Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Khamis, 25 Oktober 2007

Jamuan SPECIAL di Hari Raya


Atas nama sambutan hari raya dan rumah terbuka Universiti Teknologi Malaysia City Campus tidak terkecuali merayakan perayaan tersebut. Sambutan dari pihak pelajar amat mengalakkan sehinggakan orang ramai beratur panjang mengambil makanan. Diserikan dengan lagu yang bertemakan hari raya yang menambahkan keserian perayaan yang asalnya merupakan perayaan agama telah bertukar menjadi perayaan budaya dan etnik masyarakat majmuk Bukan kemeriahan itu yang hendak dibincangkan disini, tetapi ada beberapa perkara yang dirasakan penting dan perlu untuk diketengahkan.

Kemeriahan majlis tersebut “diserikan” lagi dengan “menu” yang julung-julung kali dihidangkan. Sempena sambutan jamuan hari raya kali ini kita dapat lihat perkara “pelik” yang tidak pernah “ditayangkan” kepada tetamu sempena sambutan hari raya sebelum-sebelum ini,menu ini sudah biasa pada majlis-majlis rasmi yang lain seperti malam penutup Pesta Hari Terbuka Kolej Pertama.(PRISMA 07) Karnival Kolej Kedua (Jumbara 07) dan majlis rasmi yang lain.
“Menu” pada tahun ini ditambah dengan satu menu istimewa yang kononnya satu-satunya budaya yang masih wujud di digalaksi yang kita diami ini.

Penulis tertanya-tanya hanya inikah budaya bangsa yang kita ada? Hanya tari menari sajakah yang boleh diketengahkan hingga keperingkat antarabangsa? Kalau kita lihat asal usul tarian jenis ini bukannya merupakan budaya masyarakat melayu pada asalnya. Tarian yang diimport tanpa “cukai” dari masyarakat jahiliah timur tengah ini diangkat martabatnya menjadi tarian agung di alam melayu ini. Tetapi malangnya atas maklumat yang kabur . puak-puak nasionalis mengaku tarian ini yang mereka punya dan harus diperjuangkan atas nama seni budaya agung.
.
Mungkin juak-juak Nasionalis mempertikaikan tulisan ini ”ni la melayu bodoh pasal seni budaya! seni sendiri pun kutuk”. Tetapi itulah realiti fahaman nasionalisme; kepentingan budaya bangsa dan negara melebihi kepentingan agama. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan tarian zapin ini, perluaskanlah selagi boleh, tetapi yang menjadi masalahnya ada perilaku dan “adegan-adegan” yang bercanggah dengan nilai-nilai agama, Apa salah kiranya pelaksanaannya menepati budaya nilai(value culture) masyarakat Malaysia, iaitu berpegang kepada nilai-nilai agama yang utuh. Zapin itu sendiri merupakan budaya material(material culcute) bagi sesetengah masyarakat melayu Malaysia. Bila timbul kontradiksi antara value culture yang baik dan material culture yang terhegeh-hegeh: maka, jelas kita perlu mempertahankan value culture yang baik tersebut.

Izinkan penulis mendefinasikan budaya itu sendiri mengikut apa yang penulis pelajari secara ringkas, “budaya merupakan sesuatu yang kukuh di dalam diri sesorang yang akan menyebabkan mereka menzahirkan perkara tersebut secara tidak terpaksa dan nampak terpaksa” Budi akan mendayakan diri untuk melakukan secara kebiasaan dan tidak nampak dibuat-buat. Maka, jika dibuat-buat juga; ia juga merupakan satu budaya iaitu budaya suka membuat-buat (budaya hipokrit). Jika puji yang dibuat-buat ia merupakan budaya mengampu. Kedua-dua budaya ini hidup subur dalam UMNO.

Kembali kepada tajuk kita…
Adakah budaya namanya jika terinjak-injak menari bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram secara bebas dengan wangian dan mekap yang tebal, dengan pakaian yang berklip-kelip.?mungkin juga kita akan mendengar “Apa salahnya, kami bertudung, tutup aurat” TETAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA PERGERAKKAN PEREMPUAN YANG TERGEDIK-GEDIK ITU SALAH SATU DARI AURAT YANG WAJIB DITUTUP.

