Bahkan beliau mencadangkan tempoh yang lebih selesa adalah selama 21 hari ke atas sebagai tempoh yang minimum untuk rakyat mengenali calon dan meneliti manifesto setiap parti.

"Pada pilihan raya umum 1960-an, tempoh kempen yang dibuat adalah selama 50 hari," ujarnya.

Bagaimanapun, Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpuas hati dengan tempoh kempen yang diumumkan SPR hari ini.

"Saya gembira dan berpuas hati dengan tempoh yang diberikan untuk memberikan peluang kepada rakyat mengenali calon dan menilai manifesto parti yang bertanding," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily./mr.wann

Rabu, 13 Februari 2008

Bubar Parlimen : Abdullah tidak layak dipercayai lagi

KUALA LUMPUR -Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap pembubaran Parlimen hari ini menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak dipercayai lagi.

Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.

Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.

Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.

Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".

Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

ANTI PENDUSTA 08'

Negara Berkebajikan vs Negara Berkeuntungan.

Dalam arus negara yang sedang menuju kearah kegemilangan, haruslah mempunyai sifat dinamik dan progresif tehadap permasalahan rakyat. Rakyat merupakan elemen penting dalam sesebuah negara selain wilayah, perundangan dan pemerintahan. Bahkan jika melihat kepada elemen-elemen tersebut ianya berkaitan secara langsung dengan rakyat yang pastinya bertujuan untuk memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat sepenuhnya.



Satu daripada banyak fungsi sesebuah kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat jelata. Jika kita melihat dalam pemerintahan Islam, ekonomi mempunyai tiga ciri penting iaitu kestabilan peruntukan dan pengagihan. Jika kita menganalisis perkara ini dalam sebuah kerajaan Hadhari Malaysia adakah ketiga-tiga fungsi ini berfungsi secara optimum.



Dalam peruntukan sumber dan pengagihan hasil negara , contohnya dalam Dasar Pertanian yang dipopularkankan kembali,. Adakah kerajaan yang ada sekarang sedar petanian dimonopoli oleh tauke-tauke besar dari satu kaum tertentu, mereka yang sedia kaya inilah lebih mendapat nikmatnya kerana “pinggan” mereka besar. Pertanian mereka berskala besar.Kehidupan petani tradisi (melayu/bumiputera) tetap tidak merasakan apa-apa kesan dari pengagihan ini selain benih subsidi dan baja subsidi. Sama seperti sebelum karidor-karidor pembangunan diperkenalkan. Ini jika kita bercakap mengenai peruntukan dan pengagihan. Dua fungsi kerajaan dalam ekonomi. Akhirnya akan wujudkah kestabilan(fungsi yang ketiga)?



Jika kita mengambil kronologi peristiwa yang melibatkan keluh resah rakyat dalam satu sela masa yang agak pendek dengan bermulanya piket yang dilakukan oleh Kesatuan Sekerja(MTUC) sehinggalah countdown tahun baru 2008 yang disambut dengan “pemansuhan yuran” seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia benar-benar menyedarkan golongan pekerja sekaligus ibu bapa dan sekaligus juga rakyat malaysia bagaimana pentingnya sebuah kerajaan berkebajikan.Ini belum ditambah dengan demonstrasi kenaikan harga minyak, harga barang dan sebagainya.





Bagaimana MTUC yang mendesak pihak kerajaan memwujudkan dasar gaji minimum dan elaun sara hidup(COLA), tetapi dengan angkuhnya Perdana Menteri menjawab tindakan dan tuntutan mereka boleh menyebabkan pelabur asing lari. Persoalannya, benarkah pelabur asing lari disebabkan terpaksa membayar gaji minimum kepada pekerja di Malaysia atau ranking daya saing pekerja Malaysia merudum ke bawah. Persoalan lain juga yang harus ditimbulkan, haruskan dibiarkan pelabur kapitalis asing memerah tenaga rakyat negara kita dengan ganjaran yang tidak setimpal.. Pemimpin harus menjawab persoalan ini secara jujur bukannya memutarbelit fakta bahawa Malaysia ranking ke-6 di dunia.



Dalam melusuri hati nurani rakyat marhaen, keluhan ibubapa yang merasakan mereka “diperbodohkan” berkenaan pemansuhan yuran seperti yang diumumkan benar-benar meruntun hati nurani.. Hal ini jelas menunjukkan rakyat dipermainkan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan sekarang ini. Rata-rata ibubapa terutamanya di kampung-kampung mulanya berasa lega dengan pemansuhan yuran seperti diumumkan dalam bajet 2008. rupa-rupanya yuran tersebut (RM4.50 untuk sekolah rendah dan RM9.00 bagi sekolah menengah) yang tidak diketahui sebelum ini kewujudannya digandakan lagi dengan yuran maintenance dan selenggaraan sanitary. Pemansuhan yuran sepenuhnya hanya akan benar-benar berlaku dalam sistem pemerintahan Negara berkebajikan.



