Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Sebarang cadangan sila e-melkan gelombang_mahasiswa@yahoo.com

Sabtu, 29 September 2007

Universiti menjadi dalang untuk memenangkan kumpulan Aspirasi

Nampaknya semacam terdapat cubaan untuk memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi secara mudah dalam pilihan raya kampus 2007 (PRK) dengan menggunakan kuasa pihak pentadbiran universiti.

Menurut satu sumber, beberapa persatuan aliran Islam didakwa telah diugut agar tidak menyertai PRK atau menghadapi tindakan persatuan mereka dibubarkan.

Dalam satu Bengkel Jabatan Dakwah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar satu kampus di selatan tanah air, seorang pegawai kanan universiti telah meminta kata putus daripada peserta bengkel tersebut yang terdiri daripada pimpinan tertinggi persatuan-persatuan aliran Islam mengenai pembabitan mereka semasa PRK nanti.

Jika kumpulan selain Aspirasi ini tidak meletakkan pencalonan,ada pihak yang beranggapan bahawa ia merupakan usaha yang didalangi oleh pihak tertentu yang sengaja untuk mencipta situasi seolah-olah wujud pertandingan dua kumpulan yang berbeza, walhal ia adalah daripada kalangan mereka sendiri.

Oleh sebab itu, sumber membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku di peringkat awal adalah usaha terancang bagi memastikan tidak ada pihak 'lain' yang menjadi peserta dalam PRK 2 Oktober ini.

Situasi di kampus-kampus telah mula hangat dengan serangan risalah haram, dengan pelbagai isu.

Manakala di sesetengah IPT, hampir semua bangunan serta tempat strategik dalam kampus dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau cctv bagi memantau pergerakan warga kampus, lebih-lebih lagi menjelang PRK tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, rata-rata mahasiswa yang bakal membuang undi masih lagi terkapai-kapai mengenai hak dan kewajipan mereka untuk memilih kepimpinan baru kerajaan mereka dalam PRK.

Maklumat daripada sebuah kampus di Malaysia Timur, mengesyaki kumpulan Aspirasi sedang menjalankan kegiatan mereka secara rahsia bagi menjayakan agenda PRK.
Menurut sumber, kursus calon Aspirasi anjuran Biro Tata Negara selesai dijalankan pada bulan lepas. - mks.

Kecoh apabila UM terima 16 calon Aspirasi-Umno yang tidak layak


Seawal jam 9.30 pagi, kira-kira 200 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun di perkarangan bangunan Canseleri dan Dewan Tunku Canselor bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengendalian proses penamaan calon pada 26 September lalu.

Ia ekoran isu bantahan terhadap 16 calon yang tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya kampus (PRK) 2007/2008 kerana kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar tahap akhir dalam pengajian masing-masing.

Sungguhpun begitu, 16 calon yang didakwa 'pro-aspirasi Umno', diterima bertanding untukPRK UM, walaupun mereka melanggar peraturan pilihan raya yang ditetapkan iaitu Seksyen 52(4) dan seksyen 18(a) Perlembagaan UM dan peraturan 12.1 Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) UM sesi 2007/2008.

Peruntukan tersebut menyebutkan bahawa calon bagi kerusi MPMUM perlulah di kalangan mereka yang masih berbaki dua semester (satu tahun) pengajian.

Setakat ini pihak pro mahasiswa tmengemukakan dua kali bantahan berhubung kes ini, iaitu pada malam hari selepas penamaan calon dan secara rasmi pada 8.30 pagi di Kompleks Perdana Siswa hari ini.

Akan tetapi, menurut jurucakap pro mahasiswa kesemua bantahan tersebut ditolak dan tidak dilayan oleh pihak TNC HEP tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh.

Pagi ini, kira-kira 5 orang delegasi mahasiswa berjumpa dengan wakil Naib Canselor, Dato' Dr Rafiah Salim mengenai penjelasan tindakan pihak jawatankuasa pemilihan MPM UM yang menerima pencalonan 16 calon yang dikatakan tidak layak.

Delegasi mahasiswa tersebut terdiri daripada wakil Persatuan Mahasiswa Islam UM, Umany dan kumpulan pro mahasiswa yang membawa surat bantahan.

Menurut wakil NC tersebut, satu panel penasihat undang-undang yang terdiri daripada tiga orang pegawai akan dilantik bagi membuat siasatan dan kajian terhadap bantahan yang dikemukakan oleh mereka sebelum ini.

Beliau berjanji akan menyampaikan surat bantahan tersebut kepada NC selepas ini dan meminta agar perhimpunan tersebut disuraikan secara aman.

Ketua Pengarah Keselamatan, Ismail berkata setakat ini makluman surat tersebut telah disampaikan kepada setiausaha NC yang dikenali sebagai 'kak Ton', akan membuat penilaian semula terhadap bantahan yang dikemukakan ke atas 16 calon tersebut.

Namun, jurucakap pro mahasiswa tetap mendesak agar NC sendiri memberikan penjelasan secara terbuka kepada mahasiswa berhubung alasan yang digunakan untuk melayakkan 16 calon tersebut bertanding.

Setelah itu, gerombolan mahasiswa tersebut bergerak menuju ke Kompleks Perdana Siswa (KPS), dan berhenti sejenak di depan bangunan Dewan Tunku Canselor sambil melaungkan 'Student power' dan 'Kami mahu PRK bersih'.

Teriakan mereka menarik perhatian masyarakat kampus serta pengguna jalan raya di UM yang berhenti untuk melihat aksi mahasiswa terbabit yang membawa kain rentang serta sepanduk yang berbunyi 'Awas 16 calon tidak sah sedang berkeliaran di kampus' dan Kredibiliti SPR UM tergugat'.

Setibanya di KPS, mahasiswa tersebut berhimpun di Gazebo sambil delegasi pro mahasiswa pergi berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu 16 calon yang tidak sah seperti yang didakwa mereka sebelum ini.

Suasana gamat seketika dengan laungan slogan-slogan oleh kumpulan mahasiswa yang turut diawasi oleh pegawai-pegawai keselamatan serta beberapa kakitangan universiti yang dilantik bagi memantau gerak geri mahasiswa dalam tempoh PRK berlangsung.

Antara pembunuh Nurin dan Altantuya siapa lebih binatang??

Hari ini sudah genap seminggu adik Nurin Jazlin Jazimin disemadikan di pusaranya. Anak kecil berusia lapan tahun itu telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan keluarga tercinta dalam keadaan yang amat menyayat hati.

Kematian beliau secara yang amat tragis itu meruntun ego setiap manusia yang mengikuti perkembangan kes kehilangannya selama sebulan untuk turut sama bersimpati.
Siasatan kes ini mendapati beliau didera secara seksual dan dibunuh dengan kejam, lantas menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

"Binatang". Itulah perkataan yang paling kerap terbit dari mulut orang yang memberikan komen tentang pembunuhan Nurin.

Ya. Mungkin itulah setepatnya gantinama yang boleh digambarkan untuk pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.

Sehingga semalam, pihak polis belum lagi dapat menangkap pembunuh kejam ini dan khabarnya sehingga mengundang Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat untuk membantu mengesannya.

Wah, ini sudah jadi macam rancangan tv CSI (New York, Miami, Las Vegas?)
Namun yang jelasnya hari ini, kes pembunuhan sudah menjadi satu kemestian untuk mengisi dada-dada akhbar di negara ini.

Tidak berapa lama dahulu, nun di satu sudut bumi bertuah, terdapat sebuah negara bernama Mongolia yang jarang disebut orang.

Di sana juga terdapat seorang ayah bernama Shaariibuu Setev yang kehilangan anaknya. Kehilangan yang mencetus kegemparan. Kehilangan yang membangkitkan satu kes berprofail tinggi.

Altantuya, itulah nama anak perempuan Shaariibuu. Anak kesayangannya itu kemudiannya dikesan telah mati dibunuh di Malaysia.

Cara kematiannya juga kejam dan memilukan. Siasatan mendapati mangsa telah dibunuh dan diletupkan sehingga berkecai untuk melupuskan bukti.

Eh, yang ini tak pakai khidmat FBI pun boleh kesan. Hebat juga polis Malaysia.
Apa bezanya Nurin Jazlin dan Altantuya Shaariibuu? Kedua-dua mereka mati dibunuh dengan kejamnya. Kedua-duanya juga memerlukan ujian DNA untuk mengenalpasti waris si mati.

Namun bagi Jazimin Abdul Jalil dan Shaariibuu Setev, sudah tentu kehilangan anak masing-masing begitu memilukan dan akan meninggalakn kesan yang amat mendalam dalam diri mereka.

Bayangkan hati ibu bapa mana yang tidak meratap apabila mendapati anak mereka mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Paling tidakpun, dalam kes Nurin, anaknya ditemui dalam sebuah beg sukan dalam keadaan yang masih "sempurna" tubuh badan.
Tapi bagi Shaariibuu, kehadirannya ke Malysia hanyalah untuk mengutip cebisan tulang anaknya.

Kes Altantuya kini sedang rancak dibicarakan di mahkamah. Sudah pasti Shaariibuu mahukan keadilan tertegak dengan pembunuh anaknya dikenakan hukuman yang setimpal. (Walaupun sudah ramai yang tidak berminat mengikuti perkembangan perbicaraan kes ini kerana semakin lama semakin mengarut).

Begitu juga dengan Jazimin, dia juga mahukan "binatang" yang membunuh anaknya dihadapkan ke muka pengadilan.

Siapakah yang lebih "binatang" antara pembunuh Nurin dan Altantuya?

Apapun motif pembunuhan kedua-duanya, rakyat di negara ini berada dalam keadaan yang sudah tidak selamat.

Kenaikan kadar jenayah sejak dua-tiga tahun kebelakanganini adalah satu tamparam hebat kepada kerajaan memerintah serta khalifahnya.

Pada awal perlantikannya sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak lima peratus setahun.

Sebaliknya secara purata , kadar jenayah di negara ini mengalami lonjakan sebanyak 12 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta” – Surah Thaha, ayat 124.

Sudah la tu, cukuplah kerosakan yang dibuat di atas muka bumi Malaysia ini. Kembalilah kepada yang hakiki mengikut ketentuan al-Quran dan as-Sunnah. - mr

Sabtu, 22 September 2007

Demonstrasi dan boikot besar-besaran pilihan raya kampus!

2 Oktober 2007 adalah tarikh pilihanraya kampus (PRK). Tarikh keramat ini sepatutnya menjadi tarikh mahasiswa bergelanggang membuktikan bakat kepimpinan secara bebas dan gentlemen.

Malangnya dalam sebuah negara yang mendabik dada sebagai negara bebas dan demokrasi berparlimen ini, segalanya tinggal angan-angan sahaja.

Mahasiswa ternyata tidak sebebas dahulu lagi. Tidak sebebas dan sehebat di zaman Anwar dan Hishamudin Rais berpencak. Nikmat kebebasan tak mampu diulang kembali.
Makanya, untuk apa mahasiswa masih sanggup untuk digula-gulakan untuk berpilihanraya?
Untuk apa mahasiswa masih rela untuk diperbudakkan untuk dipermain-mainkan seumpama anak-anak patung?