Jika kita kembali kepada takrif budaya diatas ada beberapa jawapan yang sesuai;

1)Bagi si penari dan penganjur, memang ini merupakan satu budaya; budaya yang mereka anggap boleh memamartabatkan maruah bangsa supaya agung diarena antarabangsa. Tetapi mereka tidak sedar budaya ini mampu mengundang dosa dan bala dari Allah S.W.T.

2)Bagi sang pelajar ”Ini bukan budaya kami”. “kami tak nak tengok pun”.”apa benda tu, tengah hari, panas-panas nak menari jugak””janji perut aku kenyang”Memang betul, dari pemerhatian penulis,pelajar tidak menghiraukan tarian-tarian tersebut.

3)Bagi sesetengah pemimpin dan pembesar, ini memang budaya kami. Buktinya kita dapat lihat sejak zaman dahulu lagi, tarian dan istana tidak dapat dipisahkan. Malahan di akhir pemerintahan melayu melaka pun tarian ini semakin rancak, sehinggakan negeri sedang berperang pun masih ada majlis tarian dan arak (rujuk novel 1515 karya Faisal tehrani).

Adakah ilmu menjadi budaya pada hari ini dikalangan mahasiswa khususnya? Usahlah berbangga dapat menggapai angkasa lepas andai dibumi masih pincang budayanya. Berbanggakah kita jika hanya budaya yang berbentuk material (gasing, kuih bangkit, rendang lemang, ketupat dan baju batik )dibawa ke anggkasa lepas jika di bumi budaya nilai yang baik(berani, tegas, menyatakan kebenaran,sopan santun,hormat orang tua,jimat cermat, menuntut ilmu, amalkan ilmu dan sebagainya) kian terhakis.digantikan dengan budaya(pengecut,fitnah,hipokrit,mencarut,lepak, seks bebas, gangster, buli rempit dan sebagainya) jelik. Pelik rasanya jika pusat ilmu tetap menjana hiburan yang tidak menepati peraturan persembahan.

Cukuplah Jasmin Ahmad dan Syarifah Amani dengan GUBRAnya yang gabra itu menjadi pengajaran kepada kita semua”if bikin filem mencemarkan budaya lets make if often”.

-Kunci Bilik.

Selasa, 23 Oktober 2007

Mengapa TV3?


Jika kita boikot rtm, akankah ada perubahan?Kalaupun tidak ada manusia lagi yang menonton rtm,rtm akan terus hidup kerana ia media milik kerajaan.Pastinya duit rakyat akan digunakan untuk menghidupkan rtm.Tetapi tv3 berbeza.Tv3 bergantung kepada syarikat media prima sebagai sumber modal untuk beroperasi.Syarikat seperti tv3 memerlukan sokongan terus daripada penonton, dengan itu banyaklah syarikat lain yang menggunakan khidmat tv3 sebagai tapak iklan.

Kita mungkin tidak menggunakan tv3 untuk mempromosikan sesuatu.Tetapi dengan menonton tv3, secara tidak langsung ia akan menggalakkan syarikat lain untuk mengiklankan syarikat atau produk mereka di tv3.Dengannya pendapatan tv3 akan bertambah dan mulalah tv3 naik tocang!

Pada permulaan, kita memerlukan fokus untuk kempen ini.Fokus kita ialah tv3.Bukan tv7, tv8 atau tv9 walaupun dibawah syarikat induk yang sama.Fokus inilah yang akan menentukan kejayaan kita.Niat kita bukan untuk meranapkan bisnes mereka.Niat kita ialah supaya mereka sedar, tampa penonton siapalah tv3.Bukannya tampa tv3 siapalah penonton!

Kita mengharapkan perubahan.Kita mengharapkan kebebasan dan kualiti media itu dikembalikan.Kita mengharapkan mereka professional dalam kerjaya mereka dan tidak hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk!

Sebarkan logo diatas ke setiap blog, web portal, dan dimana sahaja anda berada...

Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.
“Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.
Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan “kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus.”
Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan.
“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik.
“Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama

Malaysia bukan 'boleh' tetapi 'bodoh' - akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.

"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.


Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

Khamis, 11 Oktober 2007

Jangan biarkan mahasiswa kita diasuh pemimpin politik tahap rendah

Seorang bapa dari Teluk Intan, Perak begitu seronok dan megah apabila anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Sebagai seorang pendidik, hampir seluruh masyarakat kampung mengunjungi kediaman beliau untuk mengucapkan tahniah. Beberapa orang penduduk kampung juga ada bertanya kepada pendidik ini cara-cara beliau mendidik anaknya sehingga berjaya ke institusi pengajian tinggi.

Malahan beberapa orang penduduk lainnya pula meminta anak-anak mereka supaya mengikut jejak anak pendidik ini yang sememangnya bijak sejak dari alam persekolahan rendah lagi.

Seorang bapa di Hulu Selangor pula memberitahu, dia terpaksa menjual kereta Proton Wira kerana mahu membiayai anaknya yang ketiga untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum ini, dua orang anaknya telahpun menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seorang di tahun akhir sementara seorang lagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Bapa ini memberitahu, tanahnya sudah habis digadai semata-mata menampung perbelanjaan anaknya yang tinggi ini. Bagaimanapun dia tetap berasa puas hati dengan pengorbanannya itu.

Kedua-dua bapa ini dan majoriti keluarga yang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian di IPTA mengharapkan agar anak mereka berjaya di bidang karier masing-masing.

Mereka sanggup berkorban sebagai mengikut saranan kerajaan bahawa mahasiswa adalah tenaga pelapis yang membakal memimpin negara pada masa akan datang.
Kita akan mendengar slogan dan propaganda di radio mahupun di TV bahawa anak-anak mahasiswa ini adalah pelapis kepada kepimpinan yang ada sekarang.

Apabila mendengar slogan "mahasiswa sebagai pemimpin pelapis negara", hampir semua mahasiswa bersemangat tinggi untuk menamatkan pengajian masing-masing. Hampir setiap hari mereka akan membayang jubah di hari konvokesyen dengan harapan merekalah bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Itulah harapan mahasiswa yang bercita-cita mahu menyumbang baik buat ummah dan negara.

Namun, langkah pertama yang perlu mereka belajar adalah menghadapi pilihan raya kampus yang disifatkan asas kepada pembentukan diri sebagai seorang ahli politik.
Sesetengah mahasiswa membayangkan pilihan raya kampus adalah proses pemilihan memilih pemimpin pelajar di antara golongan berilmu atau intelektual, yang bersaing secara bebas.

Bagaimanapun, kini mereka hanya diberikan dua pilihan sama ada mahu menjadi kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno atau kumpulan yang didakwa propembangkang.
Di sinilah majoriti mereka tergamam dan terkejut dengan situasi sebenar pilihan raya kampus yang sepatutnya dinamik dan bebas.

Di sinilah juga mereka berhadapan dengan situasi yang kacau apabila proses pilihan raya itu ditekan dan dicengkam sehingga matlamat sebenar mahu melahirkan pemimpin mahasiswa berwibawa dan bertanggungjawab hilang di celah-celah hiruk-pikuk emosi kepartain.

Seolah-olah yang hanya dibenarkan ialah aliran pemikiran yang selari (sebenarnya yang mengampu) dengan politik pemerintah. Siapa jua yang cuba menyanggah akan dilabelkan sebagai propembangkang yang perlu perlu dikalahkan.

Pada pilihan raya kampus 2007 yang lalu, kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno telah mendabik dada kerana mereka diterima dan menang daripada 20 IPTA. Mereka hanya tewas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di UIAM, para calon sudah diajar bagaimana mahu menjadi seorang ahli politik. Mereka diajar oleh tenaga yang dimport khas oleh Umno seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Adham Baba dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan juga Presiden GPMS, Reezal Meerican Naina Merican. Kedua-dua mereka adalah ahli Umno tulen dan hidup dalam kancah politik Umno.

Yang lebih menarik dan menyedihkan adalah para mahasiswa dan para pensyarah yang cerdik dan bijaksana itu diajar dan dipengaruhi oleh seorang yang tewas ketika bertanding jawatan Ketua Umno bahagian dan seorang presiden pertubuhan belia yang mempunyai rekod kemenangan yang penuh kontroversi, misteri dan memalukan.