Pemansuhan sepenuhnya yuran sepatutnya telah berlaku sejak dahulu lagi, disebabkan dengan pemborosan yang dilakukan oleh kerajaan dalam pembelian dan perbelanjaan barangan, perkara ini mereka berasa berat untuk laksanakan. Ini boleh dirujuk kepada laporan ketua audit negara. Belum lagi ditambah dengan komisyen pembelian kapal-kapal perang dan kapal selam yang dikaut oleh agen-agen kroni bernilai ratusan juta. Semua ini berlaku dalam kementerian pertahanan.



Eksperimen negara berkebajikan ini telah berjaya dilakukan oleh AKP di Turki dan Hamas di Palestin. Sehinggakan di Palestin, Hamas menguasai hampir keseluruhan badan-badan kebajikan di sana. Sehinggakan desakan dari Amerika dan sekutunya Israel supaya menyekat bantuan kepada badan kebajikan yang pro Hamas tidak berjaya. Jika menyekat bantuan kepada badan kebajikan yang pro Hamas bermakna mereka menyekat semua bekalan untuk rakyat Palestin.





Trek rekod Pas dalam mewujudkan negeri berkebajikan berjaya dibuktikan oleh Kerajaan negeri Kelantan. Berbagai skim yang diperkenalkan sehingga ditiru oleh beberapa negeri yang diperintah oleh BN dan kerajaan Pusat sendiri. Antaranya cuti bersalin selama 60 hari, Cuti bekerja dua hari seminggu telah lama dilakukan, berbelas tahun lebih awal dari kerajaan Pusat. Skim armalah yang membantu ibu-ibu tunggal, takaful Kifalah sejenis takaful yang didaftarkan secara automatik bagi warga emas yang berumur 60 tahun keatas, skim takaful ini ditiru oleh kerajaan negeri selangor bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo baru-baru ini dengan nama skim Jasamu(sudahla meniru kemudian mengaku satu-satunya di Malaysia) Jihad ternak bagi membantu golongan muda yang meencebur diri dalam perternakan, program Ladang Rakyat yang ditiru oleh kerajaan pusat dengan nama yang sama. Apabila kerajaan negeri menjadikan kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara, paklah datang ke Kelantan memperkenalkan Terminal Makanan Negara.



Tawaran Pas kepada rakyat berkenaan negara berkebajikan ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Rakyat khususnya pengundi-pengundi haruslah menggunakan peluang yang tersedia untuk merubah halatuju negara. Parti itu sudah terkeluar dari kepompongnya dari bercakapkan soal hukuman dan undang-undang semata-mata kepada kebajikan yang hendak diberikan kepada rakyat. Negara berkebajikan juga merupakan salah satu dari ciri-ciri negara Islam. Ini dapat dilihat dalam Dokumen Negara Islam Pas."lalang tak perlu ditanam, padi jangan biar tidak berbaja"

KUNCI BILIK

Selasa, 5 Februari 2008

PAS BUKAN PARTI POLITIK SEMATA2..

Pas bukan sahaja parti politik, parti pembangkan yang masih pertapak
sejak sekian lama Pas bukan sahaja berproksikan politik malah satu
senjata tarbiah Islam di Malaysia.sudah kita maklum tarbiah islamiah
wajib kita alirkan pada diri dan masyarakat. lebih-lebih lagi zaman
sekarang yang memerlukan gandaan usaha uyang banyak dalam mencapai
maksud ini.

Zaman yang penuh dengan perancangan zionis dari saluran aties,
gerakan kristian dan banyak lagi organisasi jahat kuffar.Dari
sekecil-kecil kepada perkara terbesar yang mampu dikatakan lidah telah
disuntik mereka pekara yang jahat untuk menjatuhkan Islam, secara
jelas atau tersembunyi disebalik pakain Islamik, sebagai contoh Islam
hadari, yang sangat longgar dalam pengamalan agama. yang tersembuanyi
dalamanya pemekiran liberal,satu pemikiran yang akan menjatuhkan
ketauhidan pada Allah dan Islam pada umumnya.

lantas Pas dengan golongan Ulamanya mengambil langkah dalam arena
politik untuk menentang perancangan jahat yang telah kita sedia maklum.
bukan saya maksudkan umno dan barisan nasional itu agen zionis seratus
peratus tapi mereka menerima jalan dan hidayah yang ditunjukkan oleh
mereka (zionis). jadi kesan pemikiran dan halatuju telah ada pada
barisan politik bn ini dinegara kita.