Untuk apa mahasiswa pasrah untuk dijadikan bidak-bidak catur yang semuanya diremote control oleh Umno dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)?

Mahasiswa hari ini wajar sekali celik dan sedar hakikat yang berlaku ini.
Agenda utama mahasiswa kini bukan lagi rela dan pasrah untuk diperbudakkan, dipermainkan dan diremote control Umno dan KPT lagi. Itu bukan mahasiswa namanya!
Terlibat dalam PRK seumpama itu adalah satu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan!
Kira dan bilanglah sendiri sudah berapa lama mahasiswa menanggung aib dan malu dengan kekalahan demi kekalahan. Kalah besar pulak tu! Ini semua hasil dari kongkongan dan penindasan dari Umno dan KPT? Tidak serik-serikkah lagi mahasiswa diperlakukan begitu? Bagi saya, mahasiswa tetap ada pilihan. Saya sebagai penganalisa setia dan berhubung rapat dengan KPT ingin memberi cadangan terhadap terhadap nasib dan masa depan mahasiswa. Saya mencadangkan dua pilihan yang utama kepada semua mahasiswa. Kecuali mahasiswa di UIAM.

Boikot dan Demonstarasi
Boikot adalah pilihan terbaik bagi menyatakan protes terhadap campurtangan yang sangat menjolok mata di kalangan Umno dan KPT. Boikot adalah lambang ’kekuasaan’ mahasiswa.
Ianya adalah kuasa memilih mahasiswa. Memilih untuk tidak terlibat dalam PRK samada mengundi atau menjadi calon. Hendak mengundi siapa lagi kalau sudah tahu kita akan kalah? Memilih calon-calon ’barua’ di kalangan Aspirasi Umno adalah satu dosa. Memilih untuk membuang masa di universiti semasa PRK adalah membuat kerja-kerja lagha yang ditegah mana-mana agama.
Maka, boikot adalah pilihan yang paling tepat kerana mahasiswa berjaya meluahkan rasa menyampah dan meluat terhadap kongkongan yang berlebihan terhadap mahasiswa dan pentadbiran universiti.

Kesan boikot yang menyeluruh akan membuka mata masyarakat luar terhadap kezaliman dan ketidakadilan KPT terhadap mahasiswa. Rakyat seluruhnya akan mula menyelami dan cuba memahami penderitaaan yang dialami oleh mahasiswa sekarang.
Masyarakat akan tertanya-tanya apakah sebab mahasiswa begitu berani memboikot pilihanraya kampus?

Namun boikot sahaja tanpa disususuli dengan demonstasi tidak akan ke mana. Ianya akan lebih berkesan sekiranya disusuli dengan demonstrasi pada tarikh keramat itu. Pada tarikh berlangsungnya PRK.

Bayangkan, di saat-saat mahasiswa lain sibuk mengundi, nun di sana terdapat ribuan mahasiswa yang lainnya pula memilih untuk mengadakan demonstrasi aman di hadapan istana-istana seluruh Malaysia.

Bertemu dengan canselor-canselor mereka menyatakan bantahan terhadap KPT dan Umno. Mahasiswa akan menjemput wartawan pro pembangkang bagi mendapat publisiti meluas dalam dan luar negara.

Demo dan menghantar memorundum secara beramai-ramai akan mencatatkan satu sejarah besar dalam perjuangan membebaskan mahasiswa dari belenggu penjajahan KPT dan Umno.

Rasional terhadap cadangan boikot dan Demo adalah mudah:

1. Sudah hampir 5 tahun semenjak KPT ditubuhkan, mahasiswa bukan pro kerajaan kalah berturut-turut.
2. Umno dan KPT secara menjolok mata memberi bantuan ribu kepada jentera dan calon Aspirasi Umno setiap kali PRK selepas KPT ditubuhkan (Wallahi ! saya bercakap benar!)
3. Cengkaman terhadap HEP oleh KPT bagi memenangkan calon Aspirasi Umno bukan rahsia lagi.
4. Calon dari mahasiswa bukan pro pembangkang kekurangan dana dan bantuan. Biasanya akan kalah.
5. Ugutan dan penipuan oleh HEP untuk memenangkan calon pro Aspirasi Umno adalah mainan bagi mereka.
6. Penglibatan TTNC HEP bekerjasama dengan pemuda Umno dan Puteri Umno bukan rahsia lagi.

Jika fakta-fakta yang diberikan di atas masih menyebabkan mahasiswa bukan pro Umno hendak bertanding juga, bagi kami orang yang dekat dengan kerja-kerja penipuan KPT akan tersenyum dan mengegeleng-gelengkan kepala, kerana apa?
Kerana ” Mengapalah bodoh sangat kita nak masuk bertanding padahal kita dah tahu CONFIRM akan kalah”

Semak dan muhasabah balik, berapa sangat dana yang kita ada? berapa kuat jentera kita dan siapalah yang nak bantu kita? Dan usah tanyalah dengan persiapan tarbiah kita.
Pandangan Dr Yusuf Al Qardawi dalam fikh aulawiyat perlu sangat dihayati oleh para mahasiswa.

Kerja utama mahasiswa adalah membuang ikatan tangan dan kaki. Bukan bertanding!
Fokuslah kepada bagaimana hendak dirungkaikan ikatan dan pasungan di kaki dan tangan yang semakin ketat ini. Bila sudah dibuka, barulah sedap hendak berpencak.
Hari ini dengan ikatan kaki dan tangan, lawan dengan mudah akan memaksa mahasiswa membuka mulut dan meludah ke dalam mulut.

Takkanlah setiap tahun mahasiswa akan muntah dek ludahan Aspirasi Umno? PRK kali ini bersediakah untuk diludah lagi?

Fokuslah untuk membuang ikatan tangan dan kaki! Kemudian barulah berfikir untuk masuk gelanggang dan berpencak silat atau bertinju.

Hakikat di depan kita hari ini PRK yang akan berlangsung tidak lebih dari Mike Tyson akan bertinju dengan Mustapa Mohamed yang diikat tangan dan kaki.
Dan kita masih nak tanya lagi soalan bodoh ini ”Siapa yang akan menang?”
# Satu lagi yang utama ialah TARBIYAH BERTERUSAN wajar digembeling bersungguh-sungguh dan sistematik! - mr

(Untuk info terkini pilihan raya kampus sila lawati laman http://kampusnegara.net - Editor)

Apa motif universiti sembunyikan notis pembubaran kabinet?

KUALA LUMPUR, 22 Sept - Apakah tujuan pihak universiti menyembunyikan notis pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tatkala tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kampus (PRK) pada 26 September (Rabu) minggu hadapan?

Apakah wujud perancangan pihak-pihak tertentu demi memastikan bakal kabinet MPP akan hanya dimonopoli oleh golongan yang disenangi oleh pihak universiti?

Tinjauan Harakahdaily mendapati rata-rata tiada kampus yang menaikkan notis pembubaran kabinet MPP yang menandakan bermulanya proses pelantikan semula kepimpinan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi.

Namun menurut sumber, notis tersebut menyatakan bahawa tarikh penamaan adalah pada 26 September, Rabu depan serta tempoh berkempen selama enam hari iaitu sehingga 1 Oktober.

Ada pihak yang menjangkakan bahawa notis tersebut akan dinaikkan pada saat-saat akhir menjelang hari penamaan dengan anggapan supaya tidak ada pertandingan atau ia adalah suatu taktik mahu menghalang pihak lawan membuat persiapan awal.

Antara perkara yang aneh terdapat pada notis yang memperincikan prosedur perjalanan pilihan raya kampus kali ini ialah calon yang bertanding tidak dibenarkan berkempen di surau dan Balai Islam.

Mungkinkah ini adalah satu usaha pihak tertentu yang tidak senang dengan penyertaan calon kelompok aliran Islam atau sebelum ini lebih dikenali dengan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang kini mahu dikenali dengan nama pro-mahasiswa?

Bahkan menurut sumber, mana-mana yang menunaikan solat di surau akan dilabel sebagai kumpulan pro-mahasiswa di samping ditakutkan jika mereka tidak mengundi kumpulan Aspirasi akan dibuang kolej.

Setakat ini, umum hanya sekadar mendapat maklumat bahawa PRK akan dijalankan pada 2 Oktober akan datang, dan pembubaran kabinet MPP pada 24 Oktober akan datang.

Terdahulu, gabungan front-front mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia telah menghantar memorandum menuntut PRK yang bersih dan adil kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Suhakam, Kaukus dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Malangnya, sehingga kini menteri yang bertanggungjawab masih belum memberikan sebarang jawapan terhadap memorandum yang dikemukakan.

Selain itu, tiada sebarang notis pekeliling yang mengesahkan maklumat yang disebarkan umum berhubung tarikh PRK tersebut.

Mungkinkah PRK 2007 akan mencatatkan sejarah PRK yang kotor dan tidak adil sepertimana yang diharapkan mahasiswa, dengan permulaan yang begitu 'misteri' ini?


mat utmkl

Pengumuman tarikh Pilihan Raya Kampus di akhbar, gantikan notis pembubaran?

KUALA LUMPUR, 22 Sept - Media arus perdana hari ini melaporkan tarikh pilihan raya kampus (PRK) 2007 seperti yang disiarkan oleh Harakahdaily sebelum ini iaitu pada 2 Oktober akan datang.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Ia diumumkan oleh Jawatankuasa Nain Canselor/Rektor dan Sekretariat Timbalan Naib Canselor, Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang memutuskan bahawa tarikh pembubaran MPP sesi lepas, 2006/2007 mula berkuatkuasa pada 24 September, Isnin ini.

Meskipun begitu, notis pembubaran masih belum kelihatan di kampus Lembah Klang, Utara, Selatan, mahupun Sabah dan Sarawak.

Ia sekaligus menjawab teka-teki tarikh keramat warga kampus menentukan kabinet mahasiswa yang selama ini menjadi rahsia dengan pelbagai insiden yang berlaku.

Berikut adalah petikan salah satu media yang melaporkan tentang pengesahan tarikh PRK oleh Berita Harian:

Pilihan raya kampus ditetapkan 2 Oktober

HARI mengundi bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/2008 semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditetapkan pada 2 Oktober depan, manakala penamaan calon pada 26 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA, Prof Datuk Dzulkilfi Abdul Razak, berkata berikutan itu, semua MPP 2006/2007 akan dibubarkan Isnin ini.

Katanya, tempoh berkempen bagi pemilihan kali ini ditetapkan selama enam hari, lebih panjang berbanding sesi sebelumnya iaitu hanya tiga hari.