Apakah perasaan Rektor Dr Syed Arabi Syed Idid dan Timbalan Rektor HEP, Hamidon Abd Hamid? Bagaimana perasaaan tenaga pengajar UIAM yang cukup hebat seperti Dr Aziz Bari, Dr Sidik Baba dan lainnya terhadap tunjuk ajar dan pengaruh dari dua pemimpin Umno ini yang berperangai kartun itu?

Di manakah hebat dan maruah mereka, seorang tewas bertanding dalam politik sebenar dan seorang menjadi presiden pertubuhan yang penuh kontroversi?

Setiap tahun pilihan raya kampus akan berlangsung dan setiap tahun juga pemimpin mahasiswa disogok dengan politik murahan dan tidak bermaruah. Inikah wajah-wajah bakal pemimpin masa depan negara yang benar-benar bermaruah, bertanggungjawab untuk mentadbir negara?

Jika demikian keadaannya, pemimpin pelajar dan mahasiswa boleh belajar dengan lulusan universiti ternama luar negara, misalnya Oxford. Mereka hanya perlu berfikiran sedikit kreatif dan gunakanlah pendekatan yang paling mudah untuk menjadi pemimpin dalam Umno.

Secara jenaka, carilah mana-mana anak perempuan atau lelaki yang bapa mereka adalah seorang Menteri Kabinet, Menteri Besar atau bakal Perdana Menteri.
Ketika itu, anda akan menjadi bakal pemimpin besar tanpa perlu bersusah payah seperti mana Dr Adham dan Reezal Meerican.

Apa pun, kasihanlah kepada pengorbanan ibu bapa mahasiswa yang bertungkus-lumus menghantar anak mereka ke menara gading tempatan. Mereka masih tidak tahu apa yang berlaku kepada masa depan anak-anak mereka di sana, sekadar dibuai slogan "mahasiswa adalah pemimpin pelapis" untuk masa depan negara etapi mereka sebenarnya dididik oleh ahli-ahli politik secara tidak bermaruah!

Jumaat, 5 Oktober 2007

Aspirasi kalah di UTM, Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Walaupun kumpulan Aspirasi berjaya di kebanyakan kampus dalam pilihan raya kampus (PRK) sesi 2007/2008 ini, mereka tewas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur.
Aspirasi hanya memperolehi satu daripada lima kerusi yang dipertandingkan di kampus cawangan tersebut.
Walau bagaimanapun, Aspirasi masih menguasai kerusi-kerusi yang lain di kampus induk Skudai, Johor Bahru.
UTM terpaksa mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan pergi balik Johor Bahru-Langkawi, kamera digital, pen parker dan pemain MP3 untuk menggalakkan mahasiswa kampus tersebut mengundi, kata sumber.
Bahkan para pensyarah juga diminta mengiringi mahasiswa mengundi, serta memperuntukkan masa yang secukupnya kepada mereka pada 2 Oktober lalu bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut, katanya.

MPP UTM City Campus 07/08
• Mohd Azami bin Zokerefli 2DDA
• Mohd Za’im bin Mustapha 2DDK
• Mohd Rizuwan bin Yaakob 2DDT
• Muhammada Zaki Haron 2DDJ
• Nur Amalina bt Awang 2DDA (calon Aspirasi)

Selasa, 2 Oktober 2007

PEMILIHAN MPP UTM City Campus SESI 2007/2008


2 Oktober 2007 merupakan Hari Pembuangan Undi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Lebih daripada 82 peratus pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) City Campus telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.

Di UTM City Campus, seramai 12 orang calon bertanding merebut 5 kerusi umum UTM City Campus dan 19 orang calon merebut 10 kerusi umum UTM, Skudai.

Kiraan undi dijalankan bermula jam 6.30 petang dengan dibantu oleh 110 orang petugas termasuk pemerhati yang terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih.

Keputusan penuh pemilihan MPP UTM sesi 2007/2008 bagi kerusi Umum UTM Skudai telah diumumkan pada jam 10.30 malam dan 11.30 malam keputusan untuk Kerusi UTM City Campus oleh Y.Bhg. Prof. Ir. Dr Azhari Mohd Salleh, Dekan Kolej Sains dan Teknologi (KST). Turut hadir memantau kiraan undi pada malam tersebut adalah Y.Bhg. Prof. Dr. Hamdani bin Saidi, Pengarah Kampus, UTM City Campus, Kuala Lumpur.