Dewan ulama Pas yang berperanan penting dalam menegakkan tauhid,
telah 50 tahun lebih bertungkus-lumus, malam siang tak kira harta dan
tenaga yang dikorbankan untuk mencapai ketinggian islam.Ya walupun
dewan ini baru ditubuhkan pada 70-an namun maksudnya sudah lama dan
tak pernah padam, cuma pengkhususannya baru dibuat pada 70-an. lagipun
kebanyakkan barisan pas adalah mereka yang memahami tauhid dan yang
sanggup berkorban deminya.

masih ingatkah as-syahid Ibrahim Libya? yang mati kerana tauhid,
serta para sahabat yang lain. masih ingatkah pengorbanan tok janggut
dalam menentang inggeris, ya pada masa itu tiada lagi pas, tapi
pemikiran yang mana sama dengan TOk Janggut? pas atau umno?. sejarah
mengatakan tok janggut perjuang keran cukai...satu pembohongan besar.
jika keran cukai kenapa TJ mengishtihar penubuhan negara islam di
pasir puteh, telah melantik menteri-menteri untuk melaksanakan tujuan
penutusan Rasulullah itu.

wahai mahasiswa sekalian kajilah sejarah dengan baik jangan main
dengar je dari buku yang dibuat oleh mereka yang ingin menegakkan
nasionalis je. kaji baik-baik dari pelbagai penulis. gunalah ilmiah
yang kita ada itu dalam mencari kebenaran bukan jadi pak turut
semat-mata.

pas bukan semata-mata untuk politik, tarbiah islamiah adalah tunjang
utama. lihat sahaja sepanjang pemerintahannya di kelantan banyak
pembaharuan yang dibuat keran tujuan tersebut. perlaksanaan akta
kawalan hiburan, bukan untuk mengongkong tapi untuk membentuk
masyarakat kearah hiburan islam yang bertepatan dengan fitrah bukan
nafsu yang jahat lagi rakus.

kelab-kelab malam dihramkan dengan maksud yang sama, pelacuran tak
dibiarkan senang bertapak,jika ada kes pun tak lah sebanyak yang ada
kat chow kit tu. terlalu nadir dalam soal ini.lantas kawan-kawan
bawalah pas untuk maksud tarbiah tauhidiah bukan politik semta-mata.
jangan membawa jarum-jarum umno masuk pas. niatkan dengan ikhlas
semata-mata keran Allah.

akhir kata, kita hidup ada tujuannya, apa?
untuk mati kerannya menuju kepadanya. Allah matlamat kita yang utama.
jadikan takbir untuk menuju kejalannya.

SISWI PEKA

Isnin, 4 Februari 2008

Apabila rakyat mula biadab







"Mengambil tindakan mengoyakkan gambar Tan Sri Rashid walaupun sebagai gimik merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh diterima. Tindakan itu memang melampau dan kalau ada undang-undang boleh mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, ia perlu diambil."

ImageDemikianlah reaksi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi terhadap tindakan pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang baru-baru ini telah bertindak mengoyak gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman di hadapan para wartawan semasa satu sidang akhbar.

Sudah pastilah tindakan tersebut bersebab, dan takkanlah bertindak demikian juga bertentangan dengan undang-undang? Sudahlah hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun dikekang dan disekat, bertindak mengoyak gambar pun mahu diambil tindakan. Ini mengalahkan kerajaan diktator kuku besi!

Pastinya tindakan mengoyak gambar sesiapa pun yang hidup atau yang mati adalah melampau dan memang boleh dianggap biadap. Soalnya, mengapa tindakan itu dilakukan? Menurut salah seorang penggerak Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad, tindakan tersebut diambil kerana Rashid selaku pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya telah gagal, malah menghalang usaha-usaha untuk mereformasikan sistem pilihan raya dalam negara.

ImageTambah Dr Dzul lagi, beberapa tuntutan utama Bersih masih tidak dipedulikan termasuklah menghapuskan undi pos, melanjutkan tempoh berkempen dan memberishkan daftar pengundi. Justeru, tindakan mengoyakkan gambar beliau itu adalah simbolik kemarahan Bersih yang mewakili rakyat Malaysia, terhadap beliau dan SPR.

Biadapkah tindakan itu?

Rashid baru-baru ini menggesa parti-parti pembangkang agar tidak menyertai pilihan raya jika tidak percaya kepada beliau dan SPR. Jadi, siapa yang lebih biadap? Sebelum itu Rashid telah menghina Presiden PAS yang katanya berserban besar tetapi berbohong; siapa lebih biadap? Rashid juga pernah mendakwa bahawa PAS merasuah para pengundi dengan syurga; siapa lebih biadap?

Kalau Abdullah juga bersekongkol dengan Rashid, maka beliau pun sama seperti Rashid. Kalau Bersih mengoyak gambar Rashid kerana protes terhadapnya, rakyat pula perlu bangun menolak BN sebagai protes menolak Abdullah dalam pilihan raya umum nanti. Biadapkah rakyat?


utmkl biadap 08'