"Sebanyak enam hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen bermula dari tarikh pengumuman calon yang disahkan bertanding sehingga jam 11.59 malam pada 1 Oktober 2007," katanya dalam satu kenyataan, semalam.



siswa peka '07

Jumaat, 21 September 2007

Mahasiswa mahu pendidikan percuma di IPT

Suara UTMKL mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di atas pembentangan Bajet Prihatin 2008 yang banyak membantu segenap lapisan rakyat. Peruntukan lebih RM 40 bilion untuk transformasi sektor pengajian rendah, menengah dan tinggi pastinya menggembirakan ‘modal-modal insan’ pelapis masa depan kepimpinan negara ini.

Walau bagaimanapun, bantuan kerajaan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini hanya khusus untuk lebih kurang 90,000 mahasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja yang sedang menuntut di dalam dan luar negara. Sedangkan jumlah keseluruhan mahasiswa di peringkat IPTA/IPTS seluruh Malaysia pada hari ini, khususnya mahasiswa yang terpaksa menggunakan khidmat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi membiayai pengajian masing-masing adalah lebih ramai.

Justeru, mahasiswa menyeru keprihatinan yang sama dari pihak Kerajaan. Sekiranya pihak Kerajaan sedar bahawa kos sara hidup pelajar semakin meningkat, sehingga elaun sara hidup pelajar tajaan JPA naik dari 23% sehingga 84%, manakala jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaan JPA di IPT Malaysia ditingkatkan dari 5,000 kepada 10,000 mulai 2008, maka lebih wajar ke atas Kerajaan untuk mengumumkan penukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, atau sekurang-kurangnya menghapuskan terus caj 3 % perkhidmatan yang dikenakan sebagai pembuktikan pendidikan percuma ke segenap peringkat pendidikan termasuk pendidikan tinggi.

Caj 3 peratus yang dikatakan untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran di dalam surat tawaran dan borang perjanjian PTPTN adalah tidak munasabah sama sekali kerana PTPTN adalah di bawah pembiayaan Kerajaan dan ia merupakan tanggungjawab sosial Kerajaan terhadap pendidikan negara. Kerajaan tidak akan rugi sedikitpun dari penghapusan caj perkhidmatan ini kerana pulangannya tetap kembali kepada kerajaan kerana pelajar-pelajar inilah yang akan menjadi harapan untuk membangunkan negara ke arah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, melalui sektor kerajaan dan swasta yang akan diceburi kelak. Tambahan pula, golongan pelajar yang benar-benar memerlukan pendidikan percuma ialah pelajar di instituti pengajian tinggi, sama ada peringkat ijazah mahupun diploma. Hal ini kerana kos yuran pengajian berserta buku-buku pelajaran dan kos sara hidup pelajar di IPT adalah berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding harga yuran sekolah dan buku-buku teks.

Mahasiswa yang kebanyakannya datang dari latarbelakang keluarga yang kurang berada tidak diberi pilihan melainkan terpaksa berhutang dan kemudian akan melalui prosedur perundangan yang tegas jika tidak membayar semula kepada PTPTN dalam jangka masa yang ditetapkan. Justeru, GAMIS dan seluruh mahasiswa meyakini pemberian PTPTN dalam bentuk biasiswa dan penghapusan caj 3 % perkhidmatan akan memanifestasi keprihatinan serius Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia dalam membahagikan kekayaan negara secara adil kepada seluruh rakyat jelata, tanpa mengira latarbelakang sosial, bangsa dan agama masing-masing.

12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab

Episod kekecohan yang menyaksikan keganasan pihak polis di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September telah berlalu hampir seminggu. Sebahagian besar daripada 23 orang awam ditahan polis telah dibebaskan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.

Namun insiden yang dianggap paling buruk di Terengganu sejak dua dekad ini nampaknya tidak terhenti setakat penahanan, pendakwaan mahu pun rawatan kepada yang mengalami kecederaan sahaja.

Ia turut menimbulkan persoalan dan perbahasan mengenai keselamatan, integriti pasukan polis dan patriotisme rakyat. Isu ini menjadi isu nasional.

Ia berkumandang lewat perbahasan dan usul di Dewan Rakyat. Ia juga mengundang memorandum oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Ketua Polis Negara.

Di Kuala Terengganu sendiri, insiden itu masih menjadi buah tutur masyarakat. Di kedai kopi, stesen minyak, pejabat, surau dan masjid, mahu pun di dalam kenderaan awam, rakyat Terengganu masih membicarakannya. Yang tahu serba sedikit menceritakan, yang tidak tahu sangat berkeinginan mengetahui lebih lanjut.

Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laporan media massa, terutama akhbar-akhbar arus perdana dan tv nampaknya tidak meyakinkan masyarakat awam. Sebagai anggota masyarakat setempat, cakap-cakap dan penyampaian oleh eyewitnesses (mereka yang menyaksikan sendiri) nampaknya lebih diterima umum. Bagai diduga, kebanyakan cerita oleh saksi kejadian tidak memihak kepada pihak berkuasa.

Apa yang nyata, semakin banyak maklumat didedahkan media mengenai kejadian tersebut, dan semakin rancak serta meluas perbincangan mengenainya berlaku di dalam masyarakat, maka semakin banyak pula persoalan dan tandatanya timbul berkaitan fakta-fakta sebenar kejadian malam itu.

Ia turut mengundang teori konspirasi serta implikasi politik hasil insiden tersebut.

Banyak isu tinggal misteri

Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:

1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.

Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?

2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.

Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)

3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?

4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.

Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?

5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.

6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.

7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.

Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?

8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.

9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.

Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?

10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?

11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.

Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?

12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.

Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.

Setakat ini, persoalan dan tandatanya disebutkan tadi masih menguasai perbualan umum dan sembang kedai kopi di Terengganu. Segala persoalan itu pada hakikatnya lebih banyak memberikan kesan negatif kepada parti pemerintah.


MAT UTMKL

Pilihanraya Kampus 2007 pada 2 Oktober ini!

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Pelbagai pihak cuba berteka teki tarikh pilihan raya kampus bagi sesi 2007/2008. Namun, ia disangkal oleh pelbagai pihak yang cuba untuk menutup jejak dan strategi yang sedang digunapakai dalam 'peperangan' ini.

Harakahdaily mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa tarikh PRK akan diadakan pada 2 Oktober, iaitu dua minggu sebelum umat Islam merayakan hari raya Aidilfitri.

Ini bermakna hari penamaan calon adalah pada 24 September, yang memberi peluang kepada semua calon untuk berkempen selama seminggu.

Dalam pada itu, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pembubaran kabinet mahasiswa adalah pada 21 September ini iaitu esok.

Tindakan itu selaras dengan semua kampus lain yang akan menjalani hari pembuangan undi pada tarikh yang sama.

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membuat andaian, termasuklah berita terbaru yang menyebarkan bahawa PRK akan dijalankan pada 27 September ini. Tetapi maklumat tersebut dinafikan oleh pihak pentadbiran universiti berkenaan yang menyatakan ia adalah maklumat palsu.

PRK 2007 diwarnai dengan pelbagai insiden menarik yang dimulai dengan tuntutan mahasiswa terhadap perjalanan PRK yang bersih dan adil kepada beberapa pihak yang berkuasa seperti Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), Suruhanjaya hak Asasi Manusia(Suhakam) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Parlimen Malaysia(Kaukus).

Suhakam menyambut baik hasrat mahasiswa tersebut, sekadar boleh menyuarakan tuntutan mereka kepada pihak yang berkuasa, namun mereka tetap tidak dibenarkan masuk ke kampus untuk memantau perjalanan PRK.

Apabila dirujuk kepada Kaukus pula, mereka menyatakan bahwa ia bukan bidang kuasa mereka dalam nada menyokong tuntutan yang diperjuangkan kelompok mahasiswa tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kampus dikejutkan dengan insiden geledah bilik, rampasan barang persendirian, sabotaj kenderaan, notis dan sms ugutan, tindakan buang kolej dan pelbagai lagi yang merancakkan pertembungan antara kumpulan Aspirasi dan pro-mahasiswa di seluruh kampus.

Anehnya, pihak KPT masih berdiam diri, kelu tanpa sebarang reaksi terhadap rungutan dan permintaan mahasiswa seolah-olah sedang merancang atau melakukan sesuatu.


siswa 0708

Selangor Paling Banyak Berlaku Jenayah Sepanjang Tahun Lepas

Dewan Rakyat dimaklumkan Negeri Selangor mencatatkan rekod kejadian jenayah paling banyak sepanjang tahun lepas dan secara keseluruhannya perbuatan jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh negara meningkat kepada 198,622 kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilaporkan tahun lepas jauh meningkat berbanding 157,459 dalam tahun 2005 dan 156,455 kes pada 2004.
Macamana Khir Toyo memerintah negeri, jenayah paling tinggi. Rakyat Ijok kena fikir sejenak. Jangan beri muka Khir Toyo memerintah sesuka hati. Dengan dasar Kemiskinan sifar, Setinggan sifar, yang akhirnya habis orang Melayu merempat di negeri sendiri. Ha ni satu masalah lagi dengan pendedahan Perdana Menteri mengenai indeks jenayah di negeri Selangor. Nak letak kat mana muka Khir Toyo.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Alexander Nata Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (24 April 2007), Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata jenayah kekerasan tahun lepas ialah sebanyak 42,343 kes berbanding 22,133 dalam tahun 2005 manakala jenayah harta benda 156,279 kes berbanding 135,326 kes tahun 2005.
Alexander dalam soalannya meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah selama lima tahun (dari tahun 2002 hingga 2006).
Abdullah berkata jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun termasuk menggunakan senjata api, pemerasan, ugut jenayah, merusuh dan mencederakan.
Beliau berkata Selangor mencatatkan jenayah kekerasan paling tinggi tahun lepas sebanyak 12,395 kes, diikuti oleh Johor (6,617) dan Kuala Lumpur (6,091).
Katanya jenayah harta benda pula terdiri daripada perbuatan curi harta benda, curi kenderaan, ragut dan pecah rumah.
Tiga negeri yang sama mencatatkan kes jenayah harta benda paling banyak iaitu Selangor 41,875, Johor (21,852) dan Kuala Lumpur (19,145).

siswa peka 0708

Selasa, 18 September 2007

Sekeping Gambar Palsu!

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

Persoalan kini, gambar itu yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? itu dan akhirnya ?
Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

Cuba kita amati gambar itu.

1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.

Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.


2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu.
Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:

A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.


B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.


C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti .
(rujuk foto di atas)

Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.

Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?

Pilihan raya kampus: Laptop siswa dirampas, bilik digeledah, notis ugutan!

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) - Demam Pilihan raya kampus (PRK) kini terus melanda mahasiswa dengan beberapa tindakan agresif yang didakwa mula dimainkan oleh pihak bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Aspirasi.

Terbaru di Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi.
Menurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.

Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.

Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.
Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.

Namun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.
Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.

Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.

Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK.

Sabtu, 15 September 2007

REALITI POLITIK KAMPUS DI NEGARA DEMOKRASI MALAYSIA

Aku Mahasiswa CEMERLANG Tapi Buta!

Aku Mahasiswa GEMILANG Tapi Tuli!

Aku Mahasiswa TERBILANG Tapi Bengap dan Bodoh!!!!

LAPORAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 2006

-Kampus Skudai, Johor-

BAB 1 : BUKU SYARAT DAN PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN YANG MEMBEBANKAN

• 4.0 BANTAHAN PENGUMUMAN CALON
4.1 Bantahan mengenai pencalonan mestilah dikemukakan bersama wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus) kepada Urusetia Pemilihan MPP pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di dalam Notis Pengisytiharan Pemilihan MPP dengan menggunakan borang yang ditetapkan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan.

• 7.0 WANG CAGARAN
Wang cagaran yang ditetapkan oleh Urusetia Pemilihan MPP bagi tujuan pemilihan ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) untuk calon kawasan fakulti dan RM150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh) untuk calon kawasan umum.

• 12.0 BANTAHAN KEPUTUSAN
12.2 Cara Bantahan
12.2.1 Bantahan mestilah menggunakan Borang Bantahan Keputusan Pemilihan MPP dan dikemukakan kepada Urusetia Pemilihan MPP bersama dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus)


SYARAT DAN PERATURAN YANG TIDAK LOGIK
• 1.0 SYARAT DAN PERATURAN PENDAFTARAN MENJADI CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
1.1 Kelayakan Menjadi Calon MPP
1.1.5 Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 semester penuh pengajian lagi di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar yang merancang atau terlibat dalam Latihan Industri, Latihan Praktikal dan Latihan Mengajar tidak dibenarkan menjadi calon.
(Rujuk lampiran untuk silibus Fakulti Pendidikan)

SYARAT DAN PERATURAN YANG MENGELIRUKAN
• 6.2 Peraturan Poster Pemilihan MPP
6.2.2 Penggunaan Poster Dalam Pemilihan MPP
6.2.2.1 Tidak dibenarkan menampal poster samada di dinding, tiang dan tempat-tempat kemudahan awam seperti perhentian bas. Poster hendaklah digantung sahaja.
6.2.2.2 Calon bertanggungjawab menanggal dan menurunkan poster yang ditampal serta memastikan kawasan tersebut bersih dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pengundian pemilihan MPP selesai.


BAB 2 : CALON DIUGUT OLEH PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN

1. Calon Umum - Seorang calon siswi diugut oleh pengetua kolej kediaman supaya menarik diri dari menjadi calon pilihanraya atas sebab memasuki pilihanraya tidak melalui pengetahuan beliau. Jika tidak menarik diri, pengetua mengarahkan agar calon siswi tersebut mengaku bahawa beliau adalah calon Aspirasi. Siswi tersebut juga dikecam tindakannya dihadapan ahli jawatankuasa kolej. Ini menjatuhkan imej dan kredibiliti siswi tersebut sebagai seorang calon kerusi umum.
2. Calon Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) - Seorang calon siswa dipanggil mengadap pengetua kolej kediamannya supaya mengaku bahawa beliau adalah calon Aspirasi.
3. Calon Fakuulti Pendidikan (FP) - Seorang calon siswi dituduh oleh pengetua kolej kediamannya bahawa calon siswi ini adalah calon pembangkang. Calon siswi mempertahankan bahawa beliau adalah calon bebas. Beliau juga dituduh mempunyai kumpulan yang menjadi pembangkang kepada universiti. Pengetua mengugut agar menarik diri dari menjadi calon pilihanraya kerana menjejaskan imej kolej dari dilabel kolej pembangkang. Pengetua juga menjelaskan bahawa dia ada menerima panggilan dari pengetua kolej lain supaya merayu calon ini agar menarik diri.
4. Calon Kejuruteraan Awam (FKA) - Seorang calon siswa diugut oleh pengetua kolej kediaman beliau supaya menarik diri dari menjadi calon pilihanraya. Beliau juga diugut bahawa beliau akan dibuang dari kolej jika tidak berbuat demikian. Selain itu, jika menarik diri, calon ini akan ditawarkan jawatan dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKM). Calon ini juga dipanggil oleh felo kolej kediaman atas ugutan yang sama.
5. Selain itu, ada sesetengah calon bebas menerima sms daripada nombor yang tidak diketahui. Antara isi kandungan sms tersebut adalah kecaman ke atas calon kerana bertanding bukan atas label Aspirasi

Penjelasan:

• Syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Urusetia Pilihanraya adalah terlalu membebankan mahasiswa. Pilihanraya adalah medan melahirkan pemimpin masa depan Negara tapi mengapa mahasiswa disekat dengan unsur kewangan. Seringkali media melaporkan bahawa peruntukkan biasiswa dan pinjaman yang tidak mencukupi untuk kegunaan mahasiswa, masakan mahasiswa dapat mengeluarkan wang untuk menjadi calon. Wang bantahan yang tinggi juga dirasakan seolah-olah pihak urusetia tidak mahu sebarang bantahan dilakukan. Jadi, pihak urusetia bebas mengeluarkan sebarang keputusan. Di sini boleh dipersoalkan faktor ketelusan oleh pihak urusetia dalam mengendalikan pilihanraya.
• Syarat dan peraturan yang tidak logik serta mengelirukan menunjukkan pihak urusetia seolah-olah bersikap sambil lewa dalam menetapkan syarat dan mengendalikan pilihanraya.
• Daripada kes-kes ugutan yang dilaporkan, jelas bahawa kebebasan mahasiswa dalam kampus disekat oleh pihak pentadbiran. Sedangkan pilihanraya adalah bebas sama ada dari pihak luar atau dari pihak pentadbiran universiti sendiri.
• Tindakan sesetengah pengetua kolej kediaman mengugut agar calon melabelkan diri sebagai Aspirasi adalah bercanggah dari arahan Menteri Pengajian Tinggi bahawa calon Pilihanraya Kampus (PRK) tidak boleh melabelkan diri sama ada Aspirasi atau Pembangkang (Berita Harian : 19 September 2006)

Salam sahabatku aspirasi….

Macam mana dengan persiapan saudara-saudari dengan pilihanraya kampus kita?adakah mungkin ada perubahan baru yang kamu semua bawa untuk kepimpinan nanti?saya mendapat sedikat luahan dari mahasiswa kampus utm yang mengatakan kamu sekarang makin teruk.kamu semua perlu mengambil perhatian yang serius dalam menangani isu ini.Kalau boleh isu ini dapat ditangani secepat mungkin.disini saya sediakan sedikit luahan mahasiswa utm city campus yang telah menghantar maklumat ini kepada saya :-

golongan Aspirasi tidak lagi layak dan mampu untuk membawa perubahan terhadap intelek mahasiswa dan suasana kampus itu sendiri. Mengapa saya mengatakan Aspirasi tidak layak??? Kerana;

1. Aspirasi perancang kepada program-program maksiat kampus
2. Aspirasi perancang kepada pembantutan idealis mahasiswa.
3. Aspirasi merupakan boneka/patung kepada golongan tertentu.
4. Aspirasi dasar perjuangan adalah secular.
5. Aspirasi hanya berjuang untuk mendapatkan nama dan wang sahaja.
6. Aspirasi tidak ada hati untuk membela nasib umat.
7. Aspirasi adalah munafiq.
8. Aspirasi adalah golongan juhala dan pemungkir kepada amanah yang diberikan.
9. Aspirasi tolak Islam
10. Aspirasi adalah pengkhianat kepada Allah dan Rasul.

Kesepuluh-sepuluh ini adalah di antara kelemahan dan kepincangan dasar Aspirasi yang nampaknya mereka tidak sedar. Mahupun sekiranya mereka sedar, mereka hanya akan gelak,geli hati dan ketawa dengan kesepuluh-sepuluh kelemahan mereka.

Bekas mpp 0506

Luahan Mahasiswa Utm City Campus Kl

Sedarkah mahasiswa suasana dalam campus utm kita semakin hari semakin porak peranda. Kalau dulu nya ramai wanita-wanita Islam bertudung dan berpakaian sopan. Tapi malangnya sejak beberapa dekad ini ramai anak-anak gadis melayu Islam campus universiti kita membuka aurat tanpa segan silu.tidak tahu mana yang haram mana halal. Yang bertudung sekarang hanya boleh bilang sahaja. Yang pakai baju ketat melambak-lambak Masalah yang bertudung pun tidak tahu cara pakai yang betul. Main letak atas kepala sahaja. Entah apa nak jadi dengan campus kita sekarang. Macam ini yang kita katakan Negara Islam? Pelik tue
Saya nak Tanya pembaca sekalian Siapa yang harus dipersalahkan? Kita nak salahkan kepada individu semata-mata pun tidak boleh kan….. Saya ingin tuan-tuan dan puan-puan fikirkan. Jikalau undang-undang dalam universiti mewajibkan dan menguatkuasakan pelajar-pelajar wanita melayu Islam bertudung. Agak-agak nya wanita Islam di campus kita ikut atau tidak? Dimana penguatkuasaan universiti? Dimana badan yang bergelar hal ehwal pelajar(HEP)? Dimana kuasa pak guard yang hanya semata-mata bertugas sebagai pengawal lalu lintas saja!!
Dimana majlis perwakilan pelajar(MPP) 06/07? Apa tugas anda sebagai majlis perwakilan pelajar? Hanya duduk diam saja!! atau menurut apa yang HEP suruh sahaja? Sama lah macam istilah kerbau dicucuk hidung kan?ish-ish kesian betul!! Satu lagi,Mana kebajikan kamu kepada seluruh pelajar? Ingatlah orang yang tidak berpegang kepada janji dan amanah tergolong dalam orang munafik!!!
Disini saya senaraikan kesalahan-kesalahan HEP yang boleh kita pikirkan bersama sebagai mahasiswa yang berstatus agama Islam
• HEP membenarkan campur gaul antara lelaki dan perempuan diatas pentas antaranya tarian zapin
• HEP membenarkan perempuan menari dan berjoget sewaktu Jumbara’07
• HEP mendedahkan pelajar-pelajar dengan muzik-muzik yang melalaikan.
• Malam pragraduan penuh dengan hiburan semata-mata. Band-band muzik luar dipanggil untuk menghiburkan para mahasiswa.
• HEP memang confirm terlibat dengan politik UMNO diluar
• HEP mengawal MPP, MPP lansung tidak boleh bersuara
• HEP hanya memilih sahaja calon untuk menjadi majlis perwakilan pelajar.akhirnya calon-calon yang dipilih oleh HEP pun menanglah tanpa bertanding.Hebat betul HEP kan,tuan-tuan?kotor plak tu!!!
• HEP tidak membenarkan kaum-kaum lain untuk mengambil calon dalam pilihanraya kampus.Macam ini kita katakan Negara demokrasi!!!
• Banyak program-program luar yang dianjurkan oleh HEP dan konco-konconya yakni aspirasi bercampur dengan badan politik luar(UMNO) antaranya program utm aspirasiku dan program bakti siswa.
• Dengan terlibatnya mpp dan hep dengan parti umno,ini terbukti mereka telah melanggar peraturan seksyen 15(1,2,3,4)Akta universiti kolej universiti(AUKU)..teruk!!!!!!
Sama-samalah tuan-tuan dan puan-puan pikirkan……………
Sedikit nasihat saya kepada pembaca dan seluruh warga utm city campus sedarlah kalian.bahawasanya kita semakin hari semakin disekat dan dikawal oleh agensi-agensi tertentu yang menggunakan undang-uindang AUKU sebagai kuasa untuk melemahkan semangat pelajar untuk berpolitik. Kalau dulunya politik di campus kita begitu hebat sekali sampai ada sesetengah pelajar kita dibuang universiti semata-mata menegakkan keadilan dan kebenaran di campus kita. Suara-suara mahasiswa lantang menyuarakan rasa ketidakpuashatian apabila timbulnya sesuatu isu. Tapi sekarang mahasiswa semua lesu malah mpp sekarang semuanya lembab.Saya ambil sedikit contoh apabila Nabi kita Dihina ada ke MMP atau HEP menyuarakan atau mengadakan aktiviti yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap isu ini?sungguh teruk keadaan kampus kita. Saudara saudari sekalian sungguh malang sekali pada dekat ini lansung tidak ada suara mahasiswa yang menentang pihak yang melakukan kezaliman!! Dimana hak anda sebagai mahasiswa?hanya datang ke sini untuk belajar semata-mata sahaja ke?