Menurut Prof. Ir. Dr. Azhari, beliau gembira melihat sambutan yang diberikan, walaubagaimana pun beliau turut mengingatkan setiap pelajar supaya menitikberatkan budaya sihat apabila berpolitik di dalam kampus. Beliau juga amat berterima kasih kepada pelajar dan staf yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa melaksanakan tugas.

Berikut adalah keputusan pemilihan MPP UTM City Campus bagi tahun 2007/2008 mengikut undian tertinggi.

Nurul Amaliyana bt Awang 2DDA
Mohd. Azami bin Zokerefli 2 DDA
Mohammad Zaim bin Mustapha 2 DDK
Mohd. Ridzuwan bin Yaacob 2 DDP
Mohd Zaki bin Haron 2 DDJ




-- Koresponden BKS Zaharah Binti Ahmad yang menyumbangkan laporan ini dari sumber Canseleri, Unit Perhubungan Awam, UTM CityCampus, KL

Isnin, 1 Oktober 2007

MAHASISWA CETEK ILMU @ MPP LESU??

Sedar ataupun tidak kita telah berada dalam minggu Pilihan Raya Kampus (PRK) dan hari ini genap hari yang ke 5 calon-calon melancarkan perang poster semenjak penamaan calon pada 26hb september yang lalu. Suasana penamaan calon di UTMKL ini amat suram dibandingkan dengan Universiti-universiti yang lain. Bahkan tidak ramai yang tahu dan mahu mengambil tahu tentangnya. Jika kita lihat Universiti Malaya heboh dengan poster-poster dan banner bagi menyokong calon masing-masing samaada dipihak Pro Mahasiswa atau Pro Aspirasi, begitu juga hangatnya situasi di UKM, UIAM, UPM dan lain-lain.Bahkan wartawan-wartawan media dari pelbagai lapangan datang untuk lebih mehangatkan suasana dan sudah tentu untuk menghangatkan akhbar atau berita mereka untuk keesokan harinya.. Melaui pengamatann saya, tidak melebihi 10% mahasiswa UTMKL yang tahu tentang hari bersejarah tersebut.Ini amat menyedihkan. Nampknya mahasiswa UTMKL masih belum merdeka dari penjajahan minda semasa Minggu Haluan Siswa. Mereka masih ditakuk lama. Masih seperti pelajar MHS yang tersesat jalan didalam kampus dari DK5 ke blok S..Namun perjuangan perlu diteruskan. Calon-calon tetap dengan pendirian untuk merebut 5 jawatan yang sebenarnya penting selama ini bagi membela nasib mahasiswa. Malangnya,jawatan tersebut dijajah selama 2tahun..Ingat semua mahsiswa UTMKL, kita dijajah selama 2 tahun tanpa tempat mengadu, bergantung dan tempat menemui hak masing-masing. Tetapi penjajahan yang paling zalim ialah apabila kita sendiri tidak tahu kita dijajah. Bayangkan dengan hanya beberapa ketul ayam KFC maruah kita terus dijajah, kesedaran yang hadir sebentar cuma terus-terusan dijajah.Sedarlah mahasiswa, tinggikan prinsip dan maruah kita. Maruah mahasiswa, supaya kita tidak terus melarat dengan rasuah dan riba’ apabila berada diluar sana. Diluar yang lebih zalim godaannya. Diluar yang penuh tipu dakyahnya.

Walaubagimanpun syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya bertanding julung-julung kalinya pada tahun ini. Mereka ialah :

1. Mohd Azami bin Zokerefli 2DDA -CALON PERSENDIRIAN
2. Mohd Za’im bin Mustapha 2DDK -CALON PERSENDIRIAN
3. Mohd Rizuwan bin Yaakob 2DDT -CALON PERSENDIRIAN
4. Muhammada Zaki Haron 2DDJ -CALON PERSENDIRIAN
5. Adib Hazwan bin Halim 2DDJ -CALON PERSENDIRIAN
6. Mohd Airil Syah bin Nordin 2DDB -CALON PERSENDIRIAN
7. Umi Khalthum Binti Md. Isa 2DDC -CALON ASPIRASI
8. Muhammad Amir Afiq bin Lokman 2DDV -CALON ASPIRASI
9. Mohd Nizam bin Mazenan 2DDC -CALON ASPIRASI
10. Muhammad Azri bin Marzen 2DDB -CALON ASPIRASI
11. Nur Amalina bt Awang 2DDA -CALON ASPIRASI
12. Aiza Elyana bt Azri 2DDG -CALON PERSENDIRIAN