Walaupun maksiat semakin bermaharajalela kita hanya buat tidak tahu saja kan….??ingat saudara saudari sekalian anda adalah seorang yang bergelar mahasiswa,pemikiran anda mestilah kehadapan seiring dengan kemajuan negara..Jangan biarkan kepimpinan kaum kuffar ini merosakkan bumi kampus kita.BANGKITLAH MAHASISWA UTMKL SEKALIAN.BERSATULAH KITA MEMERANGI KAUM KUFFAR!!!!!!!


Wakil seluruh pelajar utmkl 07’

UTM KU SAYANGGGGGG 07/08

Assalamualaikum w.t.b

Belum terlambat rasanya untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke-50 kepada seluruh mahasiswa utmkl city campus. Merdeka!Merdeka!Merdeka! Seperti biasa laungan ini berkumandang apabila tibanya detik12 tengah malam.Pokok yang paling penting adakah kita faham apa ertinya kemerdekaan.Adakah erti kemerdekaan itu bebas dari sudut fizikal semata-mata sahaja atau erti kemerdekaan itu bebas dari sudut fizikal dan spiritual? Adakah mahasiswa campus kita merdeka dari sudut fizikal sahaja atau merdeka dari aspek fizikal dan spiritual.? Penulis tinggalkan persoalan-persoalan ini supaya pembaca sekalian sama-sama fikirkan!!!!.
Untuk pengetahuan mahasiswa dan pembaca sekalian,Sejak wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) pada tahun 1971,banyak perubahan telah belaku di campus kita.Disini penulis menyenaraikan sedikit perubahan, anjakan paradigma dan kongkongan keatas mahasiswa yang telah berlaku dibumi campus yang kita sayangi ini:
• Sekatan keatas mahasiswa dalam berpolitik
• Pemikiran mahasiswa mandul dan terbantut
• Suara-suara lantang mahasiswa disekat,tiada lagi sudut pidato
• Tiada lagi demontrasi untuk memperjuangkan hak mahasiswa di campus utmkl
• Mahasiswa tidak lagi peka dan ambil berat tentang isu semasa Negara kita
• Badan yang bergelar HEP sering memantau gerik mahasiswa yang aktif dalam politik dan pembela mahasiswa utmkl.
• Pilihanraya kampus tidak dilakukan dengan adil dan bersih
• Mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik luar tetapi sebaliknya HEP dan MPP dibolehkan terlibat dengan parti UMNO dan kroni-kroninya.
• HEP dan MPP melanggar peraturan AUKU secara terang-terangan
• Pegawai HEP sendiri adalah anggota ahli pemuda UMNO




mahasiswa utmkl

Jumaat, 14 September 2007

Renungan Bersama

- Apakah hak dan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa??????

- Adakah kamu datang ke universiti semata mata kerana kerana ingin - memiliki segulung diploma sahaja????

- Tahukah anda suasana kolej dan kampus kita sekarang semakin meruncing…

- Kamu tidak tengok maksiat semakin hari semakin berleluasa???langsung tiada orang endah tentang perkara ini………….

- Macam –macam kes yang timbul sekarang ini. Sampai perempuan boleh naik blok lelaki…apa nak jadi dengan kolej dan kampus kita sekarang ini.

- Pikirkanlahhhhhh. minda anda minda rakyat tiada siapa yang boleh sekat pemikiran anda.Anda mempunyai hak bersuara…….

Mahasiswa sekaliaan!!!!!!!

- Mana pemimpin pelajar kita MPP????

- Mana kebajikan MPP kepada kita????

Sedarlah mahasiswa sekalian…..

- Pilihlah pemimpin yang adil dan bertanggungjawab di pilihanraya yang dijangkakan minggu hadapan.

- Kami harap semua mahasiswa dan mahasiswi alert tentang pilihanraya kampus kita

Sama-sama lah kita pergi mengundi….
Kuasa perubahan kolej dan kampus terletak di tangan anda.

Pilihan raya kampus, Kaukus tidak janji tuntutan dipenuhi

Tuntutan mahasiswa untuk mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang bersih dan adil diteruskan ke Jawatankuasa Kaukus Hak Asasi Parlimen Malaysia (Kaukus).
Walau bagaimanapun, suara mahasiswa ini tidak mendapat sebarang jaminan daripada Kaukus yang berharap agar mereka dapat berbuat sesuatu bagi memastikan tuntutan yang dikemukakan mereka ditunaikan.
"Kaukus menyambut baik kedatangan mahasiswa. Akan tetapi jika kami (Kaukus) masuk, kami adalah badan yang dianggotai oleh pelbagai parti dan fahaman politik yang berkepentingan ," demikian ujar Pengerusi Jawatankuasa Kaukus Hak Asasi Parlimen Malaysia (Kaukus), Dato' Seri Nazri Aziz semalam.
"Kalau kami (kaukus) masuk ke kampus, kami boleh sahaja hendak mengarahkan jentera Barisan Nasional(BN) untuk pastikan kepentingan kami tercapai. Yelah, ahli Kaukus terdiri daripada seratus lebih ahli parlimen BN," jelasnya lagi.
Beliau yang bercakap kepada pemberita semasa sidang media di lobi perlimen menjelaskan bahawa Kaukus hanya sekadar boleh memberikan pandangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal institusi pengajian tinggi.
"Saya merasakan tuntutan yang dikemukakan ini adalah munasabah dan saya menyokongnya," katanya.
Namun begitu, ketika ditanya mengenai pandangan beliau terhadap campurtangan politik daripada luar yang kini berlaku di dalam kampus yang disebutkan didalam memorandum mahasiswa, Nazri tidak memberikan sebarang komen.
Walau bagaimanapun, Kaukus ujarnya tidak dapat memberikan sebarang jaminan untuk berperanan dalam memastikan perkara tersebut.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed berhubung beberapa tuntutan dan aduan yang terdapat dalam memorandum ini," jelasnya lagi.
Nazri turut menjawab bagi pihak Mustapa yang menyatakan bahawa beliau (Mustapa) hanya akan berjumpa dengan pertubuhan yang diiktiraf oleh universiti sahaja, merujuk kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM).
Merujuk perkara tersebut, Pengerusi SMM, Syeikh Omar Ali berkata SMM adalah merupakan gabungan atau forum pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang diiktiraf oleh universiti, dan bukan satu pertubuhan haram.
Sungguhpun begitu, Nazri memberikan jaminan bahawa KPT akan memberikan maklum balas mengenai tuntutan memorandum PRK ini.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang pula menggesa agar PRK dilaksanakan dalam situasi yang bebas dan adil, tanpa wujud sebarang campur tangan politik luar.
Beliau yang ditemui selepas sidang media tersebut, turut bersetuju agar wujudnya satu badan pemantau PRK tersebut bagi memastikan situasi politik di luar yakni pilihan raya di luar IPT tidak memberikan kesan kepada PRK.
Bagi memastikan agenda demokrasi kampus khususnya sebuah sistem pilihanraya yang bersih dan adil, SMM sebelum ini telah menyerahkan memorandum menuntut PRK yang adil dan bersih ini kepada KPT bulan lalu.
Mereka juga telah mengemukakan tuntutan yang sama kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia yang berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan peranan mereka.

SURAT HARAPAN BUAT AYAHANDA TNC

(versi pilihanraya kampus)

Bahang pilihanraya kampus (PRK) seolah-olah sejuk membeku dan tidak pernah panas untuk sesi kali ini. Ternyata jentera kerajaan mahupun pembangkang (hasil 'labeling' puak2 aspirasi) senyap membisu tiada sebarang tindakan agresif. Namun apa mencurigakan adalah tindakan HEP seperti menyembunyikan sesuatu dari pandangan dan perhatian masyarakat kampus. Mana tidaknya, sehingga ke hari ini pemberitahuan mengenai PRK masih belum keluar dan masa sekarang sudah masuk kepada bulan Ramadhan. Sepanjang sejarah PRK, ia tidak pernah dilaksanakan pada bulan penuh berkat ini. Apa-apa pun kita meletakkan segala keputusan bilakah ingin dilaksanakannya pada kebijakasaan TNC HEP UTM sendiri.

Namun bagi seorg mahasiswa UTM, menjadi hak suara-UTMKL untuk menyatakan harapan kepada Ayahanda TNC.

Ayahanda,

Berfikiranlah dengan Minda Kelas Pertama.

Ternyata sepanjang ayahanda berada di kerusi panas (TNC HEP) yang sentiasa menjadi idaman semua orang terutama yang gila kuasa, ayahanda tidak ubah seperti kerbau yang dicucuk hidungnya dan mudah saja di bawa ke hulu dan hilir. Apakah relevan untuk melabelkan kami yang bertindak kerana idealis sebagai mahasiswa sebagai pembangkang? Adakah ayahanda mahu kami menjadi seperti ayahanda yang dengan mudah mengikut apa saja arahan manusia-manusia yang bertindak kerana kebendaan dan pangkat?? Tengok saja tindakan dan perlakuan ayahanda bila bersemuka dengan kami. Semua yang keluar dari mulut ayahanda adalah arahan dari pihak kedua. Sedarkah ayahanda yang kamu kini hanya sebagai boneka dan dipermain2kan oleh mereka!? Kalaulah begitu kedudukannya, mana kreadibiliti ayahanda sebagai manusia yang mepunyai kedudukan Dato', Prof, Ir dan Dr? Mana kehebatan ayahanda sebagai seorang tentera (NAVY)?? Mana hebatnya ayahanda asyik duk bangga dengan first-class holder?? Jadilah kamu seorang TNC yang selari dengan moto UTM, 'World Class University'

Adillah pada semua.

Ayahanda, buktikan pada sesi pilihanraya kali ini yang kamu seorang yang adil pada semua anak-anak kamu.. Jadilah individu yang mahu melihat anak-anaknya bersaing secara sihat dalam membentuk keperibadian dan kepimpinan yang mantap dalam diri. Memberi hak yang sama rata. Biar kami yang menentukan siapa pemimpin kamu. Cukuplah kamu sebagai Pengerusi SPR PRK yang telus tidak memihak pada mana-mana pihak. Andai kamu masih dengan gaya lama, menubuhkan jentera aspirasi dan terus melabel kami sebagia pembangkang, ternyata kamu tidak adil!!!

Jangan sekat pemikiran kami!! Jangan jumudkan kami..

Cukuplah dengan menjadikan juak2 aspirasi satu kumpulan yang jumud.. Janganlah cuba libatkan kami dengan kejumudan pemikiran ayahanda. Menjadi seorang yang beku pemikirannya seperti ayahanda kami tak rela. Kami tak rela menjadi seperti pepatah melayu ' Bapak borek, anak rintik'.. Kami tak redha!! jadikan kami anak ayahanda yang lebih advance dalam membina diri dan bukan pak turut dalam menentukan jalan hidup kami.. Kami mohon dengan sangat.. Jangan jumudkan kami..

Jadilah ayahanda yang terbaik.

Seorang anak tentu sekali mendambakan ayah yang baik kerana dengan itu dia boleh berbangga di kemudian hari. Bangga kerana dikurniakan ayahanda yang berminda kelas pertama sesuai dengan kedudukannya dan tidak pernah menyekat idealis kami. Itulah harapan kami.

Ayahanda, InsyaAllah kamu bisa jadi yang terbaik jika mempunyai pandangan sendiri yang teguh tanpa dimomok oleh pihak lain..

Khamis, 13 September 2007

Bagaimana merakyatkan wacana Politik Kampus?

Perencah soalan ini tentunya memuntahkan jawapan dan resepi bervariasi. Tetapi, kali ini saya fikir mahu bawa satu ramuan saja. Itu pun jika anak-anak kampus bersetuju. Wacana Politik Kampus, Demokrasi Kampus atau namakanlah apa sahaja, ia perlulah dirakyatkan lewat parlimen kedai kopi dan khalayak awam. Itu sahaja caranya.
Tapi, bagaimana? Huh, cakap memang senang. Beritahulah apa caranya?
Baru-baru ini (24 Ogos) sekumpulan anak kampus yang menggelar diri mereka, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berarak daripada Masjid Negara menuju ke Suhakam. Mereka menghantar memo bagi menuntut HEP melak.
Memorandum ini bukan kali pertama. Malah ia tidak terhitung untuk kali ke berapa. Saat saya mula bekerja di Siasah sejak Ogos 2005, kelompok SMM inilah yang setia berulang alik ke pejabat Suhakam dan beberapa kali mengadu menumpahkan resah mereka kepada Dato' Siva dan Prof Hamdan Adnan. Saya menyaksikan semua ini.
Setelah kontrak Prof Hamdan tamat di Suhakam, dalam beberapa pertemuan tidak rasmi dan dalam wawancara di Siasah, beliau pernah menjelaskan betapa prihatinnya Suhakam terhadap pilihan raya kampus.
Suhakam, menurut Prof Hamdan pernah bertindak hingga mengundang pegawai-pegawai universiti peringkat tertinggi pada satu tarikh untuk mereka berunding mengenai apa-apa yang patut diberikan penekanan dan perhatian agar PRK berlangsung dengan adil.
"Malangnya, mereka cuma mengirim pegawai-pegawai rendah yang tidak boleh buat apa bentuk keputusan pun," kata beliau sambil mengeluh kesal.
Prof Hamdan berasa kecewa sekali dengan sikap pimpinan universiti pada saat itu. Sudut perlakuan ini melambangkan bahawa pimpinan universiti bersikap acuh tidak acuh serta mempermain-mainkan Suhakam sebagai badan yang diperakui dalam memartabatkan hak asasi manusia di Malaysia.
Ada suatu mesej isyarat yang dapat saya hidu daripada bualan kami dahulu. Beliau mahu hak asasi manusia itu ditafsirkan dengan lebih meluas supaya kes-kes penganiayaan dapat disiasat oleh Suhakam sendiri. Inilah barangkali antara masalah utama Suhakam.
Ada beberapa aduan yang akhirnya tertanggal dan luput dari siasatan kerana aduan orang tersebut, kata sesetengah pesuruhjayanya - tiada unsur-unsur penganiayaan dalam tafsiran hak asasi manusia seperti yang didefinisikan badan itu sebelum ini. Wallahu a'lam.
Jadi, berasaskan penjelasan Prof Hamdan, saya menjadi saksi bahawa Suhakam memang berbuat sesuatu dalam memastikan HEP dapat berlaku adil dalam PRK. Kalau tidak silap saya, Suhakam pernah meminta kepada universiti untuk menjadi badan pemantau. Tetapi, seperti biasa, permintaan mereka tetap ditolak universiti.
Jadi saya fikir dalam situasi ini pelajar yang sedar sepatutnya merakyatkan kesedaran dan meratakan kesatuan pemikiran bahawa Suhakam sangat-sangat diperlukan dalam PRK.
Jadi apa caranya? Rasanya ramaikah pelajar yang suka menadah telinga ceramah kempen skima seumpama ini? Kalau masuk perpustakaan, berdiskusi pun dianggap skima (walhal memang begitulah seharusnya sikap perlakuan mahasiswa) maknanya sukarlah kita mahu bertindak agar mesej ini disampaikan secara menyeluruh.
Alkisahnya baru-baru ini saya menonton teater Hikayat Qaziq karya Siti Jasmina Ibrahim di DBP. Itulah kali pertama saya menonton teater walhal saya sepatutnya dapat menonton teater dengan mudah di USM dulu. Memang universiti itu pengkalan kebudayaan.
Tetapi kesedaran bahawa penyampaian mesej itu hanya berlaku dalam gerakan persuratan amat menebal dalam jiwa, hingga saya melupakan gerakan politik, seni dan budaya. Saya fikir, kita perlu cuba pula gerakan kesedaran dari situ (kalau mahu dan mampu!)
Apa yang kita cuba lakukan sekarang ialah gerakan politik yang sesekali disulam gerakan persuratan seperti blog yang seperti kurang menyerlah. (Mungkin tahap kualiti, penulisan masih belum bersifat merakyat kepada isu-isu masyarakat di luar kampus)
Sekarang, jika saudara mahu dan mampu, bergabunglah pula dengan golongan yang amat memerlukan perhatian saudara; mahasiswa artis. Mereka ini punya kekuatan tersembunyi yang sukar dijangka, mampu meledak jika ruh kesedaran sudah bertapak ke atas jiwanya.
Tapi, jangan diharapkan gerakan kesenian dan kebudayaan kampus yang akan bergabung dengan gerakan politik–persuratan kampus ini boleh meledak dalam pilihan raya kampus kali ini. Ia tentunya memerlukan rancangan jangka panjang. Jadi, kita perlu bersabar.
Untuk memahami, cara bagaimana memulakan gerakan merakyatkan kesedaran ini dalam kalangan siswa artis, saya ingin tekankan hal 'mengintelektualkan artis dan mengartiskan intelektual'. Hal ini terpecah kepada dua bahagian.
Pertama, saudara yang telah mempunyai kesedaran akan turun menawarkan kemahiran untuk mempelajari selok-belok ilmu kesenian guna menghaluskan jiwa. Kedua, saudara berusaha menyampaikan kesedaran ke dalam pemikiran pelajar artis agar mereka dapat memahami jalan fikiran saudara selama ini.
Nantinya, yang akan berlaku selepas ini adalah dua perkara pula. Pertama, apabila anda menguasai ilmu kesenian, maka sempurnalah percakapan saudara untuk sampaikan mesej pencerahan kepada khalayak yang tidak gemarkan 'budaya skima'. Kedua, siswa artis ini dengan sendirinya melantunkan mesej pencerahan setelah mereka mengunyah idea kita.
Gerakan 'politik – kebudayaan – persuratan' adalah tiang-tiang yang mengangkat suatu tamadun. Setiap tiang itu, ada nabi-nabi yang mewakilinya. Politik misalnya diberikan ke atas Daud a.s dan Sulaiman a.s.
Gerakan persuratan diwakili Idris a.s yang terkenal keilmuannya. Malah, dari nama Idris itu kita membentuk istilah 'madrasah' - 'madrasah pemikiran'. Manakala gerakan budaya dan seni diwakili Daud a.s yang dianugerahkan kitab khas; Zabur atau Mazmur (di dalam Bible) yang terkandung di dalamnya bait-bait ucapan pujian yang indah kepada Allah.
Saudara boleh minta tajaan daripada Yayasan Kepimpinan Perdana dan Tuanku Raja Dr. Nazrin untuk teater politik kampus ini. Bawa Tun Dr Mahathir Mohamed dalam kampus untuk diskusi hal gerakan persuratan maya (bloggers) yang telah diberukerakan Khairy.
Bukankah Dr Mahathir ketika zaman mahasiswanya telah memulakan gerakan persuratan sehingga diriwayatkan beliau terkandas oleh kerana terlalu asyik dibakar idealisme beliau itu? Jangan-jangan, jika zaman itu sudah ada blog, mungkin beliau salah seorang blogger yang paling aktif mengkritik penjajah, termasuk almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri.
Dr Mahathir memang anti Khairy. Kita lihatlah sejauhmanakah HEP menggunakan Auku untuk menyekat suara Mahathir di dalam universiti. Ingat, Auku itu ciptaan siapa? Hanya satu antara dua kejadian akan berlaku.
Sama ada senjata lama memakan tuan, atau tuan akan kembali menghina senjata lamanya. Pelbagaikanlah kaedah melawan dan menekan musuh-musuh yang tersurat dan tersirat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Lantiklah Dr Mahathir sebagai penaung kepada bloggers kampus. Mana-mana pensyarah dan mahasiswa boleh berdiskusi mengenai idea-idea Dr. Mahathir untuk dibawa ke dalam blogger kampus di samping berjihad mengutuk, mencela, memaki, melaknat, mencandek, mencarut dan mencerca HEP – KPT sampai mati.
Sekarang, kuasa istana pun sudah mula mengambil perhatian ke atas masalah demokrasi di kampus. Suara anda tidaklah keseorangan lagi. Di mana-mana, telah meledak memekik suara yang menyebut – daging demokrasi telah mereput. Yang tersisa cuma tulang-tulang demokrasi yang hanyut berserakan dipukul badai bergelora dari laut keangkuhan HEP.
Saya perturunkan maklumat daripada SMM kepada Suhakam Jumaat lalu. Ia seperti yang termaklum; kebejatan moral HEP. Mungkin berfaedah bagi menumbangkan berhala HEP bertongkatkan Auku yang disembah Aspirasi dengan iman yang teguh, kewarakan yang utuh dan dibalut pula dengan libasan kain ketaqwaan yang tiada tolok bandingnya.
Semoga gerakan persuratan dan gerakan kebudayaan dapat memanfaatkan pula nantinya maklumat ini. Ingatlah, denai laluan yang menuju ke arah gerakan politik menjadi makin sukar lantaran HEP yang telah karat jiwanya dan langsung tidak tahu malu ini.
Bawalah pementasan teater dan rakyatkan gerakan budaya ke setiap kampus dan istana. Usunglah gerakan persuratan bloggers ke Yayasan Kepimpinan Perdana. Paling penting, usaha ini akan merombak pandangan umum–Suhakam adalah sebahagian demokrasi IPT.
ADUAN DAN PENYELEWENGAN DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS 2006 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1) TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Naib-Naib Canselor HEPA seluruh IPTA sesi 2006 / 07 telah mengeluarkan keputusan mengejut di mana mereka telah membenarkan calon-calon berkempen sebelum hari penamaan bagi memberi peluang kepada calon-calon Aspirasi berkempen pada hujung minggu di kolej kediaman dan menafikan hak untuk calon-calon individu berkempen dengan mengeluarkan notis larangan berkumpul dan berhimpun di tempat umum. (Tarikh notis pada 14 September 2006)
2) Sehubungan itu, TNC Hal Pelajar & Alumni dan pengetua kolej telah berkempen bagi calon-calon Aspirasi melalui perjumpaaan dengan pelajar dan majlis-majlis rasmi anjuran kolej-kolej kediaman seperti Fiesta Puteri di Kolej Keris Mas, perjumpaan bersama pelajar di Kolej Aminuddin Baki dan sebagainya. Ini menyalahi etika di mana TNCHEPA sebagai Pengerusi SPR dan pengetua kolej kediaman sebagai Ketua Tempat Mengundi sepatutnya bersikap berkecuali dalam pemilihan MPP kali ini.
3) TNCHEPA dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengajian Islam termasuk Pengetua Kolej Tun Hussien Onn memaksa siswa tertentu daripada Fakulti Pengajian Islam bertanding atas calon tajaan Aspirasi.
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
1) Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus hanya menghadkan tarikh kempen selama 1 hari setengah saja. Ini menyukarkan calon untuk menerangkan manifesto kepada pelajar yang mempunyai taburan luas di pelbagai fakulti dan kolej kediaman.
2) Pihak pentadbiran UIAM juga telah memperkenalkan satu sistem yang janggal dalam proses pilihan raya kampus seperti pengucapan awam dan sesi temuduga di hadapan dekan-dekan universiti. Ia jelas menapis calon-calon yang bebas untuk bertanding.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
1) Terdapat ugutan bahawa pelajar yang mengundi pihak 'aspirasi' akan dibuang kolej.
2) Terdapat pihak yang sengaja memainkan isu perkauman dalam pilihan raya kampus hingga boleh menjejaskan keharmonian kaum.
UNIVERSITI MALAYA
Terdapat kolej-kolej kediaman yang menubuhkan badan penggerak pilihan raya di peringkat kolej kediaman membuktikan wujudnya sentimen tertentu yang boleh mempengaruhi minda warga kolej.
• Dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kolej dan Jawatankuasa Tindakan Kolej di Kolej Kediaman Ketiga menyatakan cadangan perlantikan Pengarah Pilihanraya KK3.
• Terdapat surat bertarikh 14 September 2006 yang memohon peruntukan air mineral yang ditandatangani seorang sebagai Ketua Jentera Pilihanraya Aspirasi Kolej Kediaman Kinabalu.
• Wujudnya tekanan dan ugutan kepada warga kolej agar mengundi calon tertentu sepertimana kejadian di kolej kediaman kedua yang mana isi kandungan perjumpaan mahasiswa tahun pertama bersama pengetua Kolej Kediaman Kedua pada 18 September 2006 jam 9.30 malam, menjadi medan mengugut dan mendoktrin audiens agar mengundi Aspirasi di samping memburukkan imej calon lain dan melabelkan mereka sebagai calon pembangkang.
• Dalam mesyuarat Jentera Pilihanraya Kolej Kediaman Ke-12 membincangkan agenda penubuhan jentera pilihan raya, pencarian dana bagi jentera dan pemilihan calon.
• Wujudnya calon tajaan kolej-kolej tertentu yang mana kelihatan di hari penamaan calon banner-banner yang dibuat di peringkat kolej sebagai tanda sokongan kepada calon-calon dari kolej mereka.
Maka, Mahasiswa menuntut:
1) Kami menuntut SUHAKAM menjadi badan pemantau Pilihan Raya Kampus untuk beroperasi sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Ini menjaminkan supaya perlaksanaan Pilihan Raya Kampus adalah telus dan adil.
2) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan e-undi dimansuhkan. Ini kerana e-undi adalah tidak telus dan tidak adil. Sistem e-undi tidak dapat dipantau dan tidak dapat dikira semula. Sistem ini diragui ketelusannya akibat daripada banyak kejadian teknikal dan keputusan PRK yang diragui telah berlaku sejak sistem tersebut dilaksanakan. Proses undian di seluruh IPTA mestilah dijalankan dengan menggunakan kertas undi. sistem e-undi harus diganti semula dengan kaedah manual iaitu melalui kertas undi. Ini menjamin supaya keputusan pilihan raya kampus adalah telus dan adil.
3) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan supaya tidak ada sebarang tanda atau nombor bersiri di atas kertas undi untuk mengelakkan sebarang keraguan dan meningkatkan tahap ketelusan. Ini menjamin agar ugutan undi tidak berlaku.
4) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus mestilah dianggotai oleh badan khas yang dipilih secara bebas dan tidak dibenarkan kepada Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan mereka yang diragui kredibilitinya berdasarkan prestasi dan sikap sepanjang tempoh perkhidmatannya untuk menganggotai suruhanjaya tersebut dan dipersetujui pelbagai pihak. Ini menjamin agar Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus adalah telus dan adil.
5) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya pihak pentadbiran universiti tidak boleh mengeluarkan sebarang arahan, ancaman atau ugutan secara lisan atau bertulis ke atas mana-mana mahasiswa yang akan mengundi dan bertanding dalam pilihan raya kampus supaya mereka tidak merasa tekanan dan selesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Ini menjaminkan supaya ugutan undi tidak berlaku.
6) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya bahan-bahan sebaran kempen dan tempat-tempat berkempen tidak seharusnya disekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus sehingga merumitkan calon untuk berjumpa dan menerangkan kepada mahasiswa. Ini menjaminkan supaya Hak Bersuara mahasiswa tidak dicabuli semasa Pilihan Raya Kampus
7) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tidak mencabuli hak calon-calon untuk bertanding di atas tiket persatuan atau kumpulan. Ini menjaminkan supaya Hak Berpersatuan calon-calon tidak dicabuli semasa Pilihan Raya Kampus.
8) Kami menuntut SUHAKAM mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus mestilah mengubah tempat pembuangan undi dari kolej kediaman ke fakulti universiti bagi memastikan pilihan raya ini lebih adil dan telus. Ini menjamin agar ugutan undi tidak berlaku.
9) Kami menuntut SUHAKAM mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus seharusnya sedar bahawa mahasiswa mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja yang menjadi calon dan dipilih menjadi calon. Ini menjamin agar Hak Asasi Mahasiswa menjadi calon tidak dicabuli .