Persaingan yang sengit berlangsung pada tahun ini setelah UTMKL kemurungan selama 2 tahun. Nampaknya anjakan paradigma yang berlaku begitu pesat sekali. 7 daripada calon akan tersingkir selepas pembuangan undi pada 2 oktober nanti. Dengan adanya banyak pilihan yang diberi, semua mahasiswa di seru memilih yang paling berkualiti sebagaimana apabila kita hendak membeli barang. Malah tepatnya ia lebih berat daripada itu, kita perlu memilih pemimpin, maka pilihlah yang sebenar-benar layak..pilihlah yang dapat menegakkan yang benar dan menongkah yang batil, bukan menjadi pak turut alam dan sekeliling..kerana apa???kerana mereka adalah wakil kita, wakil bagi mahasiswa UTMKL. Jika wakil yang dipilih buruk akhlaknya, rendah moralnya, lesu fikirannya dan lambat pergerakkannya, maka semua mahasiswa UTMKL akan terpalit nilai-nilai tersebut.. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Malah lebih buruk lagi pemimpin tersebut tidak dapat berbuat apa-apa sehingga berakhirnya tempoh kepimpinan mereka. Amat malang bagi kita jika keadaan tersebut berlaku, sepertimana yang berlaku 2 tahun sebelum ini. Diharap pisang tidak berbuah bagi kali yang ketiga, kerana pisang tersebut hanya menghasilkan buah yang busuk. Buah yang tidak memberi manfaat langsung. Malah jika dicampak kepada beruk pun akan dibuangnya. Tebang sahaja pokok tersebut dan tanamlah yang baru, yang berkualiti asasnya, maka nanti akan eloklah daun, batang, buah dan keseluruhan miliknya. Langsung, tanaman-tanaman renek disekeliling juga boleh menumpang hasil.

Wahai mahasiswa UTMKL sekalian,

Nampaknya semua calon telah menghumban pelbagai janji manis untuk meraih undi. Melalui pemerhatian saya, isu-isu yang diketengahkan semua calon sangat berkait rapat dengan masalah dikampus. Berkaitan kelengkapan kolej la, masalah lif la, masalah penempatan, bas dan byk lagi isu lapuk yang diketengahkan dan ini menyebabkan saya dapat menilai pemikiran calon yang sangat sempit dan tertutup. Tidak dinafikan isu-isu didalam kampus sangat penting dan keutamaan tapi dimanakah isu-isu selanjutnya?? Isu didalam Negara, isu diluar Negara?? Kemanakah perginya??Nampaknya calon-calon hanya berfikir untuk jangka masa pendek dan diruang lingkup mereka sahaja. Yang duduk di kolej kedua hanya mengemukakan isu kolej kedua begitu juga yang dikolej pertama. Tidak habis-habis dengan isu bangunan nak roboh..memangla nak roboh tapi xkanlah pihak Universiti bangang sangat xfikir masalah pelajar. Sebetulnya, perkara ini bukanlah sesuatu isu yang sangat-sangat penting yang perlu diketengahkan calon-calon, dan ini tidak bermaksud isu tersebut adalah remeh. Ingin saya bertanya, bagaimana dengan isu luar yang lebih kritikal??sebagai contoh baru-baru ini kita lihat betapa tragisnya adik kita yang disayangi NURIN diperlakukan dengan kejam. Pada ketika isu ini di perdebatkan, dimana suara mahasiswa??adakah hanya sekadar membaca dan tumpang bersedih?? Memanglah ini tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa tapi sebagai mahasiswa kita perlu bersuara. Tunjukkan kebencian kita pada masalah ini. MPP perlu panggil semua mahasiswa berkumpul dan luahkan ketidakpuasan hati dan gesa kerajaan memberikan hukuman yang seberat-beratnya pada penjenayah terbabit. Barulah mahasiswa dipandang tinggi, menjadi agen kepada masyarakat. Isu ini isu masyarakat, isu rakyat, perlu diambil berat..kerana apa???kerana kitalah pemimpin masa depan..kita..kita dan kita..bukan orang yang tidak lulus SPM yang akan menjadi menteri. Kitalah yang perlu bantu kerajaan, lahirkan ketidakpuasan hati pada rasuah contohnya. Ini sangat penting untuk kesejahteraan bersama tidak kira apa bangsa, agama, bahasa, atau fahaman.