Disediakan oleh,

Mat UTMKL.

Disokong Oleh...
MPP 06/07

Rabu, 5 September 2007

AUKU perlu dimansuhkan, bukan dipinda



Berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui presidennya YB Dato, Seri Khir Toyo, iaitu berkaitan desakan supaya akta universiti dan kolej universiti (AUKU) 1971 digubal .

Kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2006 dan disiarkan di dalam akhbar pada 25 Jun itu mengandungi mesej supaya para Mahasiswa boleh menyertai dan menganggotai pertubuhan-pertubuhan belia yang wujud di Malaysia.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) secara asasnya menyokong tindakan yang dilakukan oleh MBM supaya suatu tindakan drastik perlu dilakukan terhadap akta yang sekian lama membelenggu aktivisme mahasiswa di Malaysia itu.

Sepanjang tahun 2005 dan 2006 ini, terdapat tidak kurang daripada 34 orang mahasiswa telah dihadapkan ke Mahkamah universiti atas beberapa kesalahan yang dikaitkan dengan kesalahan AUKU tersebut. Seksyen-seksyen yang diperuntukan di dalamnya jelas melanggari prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagaimana yang diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1951.

Antara perkara yang mencabuli hak Mahasiswa dalam AUKU adalah Seksyen 15: pelajar universiti dilarang bersekutu atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor; dan Seksyen 15A: pelajar universiti atau pertubuhan pelajar universiti dilarang menjalankan kegiatan penjanaan wang dana kecuali dengan kelulusan Naib Canselor.

Kewujudan AUKU bukan sekadar memberi kesan terhadap gerakan mahasiswa semata-mata. Tetapi kesannya sangat membarah sehingga membantut perkembangan institusi menara gading itu sendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana kebebasan akademik dikalangan para cendiakawan turut dikongkong di samping prestasi universiti tempatan yang terus merosot dan gagal bersaing dari kalangan universiti-universiti seluruh dunia.

SMM berpendirian, akta draconian yang membelenggu seluruh warga universiti ini tidak memadai untuk digubal tetapi perlu dimansuhkan bagi memastikan nilai-nilai intelektualisme terus subur di kalangan mahasiswa yang akhirnya melahirkan mahasiswa Malaysia yang berkualiti untuk menjadi pelapis kepemimpinan Negara. Berikut beberapa hujah dikemukan bagi menjelaskan sebab kenapa AUKU 1971 perlu dimansuhkan.

HUJAH 1: NIAT AUKU DIGUBAL DEMI MENGEKANG AKTIVISME MAHASISWA

Terdapat beberapa faktor yang melatari niat AUKU diwartakan. Antaranya:-

* NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN

Contohnya :

- Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) isytihar manifesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga dikatakan antara punca yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

- Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969

- Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pd 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat auku digubal untuk menutup “pekung” kerajaan.

NIAT AUKU DIGUBALKAN DEMI MENAFIKAN HAK MAHASISWA BERSUARA & BERPERSATUAN DALAM ISU NASIONAL & INTERNASIONAL

Contoh:

- 14 Jun 1971 – demontrasi pertama oleh PMIUM (2000 orang mahasiswa UM & UKM) tentang lawatan Thanam Kitikachorn (PM Thailand) ekoran pembunuhan umat Islam Pattani. Ramai mahasiswa ditahan.

- 15 Jun 1971, 3000 orang dipimpin saudara Anwar Ibrahim (PBMUM) dipukul Polis ketika demonstrasi di luar UM. Lebih ramai ditahan.

- 16 Jun 2005, mahasiswa sekali lagi bersemonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pimpinan mereka.

- 17 Jun 1971, mrk diikat jamin RM500 perOrang oleh Prof Ungku Aziz & Dr. Ariffin Marzuki

- PMUM menaja demontrasi protes AUKU 1971 pada 15 Mei 1972.