Jika kita lihat mahasiswa dizaman 70 dan 80-an, mereka sangat aktif, menjadi suara kepada masyarakat, dipandang tinggi dan dihormati. Apabila berlaku sesuatu masalah dikampung misalnya, siapa yang dicari untuk bersuara dengan pak menteri?? Siapa lagi, kalau bukan mahasiswa..kerana apa? Kerana mahasiswa pada masa itu sangat dekat dengan isu masyarakat disamping isu-isu mereka didalam kampus. Bahkan ramai daripada mereka yang menjadi orang-orang besar pada ketika ini. Tidak perlu saya senaraikan nama-nama tokoh terbabit kerana semua telah sedia maklum, bahkan bekas PM kita sendiri semuanya dari kalangan pemimpin mahasiswa satu ketika dahulu. Disinilah sebenarnya peranan mahasiswa yang kita harapkan akan kembali gemilang. Jika MPP yang dipilih berfikiran sempit, tidak hairanlah semua mahasiswa kini berfikiran seperti katak didalam gelas, dengan pemikiran kelas bawah yang sempit,lesu, mandom, dan dipandang remeh. Bahkan
boleh dikatakan pak cik Abu yang selalu minum teh tarik di kedai kopi sambil bermain dam lebih kedepan dalam isu potik, sosial dan ekonomi Negara (kerana kerap mebaca surat khabar selepas minum teh) berbanding mahasiswa. Begitulah kesan tragic apabila pemimpin yang dipilih tidak sebenar-benar pemimpin, maka dengan ini benarlah kata pepatah China, busuk ikan bermula dari kepalanya
( maksudnya busuk rakyat@ mahasiswa bermula dari pemimpinnya.)

Rakan-rakan mahasiswaku yang dikasihi sekalian,


Jadi apa tunggu lagi??Bangkitlah, lakukan perubahan sekarang, segala kuasa ditangan anda. Daripada kesemua calon yang tersenarai maka selidiklah prestasi, akhlak dan asas perjuangan mereka sebelum membuat pilihan. Jangan tunggu sampai esok, bertindaklah sekarang. Semoga Mahasiswa Gemilang kali ke2..Selamat mengundi..:)

SISWI PEKA 07

Mari kenali foto budaya pemimpin Umno

Dalam sehari dua ini RTM di bawah telunjuk Menteri Penerangannya, Dato' Zainuddin Maidin begitu sibuk dengan video klip tunjuk perasaan dan bakar bendera.
Misinya satu, iaitu 'Ini bukan budaya kita.'

Dahulu Zainuddin juga berkata, bahawa RTM bukan media propaganda kerajaan. Sekarang bagaimana?

Kalau dah siar setiap pagi dan petang, malam dan dinihari bukan propaganda apa lagi namanya?

Sahaja ditujukan persoalan kepada Menteri Penerangan gambar-gambar yang bersabit dengan pemimpin Umno di bawah ini budaya siapa?

Pegang bukan mahram kita apakah budaya kita?

Intim dengan bini orang beginipun bukan budaya kita?

Budaya kitakah begini?


Hanya suami yang tiada maruah sahaja membenarkan bininya begini.. Budaya kitakah?

Skandal suami orang bini orang(MP dengan Senator) macam biasa saja dalam umno. Budaya kita atau budaya Umno?

Buat isyarat lucah juga bukan budaya kita tapi budaya Umno.

Perangai tolol macam budak-budak ini pun bukan budaya kita tapi budaya BN.


Hanya orang yang sakit otak sahaja yang buat beginiĆ¢€¦sebab itulah budaya mereka.