- Kelab Sosialis UM (ditubuhkan pd 1973) kembali kuasai PMUM dipimpin oleh Hishamuddin Rais & DSAI tubuh ABIM 1971 demi membantu PMIUM (di bwh Siddiq Fadhil) & berjaya kuasai PKPM pd tahun 1974 bangkit memimpin mahasiswa nasional demo membantah c/tangan AS dlm Perang Arab-Israel pd 13 Okt. 1973, Polis-FRU sembur gas & 3 pemimpin ditangkap. 4000 mahasiswa sekali lagi berdemontrasi di depan kedutaan AS pada 16 Okt. 1974 atas maksud yang sama.

- Kemuncakkanya GM pada 21 Sept. 1974, 2.30ptg. PMUM menubuhkan Majlis Tiertinggi Sementara (MTS) mengambil alih UM sebagai bantahan tangkapan 5 aktivis termasuk H. Rais dalam Demo Tasik Utara Sept. 1974 dan Demontrasi Baling [seramai 400 orang] pada Nov. 1974 yang telah mengakibatkan 1000 mahasiswa ditahan polis & FRU. Ini membuktikan niat auku digubalkan demi menafikan hak mahasiswa bersuara dalam isu nasional.

HUJAH 2: AUKU BERTENTANGAN DGN SPIRIT (SEMANGAT) HAK ASASI MANUSIA (HAM) & PRINSIP DEMOKRASI

Terdapat beberapa contoh peruntukan yang contradic dan tidak munasabah. Antaranya:-

Contoh 1: Rujuk Perkara 15 (1), (2), (3), (4) & (5), AUKU - Penafian hak mahasiswa bersuara, berpersatuan, berpolitik & berparti.

Contoh 2: Rujuk Perkara 15A (1) & (2), AUKU Penafian memungut wang / beraktiviti & panalty/penjara

Contoh 3: Rujuk Perkara 15A (3), AUKU Campurtangan kuasa menteri / politik luar-parti

HUJAH 3: AUKU MEMPUNYAI UNSUR ZALIM

Contoh 1: Rujuk Perkara 15D (1) AUKU – pergantungan & pembuangan pelajar oleh pihak “Universiti”; yg dipertuduh atas sesuatu di mahkamah luar oleh walaupun masih belum dibuktikan kesalahannya. Fakta Kes: Isu “ISA 7” 2001

Contoh 2: Rujuk Perkara 16(C) AUKU – Peruntukan Kuasa Mutlak pihak “Universiti” ke atas mahasiswa. Fakta Kes: Isu Norlia Bte. Syukri Vs Universiti of Malaya, 1978

Contoh 3: Rujuk Perkara 15A (1), AUKU - Diskriminasi terhadap mahasiswa. Mahasiswa dinafikan hak untuk mendapatkan peguam. Tetapi dalam Akta Disiplin Dan Surcharge, kakitangan universiti dibenarkan.

HUJAH 4: AUKU MEMBUNUH BAKAT MAHASISWA

Fakta Pertama:

Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, "Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang". Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan "penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah".

Fakta Kedua:

Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep 'bersama rakyat' sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di'penjara' dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan 'ugutan' mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”

Fakta Ketiga: Membentuk Budaya “Culture of Fear & Complesent Zone” Ke Atas Mahasiswa

Aksi Demontrasi Tasik Utara & Demontrasi Baling 1974 merupakan zaman keemasan mahasiswa. Namun, Pasca penggubalan AUKU 1975, pola gerakan mahasiswa semakin tidak bertaring. Buktinya, Peristiwa Memali 1985, mahasiswa tenggelam dalam menjuarai isu besar ini.

Sekiranya diteliti dengan jelas sebab-sebab penggubalan AUKU, jelas bahawa niat sebenar kewujudannya bukanlah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran Universiti-universiti dan Kolej-kolej Universiti Awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya semata-mata.

"BEBASKAN MAHASISWA, MANSUHKAN AUKU"

Disediakan oleh,
Mohd Rifaudin b. Hj.Abd Wahab
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sesi 2005/06

Informasi Tentang Proaspirasi

Terdapat information tentang kumpulan ASPIRASI pro-Umno di IPTA yang sdg 'hangat' di pasaran ipt. sememangnya bagi pengikut2 dlm kumpulan2 ini memang TAK SEDAR-SEDAR lagi hakikat yang sebenar mereka itu dijadikan sebagai ' batu lonjatan' demi memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka yang tidak sedar-sedar lagi tu bagi saya umpama titian yang digunakan, yang dipijak-pijak utk selamatkan kepentingan pihak yang mempergunakan mereka tu tapi tak sedar2 lg.Para Sahabatku sekalian, Cuba kita perhatikan, kalau daripada atasan pun dah adanya pegangan 'cakap tak serupa bikin' ni apatah lagilah di peringkat yang bawahan. inilah tradisi yg mereka terapkan iaitu janji kosong. Kalau sebelum dilantik jd wakil rakyat mcm2 yg hendak di bantu atau dibangunkan, kononnya nk ambil hati rakyat kerana dalam Kitab perlembagaan yang mereka agung-agungkan tu, ada menyebut, definasi pilihanraya, pemimpin dipilih atas kemahuan rakyat iaitu pemimpin berkhidmat utk rakyat atau pemimpin utk rakyat. Namun selepas tu, bila pangkat, harta dan kuasa mengaburi mata, mulalah 'Terlupa' sebab mata dah kena tutup dengan kesenangan dunia.Dahlah begitu, bila dah ada kuasa, dan pangkat senang2 nk hapuskan nyawa org lain, sesuai dgn kes yg sdg hangat di tabloid skrg ni, bila disebut sekali nama pemimpin tu, pastu tidak lagi disebut dan kalau org lain kena bg keterangan, dia bersembunyi di dalam sangkarnya dgn siap hamba2 abdinya yg umpama lembu kena cucuk di hidung. Ikut shj perintah asalkan duit ada, perut kenyang, hati senang. Mata dah jadi buta, dah tak nampak mana yang benar, mana yang salah. semuanya bercampur aduk.Tapi cuba bayangkan, kalaulah org dari luar negara dia blh buat mcm tu, agaknya apa akan jadi dgn rakyat di bawah pemerintahnya kelak??? Mudah aja dia dgn sesuka hatinya mencabut nyawa org2 yg tidak disukai dgn alasan blh mengancam keselamatannya atau negara.Nauzubillah. ... Mereka mengagung-agungkan Kitab perlembagaan yg bagi mereka lebih baik utk umat manusia seperti disatu seminar oleh ipta yang lancarkan program pro-aspirasi. . bila ditanya, adakah kita hendak menolak ketetapan ALLAH SWT atau hadis Rasullah SAW? kerana penceramah tu dgn rela hatinya menerima sistem2 yg dikatakan adil ini. Katanya, tak kisahlah kalau sistem2 tu dtg dari kafir atau tidak, asalkan kita tak dizalimi, asalkan kita takda masalah. mengapa kita nak mempertikaikan? ?? Jawapannya betul2 buat saya CONFUSE. Adakah kita nak tolak ketetapan ALLAH???Adakah kita nak ambil contoh yg selain drpd Rasullah SAW itu sendiri???Bukankah Telah ALLAH nyatakan bahawasanya ALLAH telah lengkapkan agama dan nikmat-NYA dan Redho Islam ini agama yg benar dan lengkap. Kenapa lengkap??? kita semua tahu dlm al-Quran telah menyatakan tentang semua aspek, daripada hal2 perkahwinan, anak2 sehinggalah aspek yg lebih besar iaitu tentang sistem pemerintahan, perniagaan, hubungan antarabangsa dan org2 bkn Islam dan diperkuatkan lg dan diterangkan lg oleh Rasulullah SAW junjungan mulia, ikutan yg utama. Lupa? Tak sedar ke?Adakah kita sehingga sekarang nk pertahankan lg sistem2 barat/kafir yg suatu masa dahulu memperkotak- katikkan maruah agama, maruah bangsa atuk nenek moyang kita dan tanahair itu sendiri??? mereka berjuang dan mati syahid mempertahankannya tapi kita hari ni senang lenang membenarkan duduk di bwh sistem yg di bawa oleh mereka sedangkan mereka di sana terbahak-bahak ketawakan kita sbb kita dh merdeka tapi sebenarnya, hakikatnya masih lg dijajah mereka.saya sedih teramat sangat sbb ramai lg saudara kita yg TAK SEDAR-SEDAR. ...Beliau ada juga berhujah tentang ayat2 ALLAH yg mengatakan dlm sinopsisnya kita tak boleh mengikuti sebahagian dlm kitab kemudian mengingkari sebahagiannya. saya bertambah CONFUSE. Apakah yg dia maksudkan? Setahu saya, ustaz pernah terangkan pada saya ayat ALLAH itu yg bermaksud tidak lain dan tidak bukan adalah Kitab ALLAH, al-Quran itu sendiri, bukannya Kitab Perlembagaan yg dia pertahankan itu. saya ada juga utarakan hadith Rasulullah SAW yg mengatakan tnntg akhir zaman di mana akan adanya Amir yg bodoh di mana dia tak menjadikan al-Quran dan Sunnah sbg rujukan utama serta tak mengikuti jejak Nabi dlm semua perkara maka Nabi Saw bersabda,"Jika rakyat di bawah pemerintahan Amir bodoh ini pun turut mengikuti dan menyokong kebatilan yg dibawanya maka aku bukanlah sebahagian daripada mereka dan mereka bukan sebahagian daripada aku dan di akhirat aku tidak akan mengaku mereka umatku dan takkan mereka dapat datang ke telaga kauthar ku. Namun jika rakyat2 menentang yg batil itu hatta di dlm hati sekalipun maka mereka adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian daripada mereka dan mereka akan ku alu-alukan di akhirat nanti ke telaga kautharku."Maka, saya timbulkan persoalan adakah kita Negara Islam seperti yg dinyatakan dlm perkara 3, agama Islam agama rasmi persekutuan? adakah dgn pernyataan ini telah menjadikan kita negara islam seperti yg dikatakan oleh penceramah tersebut. Namun sekali lg dia menyatakan dalil-dalilnya utk membidas, maka saya pun hanya mampu berdoa utk dia agar diberi hidayah agar ALLAH dpt tunjukkan kebenaran yg sebenar di sebalik tipu muslihat yg di bawa oleh pihak2 yg tertentu. Persoalannya....Kalaulah kita sbg umat Islam sendiri tak mempertahankan Islam ini siapa lagi???Namun dlm hati, saya masih yakin, tidak semua org2 atasan yg menyokong cara politik yang di jalankan. saya pasti mereka sendiri dlm proses utk menegakkan kebenaran dan saya doakan pihak kebenaran pasti akan menang jua akhirnya.Sama2lah kita berkerjasama mendokong tanggungjawab menegakkan syiar ALLAH ini dan banyakkan doa agar ALLAH menghantar pertolongan- NYA walau dari kerajaan langit sekalipun.Bagi saya, KEBENARAN pasti akan terbongkar dgn izin ALLAH. Kebohongan tidak akan mampu bertahan lama, ia akan jatuh di kaki KEBENARAN jua akhirnya.


mahasiswa utmkl 07/08